Lepas 20 tahun perkahwinan mak dan abah, abah kahwin lain dengan janda anak 2. Abah tinggalkan mak dan kami adik – beradik dekat rumah nenek tanpa sebarang berita selama lebih 10 tahun. Mak dan abang bersusah payah cari duit hinggalah baru – baru ni abah datang semula dan cakap nak duduk dengan kami. Saya tersep1t sebab mak dan adik – beradik lain tak setuju..
#Foto sekadar hiasan. Tolong siarkan kisah saya min. Saya telah berkahwin dan ada seorang anak lelaki tapi ni bukan masalah rumahtangga saya tapi ini berkenaan masalah ibu bapa saya. Abah saya bekerja kerajaan dan gaji yang sangat tinggi, mungkin bagi abah, bila dia p0ligami tak ada masalah tapi yang jadi masalah ialah bila dia tak pandai nak berlaku adil terhadap mak saya.
Mak adalah isteri pertama. Setelah 20 tahun hidup bersama, abah berubah sikap sejak berjumpa seorang perempuan janda yang beranak 2. Mereka kemudian berkahwin dan sekarang mempunyai 3 orang anak kandung. Selepas kahwin abah pon jarang balik ke rumah, jarang bagi duit nafkah.
Mak dah mula tertekan dengan sikap abah tapi masih bersyukur kerana Allah kurniakan kesihatan dan mak mengasuh 2 orang budak jadi dapatlah dalam RM500. Abah selalu marah, m4ki mak di depan orang tak kira sama ada depan anak atau depan jiran.
Selepas beberapa tahun, abah saya dipindahkan ke luar negeri, mak orang pertama yang gembira kerana perempuan tu akan ditinggalkan dan dibawa kami suma tapi hanya sekejap selepas abah berjumpa pula dengan seorang perempuan, janda beranak 1 katanya mualaf.
Dipendekkan cerita mereka berkahwin sampai la kesaat ni tapi masih tiada zuriat bersama, selepas perkawinan ketiga ni abah kata dia telah ceraikan isteri keduanya, tapi mak masih tak percaya sebab dah dua kali ditipu hidup – hidup macam tu aje.
Mak masih beri peluang mana tahu abah akan berubah dan menyesal ape yang dilakukannya. Sebenarnya banyak lagi abah dah buat pada mak seperti simbah air minum di muka sebab minta duit belanja dapur. Sampai satu masa abah kumpulkan kami semua dia kata dia nak hantar kami ke rumah arw4h nenek sebeIah mak.
Dengan alasan nenek dah uzur dan tiada yang jaga alhamdulillah bijak dan bernas idea tu mak suka dengan cadangan tu yelah duduk dengan mak sendirikan lagi dengan per4ngai suami yang macam tu. Tapi siapa sangka setelah duduk bersama arw4h nenek.
Abah tinggalkan mak g4ntung tak bertali yang hanya tinggalkan duit RM500 untuk 3 orang anak yang masih bersekolah menengah, untuk beli barang dapur sampailah ke harini yang telah menjangkau 10 tahun Saya anak bongsu masa tu baru 13 tahun walaupun saya tak dapat rasa apa yang mak alami tapi saya sedih tengok keadaan keluarga saya.
Mak dan abang yang bekerja, mereka terk0ntang – kanting menjaga kami mana duit nak buat belanja dapur, beli barang dan bayaran persekolahan lagi. Masa ni mak tak berkerja kerana faktor umur yang telah 53 tahun dan abang hanya bekerja kilang yang basic RM900 masa tu.
Mak cuba mohon mana – mana bantuan atau zakat tapi tak lepas sebab borang tak diisi dengan lengkap di bahagian pasangan. Nak cakap dah meninggaI pun tak boleh sebab tak ada surat kem4tian. Mak terp4ksa masuk kebun jual penyapu lidi, tanam sayur untuk dijual tapi seberapa sangatlah untungnya.
Mak bertahan selama 6 tahun sebab kami dah tak bagi mak masuk kebun sebab kesian dan kami berfikir biarlah kami pula baIas jasanya. Kami semua bekerja setelah abis saja SPM. Ada mak sampaikan hasrat untuk saya sambung belajar biarlah hanya abang – abang yang bekerja.
Saya faham apa mak nak sampaikan, yela 3 orang abang saya sume kerja kilang tapi dia nak jugak salah sorang dari kami kerja yang lebih bagus. Saya tetap tak nak sambung belajar, saya nekad saya tak kisah apa bakal berlaku dimasa depan saya, yang penting kerja halal dan boleh sama – sama bantu keluarga.
Kami semua kerja biasa – biasa saje asal bole lepas duit makan minum kami sekeluarga. Sepanjang tempoh abah tinggalkan kami, puas juga kami mencari, puas kami telefon tapi nombor tu dah tak aktif mungkin abah dah tukar nombor, kami anggap mungkin abah dah tak mahu berjumpa dan betul – betul mahu tinggalkan kami.
Mak pula cuba tuntut fasakh tapi tiada kerjasama untuk turun naik mahkamah. Saya pendekkan cerita, alhamdulillah jod0h saya sampai cepat pada umur 22 tahun, masa tu tawakal dan anggap mungkin ini boleh kurangkan beban mak saya.
Semasa dalam proses siapkan borang nikah bahagian wali, Allah pulangkan abah di depan kami. Allah, betapa gembiranya hati ni bila urusan ni dipemudahkan setelah macam – macam dug4an datang. Saya hanya fikir positif dan terima kepulangan abah dengan hati terbuka tapi tidak pulak pada mak dan adik – beradik yang lain.
Saya suruh dia nikahkan saya tapi dia nak buat wali hakim tapi tak apalah saya anggap mungkin dia dah tak sayang anak – anak dia sebab tu tak nak walikan saya. Saya dan abah saling tukar nombor tel untuk berurusan tentang wali.
Lagipun dia masih bersama dengan isteri dia dan anak tirinya, mereka tinggal di Melaka manakala kami di Johor. Alhamdulillah majlis saya dipermudahkan. Selepas itu abah tinggalkan kami tanpa sebarang berita. Kami tak kisah sebab dah lali dengan apa dia buat sebelum ni pada kami.
Saya nak telefon tanya khabar dia tapi mak tak bagi berhubung dengan bapak yang perangai macam tu. Sekarang saya duduk dengan mak dan abang saya 3 orang. Kakak da ada rumah sendiri. Mak sebolehnya suruh saya duduk dengannya selagi dia masih hidup.
Sekarang umurnya dah 63 tahun. Lagipun badan dia dah tak sekuat macam dulu selalu s4kit – s4kit. Setelah hampir setahun tinggalkan kami buat kali ke 2 dia muncul kembali. 4 – 5 hari jugak dia call saya setiap hari suruh datang ambik dia kat Melaka tu, sebab nak balik ke Johor nak duduk kat rumah ni.
Saya gembira bila dengar dia nak balik, lagipun saya ni boleh d1katakan anak bapak. Bile saya sampaikn ke adik – bradik yang lain dan mak, mereka bangkang biar jela hidup macam ni daripada hidup tersiksa kerana dia. Saya buntu saya tersepit di tengah – tengah, saya tak kisah andai dia nak duduk dengan kami semula tapi tidak pada yang lain.
Alasan nak balik dia nak jumpa dengan anak saya, dia nak jumpa anak – anak dia yang lain. Sekarang abah dah tak bekerja dia hanya mengharapkan duit sara RM 2k sebulan. Tapi tu pun tak cukup katanya nak bayar duit sewa rumah, bayar duit moto, buat berbelanjaan sekolah anak tirinya yang berusia 15 tahun sekarang.
Abah saya sekarang dah masuk 65 tahun. Kadang saya berfikir kenapa secara mendad4k dia nak balik adakah ada sesuatu dia nak lakukan? Bila saya tanya macam mana dengan bini dan anaknya di Melaka tu, dia jawap lantaklah dengan mereka.
Kenapa bila kami da senang dia datang semula? Puas kami beri peluang berkali – kali tapi tak pernah dihargai. Tapi bila fikir semula semua orang ada buat silap cuma kesilapan yang dibuat berbeza. Tapi saya tak berani nak cakap lebih – lebih sedangkan saya sendiri s4kit hati dengan dia.
Pernah saya luahkan isi hati pada suami, tapi dia hanya mampu mendengar dia tak ada bagi apa – apa pendapat. Ye saya faham mungkin dia tak nak masuk campur hal mak abah saya, lebih baik jaga hubungn kami berdua. Saya kalau bole biarlah dia duduk dengan bini dan anaknya, janganlah buat benda yang sama pada mak tiri saya tu.
Lagipun dia yang jaga makan minum pakai abah dan sekarang abah ada s4kit jantung dan tekanan dar4h rendah. Ape patut saya buat? Saya berada di tengah – tengah. Saya tetap sayangkan kedua ibubapa saya.
Komen Warganet :
Siti Hajar : Jaga mak awak dan adik – beradik awak yang bersusah – susah dahulu dalam proses pembesaran korang. Mereka lagi penting, awak pun dah lepas, dah kahwin maksudnya dah habis tanggungjawab abah awak tu last tugas dia sebagai wali tu je, yang penting mak dan adik – beradik.
Gembiralah kalian sesama kalian, biarpun duit ada biasa – biasa saja bukan kaya bukan mewah. Abah awak tu dah cukup makan ada duit persaraan RM 2k. Cukup tak cukup lantak dia dengan family baru dia. Dia yang buat perangai tak bertanggungjawab dulu.
Suliana Sulaiman : Nikah pun suruh wali Hakim, padahal bapak masih hidup.. Bapak tetap bapak tak ada siapa boleh ganti. Tapi peng0rbanan mak membesarkan sis dan adik – beradik perlu dihargai. Jangan kerana sis nak ambik bapak balik nanti mak sis berkecil hati.
Arie Abdullah : Better jangan bagi abah kau masuk balik. Bukan suruh biadab tapi ingat sikit macam mana dia layan kau adik – beradik macam – mana. Tambah – tambah mak kau sebenarnya masih dalam tr4uma. Fikir perasaan dia sama.
Kalau abah kau boleh buat mak tiri kau macam tu maksudnya dia tak pernah nak berubah pun. So jangan hulur leher untuk disembeIih lagi. Cukup – cukuplah, kesian kat mak kau. Tu je nak cakap..
Sabariah Haikal : Dah uzur tak, larat baru teringat anak bini. Masih ada bini muda dan anak tiri, biarlah mak muda jaga. Dah banyak duit ayah awak dihabiskan. Kenapa mesti beri tekanan pada ibu yang lama mer4na menanggung tanggung jawab seorang diri serta abang.
Tak kesian langsung pada ibu, berilah kelapangan buat ibu yang sengs4ra bukannya menambah beban. Jangan kerana awak sayang bapa awak, mana dia semasa awak susah? Ingat jangan mudah terperdaya bapa awak masih ada isteri muda.
Zaviah Zai : Cuba awak duduk tempat mak awak pasti awak akan rasa apa yang mak awak rsaa. Betahun bapa awak permainkan hati mak awak, jadi memang makan dalam rasa kecewa yang mak awak aIami. Mungkin mak awak boleh memaafkan bapa awak tapi bukan bermakna mak awak boleh terima bapa awak dalam kehidupannya semula.
Bagi saya tak perlulah awak masuk campur urusan mereka. Biarlah mak awak rasa bahagia dan tenang dengan kehidupnnya sekarang.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.