Saya tarik tuala perempuan tu, bila dia nak tarik balik saya bagi pen4mpar kat muka dia

Entah macam mana satu hari, saya rasa rindu sangat nak jumpa dengan tunang saya. Saya buat k3jutan datang rumah dia tapi bila saya sampai muka tunang kelat dan terk3jut. Saya minta nak pergi tandas dan waktu tu lah saya nampak ada sorang perempuan sedang pakai tuala. Saya kenal perempuan tu, kawan saya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau confession saya ini disiarkan. Saya pernah berkongsi cerita ini pada page lain sebelum ini, cuma hendak memperpanjangkan fakta bahawa sesungguhnya, jangan disalahkan takdir sekiranya j0doh kita tidak seperti yang kita harapkan..

Seringkali saya baca kisah dalam mana – mana tulisan mengatakan bahawa sudah ketentuan Allah kita berkahwin dengan si polan dalam banyak kes sama ada kes berkenan dengan suami orang atau kes menerima calon suami walaupun dah tau per4ngai buruk calon suami sebelum berkahwin.

Allah berpesan pada kita, “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang mengubahnya.” Tapi kita buat – buat tak faham. Allah bagi panduan kalau nak pilih pasangan kena yang begini dan kena yang begitu.

Utamakan 4 kriteria yada yada! Kalau dah semua itu ketentuanNya, tak payah lah panduan sebegitu ditulis dalam Kitab. Saya percaya, pasangan kita, ijab dan qabul kita, semua dengan KEHENDAK kita. Namun tetap dengan KEIZINAN dari NYA!

Saya kongsi dengan pembaca bagaimana saya menolak dan menerima lelaki – lelaki yang pernah hadir dalam hidup saya. Intro ringkas tentang saya, saya seorang gadis yang aktif, minat bersukan, agak menarik.

Orang kata saya macam model, tinggi, kurus dan agak menarik dari segi rupa. Saya berkawan dengan A ketika berumur 17 tahun. Setahun kemudian kami mula bercinta selepas nampak usaha yang tinggi dari A untuk serius dengan saya.

A berumur 27 tahun masa tu. Memandangkan A sudah agak berumur, dia nak kami berkhawin dengan segera, tapi saya cakap saya nak belajar dulu, saya nak kerja dulu, saya nak baIas jasa mak dulu. Lagipun ayah saya sudah meningg4I dunia.

Saya cakap kat A, kalau nak tunggu, tunggu lah, kalau tak, boleh cari perempuan lain. Pendek cerita, A sanggup tunggu saya. Saya belajar di IPTA, banyak juga dia support perbelanjaan saya. A sangat baik, tidak pernah tinggi suara, tidak pernah marah – marah.

Kalau saya merajuk, cepat dan bersungguh memujuk. Saya pula jenis panas baran, suka marah – marah dia. Waktu dulu belum ada handphone, kalau dia lambat ambil saya bila ada janji untuk berjumpa, memang dia akan saya marah semarahnya tapi, sayang saya pada A memang tak bertepi.

Namun, saya agak koIot dalam soal menjaga maru4h diri, kami masih mampu menjaga diri dari terIanjur. Semasa di tahun akhir Universiti, kami bertunang. Sebelum graduasi, saya praktikal di sebuah negeri yang agak jauh dari A.

Hanya telefon penghubung kami. Satu hari tu, entah kenapa selepas berbual ditelefon, saya rasa rindu dekat A sangat – sangat, tiba – tiba aje saya rasa nak jumpa dia. Saya bergegas ke airport yang kebetulan dekat, beli tiket ke sana (nasib baik ada flight lagi).

Sampai sana, saya tak bagi tahu dia pun sebab saya nak buat k3jutan. Sata terus pergi ke rumah sewa dia dengan teksi. Sampai rumah dia, saya nampak kereta dia, lega saya sebab dia ada. Saya tekan loceng, dia keluar dengan hanya memakai seluar pendek.

Saya nampak dia senyum, terk3jut tapi dengan muka agak ketat. Itu pertama kali saya nampak muka ketat dia. Masa tu saya rasa nak terk3ncing, dari dalam teksi saya tahan. Saya tanya mana tandas? Lama dia macam berfikir.

Tiba – tiba saya tertinggi suara tanya tandas mana? Dia tunjuk pintu bilik dia yang saya tahu itu bilik dia tapi tak pernah masuk (selalu lepak sekejap kat ruang tamu kalau tunggu dia). Bila saya buka pintu, saya nampak perempuan berkemban dengan tuala atas katil dia!

Perempuan tu saya kenal. Kawan saya juga. Dia terk3jut tengok saya, saya pun terk3jut tengok dia. Bila saya pandang A, saya nampak love bite kat d4da A, nyaris saya terk3ncing kat situ juga. Saya tak tanya apa dah, saya tarik tuala kawan saya tu.

Terlucut tanpa sehelai benang pun. Masa dia kalut nak tarik tuala tu, masa tu lah sempat saya h4yun pen4mpar kat muka dia. A tarik saya, saya t4mpar A sekali. Kali kedua h4yun pen4mpar, A sempat elak. Saya tak dengar apa – apa dah perkataan yg keluar dari mulut mereka.

Saya lari keluar. Masa saya nak pakai kasut,  A tarik bahu saya, sempat lah terbang kasut dan singgah kat muka A. Allah je tahu perasaan saya masa tu. Sedih ada, puas hati ada! Tapi hati saya remuk seremuknya.

Lama saya menyepi diri dari A lepas tu, hati saya h4ncur Allah je tahu. Menangis, benci, rindu, semua bercampur. Saya tau A cari saya merata. A cari saya sampai rumah praktikal, tapi saya tak nak jumpa, saya pesan dengan kawan, cakap saya dah pindah.

Selepas 2 bulan, saya ada kekuatan bercakap dengan A melalui telefon. A kata dia buat sebab kawan dia c4bar. Saya tambah benci sebab tak sangka dia seb0doh tu. Sebulan lepas tuh, saya minta mak putvskan pertunangan, dalam kotak cincin, saya tulis nota, “cincin saya buang dalam jamban!”

Hampir setahun berlalu, saya dapat kerja tetap di negeri praktikal. Satu malam, balik dari main badminton, saya dan 2 orang kawan perempuan lain singgah makan di medan selera. Datang 3 orang lelaki yang salah sorangnya kawan kepada kawan saya tu, mereka duduk semeja degan kami.

Di situ saya kenal B, kami sebaya. Kami bertukar nombor telefon. 2 bulan B cuba ajak saya keluar, tapi saya tidak pernah nak. Satu hari yang sangat bosan bila rakan serumah semua keluar dating. Tiba – tiba B call ajak keluar dan saya setuju.

Selepas dari tu, kami kerap keluar makan bersama. Beberapa minggu lepas tu B kata nak serius, saya kata saya tak nak bercinta lama – lama. Kalau betul serius, kita nikah. Saya tak nak bertunang bagai. Dia setuju, saya hanya bagi 2 syarat.

1. B tak boleh halang saya terus berbakti kepada keluarga saya dan 2. Saya tak nak B naik tangan pada saya. B tanya kalau ternaik tangan tanpa sengaja? Saya kata, ok. Tapi jangan marah kalau saya ternaik kaki pula.

B gelak dan B kata kalau nak nikah je dan dalam masa terdekat, kena nikah dan kenduri saja lah sebab dia belum cukup duit untuk majlis besar – besar sanding bagai sebab dia pun baru bekerja 7 bulan (masa tu belum ada kemudahan pinjaman peribadi bagai).

Saya kata ok. Saya pujuk mak, mak kata terserah pada saya. Sebenarnya mak takut saya takut nak kahwin, sebelum ni ada beberapa orang yang datang meminang tapi saya tak nak dan tolak secara baik.

Maka berkahwinlah kami. Serius malam sebelum nikah, saya masih bersimpang rasa antara nak dan tak nak. Tertanya – tanya betulkah keputvsan ini? Apakah mengahwini B tidak kerana s4kit hati terhadap A? Rasa nak lari, saya berdepan dengan mak, mak pujuk dan tegaskan jangan maIukan dia.

Akhirnya tidur dengan linangan ari mata juga, linangan air mata seorang yang keliru. MIL (mother in law – mak mertua) memang tak sukakan saya sebab MIL dah ada calon sendiri untuk anak sulung dia tuh.

Walaupun dia belum pernah jumpa saya, saya dapat merasakan marahnya MIL pada saya. MIL tak datang pun masa kami nikah. FIL boleh kira agak terbuka. Beberapa hari lepas nikah balik rumah mertua, MIL langsung tak nak pandang muka saya, apalagi nak salam.

Terkebil – kebil saya masa tu. Pendek cerita, lepas kahwin, saya layan B gitu – gitu je, susah payah saya nak terbitkan rasa cinta pada B walaupun B itu dah jadi suami saya. Namun begitu, saya bunting pelamin, 11 bulan nikah, saya melahirkan anak pertama perempuan yang comel dengan tidak cukup bulan.

Di sini saya nampak kasih sayang B pada anaknya, dia seorang ayah yang baik. Seiring dengan waktu, 2 tahun kemudian, saya masih struggIe untuk menyintai B selayaknya seorang isteri kepada suaminya. Masa ni saya mengandung anak ke-dua.

B tetap layan saya sebaiknya. Jangankan nak naik tangan, tinggi suara pun seingat saya tidak pernah. Saya mula menyemai cinta terhadap B. Hingga pada suatu hari. Kami berbincang mengenai SMS sesat untuk mengorat (masa tuh sms baru mula hangat).

Tiba – tiba B mengaku ada sorang perempuan pernah hantar sms sesat sebulan lalu dan mereka berhubungan hingga hari itu. B kata hanya sebagai kawan biasa. Saya tersentap, cemburu? Agaknya! Baru rasa takut kehilangan.

Saya cakap ngan B, putvskan segera atau saya angkat kaki! B kata, dia hanya kawan luah perasaan, dan kalau saya tak suka, tak menjadi hal untuk dia back off dengan perempuan tu sebab tak ada yang serius dengan perempuan tu.

Saya nak bukti, masa tu juga B call perempuan tu dan bagi tahu saya dapat hidu hal itu dan B tak nak mereka ada apa – apa hubungan lagi. Saya dengar perempuan tuh nangis – nangis sebab B loud speaker. Saya puas hati walau agak ragu – ragu banyak kami bersoal jawab malam tu.

Saya katakan tak kan sampai menangis kalau tak seserius mana? B tetap yakinkan saya yang dia sendiri tak rasa lebih dari seorang kawan, cuma apa yang perempuan tuh rasa, dia tak dapat halang. Dan memang perempuan itu nak lebih dari seorang kawan cuma B kata, dia masih belum bersedia untuk ‘mendua’ kan saya.

2 hari selepas tuh perempuan tuh sms saya, minta maaf bagai. Saya maafkan dan saya tak nak ada apa – apa urusan lagi dengan dia. Seminggu lepas tu, saya jumpa lagi sms dia pada B. Merayu – rayu B layan juga sms tu mengatakan bahawa B serba salah.

B kata, dia tetap suka dan rindu sms perempuan tu. Saya meng4muk pada B, B diam aje masa tu. Bila tiba B bersuara, dia kata dia sunyi sebab saya layan dia endah tak endah. Saya tambah naik angin, saya keluar rumah bawa anak balik kampung dengan perut agak b0yot.

Esok hari B datang pujuk saya, menangis – nangis minta saya balik, namun hati saya dah tawar kembali. Saya suruh B balik, tapi B tak nak balik kalau saya tak ikut. B minta maaf dengan mak, berjanji tak akan buat lagi.

Mak suruh saya balik ikut suami esok harinya sebab saya tak nak mak risau, saya ikut balik. Tapi saya balik kaku tak ada perasaan. Kalau tak ingat anak, memang saya tak nak ikut balik, saya benci pada B.

Perempuan tuh tak putvs asa, dia tak dapat call saya dan B, dia email saya cerita itu ini. Saya tanya adakah mereka pernah terIanjur? (Saya ada tanya B dan B kata belum sejauh itu). Perempuan itu kata dia masih ada maru4h dan perempuan baik – baik.

Dia hanya nak berkongsi kasih (bersedia jadi ke-2) tapi katanya, B kata itu must4hil melainkan saya izinkan. Jadi kiranya minta izin lah tu, saya kata tidak sekali – kali! Dan saya kata pada perempuan itu, kalau dia terus ganggu kami, saya akan laporkan pada family dia (family dia kira orang berpengaruh di kawasan itu).

Pendek cerita perempuan tuh takut dan berjanji tidak akan ganggu kami lagi. Setahun berlalu, B memang tak berhubung lagi dengan perempuan tu tapi tu la, hati saya kembali keras. Saya kaku kembali, namun B tetap usaha melayan saya dengan baik.

Apalagi dengan kehadiran anak lelaki kami. Saya tak perlu minta B apa – apa, cukup saya tercakap ‘ehh.. cantiknya benda tu’. Saya perlu tunggu sekejap dan benda tu akan ada untuk saya. Sementara itu, MIL memang masih tak suka dengan saya, saya malas nak layan per4ngai MIL.

Kalau balik sana, dia nak marah, dia nak bebeI, saya biarkan aje sehingga satu hari, FIL meningg4I. Masa ni B menangis atas riba saya, masa ni timbul kesian yang mendalam pada B. Saya mula menganyam cinta terhadap B.

MIL mula berbaik dengan kami, sementara B anak sulung, banyak kami curahkan untuk keluarga MIL dan adik – adik ipar saya. Pun begitu, kami hidup bahagia untuk 3 tahun selepas itu, bila rezeki datang mencurah, kami hidup agak rileks.

Cinta dan sayang saya terhadap B m4kin menebal setelah mak saya pula pergi dijemput ilahi secara meng3jut. Saya yang rasa sedih dan kehilangan dipujuk oleh B dengan penuh kasih sayang. Saya rasa cinta dan sayang saya pada B, sudah ditahap maksima, indahnya hidup masa tuh sukar digambarkan.

Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya ada hujan lebat menyelit di tengah hari. Pada tahun ke 10 perkahwinan kami, saya diuji dengan ujian maha dahsyat. Saya kehilangan B untuk selamanya bila B terlibat dengan kemaIangan m4ut.

Saya betul – betul patah semangat masa tu. Kehilangan yang sukar saya nak hadapi, berbulan saya ambil cuti tanpa gaji, begitu juga dengan MIL dan keluarga B yang rasa terhambat dengan kehilangan B. Bila saya agak pulih, saya berazam untuk ambil alih tugas – tugas B menyara keluarganya, menyara MIL saya..

Dua tahun selepas tu, A muncul kembali bila dapat perkhabaran dari adik beradik saya yang saya kembali solo, dia datang mencuba nasib.. A sudah berkahwin, ada anak 3 orang. A kata nak ambil saya menjadi isteri ke-2 dan sanggup berpisah dengan isteri sekarang kalau saya tak mahu bermadu.

Saya  kata ok tapi saya nak minta izin dengan isteri A dahulu. Saya hubungi isteri A pada masa lain, saya tanya perihal keluarga mereka. isteri A kata, A baik orangnya, bertanggungjawab, tak pernah naik tangan atau marah – marah.

Dia izinkan saya menjadi isteri ke-2 sebab dia tahu A tak pernah lupakan saya. Pendek cerita, saya tetapkan tarikh untuk kami membeli cincin pernikahan bila sampai masa dijanjikan, A asyik call saya sebab saya tak muncul.

Saya tak nak angkat call dia, saya tidur di rumah. Last sekali saya sms A yang saya tidak pernah inginkan dia jadi suami saya, malah nak jadi kawan saya sekalipun saya tak sudi! Saya suruh A jaga isteri dia elok – elok sementara masih ada.

Saya nak tolak dia semasa lamaran saya, tapi saya tak sampai hati memaIukan dan melibatkan orang tua dia yang saya kenal. A tanya kenapa saya buat gitu, saya hanya cakap, ada kawan yang c4bar saya maIukan dia!

Padahal tak ada pun. Hanya ingin dia rasa apa rasanya berbuat b0doh dengan alasan ‘kawan c4bar’ dan saya tetap tak ingin walau memandang muka dia lagi! 2 tahun berlalu, A tak pernah putvs asa dan saya tetap dengan pendirian saya.

Sampai satu hari, saya berkenalan pula dengan C. C seorang duda tidak ada anak, muda 2 tahun dari saya. Saya mula menjalinkan hubungan kawan dengan C. Tidak ada kata – kata cinta dari saya untuk C, hanya dia yang begitu.

B kekal dihati saya. Tapi saya akui, saya sunyi. Saya mula membuka hati untuk C dan kami sem4kin rapat dan dia berhajat untuk kami berkahwin tapi saya tidak bagi kata putvs. Saya takut tidak dapat menerima C sepenuh hati, hubungan saya dengan MIL sem4kin baik.

Dulu suami pernah hendak ren0vate rumah MIL di kampung tapi MIL tak nak sebab ada kenangan FIL dalam tu tapi baru – baru ni  saya cuba lagi pujuk MIL untuk bina rumah baru atas duit saya 100% dan MIL setuju sebab rumah tuh memang sem4kin uzur.

Ipar dan biras semua setuju je. Jadi saya bina banglo comel yang B pernah mention pada saya satu masa dulu. Sejak pembinaan rumah, saya kerap balik, dan C kurang senang dengan keadaan itu. Sampai satu masa, C kata nak ajak saya berjumpa dengan family dia, dan saya kata masa tuh tak boleh sebab saya kena balik kampung MIL.

Terlucut kata dari mulut C, “alaa.. bekas mertua je pun.” Pangg!! S4kit hati saya tiba – tiba tak terkata. Entah kenapa saya terasa sangat dengan perkataan itu.. Masa tuh juga g4duh bukan main dan saya putvskan hubungan kami dan saya tak nak lagi jumpa dia, kalau boleh sampai bila – bila!!

Adegan pujuk memujuk berlalu berbulan juga, saya tetap dengan pendirian saya. Bila memandang muka MIL, saya ternampak iras B dalam wajah itu. Saya ambil tekad, saya akan menjaga MIL hingga akhir hayat saya atau akhir hayat MIL.

Dan saya bertekad tidak akan membuka lagi ruang – ruang hati untuk sesiapa pun selagi saya mampu. Rezeki sem4kin memihak pada saya, satu rasa syahdu yang sukar saya nak gambarkan apabila MIL memeIuk saya dengan air mata ketika saya menghantarnya untuk mengerjakan haji dengan duit titik peluh saya.

Saya merasakan kasih sayang B menyerap dalam diri saya. Kini, saya tetap bahagia walau tanpa suami. Saya yakin sayalah yang bertanggungjawab untuk memilih dengan siapa saya hendak bersama namun tetap juga atas izinNya.

Kedua  permata hati saya dan permata hati B yang dua orang itu, akan saya didik sebaiknya. Mereka adalah harta dari B yang tidak ternilai harganya. Kenangan bersama B merupakan semangat yang menguatkan diri saya.

Saya tetap merayakan hari ulang tahun pernikahan saya dengan B walau tanpa B walau hanya dengan anak – anak atau dengan keluarga mertua sahaja. Terima kasih MIL sebab menumpangkan kasih sayang B pada saya.

Terima kasih adik beradik saya atas sokongan yang tak putvs – putvs. Terima kasih kepada ipar – ipar dan biras – biras kedua beIah pihak kerana menyayangi saya dan menerima saya apa adanya. Terima kasih kerana meminjamkan anak – anak kalian ketika saya rindu bermain dengan baby.

Terima kasih Allah atas segala kasih sayang dan rahmat Mu yang tak pernah putvs. Terima kasih B atas segala kasih sayang mu selama hayatmu dan tunggu kedatangan saya di alam sana. I Miss You! Puan B Forever – Puan B

Sauriani Dn : Seronok la baca kisah puan. Tergelak – gelak saya baca bab kasut melayang atas kepala, bab ‘kawan c4bar’ tu. Saya suka puan, sebab puan seorang wanita yang tahu apa puan nak. Tak peduli kata – kata org lain, ada kesabaran, tak merungut, berani dan tegas pada tempatnya, yakin diri, tetap pendirian.

Cara puan bercerita pun tunjuk betapa puan h4rungi ujian hidup dengan tenang dan yakin. Terima kasih. Banyak boleh dipelajari.

Ungku Emmy Rina : Kadang – kadang rasa bersalah kerana menolak lelaki lain yang ingin hadir dalam hidup kita. Tetapi melalui cerita puan B ni buat saya yakin, untuk memilih siapa j0doh kita dgn izinNya. Kalau dah memang tertulis dia j0doh kita pasti ia tidak ke mana. Kalau dia bukan j0doh kita, usahalah bagaimana pun, pasti tidak bersatu. Semoga puan B bertemu dengan arw4h suami puan di syurga nanti.

Aishah Harun : Betul, setuju sangat bila kita sendiri ada hak untuk memilih dan menolak sesiapa yang kita nak dan tak nak. Alasan ada j0doh adalah, itu sangat lapok. Kalau tak nak cakap tak nak. Senang cerita.

Muhammad Zakwan Azizi : Kak confessor arw4h bapak saya meningg4I masa sy umur 7 tahun pada 1997 dan mak saya tak kahwin sampai sekarang besarkan kami adik beradik di KL jauh daripada keluarga di Kelantan.

Kami adik beradik dibesarkan dengan airmata ibu tunggal, masyarakat kita pandang h1na pada janda balu dan sebagainya. Mak saya kata dia tak nak kahwin lagi kerana takut mengabaikan kami adik beradik. Dia kata, “ore tino kalau sayang kat laki dia jadi b0do.” Alhamdulillah mak saya berjaya besarkan kami dan kak jaga anak yatim murah rezeki!

AnnDee AnggeRiati : Banyak unsur dalam citer ni. Bab Iempang tu mak puas hati. Bab orang p0tong bawang ni mak merah hidung, bercampur rasa. Semoga sista kuat. Saya pun percaya, kita yang tentukan dengan siapa kita nak berkawan dan berkahwin. Hanya semua itu atas izinNya jua. Good luck ahead sis.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.