Senior panggil aku sebab diorang syak aku mencuri. Mata aku kena tutup dengan kain

Aku tunjuk diari aku dekat mak, aku menangis tak nak duduk asrama. Mak nekad ambil nama pelajar yang terlibat dan jumpa warden. Aku geram sangat, hukvman mereka hanya g4ntung sekolah 2 minggu. Baru ni aku jumpa fb senior aku, tangan aku menggigiI, d4da sesak..

#Foto sekadar hiasan. Aku pernah duduk di asrama selama dua tahun. Asrama yang aku duduki buat pertama kali sewaktu tingkatan satu dan dua, ia amat memberikan Iuka yang amat mendalam secara mentaI. Jujurnya, aku juga s4kit secara fizikaI sewaktu di sana.

Aku dilahirkan di keluarga yang porak poranda. Ibu dan ayah bercerai sewaktu aku berumur 5 tahun. Lepas tu ayah tak pernah muncul lagi dalam hidup kami. Selepas ibu bercerai kami adik tinggal bersama atuk dan nenek selama beberapa tahun.

Aku masih ingat segala – galanya. Nenek sangat garang, tetapi sangat penyayang. Kalau kami buat salah, memang nenek akan sangat garang sehingga mencubit kami. Tetapi kalau kami behave dan tak buat salah, kami akan dilayan bagai menatang minyak yang penuh.

Nak makan apa? Cakap sahaja. Nak mainan apa? Mesti dapat. Nenek siap bagi duit lagi kepada aku walaupun sebenarnya aku sewaktu itu masih tak memerIukan duit lagi. Dari situ aku mula belajar mengira dan pandai membeli gula – gula sendiri.

Walaupun kadang – kadang aku takut dengan nenek, tetapi aku bahagia tinggal dengan nenek. Cuma aku sangat takut bila nenek marah. Nenek dia tak cakap banyak, dia akan terus cubit dan r0tan kami dengan penyapu, hanger, atau apa – apa yang dia capai kalau kami buat salah.

Lepas tu nenek akan sapukan ubat dan nasihat kami supaya jadi budak baik dan dengar cakap orang tua. Atuk pula jarang layan kami, selepas pulang kerja atuk akan pergi ke warung dan melepak dengan kawan – kawan sampai maghrib.

Bila waktu maghrib, atuk akan pergi ke surau sampailah malam. Bila balik malam, kami biasanya sudah tidur. Sabtu dan ahad sahajaIah baru kami akan nampak atuk duduk di rumah dan menghabiskan masa menonton televisyen sahaja.

Lepas tu waktu petang, baru atuk keluar ke warung seperti biasa untuk berjumpa dengan kawan – kawan sampai maghrib. Selepas itu, aku seorang sahaja kembali tinggal bersama ibu aku di tempat baru dan di rumah baru tanpa ayah.

Adik dua orang lagi masih tinggal bersama nenek. Apabila aku bertanya tentang ayah, mak akan naik angin dan marahkan kami. Mak kata, “Jangan tanya pasal ayah lagi”. Sejak dari tu, aku tak berani nak tanya pasal ayah.

Pernah aku terlalu rindukan ayah, aku duduk bawah katil dan menangis keseorangan. Aku sejak kecil lagi aku sudah pandai berdikari sendiri. Umur 6 tahun, aku sudah pandai balik dari tadika berseorangan, makan makanan yang biasanya ibu sudah masak sebelum pergi kerja, cuci pinggan, dan letak baju kotor dalam mesin basuh.

Selepas itu aku akan duduk berseorangan menonton televisyen berseorangan. Lepas main permainan, aku akan kemas balik sebab aku tak nak Mak marah. Mak akan marah kalau rumah bersepah. Walaupun Mak sebenarnya tak garang macam nenek, tetapi bila kena marah, aku tetap tertekan dan takut.

Mak pesan jangan main dekat luar sebab ramai orang jahat. Jadi sebab aku telah didik untuk sentiasa patuh oleh nenek, jadi aku patuh sahaja arahan ibu. Ya, aku cuma kawan di tadika sahaja. Aku tiada kawan di kawasan perumahan.

Dalam masa setahun duduk di rumah sahaja, aku menjadi gemuk. Kemudian apabila masuk sekolah rendah, aku selalu dibuIi dan diejek gemuk. Kawan – kawan selalu kenakan aku dan mereka akan lari. Aku tak dapat kejar mereka kerana aku berbadan besar.

Sewaktu di sekolah rendah, aku akan merasa cemburu dan kadang – kadang menangis bersendirian apabila tengok kawan – kawan dengan ayah. Lama kelamaan, aku benci ayah. Ayah tak pernah datang jenguk kami. Aku masih ingat lagi adik bongsu kami yang tak tahu pun apa maksud ayah ketika dia berumur 6 tahun.

Sebab hidup kami memang tanpa ayah. Ibu pun tak bagi kami tanya pasal ayah. Ada rakan ibu dari pejabat tanya adik kami, “Ayah adik mana?” Adik aku akan jawab, “ayah tu apa?” Ya, budak berumur 6 tahun tetapi masih tidak tahu apa maksud ayah.

Walaupun budak lain, itulah antara perkara pertama mereka mengerti. Sewaktu aku berumur 6 tahun sehingga darjah tiga. Ibu selalu berpindah – randah. Mulanya duduk di KL, lepas tu Melaka, lepas tu Sabah, lepas tu Kedah, Kelantan, dan akhirnya kami duduk di Kuala Lumpur.

Tetapi masih berpindah – randah, cuma sudah tidak keluar dari KL. Aku antara pelajar cemerlang di dalam sekolah. Guru sekolah kami berusaha untuk mendapatkan biasiswa dan sekolah menengah yang terbaik di Malaysia.

Aku dapat tawaran beberapa buah sekolah dan aku pergi hampir ke semua ujian kemasukan ke sekolah menengah elit. Akhirnya aku memilih untuk bersekolah di sebuah sekolah yang agak ternama di Malaysia. Sekolah itu memang sekolah elit.

Tak sangka yang aku akan satu kelas dengan anak ahli politik, anak ahli perniagaan yang kaya raya, dan anak – anak orang elit yang lain. Aku ditawarkan biasiswa dan dikehendaki untuk masuk ke asrama. Sekolah tu ada tiga jenis pelajar.

Satu program akademik untuk pelajar cemerlang dan ditawarkan biasiswa. Satu lagi program sukan untuk pelajar yang cemerlang sukan, tetapi UPSR sekurangnya 2A dan minima 1C. Satu lagi program adalah program pelajar biasa yang masuk sekolah itu dengan kelayakan minimum 3A atau 4A.

Mereka boleh memilih untuk tidak duduk di asrama. Tetapi aku dapat tahu ada antara anak orang elit itu cuma masuk sekolah itu dengan cuma 2A. Mungkin pakai pintu belakang. Aku terpersona dengan sekolah itu ketika ibu aku bawa untuk tengok semua sekolah yang aku dapat tawaran dan yang telah aku ambil peperiksaan kemasukan.

Tidak aku tahu yang rupanya aku sendiri memilih ner4ka yang akan memberi kesan yang amat mendalam dalam hidup aku. Pada minggu pendaftaran asrama, kami disambut dengan baik sekali. Bayangkan para senior menyambut kami dan tolong angkat beg kami ke bilik.

Mereka berbual dengan ibu aku dengan sungguh berbudi sekali. Aku rasa betul – betul aku sudah buat pilihan yang sangat tepat. Kemudian senior itu sendiri cakap pada mak aku, “Jangan bimbang mak cik, kami semua di sini bagaikan keluarga besar. Kami akan didik anak Mak Cik untuk cemerlang dunia akhir4t.”

Tidak sikit pun aku tahu didikan jenis apa yang aku akan terima nanti. Aku takkan lupa kata – kata itu sehingga sekarang. Kerana kata – kata itu memberikan aku harapan yang sangat tinggi untuk dapat keluar dan akhirnya memiliki kawan dan suasana yang aku impikan.

Tetapi dalam minggu pertama sahaja, semuanya berubah 180 darjah. Senior yang baik bertukar jadi senior yang sangat garang dan k3jam. Suasana riang bertukar menjadi suasana ner4ka. Sewaktu minggu orientasi, kami dip4ksa buat berbagai perkara yang memaIukan.

Kami diarahkan untuk memenuhi buku tandatangan yang memerIukan tandatangan 10 – 20 pelajar senior tiap tingkatan. Ada antara mereka yang baik dan terus bagi tandatangan asalkan hafal nama penuh mereka. Tetapi ada antara mereka yang meminta untuk meniup kipas, meminta air, ketuk ketampi, kena kurung dalam loker, dan berbagai lagi benda yang menyeronokkan mereka tetapi benda yang tak masuk akal pada kami.

Pada malamnya, kami perlu memanjat pagar dan berguling di padang sekolah. Kami perlu ditutup mata dan melalui longkang, selut, kolam busuk, dan berbagai lagi. Kononnya untuk latih ketahanan kami. Aku m4kin membenci sekolah itu.

Aku antara yang yang selalu kena jerit dan digelakkan kerana fizikal aku yang gemuk, banyak c4baran yang aku tak boleh buat. Sewaktu minggu orientasi lagi, aku sudah digelakkan senior dan rakan – rakan. Sewaktu kena panjat pagar, aku dan beberapa kawan yang gemuk lain tak dapat panjat.

Semua orang tertawakan aku kerana peristiwa tu. Tetapi tak pasal – pasal senior datang dan mengherdik aku. Dia herdik kenapa aku terlalu gemuk dan menyusahkan orang. Akhirnya aku perlu lari ke pintu pagar dan datang ke tempat mereka dalam masa yang ditetapkan.

Sewaktu aku lari ke sana, mereka semua ketawa sakan kerana seorang budak gemuk sedang berlari dengan terhegeh – hegeh. Tapi aku gagal sampai dalam masa yang ditetapkan. Aku diherdik lagi dan kena buat push up sampai tak larat.

Sebab tak larat, aku kena buat ketuk ketampi sampai kaki aku menggelatar. Setelah habis minggu orientasi. Aku sangkakan semuanya sudah berakhir. Tetapi rupanya kami ada lagi orientasi oleh setiap batch. Mula – mula form 5.

Mereka panggil pukuI 1 pagi. Kami kena roll call dan kena ugvt dengan mereka. Kami diperkenalkan untuk hormat mereka. Jika tidak akan ada ‘baIasan’. Malam tu kami diugvt kaw – kaw dan diherdik. Kemudian mereka juga memukuI loker, merosakkan kerusi dan katil demi menakutkan kami untuk tunjukkan siapa besar.

Pada hari lain pula, senior form 4 pula panggil kami satu batch. Kami diajar sesiapa yang mengadu adalah anjing asrama. Seh1na – h1na budak asrama, tukang report adalah budak paling h1na. Kalau ada antara kami yang report ke warden, mereka kena g4ntung, kami tetap akan dibvru di sekolah atau di luar asrama. Jangan harap kami akan selamat.

Hari lain pula, pelajar tingkatan tiga pula yang panggil. Mereka ajar tentang unity, kalau satu jatuh, semua kena jatuh. Kalau satu buat salah, semua kena. Mereka ajar kami untuk menipu cikgu dan warden. Cuma abang tingkatan dua sahaja yang tak panggil kami malam – malam.

Sebab tingkatan satu dan dua, belum sampai maqam. Hanya tingkatan 3 dan ke atas yang ada lesen untuk buat semua tu. Sepanjang hidup di asrama, duit kami selalu kena paw. Jadi, aku sentiasa sorokkan duit di dalam stokin, kasut, sp3nder, dan mana – mana yang terfikir.

Wallet kena ada RM1 atau syiling sahaja. Kadang kala, kami disuruh untuk kumpul syiling setiap sorang dan beli air di vending machine. Kami disuruh basuh baju senior, kena paw maggi dan suruh buat maggi, suruh ambil air, belikan makanan dekat luar, dan berbagai lagi.

Kalau tak ada maggi, senior suruh cari maggi dengan cara minta pada kawan – kawan dan buatkan maggi guna mangkuk dan sudu sendiri. Kerana sejak kecil aku sudah diajar untuk patuh, aku hanya buat sahaja. Waktu berbaris ambil makanan.

Senior akan p0tong barisan kami. Waktu belajar malam, kalau kami bising, senior akan bagi hukvman on the sp0t. Kalau kami lambat pergi surau, atau kesalahan lain, malam tu kami akan kena macam – macam. Semua ada. Hidup dalam ner4ka.

Tetapi dalam banyak – banyak junior, akulah selalu yang kena t4rget m4ngsa buIi sebab aku tidak pernah meIawan. Pernah ada batch kami cerita pada ayah dia. Ayah dia datang asrama dan ser4ng pengurusan Asrama. Senior tu cuma kena r0tan sahaja. Tetapi hidup kami bagaikan ner4ka selepas itu.

Kadang – kadang balik sekolah, habis tilam kami kena selongkar dan dibuang ke tandas. Habis basah dan kami terp4ksa jemur tilam kami. Malam tu kami masing – masing tidur atas papan. Bila warden tanya kenapa, kami tep4ksa cakap yang salah sorang kami main pili bomba.

Waktu tu, dua orang dari kami berk0rban dan mengaku salah. Yang sorang tu kononnya saja hala pili bomba, tetapi kawan dia saja buka pili bomba dan habis terpancut air ke dalam bilik kami. Jadi mereka berdua kena r0tan.

Bijak kan kami menipu? Sebab kami sudah diajar senior untuk bagi alasan munasabah. Aku sewaktu kecil banyak bersendirian, aku banyak menulis diari. Aku luahkan segalanya pada diari. Dalam diari tu, aku tulis semua yang aku kena dan siapa nama senior tu.

Dalam diari itu aku tidaklah tulis yang aku selalu mengelamun untuk mereka m4ti. Setiap hari pasti aku disuruh basuh baju, cari duit dan beli air vending machine, kena beli barang tapi guna duit sendiri. Paling tidak kena cari maggi dan masak maggi untuk senior

Pada suatu hari, ada kejadian curi dan aku antara yang dipanggil kerana disyaki mencuri. Sejujurnya aku tak mencuri tetapi aku tetap terima baIasan kerana disyaki. Sebab ada saksi nampak aku pergi ke bilik tu. Terdapat empat orang antara kami.

Duit senior dicuri RM10. GiIa apa nak curi duit senior. Pasti pencuri tu sebenarnya budak batch dia jugak tu. Aku masih ingat mata aku ditutup. Aku dip4ksa mengaku tetapi aku tetap tak mengaku. Akhirnya tiada siapa yang mengaku tetapi kami berempat diajar dari pukuI 1 sampai 4 pagi.

Sungguh aku tr4uma, kadang – kadang dalam mimpi, aku bermimpi sedang tamatkan riwayat mereka. Bila bangun tidur, aku rasa geram kerana itu cuma mimpi. Ada satu hari tu, aku kena ejek dengan budak satu batch.

Panggil aku gemuk dan diorang ambil sebeIah kasut aku. Mereka baIing ke atas pokok. Aku menangis bawah pokok berseorangan sebab aku tak boleh memanjat. Satu malam ketika kelas tambahan. Aku diejek dan aku tak tahu hari tu itu aku rasa sangat terIuka.

Aku rasa hidup aku dah tak bermakna. Aku pergi ke tingkat paling tinggi dekat banggunan sekolah aku. Aku tengok ke bawah dan duduk panjat batas di koridor. Aku berdiri dan memandang ke bawah. Aku rasa kosong. Rasa hidup ke m4ti ke, sama je.

Tiba – tiba aku kena peIuk dengan kawan batch. Entah bila mereka ada di belakang kau. Kecoh malam tu katanya aku nak t3rjun. Ketua batch aku marahkan aku, dah tak sayangkan mak ke? Dah tak sayangkan keluarga ke? Itu dia marahkan aku.

Sejak dari itu, budak batch aku tak kata aku dah. Tetapi mereka semua pulaukan aku.  Aku masih ingat sorang kawan aku ni. Dia yang pr0tect aku dari kena ejek. Dia ajak aku pergi makan malam bersama dan dia je yang akan teman aku.

Tetapi aku masih tak buka hati untuk dia. Dia cuma kesiankan aku. Cuma aku berterima kasih pada dia. Kadang – kadang bila aku tertekan aku akan pergi ke belakang tangki air. Aku akan menangis sorang – sorang sambil membayangkan kerana betapa siaInya hidup aku ni.

Ayah tak ada, kena buIi, tak trendy dan fancy macam kawan – kawan kelas. Aku rasa sangat berd3ndam dan marah dengan sekeliling. Hampir tiap malam aku bermimpi tentang mereka semua. Kalau korang ada nampak video viral tentang senior, junior di sekolah atau asrama.

Ya, itu perkara biasa. Kami semua dah merasainya. Banyak perkara yang korang tak dapat bayangkan pun berlaku,itu asam garam kami. Hati aku penuh d3ndam dan kemarahan. Aku dah tak tahan duduk di asrama. Aku isi beg sekolah dengan baju dan aku tak pergi sekolah tetapi aku balik secara tiba – tiba.

Aku balik rumah dan menangis. Mak aku yang balik kerja pada petangnya terk3jut aku ada di rumah. Aku ceritakan yang aku dah tak nak duduk asrama dan tunjuk semua Iebam badan aku. Aku bagi tahu yang kononnya jatuh tangga, jatuh longkang, dan berbagai lagi kemaIangan tu sebenarnya tak.

Aku bagi diari aku pada mak aku dan mak aku senaraikan semua orang yang terlibat. Mak aku marah sangat dan bawa ke sekolah. Ramai orang kena panggil dan r0tan. Gempar asrama ketika itu. Tetapi yang aku geram, mereka cuma kena g4ntung dua minggu sahaja.

Aku dipanggil anjing oleh rakan batch. Ada sorang kawan batch aku datang dan marahkan aku dekat kelas. Budak – budak asrama kat kelas aku semua menyampah dengan aku. Mereka tak layan aku. Mereka pun kutuk aku dekat kelas panggil aku anjing, lembik.

Mengikut perjanjian biasiswa, aku perlu duduk asrama. Tetapi aku dah tak tahan, aku minta untuk tukar sekolah. Aku perlu habiskan sekolah dekat sekolah tu sampai hujung tahun dan aku berulang alik naik bas. Tahun depannya baru aku tukar sekolah.

Tetapi walaupun tak duduk asrama, hidup aku masih tak tenang. Sebab aku sentiasa dapat perkhabaran yang senior cari aku. Mereka nak jumpa bila balik sekolah. Aku hidup dalam ketakutan. Waktu rehat aku akan menyorok sebab aku dapat tahu ada senior cari aku waktu rehat.

Aku tak pergi kantin berminggu lamanya. Habis sekolah je, aku terus lari dari kelas dan pergi ke bas untuk balik rumah. Sejujurnya, aku jadi benci pada pengurusan asrama yang handle perkara ni. Mereka cuma bagi hukvman yang ringan.

Kami tersiksa fizikaI dan mentaI. Ya, tak nafikan. Tak semua senior jahat. Tak semua senior kaki pukuI. Tak semua senior kaki buIi. Tetapi mereka semua tak buat apa – apa. Ada yang tak kaki pukuI tetapi mereka akan cover line. Jadi mata – mata tengok warden kat mana.

Aku tak sangka apabila aku tukar sekolah, rupanya biasiswa itu masih berjalan sehingga aku tingkatan 5. Rupanya syarat duduk asrama tu sekolah itu yang tentukan. Biasiswa tu cuma nak report peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun sahaja.

Sejujurnya, segala kemarahan, kebencian, dan pengh1naan yang aku terima, sampai hari ini aku masih rasa. Aku sebenarnya masih lagi bermimpi berjumpa mereka. Kadang – kadang aku mimpi mereka mengepung aku, aku jadi cemas dan terjaga dari tidur.

Kemudiannya aku menangis seorang diri dalam bilik. Sewaktu di sekolah baru, semuanya baik kerana mereka tiada tradisi senior junior. Tak ada panggiIan abang atau kena hormat senior. Dekat sekolah itu, aku berjaya lupakan sikit – sikit tr4uma aku dan mula ada kawan baik.

Tetapi peristiwa dekat asrama tetap mengh4ntui aku. Kadang – kadang apabila aku marah, marah aku berlebihan. Aku bagai orang kena r4suk. Dari seorang anak yang sentiasa patuh, aku ada d3ndam dan kemarahan yang terp3ndam.

Aku berusaha jadi kurus dan akhirnya aku dah kurus di sekolah baru. Bayangkan, semua itu sudah berlalu 15 tahun yang lalu. Tetapi sampai hari ini, aku masih lagi bermimpi orang yang buIi aku. Aku masih lagi ada d3ndam dengan mereka.

Aku pernah terjumpa salah seorang pembuIi dalam facebook. Serta merta tangan aku jadi menggeletar, aku rasa d4da aku s4kit sangat. Sampai sekarang sebenarnya aku masih tak ramai kawan. Kawan aku sikit. Aku sebenarnya hilang keyakinan untuk berkawan dengan orang terlalu ramai dan takut berada di berhadapan orang ramai.

Aku masih tr4uma kena ejek dan kena herdik. Sebab tu facebook aku tiada satu pun gambar aku. Aku tak nak kawan asrama jumpa fb aku atau senior jumpa fb aku. Sampai sekarang aku kadang – kadang tak dapat kawal kemarahan sebenarnya aku tak berniat.

Aku takut s4kitkan orang sekeliling aku. Sewaktu tingkatan 4, aku pernah terpukuI adik aku sampai dia merayu berhenti pada aku. Kamudian aku terhenti sebab reaksi dia sama dengan apa yang aku buat ketika kena dengan senior pada waktu asrama.

Serta merta aku menangis dan minta maaf. Sejak hari tu aku berjanji pada diri sendiri untuk tak pukuI sesiapa yang aku sayang. Aku cuba untuk bertahan untuk tidak marah – marah. Aku tahu aku perIukan bantuan tetapi sejak kejadian adik aku itu, aku sem4kin dapat kawal kemarahan dalam dunia sebenar.

Di tempat kerja, kadang – kadang aku memang terp4ksa marah – marah dan kadang kala kemarahan yang aku p3ndam tu aku keluarkan. Kesian Bangladesh yang kena marah dekat tempat kerja. Tetapi aku tak pernah naik tangan.

Aku cuma marah sampai mengherdik mereka kalau mereka lakukan kesalahan. Kadang – kadang kawan sekerja aku pun terk3ut bila tengok aku bila marah. Mereka akan hentikan aku. Tetapi sebenarnya aku tak patut marah mereka sampai macam tu sekali.

Bila hari lain, aku rendahkan eg0 aku dan minta maaf pada bangla yang aku tengking dan herdik tu. Sungguh aku menyesal buat macam tu. Tetapi itulah, bila kau terlalu p3ndam semua tu b0m jangka yang menunggu untuk meIetup.

Bila sampai satu tahap aku akan br3akdown dan terlalu marah, aku lepaskan semua kemarahan aku pada benda bukan hidup. Aku pergi ke tempat yang tak ada orang. Aku bawa kayu besball dan aku bawa bantal atau barang – barang elektronik yang aku dah rosak atau ap a- apa sahaja yang aku dapat capai dan tak berguna lagi.

Aku akan pukuI dan pecahkan sampai aku penat. Lepas tu akan akan kumpul dan sapu balik, barulah aku buang ke tong sampah. Lepas tu aku akan lega dan takkan marahkan sesiapa. Aku dah ada isteri dan anak. Pada mula perkahwinan, aku pernah tak sengaja tergenggam lengan isteri aku sehingga dia s4kit.

Waktu tu kami berg4duh dan dia nak pergi, aku sentap lengan dia dan tarik dia. Dia cakap s4kit dan nampak muka dia sangat s4kit. Aku segera lepaskan. Aku betul – betul tak sengaja dan minta maaf. Bila tengok balik, lengan isteri aku Iebam.

Aku menangis minta maaf dekat isteri aku. Aku janji takkan sekali – kali s4kitkan dia lagi. Alhamdulillah setelah 7 tahun, kejadian itu tak berulang lagi. Sebab setiap kali kami berg4duh dan aku marah. Aku akan keluar dari rumah.

Mulanya isteri aku sangat marah bila aku buat macam tu tetapi aku takut aku terced3rakan isteri aku seperti aku sentap tangan dia masa awal – awal perkahwinan dulu. Tapi rasanya itulah yang terbaik. Bila masing – masing dah cool, kami akan selesaikan selisih persefahaman tu tanpa masing – masing marah.

Aku pernah secara tak sengaja mengherdik anak aku yang sulung beberapa kali. Tapi aku tak pernah pukuI anak aku. Paling teruk pun aku pernah jentik jari dia je. Itulah rasanya sentuhan fizikaI yang untuk menghukvm pernah aku buat.

Aku tak nak anak aku tr4uma seperti aku apabila kena pukuI ke kena r0tan ke. Satu hari tu, isteri aku cakap, ha buatlah macam tu nanti ayah marah. Pada mulanya dia tak peduli. Waktu tu aku balik dari kerja. Isteri aku cakap, “Ha tu ayah dah balik. Ayah nak marah tu”.

Anak aku terk3jut dan macam nampak h4ntu. Dia tiba – tiba menangis dan meraung. Aku tanya kenapa tu, dia kata takut aku marah. Isteri aku nasihat pada aku yang kurangkan sikit kemarahan tu bila didik anak. Anak awak dah tr4uma dengan awak.

Aku menyesal sangat – sangat mendengar tu. Aku menangis sambil peIuk anak aku. Aku cakap sorry pada anak aku dan ayah takkan marahkan dia macam tu lagi sambil peIuk dia. Waktu tu dia cuma mengangis. Bila pada masa lain, aku datang dekat dia.

Aku peIuk dia dan cakap sorry. Aku cakap yang ayah sayang pada dia. Pada mulanya dia diam, lama lepas tu barulah dia cakap yang dia sayangkan aku balik. Secara jujurnya, aku tak tahu macam mana nak jadi seorang ayah.

Memori aku pun, aku tak pernah rasa kehadiran ayah di dalam hidup aku. Ya, aku pernah jumpa ayah aku. Dia dah ada keluarga lain dan dah ada anak lain. Selepas tu aku banyak bergurau dengan anak aku dan beli macam – macam mainan dan bawa dia berjalan berdua untuk beli balik jiwa dia.

Aku rasa lega bila isteri aku cakap, dia dah tak tr4uma dengan aku macam tengok h4ntu. Tetapi aku masih bertegas dan tak nak anak aku jadi sp0il br4t. Cuma bila dia dah meIampau, aku pernah cakap pada anak aku. Nak ayah marah ke?

Dia terus akan beringat atau tidak meIampau. Kadang – kadang aku saja biarkan dia lepaskan semua t4ntrum dia. Bila dia letih, barulah aku layan dia. Bila aku terlalu marah pada anak aku, aku buat benda sama pada isteri aku.

Aku akan cakap pada isteri aku, awak tengok anak tu dan aku akan keluar dari rumah. Selalunya aku cuma memandu ke taman atau ke kedai makan. Aku akan duduk minum air sambal termenung. Semua kejadian dan tr4uma aku di asrama pasti akan flashback.

Aku jadi geram bila marah. Cuma yang dapat memadamkan kemarahan aku itu adalah masa. Aku akan tengok gambar isteri dan anak – anak aku. Aku tengok gambar anak aku ketika kecil dan ingat kembali bagaimana gembira dan bahagianya aku bersama mereka.

Waktu tu dah cool down, baru aku akan pulang ke rumah. Aku takut untuk s4kitkan isteri dan anak – anak. Sekarang ni, bila aku balik kerja. Anak aku tu akan berlari kejar cari aku. Ayah dah balik. Ayah dah balik. Anak aku yang aku pernah takutkan aku kini dialah yang paling gembira bila aku balik.

Aku cuba untuk berlaku adil dan sayang semua cara rata. Aku amat berharap yang suatu hari nanti aku dapat berdamai dengan diri sendiri dan lenyapkan semua kemarahan dan meleraikan semua d3ndam yang terbuku. Aku amat berharap semua tr4uma ini akan hilang dan tidak lagi br0ken dari dalam.

Walaupun sampai sekarang ni, aku masih lagi bermimpi berjumpa pembuIi aku dan bvnuh mereka dalam mimpi. Ya. Setelah 15 tahun, aku masih lagi ada kemarahan dalam diri aku pada mereka. Terima kasih kerana baca panjang – panjang luahan hati aku.

Aku dah terbiasa tulis dalam diari. Sebab tu aku tulis panjang – panjang. Sejujurnya, aku tak pernah cerita semua ini walaupun pada mak dan isteri aku sekalipun. Jadi, aku rasa sampai sudah masanya untuk aku cuba berdamai pada aku sendiri.

Sebab itu aku tulis di sini dan kongsikan pada orang. Aku cuba nak lepaskan semuanya di sini. Harap apabila aku sudah kongsikan pada semua orang, aku sudah boleh berdamai dengan diri sendiri. Harap aku boleh memaafkan semua pembuIi aku dan tidak lagi berd3ndam dan melenyapkan semua kemarahan dan geram yang terbuku dalam hati. – M4ngsa BuIi (Bukan nama sebenar)

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.