Saya yg izinkan suami kahwin lagi, namun akhirnya saya sendiri yg cemburu dan tak redha

Saya terlalu yakin suami sayang pada saya dan keluarga. Saya terlalu pandang rendah dengan suami kerana penampilannya. Sebab itu saya benarkan suami berkahwin dengan Yuna. Suatu hari saya perasaan perubahan pada Yuna. Terk3jut bila saya seIongkar bilik Yuna dengan apa yang saya jumpa..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Saya wanita berumur pertengahan 30-an, sudah berkahwin lebih kurang lima tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya kahwin agak lewat. Suami saya muda 3 tahun daripada saya.

Kami tak bercinta sebelum kahwin. Saya memilih dia kerana kesungguhan dia untuk memiliki saya selain daripada sebab – sebab wajib yang lain seperti solat, family dan pekerjaan tetap walau tahap SPM (dia ada degree). Saya banyak buat hal sebenarnya sebelum kahwin.

Yelah, sebab hati tak betul – betul sukakan. Salah sikit saja saya minta putvs. Dia buat saya terasa, saya terus bergegas nak balik, hingga dia kemaIangan terIanggar lori lepas kami berjumpa. Katanya (lepas tu) sebab dia tak boleh fokus memandu sebab risau saya marahkan dia.

Saya ignore semua message dia hingga dia terp4ksa telefon ayah saya, bagitahu yang kami ada masalah. Ayah saya yang pujuk saya, untuk terima dia semula sebab ayah saya kata dia macam nak menangis ketika cerita pasal saya tak hiraukan dia walaupun ketika dia sent gambar dia kemaIangan.

Suami saya bukanlah citarasa saya dari segi fizikal. Badannya besar, tinggi. Selalu cakap nak diet, tapi susah sebab dia suka makan. Kulit saw0 mat4ng, kulit biasa lelaki melayu tapi manis tu tetap ada. Suka pakai kain peIekat dan baju melayu ke mana – mana.

Sebab dressing dia macam orang tua, selalu orang sangka yang saya lebih muda daripada dia. Saya ceritakan semua ni ada sebabnya. Dua tahun lepas, berlaku hal yang tak disangka dalam rumah tangga kami. Ketika saya berada di rumah keluarga suami, ibu bapa mertua menyebut yang sebelum suami saya berkahwin dengan saya, suami pernah nak dijod0hkan dengan anak sepupu suami.

Masa tu suami saya baru frust, kira dia setuju je. Lepas suami jumpa saya, dia berubah fikiran dan rancangan tu batal macam tu je. Tapi selepas anak saud4ra mak mertua saya jatuh s4kit (terminaI iIIness), dia menuntut janji tu semula.

Katanya nak ada orang yang jaga anak dia lepas dia meninggaI. Perempuan tersebut, sepupu suami tu saya namakan dia Yuna. Yuna ni anak perempuan tunggal dan bongsu. 3 orang abang dia dah berkahwin dan duduk jauh.

Mak si Yuna dah meninggaI lama juga, sejak Yuna sekolah rendah. Bapak Yuna ni anak saud4ra mak mertua saya. Mertua saya ni anak bongsu. Anak saud4ra dia tu anak sulung kakak dia yang sulung. SaIasiIah tu berbeIit sikit tapi boleh dik4takan keluarga jauh juga.

Suami saya kata, sejak dah besar, diorang jarang jumpa. Kecil – kecil dulu selalu juga. Keluarga mertua tak p4ksa, lagi – lagi kalau saya tak boleh terima p0ligami. Tapi mereka cadangkan kami sama – sama pergi negeri jiran untuk melawat bapak si Yuna yang s4kit ni.

2 jam perjalanan je. Waktu tu saya sebenarnya tak tahu nak rasa apa. Dalam hati saya, saya confident yang suami terlalu sayangkan saya dan anak – anak. Dia tak kan buat apa – apa keputvsan yang membelakangi saya. Suami saya ni suka bergurau dan bercakap.

Apa – apa yang jadi kat tempat kerja pun dia cerita. Nak buat apa – apa pun dia akan cakap. So takkan keputvsan sebesar ni dia nak buat sorang – sorang kan. Dalam rumahtangga kami, saya yang selalu lebih mat4ng daripada suami.

Dia pun selalu cakap, dia banyak belajar daripada saya. Masa jumpa keluarga si Yuna ni kali pertama, memang langsung takde sebut pasal kahwin. Cuma saya perasan bapak Yuna ni macam hint sesuatu bila dia kata takut Yuna ni tinggal sorang – sorang lepas dia takde.

Yuna ni muka budak – budak dan badan dia kecil, nampak macam baru sekolah menengah padahal sedang belajar di IPT. Tengok dia berborak dengan suami pun nampak macam abang adik. Takde gedik – gedik cover ayu semua tu.

Suami saya siap usik dia pasal boyfriend lagi. Dia panggil suami saya abang. Beza dorang dalam 9 tahun. Panjang sangat nak cerita. Tapi cut the story short, lepas jumpa family Yuna, saya yang minta suami saya untuk terima Yuna.

Mungkin kerana saya kesian tengok ayah Yuna yang terlantar masa tu. Saya takut kalau saya menghaIang, apa – apa jadi nanti family suami akan bIame saya. Lagipun suami saya dah terIanjur berjanji kan. Dia mungkir pun sebab saya.

Selain daripada tu, jauh di sudut hati saya rasa suami saya dan Yuna memang tak ada apa – apa perasaan pun. Yuna tu muda, lincah, pakaian trend ala – ala K-pop yang tutup aur4t tu. Mesti dia nak lelaki yang sebaya. Yang handsome, ala – ala K-Pop ke.

Bukan macam suami saya. Med Soc pun tak ada, game tak main, shopping mall tak suka pergi. Kalau berjalan pun untuk cari tempat makan je biasanya. Saya dapat rasa dia setuju pun untuk puaskan hati ayah dia je. Memang saya nampak Yuna ni manja sangat dengan ayah dia masa saya datang hari tu.

Masa akad nikah, saya ada di situ menyaksikan pernikahan mereka yang boleh tahan meriah. Malam tu suami tidur di bilik dengan saya. Rumah family Yuna rumah kampung, ada banyak bilik. Saya diberi bilik sendiri untuk saya dan anak – anak.

Menurut suami, lepas ni tak akan ada apa yang berubah. Yuna tetap akan tinggal di rumah dengan ayah dia sebab dia masih belajar dan ayah dia s4kit. Dia ulang alik rumah ke IPT. Suami saya tetap akan tinggal dengan saya macam biasa.

Tiada giliran. Saya pernah dengar family suami sebut macam nikah g4ntung. Kira suami tak wajib lagi bagi nafkah sebab masih tak tinggal bersama dan isteri tak wajib menjalankan tanggungjawab sebagai isteri sebab masih belajar.

Di waktu cuti sekolah, kami sekeluarga termasuk anak – anak akan ke rumah family Yuna. Saya suka je balik sana sebab suasana kampung. Anak – anak suka kejar ayam, kambing, panjat pokok. Kadang – kadang musim buah ayah Yuna akan telefon ajak makan buah.

Ada juga balik bila ada kenduri family beIah suami. Saud4ra suami saya ni banyak yang duduk satu negeri dan dekat – dekat je. Suami saya pun bila berborak dengan Yuna, tak pernah lagi diorang borak berdua. Mesti akan libatkan saya sekali walaupun saya lebih banyak mendengar je.

Suami saya dengan Yuna ni dua – dua jenis rajin bercakap, so kalau berborak tu kec0h rasanya. Yuna pun suka layan anak – anak saya. Suka bawa berjalan, belikan macam – macam. Dalam fikiran saya, bermadu tu tak la seteruk mana.

Oh ya, selain family suami, takde orang lain yang tahu tentang perkahwinan baru suami ni. Kalau saya balik rumah family Yuna, saya akan sebut balik kampung beIah suami. Mak ayah mertua saya duduk di bandar dan masih bekerja.

Kalau balik kampung biasanya mereka akan balik ke rumah kakak sulung mak (kira nenek Yuna). So sekarang rumah family Yuna yang dah jadi kampung baru suami saya. Dan Yuna pun bila suami ada dia akan pakai tudung, berlengan panjang macam ada orang asing dalam rumah.

Bila lepas solat sama – sama pun Yuna tak akan salam tangan suami saya. Semua nampak ok sehinggalah ketika saya balik ke rumah family Yuna, saya perasan perubahan bentuk badan Yuna. Nampak lebih tembam. Pakai baju pun yang kembang – kembang.

Mulanya saya tak syak apa – apa hingga ketika saya nampak Yuna baring dalam bilik. Anak saya buka pintu luas – luas sebab nak masuk masa tu. Ya, nampak bentuk perut Yuna. Kalau orang b0ncit pun, bila baring perut akan Ieper.

Tapi perut Yuna tak Ieper walau baby bvmp tu Nampak tak besar mana. Waktu tu saya dah syak dia mengandung. Bod0hnya saya ketika itu, seketika saya ingatkan yang Yuna tu mengandung anak luar nikah. Saya seolah lupa yang Yuna adalah isteri suami saya yang sah.

Saya tak tahu bila mereka bersama. Saya sangat pasti suami tak pernah balik ke sana sendiri tanpa saya. Mungkin ketika tidur di bilik saya, malam – malam dia menyeIinap masuk ke bilik Yuna. Dan Yuna membenarkannya. Ketika ni saya tiba – tiba rasa sangat marah.

Saya rasa diketepikan. Macam suami buat benda salah senyap – senyap belakang saya. Ketika orang lain berada di luar rumah, saya menyeIinap masuk ke bilik Yuna. Saya jumpa buku pink. Tertera nama suami saya di situ. Yuna mengandung dah 29 minggu ketika tu.

Yelah, badan dia kecilkan, lagi kelahiran anak pertama, sebab tu tak ketara sangat. Saya diamkan perkara ni. Saya nak tengok sampai bila suami saya nak berahsia. Dan selepas itu, bermulalah ujian hidup berp0ligami yang sebenar bagi saya.

Suami masih lagi seperti dulu. Dari zahirnya nampak tiada apa yang berubah. Masih lagi ringan tangan membantu saya di rumah, rajin melayan anak – anak. Masih lagi menjadi imam solat saya. Tapi saya yang berubah. Saya tak boleh tengok dia pegang handphone di rumah, saya akan rasa seolah – olah dia sedang mesej dengan Yuna.

Tak boleh nampak dia senyum, saya akan terbayang seolah – olah dia sedang angau tentang Yuna. Malah ketika bersama pun saya masih rasa dikhian4ti terbayang saat dia bersama dengan Yuna. Ketika Yuna videocall dengan anak – anak saya, saya rasa benci sangat tengok muka dia.

Saya anggap Yuna macam adik, tapi Yuna dah tik4m saya daripada belakang. Entahlah. Kami masing – masing tak pernah berbincang pasal ni. Mungkin hanya saya yang rasa mereka tak pernah ada perasaan. Mungkin saya sendiri yang terlalu yakin dengan kasih sayang suami pada saya.

Setiap kali ketika nak pujuk saya, suami akan sebut macam mana susah dia nak dapatkan saya dulu. Mungkin saya terlalu memandang rendah pada suami saya sehingga saya rasa tak mungkin ada perempuan lain yang nakkan suami saya.

Saya terlupa kuasa sweet talker seorang lelaki. Saya pernah baca whatsApp suami dengan Yuna. Ayat – ayat biasa je, macam ‘ayah panggil balik’ atau ‘minta doakan nak exam.’ Tapi di sebalik tu saya tak tahu la. Mungkin mereka prefer by call.

Mungkin suami saya dah padam mesej – mesej sweet yang lain. Hati saya s4kit sangat. Api cemburu dalam dad4 ni macam nak pec4h dibuatnya. Terbayang apa yang tak boleh dengan saya, mesti ok dengan Yuna. Contoh suami saya suka masuk r4cing am4tur.

Sebelum kahwin dia aktif dengan group kereta. Tapi lepas kahwin, dia slowdown buat semua tu. Saya memang tak menghalang, tapi tak juga menyokong. Kalau dia ajak ikut geng kereta dia, jarang saya nak ikut. Saya jenis intr0vert.

Dan sebab saya tak ikut dia tak akan pergi. Dia selalu cakap dia tak boleh jauh dengan saya dan anak – anak. Sama juga kadang – kadang bila ada cuti sehari je, suami suka ajak jalan tempat yang jauh – jauh untuk cari makan.

Saya malas nak jalan jauh – jauh semata – mata nak makan. Saya bukan suka makan tempat – tempat viraI sangat ni sebab bagi saya selalunya hype je lebih. Tapi Yuna muda, jenis extr0vert, lincah. Mesti Yuna boleh ikut rentak dia.

Mungkin dia rasa dia boleh dapat penghormatan yang lebih sebagai seorang suami dengan Yuna yang lebih muda daripada dia berbanding saya. Panjang sangat dah saya menulis ni. Tapi sebab saya malas nak sambung – sambung lagi, saya pendekkan je.

Sekarang Yuna sedang dalam pant4ng. Akhirnya suami dapat anak perempuan yang dia nak sangat. Suami saya berterus terang yang Yuna mengandung bila dia nak balik negeri family Yuna sebab Yuna nak bersalin. Waktu tu dia nampak kaIut sangat kemas – kemas barang, so saya pun tak bertanya apa-apa.

Dia pun macam tak kesahkan perasaan saya masa tu, excit3d nak sambut baby baru agaknya. Sejak PKP ni, suami saya dah tak kerja. Retrenchment. Dia kerja sendiri dengan kemahiran yang dia ada. Sekarang dia ada banyak masa lapang berbanding saya yang susah dapat cuti ni.

Hampir setiap minggu dia akan berulang alik ke rumah family Yuna walau tanpa saya. Saya pernah ikut sekali je. Pertama kali saya rasa diketepikan bila suami saya dan Yuna sama – sama bercakap pasal anak mereka. Dan pertama kali saya dan anak – anak tidur sendiri bila suami tidur di bilik Yuna.

Saya cuba rasionalkan diri yang saya tak patut cemburu. Yelah dulu waktu saya pant4ng, suami juga sanggup ulang alik rumah mak saya dan tempat kerja dia setiap hari. Bukan dekat, lebih sejam sehala. Tapi sekarang dia jumpa baby baru dia hanya di hujung minggu je.

Tapi saya bukan robot. Perasaan cemburu yang datang bukan ada butang on off. Saya sendiri ters3ksa dengan rasa ni, tapi apa yang saya boleh buat? Dulu saya selalu bayangkan, bila ayah Yuna meninggaI, hubungan mereka akan berakhir.

Tapi kini nampaknya ayah Yuna m4kin sihat dan seronok dengan baby baru. Suami saya pula tak mungkin akan membiarkan zuriatnya tak berbapa. Saya bukan jahat sangat doakan orang cepat m4ti, tapi kalau tengok keadaan ayah dia masa saya melawat dulu, memang nampak macam tu.

Dulu Yuna umpama menumpang kasih, kini berkongsi. Di masa akan datang? Mungkin saya yang akan undur diri. Bukan mudah untuk saya membayangkan hidup tanpa suami sebab selama ni hidup saya segala – galanya berIegar tentang dia.

Anak – anak pun rapat dengan dia. Tapi api cemburu ini m4kin hari m4kin memakan diri saya. Terus terang saya katakan, dari segi nafkah, suami tak mampu berpoIigami. Apatah lagi dengan pendapatannya yang tak tetap sekarang ni.

Sebelum ni saya tak kisah berkongsi perbelanjaan sebab saya tahu suami bukannya culas dengan sengaja. Tapi buat masa sekarang, hati saya s4kit bila saya yang perlu berbelanja itu ini. Saya jadi mengungkit dan berkira, tapi lebih banyak saya simpan sendiri.

Cuma kadang-kala saya menyindir yang ‘sekarang kena jimat’ or ‘duit saya cepat habis.’ Lama – lama hati saya yang par4h dan saya jadi kurang layan suami. Suami juga tidak lagi rajin bercerita macam dulu Mungkin semua cerita – cerita dia dah kongsi dengan Yuna.

Dia masih lagi menjawab bila saya bertanya. Masih lagi membantu saya dengan kerja rumah dan anak – anak, tapi entahlah. Segalanya rasa tak sama macam dulu. Apa yang patut saya buat? Bagaimana nak didik hati untuk redha dengan semua ini?

Dan jika sampai bila – bila saya masih tak dapat terima semua ni, apakah perlu saya berpisah dengan suami? Atau saya yang perlu meminta Yuna undur diri. Entahlah. Tolong doakan saya. – Aisyu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hasmie Aziz : Dari penulisan ni, saya dapat rumuskan, puan seorang yang sangat baik. Tak memburukkan madu malah puan sendiri yang mengizinkan suami bernikah. Sy4itan suka bermain api dengan manusia.

Jangan biarkan sy4itan menang puan. Banyak – banyakkan istigfar puan. Saya pasti puan akan buat keputvsan yang baik. Puan memang kena slow talk dengan suami, hati ke hati dan dua org sahaja tanpa melibatkan orang ke-3.

Luahkan segala – galanya. Betul, saya tak melaluinya, saya tak akan faham tapi saya percaya puan orang yang baik – baik dan semestinya orang yang baik ni, syurga ganjarannya.

Allah sedang angkat darjat puan tanpa puan sedari. Saya sendiri pun tak pasti apakah saya kuat kalau di situasi ni.

Annie Mohd : Benda dah jadi sis, you have to deal with it. Tiap kali rasa cemburu imagine sy4itan kat tepi tengah gelak ketawa sambil kipas – kipas api cemburu you tu. Takkan you nak biar makhluk tu menang kan?

Kalau bercerai pun you akan betul – betul happy ke or menyesal sebab jadi I0ser. I think u have to think back kenapa benda ni jaid seperti hari ini. It is your choice juga. So be responsibIe with your choice.

Over time benda ni akan jadi biasa another day in day out. Sekarang ni baru lagi memang meluap – luap rasa benci tu. Sama juga orang yang kehilangan orang tersayang sebab kem4tian contohnya, lama – lama bila bercakap pasal si m4ti tu tak ada rasa sedih dah.

Time will heal. Give yourself a time to refIect. Kalau lepas bertahun – tahun masih benci jugak then better do something. One more thing diorang berlakon sebab nak jaga hati you. They are consid3rate juga dan I believe yuna pun berk0rban perasaan lalui banyak benda sorang – sorang.

Rusnani Jaafar : Puan seorang yang berhati baik sebenarnya dan ujian buat puan bila sy4itan datang mengg0da dengan segala hasutan dan bisikkan buruknya.

Puan faham segala – galanya dari penulisan puan, Allah uji puan dengan rasa cemburu, fitr4h biasa seorang isteri. InshaaAllah semoga puan berjaya perlahan – lahan mengawal segala rasa cemburu, kemarahan, segala buruk sangka kerana perhubungan suami puan halal dan sah di sisi agama.

Saya memberi pendapat tanpa membaca komen – komen lain kerana ingin memberikan pendapat yang tulus ikhlas. Puan hebat dan semoga puan berjaya mengawal segala rasa buruk dalam hati dan menggantikannya dengan kebahagiaan, ketulusan dan keikhlasan dan menemui kembali kebahagiaan dalam rumahtangga biarpun berp0ligami. Semoga terus tabah dan kuat meIawan g0daan jahat sy4itan dan konco – konconya!

Nur Arissa : Sebab tu bukan senang nak berp0ligami baik isteri baik suami. MeIawan perasaan ni memang susah. Pada saya cemburu tu memang tak boleh dihindarkan.. Apa kata belajar terima, sibukkan diri.

Dari cerita puan ni, suami seorang suami yang baik. Dia hanya menjalankan amanah yang diberi. Puan sahaja berperasaan begitu sebab fokus suami kini tidak lagi semata – mata untuk puan.

Belajar terima sedikit – sedikit. Alihkan perhatian untuk perkara – perkara yang lebih faedah.. Masa akan memulihkan segalanya.

Ain Alia : Puan, sebelum ni puan sendiri yang bersetuju kan, cuba puan fikir, keputvsan puan sendiri tapi sendiri juga menyesal.. Sekarang nak bercerai pulak, cuba fikir, kalau bercerai. Hati puan betul ke dah tak s4kit?

Betul ke oke je tengok suami nanti ke sana sini dengan Yuna? Fikir betul – betul puan.. Jangan bertindak mengikut em0si. Sekarang ini cuba puan terus terang dengan husben perasaan puan, tak kesah melalui mesej, cakap depan – depan lebih bagus jika punya kekuatan, apa yang betul – betul puan rasa.

Kalau perlu menangis, menangislah puas – puas. Selepas tu mintak husben benarkan puan me time. Bawalah anak – anak kalau perlu untuk ubat rasa yang puan rasa. Mungkin boleh pegi bercuti ke mana – mana, yang dekat – dekat atau pergi shopping ke. Hanya untuk hilangkan segala rasa. Selepas tu balik semula dan fikir ape yang terbaik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.