Saya teringin makan kurma, suami balik mengeluh tunjuk resit harga 35 ringgit

Saya sedang mengandung, sejak akhir2 ni suami saya dah berubah. Dia sibuk buat grab untuk tambah pendapatan, bila buat grab balik sampai 2 – 3 pagi. Kadang – kadang teringin nak makan apa2 sebab tak lalu makan benda lain. Setiap kali dia beli dia akan tunjuk resit dekat saya, dia cakap duit dia dah berkurang untuk beli makanan tu…

#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca. Untuk yang ke entah berapa kalinya saya sekali lagi dibebani oleh perasaan yang saya sendiri tidak tahu hendak diluahkan kepada siapa. Saya seorang isteri yang sedang mengandung.

Suami saya kerja makan gaji. Untuk tambah pendapatan dia jadi grab. Jadi masa di rumah memang hanya ada beberapa minit, balik untuk makan tengahari dan makan malam saja. Lepas tu kerja atau buat grab. Pertama sekali, saya sangat keseorangan, saya mahu sangat ada kawan nak bercerita.

Alahan morning s1ckness masih ‘meny3rang’ tapi saya tetap gagahkan diri sediakan makanan, masak untuk dia makan. Tapi sejak akhir – akhir ni, saya nampak dia sedikit berubah. Bila dia duduk di rumah dia sibuk dengan hp, main, bukak facebook, dan yang lain – lain tu saya tak tau, saya tak nampak sebab dia seolah suka menjauhkn diri.

Selalu dia akan mer0k0k di koridor rumah. Saya akan duduk sama konon nak bercerita tapi belum sempat buka cerita dia akan buang rok0k yang tak habis lagi dan masuk duduk sofa sambil main hp. Di hari lain, saya cuba duduk dekat dia yang sedang main hp, tapi macam biasa dia selalu menjauhkn diri.

Bukan sekali dua, tapi berkali – kali. Saya cuba untuk berbincang elok – elok, saya lebih selesa untuk cakap depan – depan tapi mana ada kesempatan. Kalau ada hari yang dia cuti, memang sehari suntuk buat grab. Balik rumah pun dah sampai 2 3 pagi, tapi hasil saya tak pernah nampak.

Saya positifkan fikiran mungkin dia nak menabung untuk anak kami yang bakal lahir tak lama lagi. Tapi, akan ada masa saya nak sangat makan satu – satu benda, mengidam. Dia akan belikan tapi sebelum dia bagi saya apa yang saya nak tu, dia akan tunjuk resit harga barang tu.

Tak kira RM1 atau RM10 dia akan tetap tunjuk. kata duit dia dah berkurang untuk beli makanan tu. Baru – baru ni minta dia belikan kurma sebab saya tak lalu makan nasi dia belikan tapi sampai saja di rumah dia tunjuk saya resit, “ni hah RM35 mahal giIe.

Tak boleh selalu beli,” saya hanya ucap terima kasih dan cuba untuk senyum walaupun pahit. Saya cuba untuk tak minta dia belikan apa – apa tapi kadang – kadang saya tak dapat kawal perasaan nak makan sesuatu. Saya tak bekerja sebab dia tak benarkan.

Duit bulanan juga dia tak bagi, dia yang handIe semua perbelanjaan.Saya faham sebab gaji dia bukannya banyak sangat tapi saya sesekali tertanya cuti yang dia habiskan untuk buat grab tak kan langsung tak ade income. Dia selalu bagitau kurang pelanggan.

Saya ni jenis tak banyak cakap, tak banyak bertanya. Ya, saya lemah, saya ada satu naluri tak nak buat dia terasa hati. Saya tak nak buat dia s4kit hati, saya selalu nak jaga hati dia. Dan hari ni, dia tak kerja. dari pagi dia buat grab, hanya balik rumah untuk makan tengahari, lepas tu dia tidur.

Tidur dalam 3 jam. Masa dia bangun tu nak pergi bersiap nak buat grab, saya tengah sidaikan kain kat belakang. Bila saya keluar dia dah tak de, dia dah pergi, dia tak bagitau saya langsung, simple kan? Tapi kesannya buat airmata saya jatuh.

Betulkah saya dah tak ada makna di mata dia? Hari ni saya betul – betul menangis sampai s4kit kepala. Saya tau tak baik untuk baby tapi perasaan ni dah terlalu berat. Saya dah tak boleh nak hadap benda ni setiap hari.

Komen Warganet :

Yusri Yusof : Geramla laki jenis macam ni. Grab jadah apa tu? Puan bagitau kat suami puan, kena ada masa untuk puan dan anak dalam kandungan. Buat grab bukan perlu 24 jam pun. Kalau suami puan on grab, dapat 2 atau 3 customer pun dah cukup sehari.

Pastu boleh off balik grab tu. Luangkan pula masa untuk puan dan anak. Mana boleh asyik nak fikir untuk suami je kalau suami tak nak fikir fasal puan. Saya cukup nyampah jenis lelaki yang abaikn bini. Lupa janji yang dimeterai lepas je selesai akad. Qadi suruh baca, mak ayah perempuan menyerahkan sepenuhnya tggungjawab dan amanah untuk suami jaga. M4kin geram pulak aku. Taip pun dah guna jari tengah.

Nanna Schah : Allahuakbar, saya faham apa sis rasa, pasal suami menjauh tu, berdoalah dengan Allah mudah – mudahan satu hari nanti dia tunjukkan sis kebenaran atas apa yg suami sembunyikan selama ni, sama ada cepat atau lambat.

Amalkan baca yassin 7 mubin sis dan doa lah supaya hati suami masih tetap pada sis. Jaga kandungan baik – baik, masa – masa macam ni memang kita sebagai wanita banyak makan hati, lagi pulak kalau dapat laki dengan sikap macam tu. Sebab kita bila mengandung lagi nak kan perhatian dari suami kan, sis kena kuat dan tabah ye.

Abeawi Ali : Daripada penceritaan awak, rezeki yang dia dapat tu telah disalur ke ‘tempat’ lain. Buat Grab sampai lewat – lewat malam hingga ke pagi, ape benda nih? Ni mesti bercampur ‘main grab. Bila dia dah buat tak layan, rasa tak salah awak pun buat tak tau.

Patutnya di saat dia dingin tu awak ambil laa kesempatan. Bersujud pada Allah banyak – banyak. Banyakkan solat sunat, ngaji dan zikir. Mana tahu Allah menjentik hati awak untuk mendekatNya dengan asbab berubahnya per4ngai suami awak.

Nafisah Mamat : Dik, nak tahu apa yang dia sorokkan? Hanya 1 minta dengan Allah. Percayalah lambat atau cepat nanti Allah tunjukkan satu persatu. Allah buka satu satu tanpa kita susahkan diri siasat upah bagai geIedah. Cuma satu bangun malam buat tahajjud minta Allah tunjuk.

Dan jangan lupa minta Allah bagi kekuatan juga. Isteri ni amanah suami yang Allah kurniakan dan Allah tak akan biar begitu sahaja amanah ini dipersiakan. Syaratnya kita dekatkan dengan Allah. Nanti bila perg4ntungan kita dengan Allah semata – mata kita akan tenang. InsyaAllah.

Diana Ariff : Kesiannya awak sis, sedih saya baca. Saya pun tengah mengandung tapi saya beruntung sebab apa saya nak suami saya tunaikan. Saya faham perasaan sis macam mana. Saya faham macam mana rasanya bila teringin berkehendakkan sesuatu, mengidam di saat – saat macam ni.

Kalau sis ada terbaca komen saya ni, jangan malu – malu pm saya ye.. InsyaAllah kalau boleh saya tunaikan sis nak makan apa. Walaupun mungkin sis jauh dari tempat saya, kita try macam mana ya..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.