Saya terk3jut jenaz4h mak meIecur mcm terbakar, sedangkan smalam saya tgk xda apa2 yg pelik

Mak aku dah menangis tapi boleh adik buat tak tahu je tak nak hantar pergi hospitaI, nak jugak tunggu ambulans. Bila laki aku dukung mak bawak naik kereta, dia meng4muk kata laki aku dah patahkan kaki mak, menjerit – jerit dia kata kalau apa – apa terjadi dia takkan jaga mak aku sebab semua berpunca dari aku dan suami.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, yang aku nak cerita ni adalah kisah yang terjadi dua tiga tahun lepas. Maaf kalau ia tak menarik seperti yang diharapkan dan kisah ini agak panjang. Sebelum tu aku cerita tentang latar belakang dulu, aku merupakan seorang guru dan orang utara.

Anak sulung dari 5 orang adik beradik. Adik bawah aku ni perempuan guru jugak, panggil dia F. Dia anak kesayangan mak aku, dari kecik sampai besar aku akan kena buat kerja di rumah tapi F akan jadi puteri, dia tak akan disuruh buat apa pun.

Walaupun beza umur hanya dua tahun, akulah yang akan buat semua kerja termasuk cuci baju dan kasut sekolah F dan adik – adik, masak, kemas, mandikan adik – adik yang kecik sebab mak kerja kilang, syif tak sempat buat semua.

Aku kalau boleh nak tolong mak ayah aku tapi selalu tak siapa pedulikan peng0rbanan aku tu. Aku pernah belajar jauh, kerja jauh sebab bawak diri dan rasa tak disayangi. Selalu kena pukuI dan direndahkan sebab aku tak kurus, dan cantik macam adik – adik perempuan aku yang lain.

F pulak kerap balik dan mak aku kerap melawat dia walaupun dia belajar di Kelantan, mak sanggup ambik cuti dan naik bas nak jumpa dia. Aku? Tak sekali pun mak aku nyatakan hasrat nak melawat aku, aku dengan mak tak rapat, sebab aku takkan kongsi apa – apa aktiviti aku dengan mak masa aku bujang dulu.

Kami tak ngam sangat, tapi sejak F kahwin lari, ke siam dengan laki orang, dan kemudian bercerai dah kahwin lain, mak aku macam insaf sikit dan kami ok sikit, tapi itu bukanlah point utamanya. F tinggal dengan mak di rumah mak aku, tapi rumah taman dan masih berbayar bulanan RM700.

Mak dah ambik vss dengan kilang dia kerja dan sekarang duit kami adik beradik bagi lah termasuk pencen ayah aku yang diguna untuk mereka bayar rumah dan makan minum mak ayah aku. Sebelum ni mak aku tinggal di rumah flat.

Walaupun flat rumah bawah tapi tak begitu selesa. Tambah lagi dengan keadaan sekeliling yang tak berapa selesa dan kereta ayah aku pernah kena curi. Kemudian bila mak aku kena s4kit teruk dan untuk mudahkan pergerakan, si F offer duk dengan dia di rumah teres mak aku tapi dia duduk situ sementara rumah dia beli nak siap.

Nak dijadikan cerita, suami dia kerja offshore, jadi jarang balik, mak aku pulak memang sayang sangat F tu. Bila dia dah ajak, mak aku pun ok je, tak lah nak bantah, pindah rumah sendiri kan. Tapi lain pulak hal bila dah pindah ke sana.

Mak aku dah s4kit dan tak larat nak buat kerja rumah, tapi mak aku ni jenis pengemas, semua nak bersih dan kemas, F pulak tak mcm tu, tak pernah buat kerja umur hidup walaupun anak dah dua orang. Dulu dia ada orang gaji lagi, jadi bila sibuk tak sempat nak kemas kot, jadi lah konfIik antara mereka.

Tup – tup suami dia yang baru ni berhenti kerja dan balik tinggal dengan mereka sekali. Lagi bertambah konfIik sebab dia nak berniaga nasi lemak pulak, segala barang nak jual dan lain – lain. DiIonggokkan di rumah mak, mak aku str3ss, dah lah s4kit, dibaginya bilik kecik, panas, bilik mak aku ada aircond tapi mereka yang guna bilik tu, jadi mereka tak pindah pun bila mak aku masuk.

Mak aku mengadu juga tapi aku tak campur, cuma aku agak terasa sebab kalau balik ke rumah mak, F akan tanya, bila kitorang nak balik sebab nak tutup pagar. Bila kitaorang tidur rumah mak, kitaorang tidur atas lantai di ruang tamu sebab takde bilik, dia laki bini senyap dan buat muka.

Mulut pun boleh tahan, tapi kami buat tak tahu je, sebab dah biasa per4ngai dia dari zaman dulu – dulu lagi memang macam tu, Kami (aku dan adik beradik lain) jadi segan nak tidur rumah mak. Perkara besar yang terjadi antara kami ialah bila mak aku jatuh terpijak mainan anak dia.

Aku masa tu di rumah dan kebetulan cuti sekolah dah mula, mesyuarat penandaan SPM kali pertama pun dah selesai, aku tengah tanda kertas yang berIonggok kat rumah aku tu. Tiba – tiba adik aku yang ke 4 call, aku gelar dia D.

Sebut mak aku jatuh dan tak tau apa jadi sebab adik aku, suami dan anak – anak dia masa tu takde di rumah. Ayah aku pulak keluar kejap, bila dia balik mak aku dah dilantai, aku pun bergegas balik, Jarak dari rumah aku ke sana 1 jam jugak, lepas siap anak – anak aku dan suami balik terus.

Niatnya hanya nak pergi tengok apa dah jadi, dan kalau kami boleh tolong apa – apa. Tapi bila kami sampai kena m4ki hamun dengan F, dia kata aku busuk perut, nak datang rumah tunjuk baik, kononnya aku ni dok mengata dia laki bini, mengata dan hasut mak aku bencikan dia.

Sorry to say dia memang biadap. Nasib baik kitorang masih sabar, mak aku tengah menangis s4kit dan takut sebab F cakap nak tunggu ambuIans, sedangkan ada kereta, dia tak nak drive sebab katanya jem, bayangkan mak aku dah lama jatuh, dari tengahari, sampai petang bila ayah aku balik dan F sendiri balik kerja baru depa nak call ambuIans dan dalam masa yang sama kami sekeluarga sampai, memang dah lewat, takkan nak tunggu lagi.

Mak aku dok merayu kami nak suruh kami dia bawa pergi terus ke hospitaI yang besar tapi jauh sikit sebab semua rekod mak aku ada di sana. Memang kalau ikut F nak hantar ke hospitaI daerah saja sebab nak mudahkan ambulans tu.

Aku nak tanya korang apa korang akan buat kalau mak korang kena tengking dan dimarah macam budak kecik dan dibiar tunggu ambuIans. Pastu kena pulak pergi hospitaI yang dia sendiri tak nak pergi. Mak aku dah menitik air mata tapi dia boleh buat tak peduli je.

Masih nak tunggu ambulans. Last – last suami aku dukung mak bawak naik kereta kami. Terus si F meng4muk, kata laki aku dah patahkan kaki mak, menjerit – jerit dia kata kalau apa – apa terjadi dia takkan jaga mak aku sebab semua berpunca dari aku dan suami.

Bapak aku pulak sabarkan dan tenangkan dia katanya bapak aku nampak semuanya dia kena banyak sabar, aku nak tanya, berd0sakah kami buat macam tu? Aku dah geram tapi aku sabarkan jugak, nak keluar ke kereta aku panggil anak – anak aku keluar sama.

Tapi bapak aku tiba – tiba cakap tak payah lah depa ikut suruh tinggalkan, dalam hati aku takkan aku nak tinggal anak – anak empat orang aku dengan si F yang duk meng4muk macam orang saw4n tu.

Aku pun cakap tak apa ayah anak kita kenalah kita jaga sendiri. Tu je, terus meIenting lagi si F tu dia nak marah aku lagi tapi kali ni aku pulak naik dar4h aku jerit, KAU DIAM! Terus aku naik hantu dan tamp4r muka dia.

Seri0usly kalau ayah aku tak tegur tu minda aku dah set dah nak keluar tanpa sepatah kata, tapi apakan daya berg4duh jugak aku dengan F tu sampai tarik tudung, menyesal jugak aku buat mcm tu, tapi dah geram sangat.

Kalau ikutlah penamp4r aku bagi tu tak lah kuat, macam a tap ja on the face, tapi dia punya reaksi sampai macam nak m4ti dah. Aku pun tinggalkan dia dan masuk kereta, boleh pulak si F ni pergi mengadu kat suami dia kata suami aku pulak yang tamp4r dia?

Pastu dalam perjalanan ke hospitaI laki dia call marah – marah kata laki aku pergi tamp4r si F. Tak ke pelik. Aku g4duh adik beradik yang laki dia nak sibuk pulak marah – marah orang yang tak buat apa – apa.

Lepas dah g4duh semua, mak aku pun dah seIamat masuk wad sebab memang patah dah dari mula jatuh tu ayah aku dah angkat dari tempat dia jatuh so memang takde issue pun bila suami aku angkat memang dah patah.

Masuk ward dua bulan jugak dan dalam dua bulan tu si F datang melawat sekali saja, aku bergilir dengan D datang tidur di hospitaI, sambil tu mark kertas SPM essay pulak tu. Malam bertolak dari rumah aku, sampai pukuI 4 – 5 pagi sebelum subuh, mandikan mak dan solat subuh di hospitaI sebelum balik ke rumah aku sendiri 1 jam perjalanan.

Suami aku keluar kerja, aku sambung tanda kertas, masak untuk anak – anak jaga budak – budak tu dan bila petang bertolak semula ke hospitaI untuk jaga mak. F? Dia tak datang. Dia dah merajuk kononnya kami (aku dan suami) tuduh dia mencuri dan kena pindah dari rumah mak.

Aku cuma cadangkan sebab dia kata dia dah bau t4hi, sebab dekat sangat dengan mak, so aku cakap baik ko pindah sajalah dari dok marah – marah. Tapi dia tak boleh terima. Mak aku pun geram sebab suami dia berniaga dengan guna barang – barang mak aku. D

ia takkan beli, guna saja segala periuk belanga pinggan mangkuk mak, bil api air rumah pun dilekatkan di atas meja pakai tape untuk bagi mak ayah aku tengok supaya diorang tolong bayarkan sedangkan bil tu tunggakan sebelum mak aku pindah sana lagi, macam – macam diorang buat.

Belum lagi bab mak ayah aku pergi umrah, si F ni kutip duit konon nak kongsi adik beradik dan aku bagi lah RM1000 konon nak buat belanja mak ayah di sana. Duit lain pun dia kutip dari adik beradik aku, tup – tup aku dapat tahu dari si D dan ayah aku sendiri, duit tu dia tak bagi pun kat mak ayah aku.

Kami diamkan semua tu sebab tak nak dengar sebeIah pihak dan faham kadang – kadang orang tua ni macam budak – budak jadi aku tak ambik pot. Tapi bila dah dituduh jadi penghasut, batu api dan lain – lain aku pun jadi tawar hati nak back up dia.

Dan rasa baik jugak kalau dia pindah keluar dari rumah mak sebab mak aku pun dok terasa hati dengan sikap dia dan suami yang buat macam mak tak wujud di rumah tu, tak tegur, tak makan sama. Sekarang ni kami tak bertegur sapa.

Mak aku pulak dah 0perate, dan di jaga oleh D, sepenuhnya sebab dia tak kerja, aku dan family pergi lah melawat dan duduk rumah mak masa cuti sekolah. Alhamdulillah, sekarang mak dah boleh jalan, F dah pindah dan hubungan dia dengan mak aku dah ok, tapi dengan aku tak lagi.

Dia tak mintak maaf aku pun tak sebab kalau aku fikirlah dia tak pernah mintak maaf kalau buat apa – apa kesalahan, mesti aku je yang mintak maaf walaupun dah jelas – jelas dia yang salah tu pun dia takkan Salam dengan ikhlas mesti buat muka dan tak pandang muka aku.

Dari kecik macam tu dan mak aku memang akan menangkan dia walau apa pun yang terjadi. Ada satu masa tu mak aku salahkan suami aku pulak konon tuduh si F tu curi pakai barang mak masa berniaga.

Kami pulak dibuang, mak aku sedih sebab dia tak balik jumpa mak, nangis sebab rindu cucu. Sekarang ni tak dah sebab si F dah selalu balik, dah baik tapi aku tak jumpa dia sebab dia selalu mintak update dari ayah aku kalau aku balik dia tak akan balik rumah mak.

Aku tau semua tapi aku diamkan… Apa patut aku buat? Takkan nak g4duh selamanya kan? Aku kecik hati dengan mak ayah aku yang menangkan dia. Perlukan aku pergi mintak maaf? Tapi kalau macam tu dia takkan sedar perbuatan dia yang teruk tu.

Sambungan .. Assalamualaikum semua, sebelum ni aku dah pernah tulis satu confession pasal aku berg4duh dengan adik waktu mak aku jatuh dan patah kakinya, ramai yang kecam tulisan aku yang banyak kesilapan ejaan dan tak tersusun.

Maaflah menaip dalam kereta dan di kedai makan sambil layan anak – anak. Aku tak banyak masa lapang. Masa PKP ni lah yang paling ok aku rasa tu pun kena WFH pulak, tapi alhamdulillah masih ada pekerjaan dan rezeki yang tetap. Maaf termelalut.

Untuk makluman semua, mak aku telah meninggaI dunia beberapa bulan lepas dan itulah tujuan aku menulis ni. Berbalik kepada kisah mak aku meninggaI tu. Mungkin ini boleh jadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain yang ada anak untuk berlaku adil terhadap anak – anak dan jangan pilih kasih sampai meny4kitkan hati salah seorang anak.

Petang tu aku dapat call dari D, dia cakap mak nak kena masuk ward, aku pun fikir macam biasalah mak memang selalu s4kit dan masuk keluar ward sejak dia jatuh tu. Tapi tak lama kemudian D call lagi cakap gula dalam dar4h mak tinggal 1 sahaja dan dia tak boleh nak keluar rumah dan drive ke rumah mak sebab mengandung suami dia kerja dan tak benarkan dia drive.

So aku pun sebab bekerja agak dekat dengan hospitaI terus bergerak ke hospitaI, dan kebetulan mak dah sampai dengan ayah dan adik aku yang ke-2 si F, untuk pendekkan cerita, Bila aku jumpa mak tu dia asyik mintak tolong, waktu tu jugak aku teringat sepot0ng ayat, “bila nyawa sampai si kerongkong dia meminta tolong…. dan tiada lah lagi pertolongan untuknya…..”

Dalam hati aku terdetik, hanya Allah yang boleh tolong mak tapi aku tak cakap. Mak aku mengadu s4kit, “pedih kaki mak, pedih s4kit sangat macam kena api.” Pertama kali aku dengar dia meratap, urat dahi timbul dalam hati aku terdetik adakah ini harinya?

Saya sentuh kaki dia memang panas, rasa macam orang demam tapi dia tak demam, kaki sahaja yang panas. Aku suruh dia berzikir, dengan zikir nabi yunus ‘lailahailla anta subahanaka inni kuntu minazzalimin’..

Tapi dia menggeleng tak nak ikut langsung, aku dah m4ti akal mak masih meratap, ayah dan si F berdiri jauh dan bermasam muka mungkin tak senang dengan kehadiran aku. Saya bacakan al-fatihah dalam air mineral dan bagi mak minum, sapu sikit pada kakinya.

Mungkin mak rasa lega sikit terus dia suruh aku sapu lagi. Aku buat berulang kali. Sampai dia senyap sikit. Setelah di x-ray mak ditolak masuk ke em3rgency untuk scan, sebelum masuk aku sempat berjumpa sekali lagi kali ni mak kata sesak nafas pulak.

Oksigen dah pakai tapi masih sesak, dia nak duduk tinggi sikit. Aku pun ubah kedudukan mak ke atas sikit supaya selesa dan pekerja hospitaI pun tolak mak ke em3rgency. Itulah kali berakhir aku jumpa mak. Lepas masuk em3rgency aku tak dengar announcement mintak waris masuk.

Jadi adik saya F yang masuk F memang ada krisis dengan aku dan dia memang tak bercakap langsung dengan aku sepanjang kami di hospitaI tu. Lepas dia masuk tu mak aku dah jadi tak stabiI dan doktor keluar bagi tau yang nadi semua dah tak ada.

Saya memang terk3jut jugak masa tu. Ayah aku pun mainkan peranan supaya aku mintak jugak maaf dengan F, macam biasa dia tak mintak maaf pun aku lah yang beralah untuk kesekian kalinya. Sementara nak boleh masuk tengok mak di em3rgency tu, aku baca surah yassin dan bila boleh masuk memang teruk keadaannya.

Aku sangat sedih, kedua – dua mata ditapekan sebab terbuka dan mulut memang terbuka sebab dimasukkan alat pernafasan. Aku sedekahkan al-fatihah dan beri tahu mak yang aku dah maafkan segala perbuatan mak terhadap aku dari kecik sampai dewasa.

Aku maafkan mak yang tak pernah senyum melihat aku dulu, mak yang tak pernah ucap kasih sayang pada aku dari kecik sampailah aku dah berkahwin. Mak yang bila aku call akan hentikan perbualan dengan alasan nanti kalau F call tak dapat pulak, mak yang tak pernah nak raikan perasaan aku bila aku mengadu kena buIi dengan F.

Mak yang selama ni pukuI, jerkah, marah aku dari kecik, kadang – kadang tanpa sebab, mak yang mungkin sayang saya tapi tak pandai mengatakan kasih sayangnya. Aku maafkan semuanya mak. Bila urusan dah selesai aku balik ke rumah mak untuk urus dan kemas rumah dan lain – lain.

Masa tengok may4t mak (tukar baju semua kami buat beramai – ramai, anak – anak perempuan dan menantu 5 orang semuanya) Tak ada pulak apa – apa yang pelik di badan mak. Disebabkan dah malam dan kawasan dapur dan depan rumah pun sempit, ayah aku nak mandikan jenaz4h mak esok di masjid.

Air mata tak tertahan terutamanya bila berjumpa semula dengan semua orang yang dia sayang, kawan – kawan, adik kakak mak, sepupu, jiran – jiran. Malam tu aku dan adik lelaki berjaga sampai ke pagi, membaca al-quran dan solat.

Esoknya sewaktu nak mandikan jenaz4h semua yang hadir terk3jut (mujurlah tak ramai memandikan jenaz4h hanya aku, adik perempuan, dan sepupu perempuan) sebab jenaz4h mak meIecur teruk dari pinggang ke bawah.

Patutlah dia kata s4kit macam terbakar, memang macam terbakar, macam kena besi panas dan menggeIembung. Bahagian depan kaki tempat aku sapukan air tak lah teruk sangat tapi di belakang paha mak ada Iuka yang sangat besar.

Di buku Iali dan sendi – sendi memang teruk menggeIembung dan berair dan bila dipegang sewaktu nak angkat untuk disiram air terakhir, semua yang memandikan jenaz4h mengalirkan air mata sebab kulit yang meIepuh tu tercabut dan pecah.

Allahu tak tahula macam mana kes4kitan yang dia tanggung. Semua ini amat menginsafkan kami semua dan aku terfikir apa yang Allah nak tunjukkan sebenarnya? Adakah sebab mak selalu tak jaga mulut dan suka mem4ki hamun aku?

Adakah sebab layanan buruk mak terhadap aku dan ayah? Adakah sebab mak tak berlaku adil tempoh hari dan tak mengakui kebenaran? Aku pun tak pasti tapi semasa hidupnya mak aku rajin bangun tahajjud dan seorang yang ada banyak ilmu agama.

Tapi dia juga suka menceritakan hal – hal ibadah yang dia lakukan kepada semua orang, dan sebelum meninggaI aku sendiri pernah mendengar dia mengatakan sesalan berkahwin dengan ayah aku kerana tak dapat apa – apa kesenangan hidup.

Sedangkan kalau dibandingkan dengan adik beradik mak yang lain dialah yang paling beruntung, ada rumah dan kereta serta anak – anak yang bekerja baik – baik. Aku yang mendengar hanya menggelengkan kepala.

Aku bukanlah anak yang baik, dan macam membuka a1b keluarga tapi mungkin ini sahaja yang aku boleh buat untuk mengingatkan diri dan kita semua dan mungkin Allah nak aku jadi orang yang lebih baik selepas ini.

Harap cerita ini menjadi pengajaran dan mohon semua doakan semoga pend3ritaan yang arw4h tanggung ini hanyalah di dunia sahaja. Semoga Allah ampunkan d0sa – d0sanya dan ditempatkan kita semua dan dia di syurga. – Laila (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Almari Comel Si Chomel : Bagi pendapat saya tak molek kaitkan kesalahan ibu tu dengan keadaan ibu dia. Siapa kita untuk menghakimi walaupun cerita ni bagus juga untuk pengajaran. Namun tak sewenang – wenang boleh kata ini mungkin baIasan tuhan.

Sebab kita bukan tuhan. Tapi bagus cerita ni buat pengajaran untuk semua yang bergeIar ibu. Jangan sekali kali memilih kasih pada anak – anak. Kesannya bukan saja pada anak tapi pada kita sekali. Bukan sikit kita dengar anak yang dimanja – manja tulah akhirnya yang bagi r4cun pada mak bapak.

Sedangkan yang dibuang – buang pulak yang akhirnya jaga mak tu tadi. Pilihan di tangan kita. Kadang – kadang secara natural kita akan melebihkan seorang anak berbanding yang lain mungkin kerana sifatnya yang lebih baik, atau sebabnya kita rasa dia lebih memerlukan kita.

Tapi sentiasa muhasabah layanan kita pada anak dan betulkan semula jika kita mula sedar yang kita ada terlebih atau terkurang melayan anak tak sama rata. Pendapat saya yang sedang mengaIami.

Yasalma Yasalma : Nasib baik arw4h ada anak solehah seperti confessor yang boleh terus sentiasa mendoakan arw4h. Semoga tt n kita semua juga diperoleh anak – anak soleh solehah yang sentiasa mahu mendoakan kita kerana kita pun tak tahu macam mana pengakhiran kita. Semoga kita semua husnul khatimah. Ameen

Jainatunain Alang Hussin : Bila jas4d dah ditelan bumi, hanya 3 amalan yang tak akan putvs, amal jariah yang berterusan, ilmu yang bermanfaat, dan doa dari anak yang soleh. Confessor doakan mak setiap kali selepas solat dan istiqomah berbuat kebaikan dan amal ibadah.

Julia Ismail : Allahuakbar, saya kurang setuju menceritakn a1b ibu sendiri di sini. Ibu puan sudah pun meninggaI dunia, sedangkn sesiapa yang memandi dan menguruskn jenaz4h disuruh untuk tidak langsung berdetik sedikit pun perihal a1b si m4ti.

Namun puan sebagai anak pula yang bercerita di sini. Nampaknya puan masih berdend4m. Jangan kaitkan dengan d0sa yang telah pun ibu puan lakukan kerana itu antara dia dan Allah. Ibu tetap ibu, kita sebagai anak walaupun telah bergeIar ibu masih belum mampu membaca isi hati ibu kita sendiri.

Apa yang ibu kita dah simpan dan bagaimana dia h4rungi hidupnya, hanya dia dan Allah saja yang tahu. Berbaik sangka. Sudah memaafkan bukan, simpanlah sebagai rahsia hidup kita. Jangan dipanjang – panjangkan lagi. Salam takziah dan sama – sama kita ambil iktibar.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.