Sebelum ni abg bagi duit bulanan, bayarkan bil tapi lepas dia kahwin kak ipar halang siap suruh suami aku kerja

Kalau dengan anak buah dan anak sepupu yang lain bukan main lagi dia belikan macam – macam. Bila beli barang mainan untuk anak – anak aku kat kedai RM2, barang murah tu je tapi kalau anak orang lain siap pergi KLCC lagi. Sebab tu la kot sampai sekarang dorang takde anak lagi..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca yang budiman. Aku hanya nak kongsi je perasaan aku yang tengah str3ss ni. Aku dah berkahwin dan ade anak 5 orang. Buat mase ni dah dekat setahun suami aku menganggur.

Aku pula ada buat bisnes online, dapatla untung sikit – sikit tapi tak cukup sebenarnya nak tampung belanja sebab anak dah 5 orang kan dengan suami pulak masih belum dapat kerja. Masalah aku sekarang bukan dengan suami aku tapi dengan kakak ipar aku.

Aku s4kit hati sangat bila abang aku asyik dengar je cakap isteri dia. Masalahnya sekarang abang aku dah hentikan bantuan bulanan untuk aku dan aku tau sangat ni mesti isteri dia yang tak bagi bantu dah. Aku tak faham kenapa dia sibuk nak campur urusan kami adik beradik.

Kak ipar aku ni dah la bekerjaya, bukannya abang aku ada ambil duit dia pun. Memanglah dulu masa abang aku susah isteri dia yang banyak tolong tapi sekarang dorang dah hidup senang. Jadi tak salah pun abang aku nak tolong aku.

Lagi satu, dorang bukannya ade anak lagi, komitmen tak besar pun. Yang aku geram tu, kakak ipar aku siap cakap kalau abang aku nak tolong jugak aku ni, dia pun nak mintak jugak bantuan bulanan macam yang aku dapat.

Dah tu siap kata tak nak kerja jugak kalau macam ni. Memang melampau tau, aku kerja jugak, bukan tak kerja. Sekarang dia mula mintak kami bayar duit sewa rumah. Untuk pengetahuan korang, rumah ni rumah abang aku.

Sebelum ni kitorang bayar RM100 sebulan tapi sekarang sebab duit dah takde kami minta stop dulu bayar buat sementara. Aku tau mesti kakak ipar aku yang suruh bayar sewa jugak. Abang aku dah cukup baik dah layan kakak ipar aku tu memang mewah je hidup selalu pergi bercuti berdua.

Lepas tu selalu jer abang aku pergi bercuti dengan family kakak ipar aku. Tak pernah pulak nak ajak aku dan anak – anak ikut sekali. Lepas tu bila aku nak hantar barang, mintak tolong kakak ipar aku jaga anak – anak aku sekejap, dia tak nak.

Alasannya suami aku ade, dia suruh suami aku jaga anak – anak sendiri. Punca dia sebab suami aku pernah cakap dekat kakak ipar aku yang kakak ipar aku tak pandai urus budak, itu yang sampai sekarang tak ade anak.

Sebab tu sampai sekarang dia memang tak layan anak – anak aku. Tapi kalau dengan anak – anak buah dan anak sepupu yang lain bukan main lagi dia belikan barang dan baju. Abang aku pun dah terikut per4ngai kakak ipar aku.

Bila beli barang mainan untuk anak – anak aku kat kedai RM2, barang murah tu je tapi kalau anak orang lain siap pegi KLCC lagi. Entahlah, kadang – kadang bila fikir sebab tulah kot kakak ipar dan abang aku tak ada anak lagi.

Setiap hari makan dekat luar, bila hujung minggu je keluar berjalan. Sekarang ni bila aku nak pergi rumah abang aku hujung minggu, abang aku selalu bagi alasan cakap dia penat, nak rehat. Tahu – tahu dia pergi bercuti. Bila aku ajak dia keluar untuk bawak anak – anak aku jalan, dia marah.

Dia suruh aku ajak suami aku. Aku sedih sebab kakak ipar, hubungan abang dan aku pun dah tak berapa nak elok, abang dah tak nak layan aku. Kesian kat anak – anak aku, tak dapat kasih sayang bapa saud4ra. Sekarang cuti sekolah tak dapat berjalan – jalan, makan pun nasi dengan telur je hari – hari.

Sekarang ni pun kakak ipar dah bising suruh laki aku cari kerja. Masalahnya susah laki aku nak cari kerja dengan kelulusan dia yang tak seberapa. Orang luar tak paham. Dulu kak ipar aku ni tak banyak cakap dan tak pernah campur hal kami adik beradik.

Tak tau la sekarang kenapa dia dah nak masuk campur. Risau aku sekarang, duit kereta dah beberapa bulan tak bayar dengan road tax kereta pun dah nak m4ti. Aku dah tak ade tempat nak mengadu. Memang abang aku dah nekad tak nak tolong kami anak beranak.

Dia suruh aku cakap kat suami aku supaya kerja. Abang aku banyak lebihkan isteri dia. Aku rindukan abang aku yang dulu. Sekarang nak pinjam duit pun abang aku bagi 50 je. Dia cakap duit sekarang dia nak pakai sebab nak ikhtiar untuk anak pulak.

Sekarang kakak ipar aku hanya setuju untuk bayar sekolah anak – anak dan belikan beras aje. Aku risaukan bil – bil rumah ni je. Kalau tak bayar, letrik air nanti kene p0tong. Beras pun dah mula nak habis. Belanja anak – anak aku lagi. Pening sangat

Komen Warganet :

Fazidah Kadri : Kisah benar ke? Kalau betul, akak nak ucap tahniah pada kakak ipar dia. Kalau kakak ipar dia baca ni, don’t be sad or worries. Semua komen dalam ni sokong awak. Ajar kan sikit adik ipar dan biras awak tu.

Buat hati kering biar diorang sedar tanggungjawab diorang. Akak doakan awak dapat anak. Malas nak nasihat laki bini setengah masak ni. Rasa nak ketuk aje dengan sudip, biar bergegar sikit otak beku tu.

Heliana Bt Mohd Rashidey : Kalau aku jadi kakak ipar tu pun, aku buat benda yang sama, apa fungsi nye suami tu. Buat perhiasan ke?? Patut nye si suami tu yang patut pikir kan semua tu, tu tanggungjawab dia, ko dah bersuami, bukan tanggungjawab abang ko lagi nak bela ko, melainkan kalau suami ko s4kit terlantar tak boleh kerja, itu lain cerita la.

Rosslina Hassan : Masalah sekarang ini bukan pada kakak ipar awak atau abang awak. Tidak menjadi tanggungjawab seorang abang menafkahi adik perempuannya yang sudah bersuami. Masalah besarnya pada suami awak.

P4ksa suami tu bekerja. Jadi jaga pun tak apa. Buat kerja Bangla kat station minyak pun boleh ajer untuk mencari rezeki. Jangan biarkan suami berlemak kerana ditolong. Saya sokong kakak ipar dan abang awak untuk melihat suami awak berusaha mencari rezeki sendiri. Itu kewajipan seorang suami kepada awak sebagai isteri. Jangan wat relax tunggu pertolongan orang jek.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.