Saya taknak jaga anak tiri lepas suami meninggaI, saya ingat dia happy. Tapi saya terk3jut bila kak ipar bagitahu

Saya sempat kahwin dengan arw4h suami 9 bulan je, selama tu saya jaga anak tiri. Dia ingat saya ni mak kandung dia sebab mak dia pun dah meninggaI dunia. Lepas suami meninggaI, saya nekad tak nak jaga dia. Saya biarkan keluarga suami yang jaga. Satu hari kak ipar bagitahu tentang keadaan anak tiri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama saya S (bukan nama sebenar). Tujuan saya menulis di ruangan ini sekadar untuk berkongsi rasa dan cerita. Saya seorang balu dan berumur 29 tahun. Arw4h suami saya telah meninggaI dunia pada awal tahun yang lalu.

Arw4h seorang lelaki yang berumur awal 40 an. Tempoh perkahwinan kami hanya berlangsung selama 9 bulan sahaja. Kami masih dalam tempoh mengenal hati budi masing – masing. Perkenalan kami pun sangat singkat, hanya 3 bulan dan terus mengambil keputvsan untuk kahwin.

Alhamdulillah, keputvsan kami untuk berkahwin direstui oleh kedua beIah keluarga. Keluarga saya juga terima arw4h dengan hati terbuka, walaupun umur arw4h jauh berbeza dengan saya. Arw4h juga mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 4 tahun.

Selepas kahwin, saya menjalani hidup baru sebagai isteri dan ibu, saya juga telah berhenti kerja atas permintaan suami. Ini kerana suami ingin kan saya jadi suri rumah dan masak untuknya selain dapat memberikan sepenuh kasih sayang buat anaknya.

Saya menurut permintaan suami dan meneruskan hidup baru dengan bahagia dan gembira. Walaupun status saya hanyalah sebagai seorang ibu tiri, tapi sangat sayang pada anak arw4h suami. Namun semua telah ditetapkan oleh Allah S. W. T. j0doh kami tidak panjang, arw4h kena ser4ngan str0k.

Selepas arw4h meninggaI dunia, adik beradik arw4h mengambil keputvsan untuk menjaga anak arw4h. Ini kerana anak arw4h sudah kehilangan ibu kandungnya ketika dia berumur 2 tahun lagi. Tapi anak ini terlalu rapat dengan saya, dia hanya mengenali saya sebagai ibunya.

Apabila adik beradik arw4h membuat keputvsan untuk menjaga anak ini, saya terp4ksa akur kerana saya tiada kerja tetap. Sedangkan anak telah sekolah dan memerIukan duit untuk biayai sekolah. Saya tak rasa saya mampu nak besarkan dia dengan baik, sediakan segala kelengkapan yang sempurna.

Selama dua bulan, anak tersebut dijaga oleh kakak arw4h. Pada mulanya, anak ini menjalani kehidupan baru seperti biasa dan dia sangat gembira tinggal dengan makcik nya. Saya selalu berhubung dengan anak melalui whatsapp video call.

Setiap kali video call, anak selalu bertanya soalan yang meruntun jiwa seperti, kenapa dia mesti tinggal dengan makcik? Bila saya nak datang jumpa dia? Adakah saya masih sayang kan dia? Hari – hari saya terlalu sepi tanpa anak.

Saya ingat kan anak saya happy dan gembira tinggal dengan makciknya. Saya selalu tengok video dan gambar – gambarnya yang ceria di sisi keluarga makciknya di sebeIah sana. Padahal saya salah, kakak ipar saya telah maklumkan kepada saya bahawa anak saya demam.

Selalu menangis waktu malam dan selalu bertanyakan saya. Allahuakbar, meruntun hati saya. Kakak ipar saya tanya pendapat saya, adakah saya sanggup menjaga anak jika dia kembalikan anak kepada saya. Saya memang sanggup jaga anak kerana saya sayangkan dia bagai anak kandung sendiri.

Tapi kakak ipar nasihatkan saya, supaya saya fikir masak – masak dulu dan fikir untuk masa depan saya juga. Kerana saya masih muda dan suatu hari nanti ingin kan keluarga sendiri. Mungkin akan jadi satu masalah pada bakal suami atau bakal mertua nanti.

Demi anak ini, saya ketepikan tentang diri saya. Saya hanya fikir nak jaga anak ini, nak bina hidup baru dan cari kerja yang lebih stabil supaya saya dapat berikan kebahagiaan kepada dia. Jika satu hari nanti, akan ada j0doh yang ditetapkan untuk saya, saya harap insan tersebut sudi terima anak saya seikhlas hati.

Ini anugerah dan kiriman Allah untuk saya. Saya akan jaga anak yatim piatu ini seperti anak kandung saya. InsyaaAllah. Doakan saya terus kuat untuk menghadapi ujian dan rintangan hidup ini. Semoga saya boleh jaga dan sayang amanah yang Allah berikan kepada saya… Aamiinn – Puan S

Komen Warganet :

Muhammad Arif : Jaga dik, itu peluang dan lubuk pahala yang amat besar, andai abang bujang, abang sanggup nikahi kamu untuk sama – sama berkongsi lubuk pahala itu, ingat dik, Nabi pernah bersabda, sebaik – baik rumah umat Islam ialah rumah yang di dalamnya ada anak yatim yang dijaga dengan baik, malah kalau kamu belai rambut anak yatim dik, setiap helai rambut yang terkena tangan mu akan menggugurkan d0sa kamu dik.

Jagalah, besar manfaat dan berkatnya. Jangan sia – siakan dan itu satu peluang untuk kamu dik, dengan adanya anak tiri a.k.a anak kamu a.k.a VVIP allah SWT itu, kamu boleh letakkan sekuriti untuk dapatkan pasangan terbaik buat kamu.

Andai lelaki itu sanggup menerima anak kamu, maka dia yang terbaik. Namun jangan lupa bila nikah letak taklid siap – siap yang anak kamu perlu dijaga dan dilayan dengan baik selayaknya seorang ayah dan anak mengikut adilnya.

Apapun abang doakan dengan keikhlasan dan perju4ngan kamu menjaga anak Allahyarham suamimu itu, abang doakan hidup kamu penuh berkat dan sentiasa diredhai Allah SWT, dikurniakan rezeki halal yang meIimpah ruah malah sentiasa disayangi sekalian alam serta kamu dan semua orang yang kamu sayang dan suka sentiasa tenang dan bahagia, aamiiin Ya Allah S. W. T.

Nurul Aimi : Allah.. sungguh bukan semua orang akan mendapat lubuk pahala seperti puan. Siapa boleh duga rupanya dalam duka itu ada kebahagiaan yang Allah mungkin nak berikan pada kalian yang arw4h tinggalkan. Saya doakan puan dan anak sentiasa bersama, dikurniakan rezeki yang berkat dan tidak putvs rezeki kalian, dipermudahkan segala yang sulit dalam urusan kalian. Berbahagialah kalian seadanya.

Zue Hamid : Ambillah anak yatim piatu tu. Beri kasih sayang dan didik dia agar menjadi anak dan muslimah yang solehah. Besar pahalanya menjaga dan memberi makan anak yatim piatu. Jangan dirisaukan tentang masa depan.

Mohon Allah swt pemudahkan.. In syaa Allah. Bawalah dia menziarah pusara ibu bapanya dan ajar serta ingatkn dia agar sentiasa mendoakan untuk arw4h ayah ibunya. Doa seorang anak yang soleh sampai kepada ayah dan ibunya. Bertabahlah kalau ank tersebut menimbulkan masalah sebab menjaga anak yatim piatu ni ada masanya memang menc4bar. Allah nak uji tu.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.