Saya saja sembang dgn anak, sekali anak bagitahu tahun lepas cikgu pernah naik tangan dekat muka dia

Semalaman saya tak boleh tidur mengenangkan anak saya yang ‘dihukvm’ guru di sekolah dan saya langsung tak pernah tahu. Kalau sekalipun mic tu rosak, boleh je bagitahu pada saya dan saya mampu ganti. Saya akan ganti. Tapi, kenapa pilih untuk memberi hukvman macam tu..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua pembaca terutamanya para ibubapa. Puas saya fikir, patut ke saya tulis confession dekat sini. Pedih hati saya. Mungkin orang ramai akan kecam saya lepas baca ni. Malam tadi, saya sempat berpillow talk dengan anak sulung saya yang berumur 9 tahun.

Saya minta dia cerita apa yang dia ingat sepanjang dia bersekolah dah masuk darjah 3 ini. Dan saya terk3jut. “Abang lupa nak cerita dekat ibu. Tapi ni dah lama. Dari abang darjah 2 dulu lagi. Cikgu F t4mpar abang dan kawan dekat surau.”

Saya terp3ranjat. Saya tak pernah tahu. Anak tak pernah cerita dekat saya sebelum ni. Jadi saya tanya, kenapa Cikgu F naik tangan pada dia. “Masa tu abang usik mikrofon dekat surau. Mula – mula kawan yang pegang. Lepas tu abang pegang, mic tu tiba – tiba berbunyi nyaring. Cikgu F datang dan dia terus naik tangan dekat muka abang dan kawan.”

Allah. Luluh hati saya dengar anak cerita. Takde sikit pun riak sedih di wajahnya melainkan dia cerita macam biasa je. Saya tanya lagi, kenapa abang tak pernah pun cerita pada ibu? “Abang lupa, bu.. Lagipun dah lama. Abang tak nangis, kawan yang nangis. S4kitlah juga tapi abang tahan.”

Lalu saya cakap, “Kenapa abang usik barang cikgu? Lain kali jangan usik, jangan pegang. Melainkan cikgu yang suruh. Kan dah kena macam tu. Ibu tak suka dengarlah. Ibu sedih. Abang jangan buat lagi ye?” Anak saya cuma angguk tanda paham.

Kesannya, semalaman saya tak boleh tidur mengenangkan anak saya yang ‘dihukvm’ guru di sekolah dan saya langsung tak pernah tahu. Boleh jadi anak takut nak beritahu pada saya. Kalaulah saya tahu masa tu, saya akan bersemuka dengan guru terbabit.

Besar sangat ke kesalahan anak saya sampai cikgu naik tangan ke muka dia? Kalau sekalipun mic tu rosak, boleh je bagitahu pada saya dan saya mampu ganti. Saya akan ganti. Tapi, kenapa pilih untuk memberi hukvman macam tu pada budak – budak?

Soalan saya dekat sini, perIukah cikgu naik tangan dekat muka? Kenapa di muka anak orang bukannya r0tan di tapak tangan? Relevankah budak umur 8 tahun dit4mpar? Adakah guru dibenarkan naik tangan dekat pelajar?

Saya tahu anak saya salah, usik harta benda sekolah tapi saya tak boleh terima anak saya kena macam tu. Katalah apa sahaja, kecamlah saya sekalipun. Saya tetap pertikaikan bentuk hukvman di bahagian muka pelajar. Setahu saya, guru dilarang naik tangan dekat murid.

Memang benda ni dah lepas. Dah lama pun berlaku. Anak pun dah lupakannya, tapi saya rasa terkilan. Selama ni saya hormat guru, saya berterima kasih kerana mendidik anak saya tapi entahlah. Kejadian ni betul – betul buat saya terkilan.

Saya tak nak tahu kisah orang lain masa kecil dah pernah kena mungkin lebih dari itu dengan cikgu mereka dulu. Kena ingat zaman dah berubah. Gunalah pendekatan lain untuk menghukvm murid. Kalaulah saya tahu dari awal, saya akan berdepan dengan guru tersebut. Saya kesal dengan apa yang dia buat.

Saya tanya anak, adakah sebab mereka usik mikrofon tu, mikrofon tu rosak? Anak jawab tidak, hanya keluarkan bunyi yang nyaring lepas tu ok. Bukan saya tak move on tapi hal ni saya baru tahu. Kalau saya dah tahu lama, saya tak rasa sekesal ini.

Guru tolonglah jangan naik tangan dekat muka anak orang. Hukvmlah dengan cara lain, tapi bukan dengan dekat bahagian muka budak kecil yang tak mampu nak baIas balik dan terima je apa yang anda buat. Saya sedih.

Orang boleh kata apa je. Kecamlah nak kecam saya. Saya cuma meluahkan sahaja apa yang saya rasa. Saya tahu kerja anda banyak berjasa pada masyarakat, tapi tu bukan alasan untuk anda tak boleh ditegur. Nak ambil tindakan, benda dah lepas.

Silap – silap Cikgu F pun dah tak ingat dia pernah buat ada dekat anak saya. Tak ada apa dah yang saya boleh buat. Jadi ini saya nak tegur guru – guru. Nak hukvm anak murid biarlah berpada – pada. Jangan kerana terlajak perbuatan, buruk akibatnya. Nak kecam saya, takpe. Kecamlah. Saya tahu anak saya salah. Cikgu tak pernah salah. Saya terkilan. – Seorang Ibu (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Amiera Mohamad Nor : Pernah dit4mpar cikgu B.Melayu masa darjah 3 tahun 2000. Sebab dapat markah tertinggi subjek B.Melayu dalam kelas. Cikgu ingat saya meniru budak sebeIah (anak guru), saya ni anak pen0reh getah ja.

Dia tak tahu saya ni dari darjah 1 maintain top 3 dalam darjah. Dia panggil pi depan semua orang dalam kelas dan dia suruh jawab semula paper BM tu sambil berdiri, bila tengok soalan yang sama masa exam saya terus jawab.

Dia autom4tik t4mpar pipi saya sambil marah kenapa tak baca arahan dulu. Satu kelas terdiam, rasa malu sangat. Tapi gigih jawab dan tahan air mata sebab malu. Masih berbekas perasaan marah dan sedih masa tu, kalau boleh sampai m4ti pun tak ingin nak ingat nama dia.

Tinn Weena : Anak saya kena r0tan sampai Iebam. S4kit hati? Ya. Terkilan? Ya. Itu em0si kita. Tapi berfikir kena guna akal. Saya slow talk dengan ank. Saya tanya dia, pengajaran apa yang dia dapat. Dia jawab, jangan bersembang masa cikgu mengajar.

Murid kena hormat ilmu dan cikgu. Alhamdulillah. Dia belajar dari kesilapan. Tidaklah saya meny3rang cikgu anak saya. Cikgunya mendidik. Sekarang sekolah cuti. Cuba puan slow talk dengan anak. Bagi dia faham kesilapan dia.

Kalau nak jumpa cikgu anak teruskan. Cara professional. Bukan marah – marah. Marah – marah itu biasanya berakhir dengan tragedi. Microphone tak rosak pun. Akhlak anak boleh rosak jika tak dibendung. Cikgunya juga salah kerana ikutkan amarah.

Norizan Mamat : Salam, anak makcik pernah kena t4mpar dengan cikgu. Cikgu yang mengaku sendiri dan bila tanya, anak kata yer. Dia pun relex saja, tak ada str3ss itu ini. Makcik antara sejenis orang yang akan jadi penenang orang lain jika jadi sesuatu.

Contoh, anak kena buIi di asrama. Memang marah, tetapi, abah dia lagi marah. Makcik cakap, syukur kita dengar cakap anak masa dia nak berenti sekolah. Dia tak akan beritahu kena buIi sebab dia takut abah dia pi buat onar kat sekolah.

Gitulah… Anak kita akan diamkan saja dan cuba untuk adapt dgn apa yang terjadi selagi boleh. Segala yang dia lalui adalah satu c4baran buat dia. Dia belajar banyak perkara. Bukan hanya ilmu akademik, tapi ilmu kemanusiaan.

Bagaimana nanti kalau dia jadi cikgu, jangan buat gitu sebab anak murid kecik bla bla bla… Banyak la anak – anak kita kena belajar. Sebab dunia sekarang lagi banyak c4baran bila keluar dari sekolah. Kita tak mampu nak jaga anak kita kecuali kita simpan dalam rumah.

Jadi, makcik positif dengan cara begini. Untuk anak makcik yang dibuIi pelajar lain, makcik ambil tindakan pindahkan sekolah. Syukur, dia ok saja (dua anak lelaki). Gitulah… Kita buat sehabis baik, lepas tu move on dengan dengan anggapan positif.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.