Masa saya mengandung anak kelima, suami jalinkan hubungan dengan seorang janda. Dia kata saya tak bagi perhatian dekat dia macam perempuan lain dekat luar sana. Selepas bercerai, keluarga saya haIau suami dari rumah. Tapi saya menangis merayu supaya keluarga saya terima dia semula..
#Foto sekadar hiasan. Saya telah berkahwin pada usia yang agak awal daripada kawan – kawan dan juga berkahwin dengan lelaki pilihan hati saya. Saya dan juga suami telah berkenalan daripada bangku sekolah sehingga kami berkahwin.
Sehingga kini saya telah melahirkan 8 orang anak lelaki. Pada awal usia perkahwinan kami, semuanya baik – baik belaka dan dia adalah suami yang amat bertanggungjawab serta menyediakan cukup makan pakai untuk saya dan anak – anak sehingga saya melahirkan anak yang keempat dalam masa 4 tahun perkahwinan.
Pada tahun yang kelima perkahwinan, suami saya telah menunjukkan tanda – tanda yang pelik di mana dia banyak berahsia dan kurang bercakap dengan saya. Rupa – rupanya dia susah ada jantung hati (andartu). Kami adalah sebaya, pada masa itu kami baru berumur 28 tahun dan perempuan you berumur almost 40 tahun.
Mereka selalu ber chatting sesama sendiri dan kami suami isteri kerap berg4duh sehingga dia sendiri yang mengaku yang dia sudah ada seorang perempuan yang amat mengambil berat pasal dirinya bukan seperti saya.
Saya amat sedih mengenangkan nasib saya yang mempunyai anak – anak yang masih kecik. Tapi setelah berapa bulan saling berbaIas messages dan berjumpa, saya telah menghantar text message pada perempuan itu dan dia tidak lagi mengganggu kami sekeluarga.
Perempuan itu agak educated so dia paham kepada situasi kami. Tak cukup dengan itu selepas 2 tahun semasa saya mengandungkan anak yang kelima, suami saya telah menjalankan hubungan dengan seorang janda (still isteri orang) yang sedang mengandung dan baru diceraikan oleh suaminya.
Suami saya boleh cakap yang dia kesiankan perempuan itu dengan anak – anaknya sedangkan saya anak beranak tidak dipedulikan. Hubungan itu berpanjangan sehingga perempuan itu melahirkan anaknya. Dia (suami) telah meminjamkan duit dan masa untuk perempuan itu dan anak – anaknya kerana kesiankan bayi yang tidak berbapa itu sedangkan kami juga mempunyai anak yang kecil – kecil.
Berapa luluhnya hati saya bila mengenangkan yang selalu menolong saya dan anak – anak adalah keluarga saya sendiri sebab keluarga saya tidak tahu yang saya telah diperlakukan sebegitu. Mereka ingat yang suami saya susah sebab dia hanyalah berniaga menjual makanan digerai yang telah diusahakan sejak ibunya hidup lagi.
Hubungan mereka berlanjutan sehingga lah saya mengandungkan anak kembar saya. Pada masa itu saya telah diceraikan pada usia kandungan saya 5 bulan. Dia menyatakan yang saya bukan perempuan yang baik dah mungkin juga anak kembar dalam kandungan saya itu bukan anaknya.
Betapa luluhnya hati saya lagi kerana saya telah diceraikan pada malam hari jadi saya. Actually in between tu, dia memang ada banyak affair dalam 2 – 3 orang masa dia buat kegiatan – kegiatan NGO dia. Ye tuan puan, dia adalah seorang yang boleh dik4takan famous di kalangan NGO – NGO di Malaysia ni ye.
Ramai kawan – kawan dan juga rakan – rakan NGO yang telah terpedaya dengan janji – janji dia tuan puan. Sehinggakan semua orang nampak saya lah yang salah dalam keadaan ini. Untuk info tuan puan, setelah saya diceraikan masa mengandung keluarga saya telah menghaIau dia keluar daripada rumah keluarga kami.
Tetapi kami telah merujuk semula sebab mengenangkan anak – anak yang di dalam kandungan saya. Memang saya mengaku yang saya memang b0doh. Beberapa tahun kemudian saya telah mengandung anak yang kelapan (walaupun kami tinggal tak sama rumah tapi saya still menjalankan kewajipan saya sebagai isteri).
Dia meminta untuk pulang masuk ke rumah keluarga saya, di mana saya memohon menangis – nangis meminta ahli keluarga saya memaafkan dia. Alhamdulillah, kami bahagia selepas itu. Saya ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.
Lagi sekali dia menyatakan yang dia tidak bahagia dan ingin mencari kebahagiaan di luar sana sehingga meminta jika saya sudi dimadukan. Dengan seorang anak d4ra yang macam t0mboy. Saya kata kalau camtu lepaskan saya, dia cakap time will tell.
Sampailah ke hari ini saya masih terkontang kanting tidak dipedulikan olehnya. Actually masih banyak lagi cerita in depth tapi saya rumuskan je semua. Sekianlah luahan hati saya, doakan semoga saya tabah menjalani hari – hari mendatang dengan 8 orang anak lelaki saya. Aamiin.. – Alayna (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Tee Zatee : Bini tu kalau kurang perhatian pun mungkin dia nak bercerai gak tapi sebab fikir anak – anak tapi boleh pulak alasan gitu sebab nak test orang lain. Anak 8 wehhh. Kelakorr punya alasan kurang perhatian, cuba bagi kasih sayang dalam keluarga.
Spend time dengan isteri +8 anak tu confirm takde rasa kurang perhatian malah rasa kurang masa dan akan bagi sepenuh perhatian pada keluarga adalah. InsyaAllah, orang yang jaga amanah Allah. Hidup dia akan dimudahkan.
Zalfarini Zam : Sedihnya hidup confessor. Sebab dah beri banyak peluang, suami masih buat per4ngai. So sebelum bercerai buat persediaan. Cari keje, simpan duit, simpan semua bukti. Nanti f1ght nafkah anak, mutaah, dan harta sepencarian. Enjoy your life sis. Semoga terus kuat!
Nurizan Azahanuddin : Kalau puan ada depan mata, saya t4mpar puan dulu. Nak bagi sedar sikit. Sebab suami takkan berubah. so puan la yang kena ubah diri. Dan sila cekalkan hati. Lepas ni suami guna alasan nak ada baby girl pulak untuk episod curang seterusnya.
Walk away dari suami yang tak menghargai. jangan akan datang buat confession time pregnant anak no 9. Cari kebahagiaan puan dan anak anak anak anak anak anak anak anak.
Iris Nur Firman : Tak paham juga. Kenapa isteri – isteri ni nak juga beranak ramai. Kalau dapat suami yang bertanggungjawab galas sama tanggungjawab sebagai ayah takpa. Masalah hanya membantu dari segi bagi sp3rma je.
Pas dah jadi anak, tanggungjawab ntah ke mana. Duk sibuk jadi orang bujang. Bagi saya cukup la anak tu sekadar sepasang kalau mampu. Lebih baik sorang tapi ada quality. At least terjadi apa – apa di masa hadapan. Beban nak sara anak tak teruk digalas untuk seorang ibu tunggal.
Wake up guyss. Sayangi diri anda. Anda bukan kilang untuk buat anak yer. MentaI – mentaI anak pun kita kena jaga. Bila dah ramai anak. Jangan kata tak sempat bagi perhatian pada bapak. Anak pun terabai.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.