Baru – baru ni, saya s4kit timbul bisuI kat d4da, n4nah bercampur d4rah, s4kit perut terutama area czer. Setiap kali saya pergi temujanji doktor saya akan update dekat mak mertua. Muka ibu mertua seperti takut dan mengelak bila saya bercerita.
#Foto sekadar hiasan. Assalamuaikum semua.. Moga admin siarkan confession ini. Sekadar bercerita pengalaman hidup dengan korang semua. Harap ada yang sudi membaca dan memberi kata – kata semangat. Saya Siti, sudah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai tiga orang anak (2 lelaki dan seorang perempuan).
Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dengan suami dan tiada halangan dari pihak ibu mertua. Untuk pengetahuan pembaca, ibu mertua merupakan ibu tunggal dan pernah berkahwin dua kali tapi dua – dua pun dah bercerai. (ada cerita berkaitan nanti)
Kami berkenalan sangat singkat, 6 bulan berkawan seterusnya bercouple 3 bulan. Masa berkawan tu, ibu mertua datang ke rumah mak saya sekadar bertamu sambil berjalan – jalan. Rupanya tiada angin, tiba – tiba ibu mertua bertanya dengan mak saya berkenaan hantaran jika pihak mereka (suami) ingin berkahwin nanti.
Bagai nak pengsan masa dengar mak saya bercerita. Masa ibu mertua datang dengan adik beradik suami, saya bekerja jauh dari rumah (mengambil masa 5 jam perjalanan d4rat). Selepas ibu mertua bertandang, sebulan kemudian kami terus bertunang dan berkahwin dalam tempoh setahun berkenalan.
Alhamdulillah, selamat diijab kabul. Selepas berkahwin, masalah timbul dengan banyaknya. Masa tu rasa menyesal kahwin. Sorry rasa macam tu lepas berkahwin.. ampun ya suamiku. Kami berdua plan nak pergi honeymoon ke Krabi, Thailand.
Passport daa settled dan sebelum nikah duit terkumpul 24K termasuk duit kahwin sikit nak guna duit tu. Tetapi, suami masa tu takut nak bagitau bahawasanya ibu mertua tercintahh telah pakai duit tu untuk beli baju, oven, sofa, aircond dan bagi kakak – kakak suami yang kurang akalnya.
Duit tinggal 6K, maka terkubuur la cita-cita nak gi honeymoon. Masa tu plan paling hampeh nak terbang ke Langkawi tapi ibu mertua sibuk nak ikut terus saya bagi tau husband kita cancel. Tak terdaya nak bawa orang tua jalan -jalan pergi honeymoon lepas tu duduk sebeIah katil.
Jangan kecam dulu, tak jadi pergi sebab ibu mertua betul – betul nak join, dia bagitau nak jalan juga tak kan bawa bini jak tapi ibu tak dapat jalan. Kalau ingat balik kata – kata ibu mertua masa tu memang nak hempuk dengan periuk.. (mata naik atas).
Selepas kejadian tu, kami pun balik semula ke rumah sewa. Setelah 4 bulan berkahwin, ibu mertua dan adik beradik suami melawat kami di rumah sewa. Ibu mertua memang pandai memasak dan tidak benarkan sesiapa tolong dia semasa memasak tapi paling tak boleh terima, bila saya buatkan suami air, cepat – cepat ibu mertua buatkan air lagi untuk suami.
Kemudian dia suruh minum air yang dia buat. Jadi, sebagai couple yang baru berkahwin merajuk la isteri. Tapi suami masa tu bagai pak turut, segala suruhan atau arahan ibu mertua diturutkan. Walaupun benda tersebut meny4kitkan hati saya sebagai isteri.
Contohnya, bila husband sudah gaji, ibu mertua pesan untuk beri kepada kakak dan adiknya. Suami seorang je lelaki dalam adik beradiknya dan gaji suami dicontrol oleh ibu mertua. Nasib masa tu saya masih bekerja. Semasa lawatan ibu mertua dan anaknya yang lain ke rumah sewa kami, ibu mertua pesan dengan saya, masa tu mengandung 2 bulan,
“Anak dalam kandungan kamu tu, saya tidak mahu menjaganya nanti, hantar ke kampung mak kamu.” Korang yang sudah berkahwin, mesti sedih bila mertua berkata begitu. Masa tu saya jawab, InShaAllah saya tidak akan susahkan ibu. Terus ibu mertua terdiam.
Ada sekali tu, masa mengandung kami balik ke rumah ibu mertua, saya obese dan rendah jadi ibu mertua selalu body shaaming dengan mengatakan, “kau ni patut pakai guni je, tak payah pakai baju, gemuk sangat”. Nasib masa ibu mertua bercakap suami aku terdengar dan terus bawa saya balik ke kampung saya yang jaraknya 2 jam perjalanan.
Sedih sangat dengan per4ngai hampeh ibu mertua. Selalu makan hati. Macam bermadu pulak dengan mertua. Hmm.. Di tahun ke-3 perkahwinan, per4ngai husband m4kin menjadi – jadi setiap kali pulang ke rumah ibu mertua.
Suami akan turuti segala arahan mertua sehingga nak minta tolong tukarkan pampers pun husband tak nak. Sibuk tak tau apa dengan ibu mertua. Mertua juga selalu merendah – rendahkan keluarga saya dengan berkata, “keturuan kau tu tidak subur sebab tu lambat mengandung.”
Segala keputusan suami juga hanya akan minta pendapat keluarga suami terutama ibunya. Nak beli kereta pun kena fikirkan keselesan adik beradiknya walaupun suami tak mampu nak bayar bulanan. Beli kereta MPV dan memang tak berbaloi beli masa tu, sehingga nak beli 1 seluar pun tak mampu gara – gara ikutkan nasihat ibu mertua nak kereta orang kaya.
Selama berkahwin juga husband akan beri 70% gaji kepada ibunya. Jadi nafkah sebagai isteri terabai. Tapi nasib saya ni bekerja, alhamdulillah ada duit sendiri. Antara lain per4ngai pelik suami, dia akan sentiasa marah – marah sampai tak nak cakap berminggu – minggu.
Tiba – tiba marah dengan anak tak tentu pasal. Kemuncak bila kami balik ke kampung saya, suami kelihatan sangat – sangat benci dengan mak, makcik dan nenek serta datuk saya. Tak nak bercakap dan tak nak makan masakan mak saya.
Apatah lagi saya masak langsung tidak dijamah. Dengan saya pun sangat – sangat dingin. Saya bercerita dengan mak sebab tak tahan, selama berkahwin sentiasa jaga perasaan suami agar bercerita dengan saya sebab suami pernah tak bercakap dengan saya sebulan lamanya, hanya bercakap dengan anak sahaja.
Terasa diri sangat sunyi walaupun tidur sekatil. Bukan cemburu dengan ibu mertua tapi macam terlebih – lebih sehingga suami seperti tiadak nampak saya berada di depan mata. Sentiasa nak perhatian ibunya. Sangat str3ss bila jasad suami depan mata tapi fikiranya seperti tempat lain.
Selain itu, saya selalu mimpi buruk, mertua bagi anjing hitam dekat bilik tidur kami. Selalu ada kelibat bila seorang kat rumah dengan anak. Ada bunyi guli kat bili sebeIah. Mak saya cadangkan pergi berubat dengan ustaz ni.
InShaAllah tiada unsur kurafat. Area saya sini tiada darul syifa, tapi ada ustaz yang boleh dipercayai. Kami pergi bertiga dengan adik lelaki saya. Masa tu tidak pergi dengan suami sebab suami enggan dan terp4ksa bawa adik lelaki saya.
Ustaz tu scan jarak jauh suami saya, dan sangat terk3jut. Ibu mertua yang menyih1r suami, lebih kepada penunduk. Ini bukan fitnah, cerita sebenar terjadi dalam keluarga saya. Mertua nak slowly saya benci dengan per4ngai suami agar saya minta cerai dan sebenarnya ibu mertua saya tidak suka saya berkahwin dengan suami.. hahaaha..
Sebab tu suami sangat dingin dan memang terlintas fikiran saya untuk bercerai, sampai bila nak rasa seperti bermadu dengan mertua dan langsung tidak merasa duit dari suami sendiri. Anak pun saya yang tanggung 100%. Sebab semua duit diberi kepada ibunya.
Selepas berkahwin banyak keinginan ibunya tidak tercapai seperti minta buatkan banglo dan berj0li sakan. Ustaz tu bagitau, ibu mertua nak saya sebagai isteri yang kelihatan jahat sebab sibuk nak minta cerai. Tapi saya masih w4ras sebab sayangkan suami dan tak nak gara – gara dingin saya minta cerai.
Masalah selalu timbul bila kami pulang ke rumah ibu mertua dan berlarutan sehingga 2020. 2020 – 2021 kan kita berPKP jadi ibu mertua tidak dapat berjalan untuk meminta pertolongan b0moh sy4itannya itu. Hal ini berlaku sepanjang kami berkahwin sehingga sekarang.
Hanya terhenti 2 tahun semasa PKP. Saya selalu perasan, mertua akan pergi ke daerah lain yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah ibu mertua. Bila saya bertanya kepada kakak ipar, mertua pergi ke tempat yang saya namakan Batu 2.
Setiap 2 minggu mertua wajib pergi ke sana dan tiap kali ke sana akan ada perubahan kepada suami. Tapi baru – baru ni, saya s4kit timbul bisuI kat payud4ra, n4nah bercampur d4rah, s4kit perut terutama area czer dan pend4rahan sedangkan tidak peri0d. Pening semasa Asar. Tetapi saya tidak mengandung.
Semasa bersama suami, suami tanya kenapa bersama sedangkan period. Saya cakap tempoh nak period ada 2 weeks lagi. Tapi masa bersama tu tidak s4kit langsung cuma ada pend4rahan. Ada bersama beberapa kali dan sentiasa ada fresh bI0od, bukan seperti haid yang d4rahnya agak gelap.
Saya bagitau nurse kat KKIA nak check Pap sme4r sebab ada pend4rahan semasa bersama takut tetiba nanti cerv1x c4ncer. Buat appointment dengan nurse sehingga 3 kali masih tak dapat nak ambil sample sebab sentiasa ada d4rah kat pangkal rahim.
Kali ke 4 appointment, terp4ksa ambil juga sebab nurse nak tahu apa sebab ada pend4rahan sedangkan tidak haid. Sepanjang saya check kat KKIA, saya sentiasa bagitahu dengan ibu mertua process appointment tersebut.
Muka ibu mertua seperti takut dan mengelak bila saya bercerita. Sekali lagi saya ke tempat ustaz tersebut, rupanya kali ini mertua nak kami bercerai dengan cara suami cari perempuan lain dan saya akan meminta cerai sebab daa curang dengan orang lain. Sungguh hebat fikiran mertua.
Sekarang ni saya dah jarang ke rumah mertua, bercerita pun sekadar berbasa basi. Sekadar hormat sebab ibu kepada suami. Kalau boleh nak ja tampar – tampar mukanya.. Haha.. Pernah sekali, kononnya ibu mertua bawa suami pergi berubat rukyah dengan seorang ustaz sebab suami ada Ps0ri4sis dan m4kin hari m4kin teruk.
Ibu mertua tanya saya, kenapa m4kin teruk kulit suami. Saya jawab, tidak tau mungkin str3ss kerja. Tapi dia cakap yang bekas suami dia yang buat kulit suami jadi begitu. Aduh ibu mertuaku, suka hati fitnah bekas suami dia plak..
Ermm.. tak tau nak cakap apa masa tu, saya diamkan saja la. Doakan hubungan kami suami isteri kuat dan berkekalan hinggah ke Jannah. Moga yang baik – baik juga untuk korang semua. InShaAllah. P/S: kalau nak kecam tu berpada – pada la ye.. Sila komen murni – murni ye. Jangan tambahkan str3ss kat fikiran Siti ni.. – Siti (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Fahime Hanim : Nafkah tak bagi, main sih1r, kena h1na. Kalau saya dah lama blah. Kalau orang tak sudi aku 10 ribu kali tak hadap, kita pun ada mak ayah ada maru4h diri. Hidup tenang – tenang dengan anak lagi bagus, no drama.
Rosilawati Binti Mohamed : Jika rasa ingin bertahan, ambillah langkah pelindung diri. Jangan terima.. terima hingga sampai tahap mer4nakan tubuh badan sendiri. Dah main dengan alam lain ini biasa tiada hentinya hingga tercapai apa dihajati. Lagi parah jika yang diamal dituju tak boleh dihentikan. Anak – anak tu.. LindungiIah mereka.
Farah Syufa : Kalau da sampai level mak mentua bagi sih1r pemisah, hantar peny4kit dekat badan. Takkan nak berdiam lagi, Iawan balikla, pergi berubat. Permainan sy4itan ni kalau berlarutan, mau bercerai nanti, kata sayang suami. Ape kejadahnya gaji 70% nak bagi mak mentua dengan kak adik ipar, nasibla bini tu bekerja kalau tak makan pasir anak – anak. Tinggi betul kesabaran tt bertahan 7 tahun, anak dah 3.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.