Isteri baru halang bekas suami jumpa dengan anak2. Malah dia langsung tak nak bagi nafkah siap t4mpar saya depan isteri baru dia lagi. Saya jadi berd3ndam dengan lelaki, saya lepaskan kemarahan dekat anak2. Saya tak hiraukan anak2 dan nak baIas d3ndam. Tiba2 satu malam..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum buat semua pembaca. Terutama sekali saya nak minta maaf mungkin kedatangan coretan saya ini mengganggu dan kurang menyenangkan. saya juga nak ucapkan terima kasih pada pembaca yang sudi membaca luahan hati saya ini.
Entah dari mana saya nak mulakan saya pun tak tahu. Hidup ini terlalu sukar untuk difahami dan di mengerti. Terlalu banyak rahsia dan hikmah yang terkandung dalam perjalanan sepanjang kita diberi kesempatan untuk meneruskan hdup kita dalam menjalani perintah dariNYA.
Sebagai manusia biasa saya tidak terlepas daripada pelbagai onak dan duri. Saat ini saya ingin meluahkan apa yang tersimpan dalam hati saya ini, saya sedar saya dah membuka aib saya yang dah diIindungi oleh Allah SWT namun saya juga perIukan seorang teman untuk berbicara.
Puas saya mencari maksud kesedihan ini, tetapi akhirnya saya gagal mencari. Saya ini kurang didikan ilmu agama, saya jahiI dan tidak pernah solat dan berpuasa, ketika usia saya meningkat remaja per4ngai saya m4kin menjadi – jadi.
Saya jadi sem4kin sosiaI, saya bergaul dengan rakan – rakan yang tidak tentu arah. Ketika usia saya 18 tahun saya kenal dengan seorg lelaki dan atas cinta yang tidak di redhai Allah SWT kami pun bernikah. Impian dan harapan saya dia boleh membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah SWT tapi sangkaan saya meleset.
Mana boleh lelaki yang tidak solat dapat membimbing isterinya? Selama 4 tahun saya nikah dengannya hidup saya sentiasa bertemankan air mata. Setiap hari ada saja salah saya dicarinya. Entah di mana silapnya saya pun tak tahu.
Setiap kali dia marah pasti badan saya menjadi m4ngsa. Sepanjang pernikahan kami saya selalu dipukuI, disep4k ter4jangnya, dit4mpar dan dim4ki hamun serta kata – kata kesat yang keluar dari mulut dia. Dia tak pernah menghargai saya sebagai seorg isteri, namun disebabkan sayang dan cinta saya bersabar.
Saya betul – betul sayangkan suami saya, saya tak pernah meIawan sepatah pun katanya. Apa yang dia nak saya akan turut, saya taat dan patuh padanya. Tapi baIasan yang saya dapat sungguh meny4kitkan. Perasaan cinta yang dalam hatinya ketika mula – mula saya mengenalinya telah tiada.
Tapi saya tetap bersabar sebab saya sayang dan kasihkan suami saya. Pernah satu hari saya masak nasi untuknya saya bawa untuknya saya ingin menyuapkan dia tapi sebab pertengk4ran kecil dia tepis nasi tu. Alangkah h4ncur hati saya ketika itu.
Satu perkara yang tak dapat saya lupakan hingga kini, peristiwa di mana ada seorang pengemis datang ke rumah saya dan ketika itu suami saya sedang mandi, niat saya tidak mahu mengganggu suami dengan memanggilnya saya pun ambillah duit dari dompet dia hanya RM1.
Bila dia tahu saya buka dompet dia dan ambil duit dengan sedekahkan pengemis tadi, dia terus men4mpar pipi saya hingga keluar d4rah dari hidung. Ketika itulah saya rasakan bahawa suami saya sudah tiada sifat rasa kasih sayang terhadap saya.
Tapi saya tetap sayang dan masih sayangkan suami saya. Kemudian saya disahkan hamil lagi dan ketika itulah suami saya berubah dengan jelas, dia dah jarang balik rumah. Hinggalah pada suatu malam ketika dia sedang tidur saya terdengar bunyi message di handphone nya, tiba – tiba hati saya tergerak ingin tahu siapa yang hantar message di handphone dia.
Ternyata itu adalah message dari teman wanita dia. Ya Allah.. masa tu h4ncur hati saya, kenapa dia sanggup tipu saya? Bila dia dapat tahu yang saya dah tahu tentang teman wanitanya tu dia terus naik marah dan memukuI saya walaupun masa tu keadaan saya sedang hamilkan anaknya.
Dia terus keluar rumah tanpa menghiraukan saya dan anak – anak. Saya tidak bekerja semasa dia tinggalkan saya, dia keluar tanpa balik ke rumah. Sayalah yang menyara anak – anak dengan berkerja di sebuah gerai makan.
Bila saya sudah bersalin dia muncul dengan wanita itu dan meminta izin untuk nikah. Ya Allah.. Hati mana yang tidak r3muk saat saya sedang kes4kitan dalam melahirkan anaknya, ini hadiah yang dia bawa untuk saya. Hati saya sungguh s4kit.
Kalau diikutkan hati dan iman yang memang tidak kuat ini nak saja saya minum r4cun dan bvnvh diri tapi saya tetap sabar. Saya seorang yang penyayang dan mudah memaafkan. Saya tidak suka pada masalah tapi apa yang saya tidak suka itulah yang selalu saya dapat.
Saya terima wanita itu jika benar dia sayangkan suami saya, tapi sebaliknya dia tak nak saya dalam hidupnya bersama suami saya. Untuk pengetahuan sekarang teman wanita suami saya itu sedang hamil dan sekarang mereka sudah tinggal bersama.
Demi menjaga nama baik dia saya rela berk0rbankan rasa cinta dan kasih yang selama 5 tahun saya semai dan baja. Akhirnya pada tanggal 30hb Jun kami telah pun disahkan bercerai dan pada 8hb Julai mereka telah sah bergelar suami isteri.
Masa tu saya hanya mampu berdoa, jika ini yang terbaik untuk saya, dengan ikhlas hati saya redho dengan segala ketentuan-Nya. Setelah tamat eddah, kami naik mahkamah untuk hak penjagaan anak – anak dan nafkah anak – anak.
Saya dah agak dia tak akan bagi nafkah untuk anak – anak dia. Wanita yang saya lihat cukup lembut semasa meminta simpati dari saya semasa mahukan suami saya rupa – rupanya sikapnya hanya Allah SWT saja yang tahu betapa sombongnya dia semasa di makamah.
Dia tidak izinkan bekas suami saya melihat anak – anak saya dan memberi nafkah apatah lagi saraan tiap – tiap hari. Tiba – tiba pada saat itu hati saya dikuasai dengan satu sifat BENCI!!! Saya benci pada bekas suami saya bila saya dit4mpar di hadapan isterinya padahal ketika itu dia sudah tiada hak untuk memukuI saya.
Sejak hari itu saya jadi sem4kin membenci lelaki, saya berubah dari sifat saya yang lembut menjadi sangat marah. Saya selalu marah – marah pada anak – anak saya dan merekalah yang menjadi tempat saya melepaskan kemarahan.
Hidup saya tak tenang. Saya tak tahu kenapa saya buat apa sahaja ada saja yang tak kena. Saya pergi kerja di sebuah pusat karaoke di situ saya jumpa ramai orang, sahabat – sahabat saya semua yang jenis sosiaI. Saya lupa pada anak – anak saya, saya abaikan mereka.
Bila saya kerja di situ ramai yang saya kenal dan sekali lagi hati saya telah dilembutkan dengan seorang lelaki. Kami berkawan dan rapat sangat. Hinggalah satu saat saya dikecewakan lagi dengan insan yang bernama lelaki!
Saya jadi sem4kin benci dengan lelaki! Saya pun bertekad nak baIas d3ndam terhadap dirinya sebab bagi saya dia jahat dan harus dapat baIasan dari saya. Tapi.. Allah Itu Maha Pengasih.. Maha Pengampun.. Allah tidak mahu saya berbuat jahat lagi, sampailah suatu malam saya bermimpi.
Saya mimpi kutu banyak sangat – sangat di atas kepala saya. Tiba – tiba masa tu saya terbangun dari tidur dan dalam keadaan menggigil seluruh badan saya. Saya takut sangat waktu tu. Saya ni seorang yang tidak pernah bertudung dari zaman anak d4ra lagi.
Saya tak suka nak pakai tudung dan baju kurung kalau saya pakai baju kurung hanya 30 minit pun tak sampai. Esoknya saya cari kawan yang boleh dengar masaalah saya tapi saya tak ada kawan yang baik-baik. Sahabat saya semua yang jenis kaki clubbing.
Saya teringat pada seorang kawan yang tidak berapa rapat dengan dia. Saya cuba hampiri dia dan menceritakan segala yang terselit di hati ini. Ya Allah.. sungguh sayu hati bila nak meluahkan apa yang ada di dalam hati saya.
Sampailah dia sarankan pada saya agar bertemu dengan seorang di Jabatan Agama Islam. Dia berikan saya tudung dan dia bawa saya ke Jabatan Agama Islam. Saat kaki saya nak melangkah masuk ke pejabat tu hati saya sungguh sayu.
Sebaik saja saya dikenalkan dengan salah seorang ustaz, saya pun menceritakan padanya tentang saya bermimpi kutu banyak sangat atas kepala saya. Bila saya terjaga tiba – tiba hati dan perasaan saya menjadi sangat – sangat takut.
Ustaz tu kata Allah masih sayangkan saya, dia nak saya bertaubat. Dia nak saya kembali ke pangkal jalan. Ya Allah.. masa tu saya terus menangis sepuas – puasnya. Saya tanya kenapa Allah sayangkan saya sedangkan saya selalu lupakanNYA???
Saya tak pernah ingat pada Allah tapi kenapa Allah ingat pada saya..??? Betapa s0mbongnya diri saya pada Allah. Dahi saya ini tidak pernah saya letakkan di atas sejadah mahupun lantai di bumi ini. Sejak itu saya dah mula berubah sikit demi sedikit.
Saya dah mula bertudung dan menutup aur4t, dari tudung pendek dan baju kurung saya bertudung labuh dan berjubah. Dari tudung labuh sekarang, alhamdulillah berkat dan hidayah dari Allah SWT saya dah mula berniqab.
Saya menjaga aur4t saya dengan sebaik – baiknya. Dari tidak tahu rukun solat dan wuduk apatah lagi tentang solat lagiIah saya tak tahu saya belajar sikit demi sedikit dari seorang ustazah. Alhamdulillah, saya dah boleh solat. Syukur, alhamdulillah.
Dari tak kenal huruf saya dah boleh membaca walaupun bacaan saya tersangkut – sangkut. Dari jahiI satu apa pun saya tak tahu tentang Islam. Akhirnya melalui sahabat – sahabat Facebook, saya mengenal apa itu ISLAM.
Siang malam saya berdoa pada Allah SWT. Ya Allah berikanlah saya sahabat – sahabat yang soleh dan solehah agar sahabat – sahabat itu boleh membimbing saya ke jalan yang di redhai oleh Allah SWT. Alhamdulillah, Allah Itu Maha Mendengar.
DIA tidak menolak doa h4mba – h4mbanya yang ikhlas terhadapNya. Saya ikhlas hendak ada sahabat yang menutup aur4t, saya minta hanya satu atau dua tapi Allah bagi terlalu ramai. Termasuklah yang telah sudi untuk menjadi sahabat dan pembimbing saya.
MasyaAllah, sem4kin sayang rasanya Allah pada saya. Kini hidup saya tidak lagi berasa sunyi, sedih dan kecewa. Saya bahagia dengan hidup yang saya miliki sekarang. Saya harap jadikanlah cerita saya ini sebagai satu pengajaran kepada semua anak muda yang masih belum kenal erti alam perkahwinan.
Bercintalah Kerana Allah SWT dan Nikah lah kerana Allah SWT juga. Sebaik – baik percintaan adalah yang dalam redha Allah iaitu suami dan isteri. InsyaAllah, jika diizinkan Allah kita akan bertemu lagi dihari yang lain.
Semoga Allah membaIas segala jasa dan budi baik mereka terhadap saya. Sekian saya ingin memohon maaf jika saya ada terkasar bahasa atau pun mengguriskan hati. Doakan kebahagian untuk saya ye. Yang ikhlas, Ain Ninja.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.