Selama ini isteri diam, tapi kali ini dia dah berani baIas cakap saya dengan suara yang tinggi

Isteri saya sekarang tengah sarat mengandung anak kami yang ke-3. Kakak saya datang tumpang rumah saya sebab suami dia ada outstation. Satu hari saya balik tengok keadaan rumah bersepah dengan sisa makanan berterabur, air manis tumpah. Saya terus cari isteri, dan cakap dia malas kemas rumah. Sekarang isteri dah balik kampung dia..

#Foto sekadar hiasan. Salam min. Terima kasih jika post ini disiarkan. Saya seorang lelaki, dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sekarang ni bini tengah sarat mengandung anak yang ke 3. InsyaAllah, tarikh jangkaan bersalin pada hujung bulan depan.

Saya cuma nak luah rasa serba salah sebagai seorang suami dan adik. Ceritanya macam ni. Minggu lepas, kakak saya datang menumpang di rumah kami memandangkan suaminya ada urusan di tempat ni. Company suaminya dah sediakan tempat penginapan, tapi kakak saya nak tinggal di rumah saya sebab katanya bosan duduk di hotel.

Saya suarakan hal ni pada isteri, dan isteri kata dia tak kisah, cuma dia risau kalau tak larat nak layan kakak saya memandangkan dia pun dah sarat. Masak pun ala kadar je. Saya yakinkan dia bahawa kakak saya pasti akan memahami kerana dia juga dah ada 3 anak.

Awalnya semua nampak ok. Saya dah pesan pada isteri supaya jangan terlalu buat kerja berat. Lagipun saya keluar pagi dan balik malam. Isteri iyakan saja. Masalahnya bermula hari ke-3. Bila saya balik rumah dan buka pintu, saya terk3jut tengok rumah yang bersepah dan tak terurus.

Butir nasi bertaburan atas lantai bersama kesan tompokan air manis, mainan pula bersepah di sana sini. Kakak saya sedang khusyuk menonton drama pukuI 7 dan anak – anaknya sedang bermain mainan. Saya yang penat terus rasa panas dan masuk ke bilik mencari isteri.

Isteri saya masa tu sedang pakaikan baju tidur pada anak – anak kami. Terus saya soal padanya tentang keadaan ruang tamu yang bersepah. Saya marahkan dia, saya salahkan dia, cakap dia malas mengemas rumah. Dan masa itulah terjadi pertengk4ran yang paling besar antara kami.

Selalunya isteri saya hanya diam saat saya marah atau berg4duh tapi kali ini dia membaIas kata – kata saya dengan suara yang tinggi. Katanya hari ini sahaja sudah lebih 3 kali dia terp4ksa menyapu dan mengemop lantai gara – gara anak – anak kakak saya yang makan bertaburan.

Malah, kain baju yang siap dibasuh pun isteri saya jemurkan, dan angkatkan. Kakak saya cuma bermanis mulut, katanya “eh tak payah la buat. Nanti kakak basuh.” Masalahnya baju dah 2 hari dalam mesin, masih tak dibasuh.

Bila dah petang anak kakak request nak makan nugget, fries dan isteri saya yang masakkan sebab kakak saya minta dia buatkan. Katanya alang – alang tu, boleh makan sambil tengok TV. Dan saya pula balik – balik terus nak bad mood marahkan dia.

Lepas je meng4muk, dia masuk ke bilik air. Dan masa tu saya tersedar, ada betulnya kata isteri saya. Kenapa saya cepat sangat marahkan dia sedangkan dia sangat menjaga kebersihan rumah selama ni walaupun sedang sarat mengandung.

Malam itu, waktu semua dah tidur saya usap rambutnya dan dia tersedar dia menangis dan meminta maaf kerana meninggikan suara pada saya. Katanya dia terlalu penat, ditambah pula dengan tuduhan saya itu membuatkan dia kecil hati. Saya juga meminta maaf padanya.

Lalu dia meminta izin dari saya untuk pulang ke rumah ibu bapanya bersama anak – anak. Saya izinkan walaupun berat hati. Hari – hari seterusnya, saya m4kin str3ss bila balik kerja tengok rumah m4kin bersepah dan kakak saya langsung tak ade usaha untuk bantu kemaskan rumah walaupun anak dia yang buat sepah.

Macam mana saya nak tegur kakak saya ni ye? Saya risau kalau saya tegur, dia akan kecil hati dan tuduh saya lebihkan isteri dari adik beradik. Soalnya saya sendiri pun dah rimas dengan rumah yang bersepah begini.

Perkongsian dan luahan dari lelaki ini mendapat pelbagai komen dan reaksi dari para pembaca. Mereka rata – rata memberikan nasihat buat confessor yang mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah. Memang banyak berlaku situasi sebegini di mana kita akan tersepit di antara pasangan dan juga keluarga.

Komen Warganet :

Najwa Baderi : Tegur je la bro, dia nak terasa ke tak ke biar je. Sebab selagi bro tak tegur, mungkin dia ingat ok ok je semuanya. Mungkin kakak awak tu kalau dekat rumah dia dah biasa macam tu tapi kenapa dia tak ada rasa malu bila kat rumah orang?? Dan lepas ni tak payahlah benarkan kakak awak menyusahkan isteri awak lagi ye.

Arma Wati : Maaf cakap tapi bagi aku, patut kau halau je la, pemalas! Kakak kau memang sengaja nak buat kau berg4duh laki bini sebab tu dia nak merempat kat rumah kau. Kalau dia baik dia tak akan nak tumpang rumah kau baik duduk hotel yang disediakan.

Itu kan kakak kau sendiri nak risau apa, call je laki dia suruh datang ambik. Kalau tak nak ambil, aku cadang kau call jabatan perhilitan senang cerita. Tak pasal – pasal g4duh laki bini. Nasib baik bini kau pandai. Dari terus makan hati baik dia jaga diri tenangkan fikiran balik kampung dia.

Dayangsitihasmah Abanghjjoss : Minta kakak kau balik ke rumah dia sendiri. Call abang ipar kau suruh ambil bini dia balik. Gitaw je, bini dia tu buat rumah dah macam rumah sendiri. Kau pun 1 hal. B0doh sangat.

Baguslah bini kau balik kampung tu. Tak jadi h4mba kakak kau. Aku dapat kakak macam tu, memang mendapat la dia. Tak sedar dik untung. Itulah sebab dia nak duduk menumpang dekat rumah kau. Senang ada orang gaji yang tolong buatkan semua, bagi makan anak – anak dia.

NurAz Wan : Tegur sajalah kakak tu, dah memang rumah awak, takkan takut sangat. Lagipun awak boleh je tegur kakak awak tu baik – baik. Kalau kakak awak tu orang yang ada akal, tentu dia dah uruskan anak – anak dia, dan sedar diri bila tuan rumah dah keluar. Sebenarnya dia bukan tak tahu, tapi malas yang teramat dan jenis tak bertanggungjawab.

Aina Abu : Yang baca ni pun dah s4kit hati, inikan pula kalau jadi isteri awak yang kena hadap per4ngai malas kakak tu, Apa punya per4ngai tak tahu malu ke duduk rumah orang sampai tuan rumah terp4ksa keluar.

Itupun tak faham – faham lagi ye kakak awak tu. Sepatutnya dia dah sedar la bila isteri awal keluar sebab tak tahan per4ngai dia tu. Mesti jenis yang jahat hati busuk ni. Suruh je la keluar, tak pun awak sendiri keluar pergi la sewa hotel 3 4 hari kata ada outstation, suruh dia balik hotel. Senang cerita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.