Masa mula – mula nak solat tu saya dah minta tolong suami tutup alarm telefon. Tpi sepanjang saya solat dia tak tutup pun. Sampailah kami berg4duh dan saya terlepas cakap. Saya terk3jut bila suami cakap sebenarnya dia tak suka pun tengok saya solat depan dia..
#Foto sekadar hiasan. Salam, saya nak minta pendapat semua. Saya merupakan seorang isteri yang berniat untuk berubah. Saya dah mula pakai tudung. Dah mula perbetulkan solat, dan dah mula perlahan – lahan untuk mengaji. Tapi sikap kurang sabar saya ni jadi satu masalah bagi saya.
Ceritanya pagi tadi saya bangun solat, saya kunci alarm pukuI6.10, 6 15 dan 6.30 pagi. PukuI 6:10 saya tutup alarm dan sambung tido. PukuI 6:15 saya bangun tutup kan alarm dan terus bangkit dari katil. Kebetulan suami saya satu malam tak tido tak tau ape kerja dia tak tido satu malam.
Bila ditanya dia kata, dia tak boleh tido, masuk bilik dan duduk di tepi katil kami. Ketika tu saya dah bangkit masuk toilet dan berwuduk. Ngam – ngam saya nak keluar dan tutup pintu, alarm jam 6:30 pun bunyi. Biase lah alarm memang bising.
Saya minta suami untuk tutupkan alarm tu sebab saya dah kat luar bilik dan nak tutup pintu. Suami saya kata eh bukan telefon aku. Saya anggap dia bergurau, jadi saya keluar je lah. Sebab dia memang jenis suke bergurau kasar.
Saya dah tau sikap dia, saya pun anggap jap lagi dia tutup lah. Saya pun solat. Sampai la siap solat alarm tu dia tak tutup – tutup. Saya dah mula panas hati dah, dia memang tak nak tutup ke apa? Ade berbaki dalam 25 minit lagi sebelum waktu syuruk saya bercadang nak baca yassin.
Tapi tak tenang saya bunyi alarm tu, dia buat tak tau je duk sebeIah main fon. Anak saya sedang tido umur 5 tahun dan 1 tahun 1/2 dan memang tidur dalam bilik yang sama. Jadi saya masuk balik dalam bilik, ngam – ngam telefon tu tutup sendiri.
Saya tanye dia, ape yang susah sangat nak tutup alarm tu? Tekan button merah je pun. Dia datang kat depan saya dan dia tanya saya nada gurau, “ko dah sembayang ke belum? Dengar ke alarm tu kat luar? Ape masalah kau?”
Saya tak ambik peduli tu semua, saya tetap tanya dia, kenapa tak tutup? Saya ni memang ade sikap kurang sabar, dan baran macam dia jugak. Jadi, saya bagitau dia, solat saya tak kusyuk sebab per4ngai busuk hati dia tu. Saja buat orang lain s4kit hati.
Dia langsung tak tutup pastu dia kata dia dah tutup, Depan mata saya fon tu tutup sendiri. Saya marah dan geram sangat, saya terlepas cakap ‘vavi betul’. Ye memang kasar, silap saya. Tapi saya tetap marah suami saya. Saya tak minta maaf ketika tu!
Saya tak kata ke dia saya kata ke per4ngai busuk hati dia. Buat pengetahuan semua, saya tak pernah cakap depan dia benda macam tu. Bila g4duh pun saya tak pernah ucap perkataan tu. Dalam wassap kalau g4duh pun saya tak ade cakap perkataan tu.
Sebab saya rasa geram sangat! Dia kata kalau ko tak sembahyang lagi baik ko ambik air sembahyang (maksud dia macam air wuduk saya dah terbatal la sebab mencarut kat suami). Tapi saya dah solat dan saya tahu wuduk saya tak batal lagi selagi tak sentuh dia.
Saya pun buat tak tau dan ambik yassin terus mengaji. Selepas mengaji pula saya nampak tupperware sup mak mertua bagi saya malam tadi untuk anak saya berdua tu berada dalam singki, yang isi nya dah habis. Saya pun masuk lah dalam bilik nak tanya dekat dia..
Dia nampak saya buka pintu tu dia terus baring pura – pura tidur. Saya tanya dia, abang ade makan sup dalam peti ais tu ke? Tu sup untuk anak, mak bagi semalam. Dia terus campak bantal peIuk dia keluar bilik, punye la kuat. Dia tanye saya apa masalah saya.
Dia kata dia tak makan. Sup tu ade lagi dalam peti. Saya pun terk3jut la. Eh pehal ni? Orang tanye je. Dia terus m4ki saya dia duk ungkit saya kata vavi kat dia tadi. Saya perjelaskan pada dia, kenapa saya marah. Saya tak kata dia, saya kata per4ngai dia macam vavi.
Die duk m4ki saya lagi. Saya keluar dari bilik, nak ikutkan hati saya malas nak ambik bantal peIuk yang dia campak ke luar tu. Tapi saya ambik saya baling la kat sebeIah dia. Baling ya bukan campak erti kata lain saya berdiri tepi katil dan lepaskan bantal tu kat sebelah dia.
Dia tak puas hati dan keluar cakap saya betul – betul kurang ajar. Saya bagi bantal tu sebab tak nak dia marah saya duk pr0tes tak nak ambik bantal biar kat simen dapur je (simen dapur saya bersih setiap malam mop ye) dia sambung marah saya.
Saya diam je lah, memang saya tau salah saya duk mencarut ke dia tadi. Tak habis dengan tu, saya panaskan air, nak tadah air untuk anak yang kecik tu mandi untuk ke tadika pasti. Saya siap bancuh milo, saya pun k3jut la si kakak.
Buat pengetahuan semua, anak saya yang sulung ni tak nak pergi sekolah sejak dari cuti panjang PKP hari tu. Dia dah sedap duk rumah dia tak nak sekolah. Seminggu 2 kali je cikgu suh datang. Tapi dia tetap tak nak. Setiap hari selasa dan khamis tu kalau saya kerja petang, saya akan usaha untuk suruh dia sekolah.
Saya p4ksa dia. Suami saya m4ki saya. Dia kata alarm saya pagi tadi tu tak sebising saya k3jut dan p4ksa anak saya. Saya cakap, budak ni memang kena p4ksa kalau tak dia tak nak ke sekolah. Kita bayar bulan – bulan untuk dia belajar.
Saya terus tarik anak saya keluar dari bilik untuk pergi ke tandas luar bilik (toilet anak – anak). Saya buka baju dia. Dia terus tarik anak saya semula dan kata dia tau macam mana nak pujuk anak saya ke sekolah. Tapi bukan hari ni. Dia kata dalam keadaan marah.
Saya bagitau dia 1 minggu 2 kali ja pun, dia kata tunggu hari khamis tu nanti. Dia kata kat saya dengan suami pun ko tak dengar kata macam mana anak nak dengar cakap kau? Dalam hati saya pun berkata, dengan Allah pun kau tak taat macam mana isteri nak taat kat kau?
Tapi sekadar dalam hati lah. Malas nak lebih – lebih. Masa bertegang urat tu dia mengaku yang dia benci tengok saya solat, benci tengok saya pakai tudung. Dia kata saya pura – pura (mun4fik la agak nya maksud dia) mungkin dia maksudkan juga perilaku saya tak selari dengan perbuatan saya (solat tunggang tebalik tapi mulut jahat).
Dia warning lagi kat saya jangan solat depan dia. Dia tak suka dia taknak tengok. Saya jawab 1 je, “aku tak kisah ko tak suke sebab bagi aku yang pertama Allah, kedua Rasul ke 3 baru suami! Kau sepatutnya bantu aku untuk berubah.”
Pastu dia kata, “kau nak masuk bilik tido atau kau nak keluar dari bilik ni? Sewa rumah ni aku bayar!” Saya pun sound dia balik.. “aku pun tak sabar la nak kuar dari rumah ni. Terus saya tutup pintu dan duduk kat ruang tamu ja.”
Untuk pngetahuan semua, saya dah beli rumah, atas nama saya sorang kat ibukota. Tahun depan dapat kunci insayaaAllah, maksud saya, saya tak sabar nak duk umah sendiri yang saya bayar sendiri. Gaji bersih saya je hampir 6k (belum start bayar rumah full ).
Saya rasa saya mampu besarkan anak saya sendiri. Rumah kereta semuanya nama saya. Memang selama ni suami saya menanggung semua perbelanjaan tapi kalau dah sikap dia macam ni, saya kecewa sangat. Begitu d4syat dia terpesong jauh, sampai isteri solat pun dia tak suka.
Ape pendapat semua? Apa harus saya buat? Saya dah wassap dia minta maaf atas keterlanjuran kata. Tapi mungkin dia tidur dah dalam bilik tu. Saya tetap dengan niat saya nak berubah kerana Allah. Kalau nak berpisah nanti anak – anak saya, saya dapat tak? Saya seram lah suami macam ni. Memang dulu kami nakal, sama – sama naik. tapi takkan selamanya nak macam tu?
Komen Warganet :
Azlina Haji Yahaya : Kalau dalam Islam boleh mintak cerai kalau suami tak solat. Tak perlu taat kalau suami meIarang solat dan tutup aur4t. Tapi kalau boleh usahalah mengajak suami ke jalan Allah. Doa banyak – banyak dan istikarah.
Baiki akhlak diri supaya terbuka hati suami sama – sama berubah. Penceraian itu jalan terakhir. Berkenaan dengan anak selagi isteri tidak nusyuz tidak ada sebab ibu tidak dapat hak jaga anak. Jangan berhenti untuk di jalan yang satu.
Yang pertama sekali diperbetulkan adalah bahasa. Jangan fikir dok berpisah. Suami awak mungkin rasa terc4bar. Sebab tu dia tak nak awak buat depan dia. Satu lagi awak menghadap tuhan elok budi pekerti. Tapi bila menghadap suami dok m4ki – m4ki.
Sebab tu suami rasa terc4bar. Mungkin awak tak solat per4ngai awak elok bila dengan dia. Inilah namanya ujian. Sebaiknya belajar sabar. Ikut ler cakap dia jangan solat dan mengaji depan dia. Sorok – sorok ler solat dan mengaji tu.
Nanti kemudian hari hatinya terjentik dengan hidayah Allah. Awk kena sabar. Dan banyakkan baca kisah tentang para nabi – nabi dan isteri – isteri nabi. In sha allah.
Fatimah Aziz Suami : Dan awak sama – sama tak boleh lebih kurang, Sama eg0 nak menang benda kecik, sama – sama besarkan pasal alarm pun boleh bertekak berpanjangam sama – sama tak sabar baran tidak muhasabah Diri tak berselawat tak istighfar tak ingat Allah.
Awak DALAM telekong berwudhu tapi boleh bercakap kasar kat suami. Betul awak nak berubah ke jalan yang diredhai Allah tapi kesabaran awak tipis banyak – banyak lah istighfar dan selawat bila ada masaalah dengan suami.
Banyak berdiam diri, banyak berbincang pujuk suami dengan lembut. Jawab pertanyaan suami dengan suara yang rendah bukan dengan meninggikan suara. Awak bekerja tentu awak lebih beradap dengan kawan – kawan. Ajak suami sama solat kalau boleh sama – sama ke surau atau masjid.
Kalau DALAM rumahtangga suami isteri tak solat memang keadaan panas jiwa tak tenang selalu tak puas Hati ANTARA satu sama lain. Solatlah sama – sama semoga rumahtangga Aman Dan harmonies. Berdoà lah banyak – banyak supaya suami sama berubah ke arah yang lebih beriman.
Mohamad Fakruddin : Puan kena ingat nak jadi baik Bukan senang. Sy4itan dah bersump4h untuk sesatkan manusia. Lagi kuat puan nak berubah jadi baik lagi kuat sy4itan mainkan peranan untuk laIaikan puan. Puan kena tekad nak berubah jangan tengok keburukan suami.
Puan kena berdoa dan mengaji alquran dan selepas solat doakan suami puan agar berubah. Sy4itan tak DAPAT hasut puan dia akan hasut suami puan. Suami pulak takde 5 tiang. Jah4namlah terus Dan istikomah puan doakan suami puan skali. Jika bercerai sy4itan yang hasut puan naik pangkat tau.. Sabar yee.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.