Saya dibuang keluarga, berseorangan mendaftar diri ke rumah perIindungan, dipandang sinis ketika melakukan pemeriksaan bulanan, dihadiahkan kata – kata yang meIukakan hati ketika waktu melahirkan. Saya berseorangan menghadapi saat anak diambil oleh keluarga angkat tanpa sesiapa di sisi..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum., maaf sekiranya luahan saya menimbulkan rasa kurang senang pada pembaca. Biar la saya berterus terang. Saya seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata. Alhamdulillah saya dikurniakan seorang suami yang penyayang serta anak – anak yang comel. Di saat ini, saya menanggung rindu yang amat sangat pada anak sulung saya yang lahir kerana kesilapan saya sendiri.
Beberapa tahun yang lepas, saya melahirkan anak sulung saya tanpa ik4tan yang sah. Selepas memikirkan baik buruk masa depan anak, saya redha untuk memberikan anak saya kepada keluarga angkat. Pelbagai dugaan dilalui ketika melalui saat itu. Dibuang keluarga, berseorangan mendaftar diri ke rumah perIindungan, dipandang sinis ketika melakukan pemeriksaan bulanan, dihadiahkan kata – kata yang meIukakan hati ketika waktu melahirkan. Saya berseorangan menghadapi saat anak diambil oleh keluarga angkat tanpa sesiapa di sisi.
Berbulan lamanya saya meratap hiba mengenangkan anak yang dikandungkan tidak sempat disusukan dan hanya dapat dijaga selama semalaman. Sebaik keluar dari pusat perIindungan, saya disatukan dengan suami tanpa sebarang majlis dan kami memulakan hidup bersendirian. Saya diberi peluang untuk hamil sekali lagi tapi kandungan tidak bertahan. Perasaan untuk bertemu dan meluahkan rindu pada anak yang sulung tidak pernah hilang.
Selepas beberapa bulan kegugvran, saya disahkan hamil dan Alhamdulillah saya menjadi seorang ibu untuk seorang anak yang sangat comel serta mudah dijaga. Tetapi di dalam hati saya masih merindukan anak sulung saya. Masih terasa pergerakannya ketika di dalam perut, saat dilahirkan, tangisan yang sayu, bauan yang meIekakan hati saya. Tidak pernah putvs doa dari saya untuk anak – anak. Saya mengharapkan mereka tidak mengulangi kesilapan yang saya lakukan.
Jika masa boleh diulang, saya tidak inginkan semua ini terjadi. Jika tidak terIampau menurutkan rasa dan nafsu, saya tidak akan mengaIami saat yang menyedihkan itu. Bukanlah saya tidak mempunyai rasa sayang untuk anak yang ada di depan mata cuma perasaan rindu saya selama bertahun untuk anak sulung tidak dapat ditahan lagi.
Mungkin ada yang terlintas, di mana keluarga angkat anak saya. Hanya memori yang kekal dalam ingatan. Untuk mencari tidak termampu. Cuma doa yg tidak pernah putvs saya kirimkan. Ada yang meluah kata, untuk apa dikenang anak yang dilahirkan begitu. Lepaskan saja pada keluarga angkat, namun hati ini tidak kuat untuk melupakan anak dengan semudahnya. Saya mengharapkan dapat bertemu bersua muka dengan anak serta keluarga.
Tidak sekeIumit pun dalam hati untuk mengambil kembali anak kerana saya yakin anak berada di dalam jagaan keluarga yang sangat menyayanginya. Cuma saya sering berdoa agar dilembutkan hati keluarga anak untuk membenarkan saya bertemu dengan anak sulung walaupun sekali.
Ingin saya bisik ke telinganya betapa saya sangat menyayangi dan merinduinya serta meminta maaf kerana melahirkannya tidak seperti anak – anak yang lain. Ingin saya khabarkan saya tidak pernah lena tanpa memikirkan dirinya.
Buat anak, maafkan ibu kerana tidak menjagamu sebaik dilahirkan, maafkan ibu kerana tidak memberi walau setitik air susu ibu, maafkan ibu kerana tidak hadir untuk sepanjang hari – harimu membesar. Maafkan ibu anak kerana tangan ini yang menyerahkan kamu kepada keluarga yang ibu yakin mampu menjaga serta menyayangimu seperti ibu mungkin lebih dari ibu.
Maafkan ibu anakku kerana ibu hanya menitipkan doa serta rindu dari kejauhan dan tidak mencarimu. Percayalah ibu tidak pernah sesaat lupa padamu. Perasaan kasih dan sayang ibu tidak pernah hilang walaupun kita bertemu muka sementara cuma. Ibu sayang anak-anak ibu.. – IbuRindu
Komen Warganet :
Sue A. Rahman : Carilah puan anak itu, selagi puan hidup jangan berhenti berusaha. Saya doakan puan dapat berjumpa dengan anak puan tu. Talian dar4h tak akan dapat diputvskn puan. Kenangan tu memang meIukakan tapi jangan biar dia terus terIuka. Puan boleh perbaiki dengan bertindak sekarang. Jangan hidup dalam kenangan puan.
Norlida Zulkafly : MasyaAllah sedihnya baca confession saudari. Saya sendiri selalu tertanya – tanya, adakah ibu – ibu yang mengandung tanpa ika4tan sah lalu membuang atau menyerahkan anak mereka kepada pihak lain, tidakkah mereka menyesal atau merindui anak mereka? Adakah hati mereka sebagai seorang ibu yang mengandungkan dan melahirkan terlalu keras sampai tidak mempunyai sekeIumit pun perasaan kasih dan sayang pada anak yang dikandung?
Tidakkah satu hari nanti mereka menyesal dan terkenangkan anak mereka? Kini pertanyaan saya terjawab. Terima kasih saudari. Begitu ikhlas tulisan saudari. Saya mendoakan semoga Allah mengampuni saudari dan semoga anak saudari sentiasa di dalam rahmat dan diIindungi Allah sentiasa. Semoga allah mempertemukan saudari dengan anak saudari itu. Aamiin..
Fatin Nabila : Sedihnya baca. Saya faham apa yang si ibu ni rasa. Kerana saya seorang ibu juga. Sabar ye. Bila kita dah jadi ibu, kita tak akan pernah tidur lena memikirkan anak – anak. Sabar dan tabah ye. Doa sebanyak mungkin semoga sentiasa diberi perIindungan untuknya. Doa seorang ibu ni terus naik ke langit.
Achik Nurul : Cuba cari puan, sebelum terlambat. Supaya dia dapat kenal ibu kandung dan supaya rindu puan terbaIas. Memang kalau rindu ibu terhadap anak ni sukar ditanggung. Bukan itu sahaja, sekurang – kurangnya bila puan cari dan jumpa anak ni puan tahu keadaan anak puan sama ada bahagia hidupnya atau tak. Saya doakan semoga hidup anak puan terbeIa dan dia disayangi keluarga angkatnya. Berdoa banyak – banyak semoga Allah makbulkan.
Bibie Nadia : MasyaAllah.. meruntun hati saya. Ini pesanan buat ibu bapa angkat. Siapapun ibu bapa kandung ank angkat itu tetap ibu bapa kandung, terimalah hakik4t hubungan mereka anak beranak tak dapat dih4pus nasabkan. Berilah ruang dan peluang supaya mereka dapat bertemu, usah diikutkan rasa tamak dan takut akan kehilangan anak itu.. Betulkanlah niat diambil anak itu kerana Allah, jika Allah mengkehendaki dia berada bawah jagaan ibubapa angkat hingga akhir hayat tiada apa yang dapat menghaIanginya. Yakinlah wahai ibubapa angkat sekalian orang yang menghubung silaturrahim itu tetap mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah swt
Ann Fardan : Allahuakhbar sedihnya sampai saya menangis bagaikan mengaIami apa yang puan aIami. Andai saya ditempat puan ketika itu tak akan saya lepaskan dar4h daging saya walaupun dibunvh sekalipun. Biar malu asal saya tidak kehilangan dia. Namun siapalah saya untuk menilai situasi dan tindakan puan. Hanya puan yang tahu dan merasai betapa azabnya melepaskan anak itu pergi pada keluarga angkat demi nama baik semua orang.
Pendapat saya segeralah mencari dia semasa dia masih kecil masih belum dibentuk kuat. Sedang hatinya masih lembut dan bisa memaafkan. Moga Allah temukan puan dengan zuriat ajaib itu.. Berdoalah dan tabah selalu. Semua telah Allah susunkan dalam catatan hidup puan. Tiada sebab untuk menyesal. Tapi masih belum terlambat untuk memiliki hati si anak kembali.