Selalu tidur dalam kelas, cikgu doa aku gagal. 2 tahun aku gagal Exam, aku nekad jumpa berdepan dengan cikgu

Aku dulu memang aktif dekat sekolah asrama, jadi bila masuk kelas je aku penat. Cikgu aku yang sorang ni baik sangat, dia tak kisah pun aku tidur. Sehinggalah satu masa, cikgu tengok result aku menurun teruk. Dia doa aku gagal, dan doa cikgu dimakbulkan..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum pembaca semua dan terima kasih admin sebab siarkan kisah aku ni. Baca tajuk je dah boleh agakkan aku nak bercerita pasal apa. Ye, pasal cikgu. Ini kisah yang terjadi kat diri aku sendiri waktu aku Tingkatan 4.

Sekarang ni aku masih lagi belajar. Walaupun dah bertahun terjadi cerita ni, tapi memang tak pernah aku lupa dan akan aku sentiasa ingatkan kat anak – anak aku nanti betapa pentingnya kita menjaga hati seorang guru.

Dulu aku macam tak percaya sangat dengan kata orang – orang tua, apa – apa yang keluar dari mulut cikgu tu satu doa. Bagi aku benda tu saja je nak buat kita hormat kat cikgu. Yelah tau jelah kalau budak – budak dulu kan, biasa orang – orang tua akan takut – takutkan kita supaya kita buat per4ngai elokkan.

Macam contoh: “Jangan keluar waktu maghrib, nanti ada h4ntu ikut balik” Lebih kurang macam tu lah. Jadi aku fikir takde apa punlah keberkatan cikgu ni. Jadi nak dijadikan cerita masa tu aku tingkatan 4, sekolah asrama, semua pelajar perempuan.

Siapa sekolah asrama tau kot, kalau tingkatan 4 ni busy sikit nak kena handle banyak event sekolah. Nak – nak pulak aku jadi ketua dorm waktu tu, dengan masalah budak dorm, dengan busy event, dengan nak catch up study, memang aku tak larat giIa la.

Selalu sangat aku tidur dalam kelas lagi – lagi waktu pelajaran Kimia. Kimia aku waktu tu cikgu laki yang ajar. Dia punya baik kau tak payah cakap la. Memang baik giIa. Dia tak marah pun orang yang suka tidur dalam kelas ni.

Kadang – kadang dia lagi suruh tidur sebab dia kata, “Takpe saya paham kamu penat.” Jadi  aku memang takde hal la nak tidur waktu  kelas cikgu ni. Hahahaha. GiIa teruk per4ngai. Dulu aku berlagak tau. Tapi takde lah tunjuk kat orang.

Aku dulu dalam peperiksaan pertama tingkatan 4, Kimia aku dapat A. GiIa kau tak riak takbur. Aku tido je pun dalam kelas boleh dapat A. Hebat jugak!’ Jadi disebabkan tak sedar dengan apa yang aku buat ni, tambah pulak berlagak, riak dan takbur, aku terus aktiviti aku tidur masa kelas Kimia.

Sampai peperiksaan seterusnya, aku dapat B. Tapi masa nak exam ni, aku sibuk sikit dengan event sekolah. Jadi aku macam eleh relaks la bukan gagal pun. Okaylah tu dapat B. Aku pun tidur je dalam kelas. Orang lain yang tak tidur tu pun dapat lagi teruk.

Aku sedap lagi tidur dalam kelas, tapi masa ni dah mula la cuba fokus sebab aku risau jugak dengan prestasi aku sebenarnya. Untuk pengetahuan korang, aku dari tingkatan 1 sampai tingkatan 4 tak pernah masuk kelas bawah.

Memang kelas pertama dan kedua je. Jadi aku cuaklah fikir kalau keputvsan teruk nanti kena turun kelas ke apa kan. Tapi masih jugaklah tidur dalam kelas. 30% study 70% tidur. Exam seterusnya, kebetulan masa jawab paper Kimia tu aku s4kit mata, memang tak boleh nak focus langsung sebab aku tak selesa.

Yang aku tau nak siap cepat, nak rehat. Aku pun memang tak berharap pun nak dapat gred A atau B sebab memang aku banyak tinggal. Nak tengok kertas soalan pun tak boleh weh. Kau tau jelah kalau s4kit mata, pandang bawah rasa macam kena tarikkan?

Ha macam tulah aku rasa. Siksa giIa. Aku cuma mampu doa je aku tak gagal time tu. Keluar result, aku dapat C. Aku takde rasa apa – apa pun sebab memang tak target tinggi dan bagi aku, dah cukup memuaskan dah sebab weh aku tinggal banyak soalan, takde mood nak jawab exam semua, dapat C? Okaylah kan?

Tapi masa tu aku sedar, aku dah mula tak fokus dalam study. Macam banyak sangat aku tak tau. Banyak soalan aku tak boleh jawab. Banyak benda yang aku rasa, eh sejak bila kita study benda ni?? Tapi risau – risau pun takde nak buat apa pun.

Duk jugaklah sibuk dengan event sekolah. Tapi masa tu aku penat lebih sikit sebab budak dorm banyak buat hal. Banyak kali kena panggil dengan warden sebab dorm. Aku letih giIa time tu. Study pun aku tak nak. Kemudian sebelum Exam penghujung tingkatan 4, cikgu Kimia aku buat analisislah result kitorang sekelas. Jadi sorang – sorang dia bagitau,

“Apple, awak ni dah m4kin naik result dari failed ke B. Tahniah”

“Ball, awak maintain je gred B and C. Banyakkan study. Apapun tahniah”

“Cat, dari A turun B lepas tu maintain. Bila nak A balik? Study ye. Saya tau awak boleh!” Kebanyakan, memang cikgu puji dan ada kata – kata semangat sebab result diorang bagus.

Sampai turn aku, “Mimi, haa ni yang suka tidur ni. Awak ni mula – mula dapat A, lepas tu B, lepas tu C. Kenapa m4kin menurun ni? Kang lama – lama gagal.” Kawan – kawan aku semua cakap, “Cikgu tak baiknya cakap macam tu” Tapi sebenarnya cikgu takde serius pun. Lepas tu cikgu gelak – gelak je. Cikgu cakap cikgu gurau.

Dan tibalah hari bersejarah jawab final exam. Soalan Kimia memang susah giIa. Ramai giIa mengeluh dan  mengadu kat cikgu sebab susah sangat. Ramai jugak tak boleh jawab. Aku lah tu salah sorang yang tak boleh jawab. Result pun keluar. Aku GAGAL.

Tapi aku takde pun rasa apa – apa. Sebab ramai failed. Failed berjemaah orang kata. Masuk Form 5, of course aku tak masuk kelas yang pertama atau kedua. Kemudian aku menjalani hidup macam biasa. Studylah sikit sebab nak SPM tahun tu.

Masa tingkatan 5 ni, kebanyakan keputvsan aku dah okay. Dulu subject yang lemah, aku try cover study. Exam pertama, semua okay, Kimia gagal. Aku terk3jut jugak. Weh first exam weh. Apa jelah yang masuk exam, sikit je kot topic yang masuk tapi masih gagal.

Tapi aku buat dek jelah. Aku fikir alah nanti lama – lama okaylah tu. Exam kedua, GAGAL lagi. Tapi gagal yang bermaru4h orang kata sebab markah 38 atau 39 ke macam tu (markah 40 lulus). Sebelum ni gagal, single digit, paling tinggi pun 20 lebih je.

Jadi aku macam puas hati jugaklah sebab ada peningkatan. Tapi cikgu aku masa tingkatan 5 (bukan cikgu tadi) risau kat aku. Jadi dia ajak aku study dengan dia lepas sekolah, berdua je. Aku okay je, pegi je jumpa cikgu tu. Tak tak sangka, aku boleh je jawab soalan – soalan yang cikgu bagi secara lisan.

Aku ada problem bila transfer jawab atas kertas. Cikgu ajar teknik nak jawab soalan semua. Dah okay sikit, cikgu suruh study sendiri, tak paham datang balik jumpa dia. Aku pun studylah sendiri. Tapi takdelah nak pi jumpa cikgu lagi sebab aku malas tahap giIa nak jumpa cikgu.

Aku tanya member – member je kalau tak paham. Kemudian, peperiksaan percubaan SPM. Kitorang ada 2 paper trial. Masa trial ni memang study giIa – giIa lah. Nak result lawa punya pasal. Masa hari exam, aku jawab dengan penuh confident paper Kimia.

Dan aku membayangkan aku boleh lulus dengan paper tu. Walaupun soalan susah. Tapi aku memang boleh jawab. Result keluar, masih GAGAL. Markah 39. Aku menangis giIa time ni. Sebab result aku subjek lain semua lulus.

Tapi satu ni sangkut pulak. Aku menangis, jumpa cikgu nak tanya mana silap aku. Lepas tu cikgu try tengok kertas, konon nak bagi markah extra 1 sebab nak bagi lulus. Tapi takde pun yang boleh buat aku lulus. Akhirnya cikgu bagi je 1 markah, luluskan aku sebab cikgu kata, “Ni saya bagi markah usaha.”

Tapi yelah, lulus macam tu pun, aku sendiri tau kenyataannya aku gagal. Aku jumpa kawan baik aku, nangis – nangis kat dia. Bestfriend aku ni pun ada masalah jugak dengan subjek Kimia. Selalunya dia akan tanya aku betul ke macam ni, betul ke macam tu.

Jadi aku akan bagi pendapat aku, lepas tu rujuk kat member yang lagi pandai. Kebanyakannya memang pendapat aku diterima walaupun ada jugak yang tersasar satu dua. Tapi kawan baik aku ni, result trial dia jauh lagi elok dari aku.

Aku tanya dia apa salah aku. Macam mana nak buat ni. SPM dah nak dekat tapi masih gagal. Bestfriend aku tanya kalau aku ada salah dengan orang tak? Salah dengan cikgu ke? Aku terus teringat kisah aku masa tingkatan 4. A

Aku cerita kat dia. “Agak – agak sebab tu ke?” Bestfriend aku pun cakap, “Pergi je mintak maaf. Manalah tau entah – entah Sir sebenarnya kecil hati ke dengan kau kan.” Tapi aku tak pegi pun. Malu giIa nak jumpa Cikgu.

Exam seterusnya sebelum SPM, sehari sebelum aku jawab first paper untuk trial (bukan paper Kimia), aku ajak kawan baik aku teman jumpa Cikgu tu nak mintak maaf. Jumpa cikgu kat office, “Cikgu, cikgu busy ke? Saya nak jumpa kejap hehe.”

“Ye, kenapa?” “Cikgu ingat tak masa Form 4 cikgu ajar saya?” “Ye, ingat tapi saya tak ingat nama kamu. Kamu kelas 4 Usaha kan?” “Ye cikgu. Cikgu ingat tak yang cikgu pernah cakap macam ni kat saya?” Aku pun ceritalah dari awal sampai habis. Lepas tu cikgu tanya,

“Kenapa? Kamu gagal ke lepas tu?” Aku terus menangis depan cikgu. Pehh malu beb! dahlah nangis depan office kat kaki lima. Kawan – kawan lalu duk tanya bestfriend aku, kenapa nangis tu? Lepas tu cikgu terus cakap,

“Ya Allah saya takde niat pun doakan awak gagal. Cikgu minta maaf ye. Okay saya doakan awak lulus lepas ni. Lulus dengan cemerlang. Lepas ni ada satu trial lagi kan? InsyaAllah awak lulus.” Aku cakap terima kasih kat cikgu, aku balik dorm.

Tapi lega dia memang tak payah cakap lah. Lega giIa. Lepas tu masa jawab trial tu, aku demam selsema. Teruk giIa sampai 1, 2 paper aku tak jawab sebab aku masuk bilik s4kit. Termasuk paper Kimia tu yang aku tak jawab.

Aku ambil exam semula lepas paper semua habis. Takde masa pun sebenarnya aku nak belajar sebab aku tak sembuh pun lagi. Tapi cikgu cakap, kalau aku tak jawab masa tu, kira markah Chemistry aku kosonglah. Jadi, aku jawablah jugak.

Masa ni aku hanya berbekalkan ilmu – ilmu yang aku dah study sebelum ni. Aku takde study hard pun sehari sebelum exam sebab aku takut aku demam balik. Masuk bilik exam dengan nervous giIa sebab aku memang tak bersedia sangat pun.

Jawab je. Soalan susah jugak. Tapi aku tawakal jelah. Result keluar, aku lulus dapat C. Bayangkanlah selama ni aku usaha bagai nak giIa. Jawab banyak latih tubi, past years tapi aku gagal. Lepas mintak maaf kat cikgu, boleh lulus dapat C.

Tinggi jugak markah aku masa tu. Masa tu baru aku percaya dengan kata orang – orang tua; kata – kata guru itu ibarat doa. GiIakan? Cikgu cakap main – main je pun nanti gagal, terus gagal. Cikgu cakap nanti lulus, terus lulus.

Alhamdulillah SPM aku pun okay. Walaupun tak dapat straight As, tapi takde yang gagal. Untuk Kimia aku dapat B. Terima kasih Cikgu sebab mendoakan saya. Jadi sekarang ni aku sentiasa berjaga – jaga. Tak cakap buruk – buruk pasal cikgu ataupun pensyarah.

Kalau aku dengar orang cakap buruk, aku berusaha untuk tak terjebak and cakap kat diorang, “Tak baik weh cakap macam tu. Nanti dorang terasa macam mana?” Benda ni memang  buat aku sangat berjaga – jaga dengan orang lain, terutamanya ibubapa dan cikgu. Kejap je weh doa makbul. Jangan main – main. Kalau rasa ada buat salah tu, dah boleh slow – slow pegi mintak maaf okay? Bye.

PS: Sorry cerita panjang. Aku pun penat menaip sampai s4kit bahu. Huhu. – Mimi

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.