Saya bagi RM200 minta mak jagakan anak2 tapi dia pergi buat kuih. Bila saya bagi RM50 mak lari

Setiap bulan saya bagi mak RM200 untuk tengokkan anak – anak saya. M4kin hari m4kin dia abaikan anak – anak saya. Dia pergi tolong orang buat kuih. Sebab dia dah tak ambil tahu pasal anak – anak saya, saya bagi RM50. Tapi mak senyap – senyap lari sampai 4 bulan..

#Foto sekadar hiasan. Di sini saya kenalkan diri saya sebagai Akak Y. Maaflah cerita saya ni agak berbelit – belit. Saya merupakan anak bongsu dan sorang je perempuan dari family yang bercerai. Abang – abang saya tinggal dengan arw4h abah dan saya pula tinggal dengan mak sebab mereka bercerai masa umur saya 35 hari.

Mak kahwin lagi masa umur saya 2 tahun dan dapat sorang adik lelaki masa tu. Kami memang rapat sebab memang adik beradik kan. Ok kita lupakan kisah saya yang dulu, saya nak cerita kisah sekarang. Sejak ayah tiri dah meninggaI dunia, mak tinggal dengan saya konon – kononnya boleh la dia jaga cucu – cucu dia.

Tapi mak saya ni lain sikit per4ngainya, tak macam nenek – nenek yang lain yang terlebih sayang kat cucu – cucunya. Mak saya lebih suka lepak – lepak dari jaga cucu – cucu. Bukan maksud saya untuk jadikan dia h4mba jaga anak – anak saya, tak terlintas pun dalam hati ni.

Cucu – cucu dia pun dah sekolah rendah, jadi tugas mak saya cuma pastikan anak – anak saya dah balik dan makan je. Jarang sangat saya suruh dia masak sebab saya memang dah masak sebelum pergi kerja. Dulu saya kerja sebagai sales coodinator dan kerja ikut shift kalau tak sempat je baru saya suruh dia masak.

Itu pun mak komplain budak – budak taknak makan sebab dia masak ikut citarasa dia. Anak – anak saya cukup senang nak bela, ada lauk ayam, telur kicap dan sambal pun dah ok. Saya cuma suruh dia pantau je anak – anak keluar masuk rumah dan sebagai nenek kena tanya dan tegur dan r0tan la bila perlu apabila cucu buat salah.

Ini tidak, dia tak kisah pun kat cucu – cucu, alasan dia takut nak tegur atau pukuI sebab anak orang. Suami saya pun bukannya giIa nak marah mak mertua kalau anak – anak dia buat salah tegur je la kan. Ni mak saya  suka mengadu bila cucu – cucu dia degil.

Asal balik kerja, baru bukak pintu dah mengadu cucu macam tu macam ni, balik lambat la. Bila saya cakap, nenek tolong la tengok – tengok, sekali dia cakap takkan nak kena ikut bont0t diorang je. Hangin la suami saya tapi suami saya senyap je kadang – kadang.

Bila suami tegur anak – anak, dia pulak terasa sampai suami cakap, kalau dia nak marah anak pun tunggu mak saya takde kat rumah. Setiap bulan saya bagi duit RM200 kat mak, manalah tau dia nak beli dan makan apa – apa.

M4kin lama, m4kin dia abaikan cucu dan pergi tolong orang buat kuih kat tingkat bawah. Kalau cucu balik sekolah, dia boleh nampak dan dengar pintu grill dibuka dan tutup tapi dia tak jenguk pun. Cucu – cucu dia kat rumah, pandai – pandai la diorang.

Saya tak kisah dan diam kan aje sebab kalau tegur takut dia kecil hati. Lepas pada tu saya bagi RM50 je la sebab dia pun dah tak ambil tau pasal cucu – cucu. Suami saya pun diam je, malas nak cakap apa – apa. Dia cakap biarlah saya yang settlekan dengan mak saya sendiri.

Yang paling saya terasa, dia pergi beraya rumah adik saya dan duduk kat sana tanpa khabar berita sampai 4 bulan. Untuk pengetahuan semua, saya dan adik dah tak rapat dah sebab isteri dia tak suka saya dan cemburu sebab isteri dia cakap adik beradik tiri mana ada rapat macam adik beradik.

Dia sendiri pun walaupun adik beradik kandung tapi tak serapat macam kitorang. GiIakan! Saya memang la sayang kat adik, sampai saya sanggup tak sambung belajar dan kerja untuk tanggung dia belajar tapi tu la dah nasib saya.

Berbalik dengan mak saya ni, dia duduk sana siap bukak kedai makan lagi dengan menantu kat sana. Dengan saya sepatah habuk pun tak cakap apa – apa cuma cakap nak pergi beraya je. Tinggal la cucu kat sini hidup berdikari.

Nasiblah diorg pun dah paham. Masa tu si along umur 10 tahun dan adiknya umur 9 tahun. Cume saya kena selalu pesan kat diorang. Saya ada telepon mak tapi tak pernah angkat, jadi saya pun ok la, mungkin dia dah tak suka duduk dengan saya.

Alih – alih lepas pada 4 bulan tu dia balik semula duduk dengan saya sebab terasa pulak dengan menantu sana. Sebelum tu dah macam – macam dia cerita tentang kami pada kawan – kawan dia. Mak bagitau dia tak suka suami saya sebab suami saya tak bercakap dengan dia la, nak bukak peti ais pun takut sebab lepas dia bukak suami saya kejap – kejap akan pergi bukak balik.

Itu dia citer kat orang, lain – lain tu saya tak tau la. Bila dia bagitau macam tu, dorang pandang kitorang ni semacam pulak. Mak saya cukup beruntung sebab dapat menantu macam suami saya sebab tak banyak cakap. Dengan mak dia sendiri pun tak cakap banyak tapi tu la jadi masalah pulak kat mak saya. Sedihkan.

Lepas dia balik ke rumah saya semula, per4ngai tak berubah malahan bertambah – tambah lagi. Dia pergi pulak tolong sorang kakak ni buat kuih. Mula – mula, pagi keluar petang baru balik. Keluar masuk rumah macam hotel, cucu – cucu dia dah tak kisah dah.

Kain baju yang pakai hari – hari, dia basuh sendiri dah tak letak dalam mesin basuh dah. Dia buat kami macam orang asing. Saya pun malas tanya banyak – banyak nanti tekeluar bahasa kasar, jatuh derh4ka pulak. Lama kelamaan dia dah tak balik terus, duduk sana pulak.

Siap bagi atm kad lagi kat orang tu suruh pegang. Sebelum ni kalau nak keluarkan duit, dia akan balik rumah suruh saya ambilkan. Tapi tak apa la mungkin dia lebih percaya pada orang lain. Macam – macam cerita yang saya dengar pasal kami tapi saya malas layan sebab siapa  yang tau cerita sebenar diorang akan faham.

Kami tak halau dia, kalau dia nak balik pun kami tak kisah. Dua tahun lepas musim wabak, dia s4kit dan masuk hospitaI tapi bukan kena jangkitan cume d4rah tinggi je. Kami tak kisah pun jaga dia dan dia ok la sekejap duk kat rumah saya.

Tapi tu la masih tak sedar diri lagi. ALLAH bagi ujian kecil tapi tak berubah jugak. Lepas pada tu anak saya no 2 kena kuarantin sebab kontak rapat, jadi saya cakap kat dia boleh tak duduk rumah kawan dia dulu sebab kat rumah saya ada 2 bilik je, kat dalam rumah ada 6 orang termasuk mak saya dan saya tak nak la maka berjangkit nanti.

Kemudian anak no 2 dan saya disahkan positive, saya tak bagi dia balik lagi sebab kami kena kuarantin 10 hari. Selepas 10 hari suami dan anak sulung pulak positive. sambung lagi la kuarantin 10 hari. Mak saya kat sana langsung tak tanye berita pasal kami cukup tak makanan ada tak bekalan kat rumah, langsung dia tak tanya kabar, sedihkan.

Lepas semuanya dah ok, saya telepon la bagitau kalau nak balik, balik la dah ok dah tapi dia tak balik pun mungkin seronok duduk dengan orang luar. Dia tak tau orang ambil kesempatan je orang puji – puji sikit dah cair, takpe la saya diam kan je.

Anak – anak sed4ra mak saya pun ramai yang terasa dengan mak saya sebab dia suka bawa mulut, ramai yg tak suka. Satu lagi mak saya ni kalau anak sed4ra ke saud4ra mara, adik beradik dia bagi duit suka sangat pastu siap citer orang ni bagi berapa orang tu bagi berapa sampai saya bagi duit raya rm50 pun cerita kat orang.

Saya pun tak tau apa ada dalam fikiran dia bila dia jaja perihal anak menantu dia ni. Entah la. Baru – baru ni dia kena minor str0ke, masuk hospitaI dan siapa lagi nak jaga, saya la sebab anak jantan dia pun serba salah sebab mak saya pun tak berapa suka dengan bini dia.

Sama – sama tak suka sebenarnya. Jadi duduk la rumah saya dalam seminggu tu. Mak memang tak boleh bangun dan berdiri sendiri dan kena pakai pampers. Saya yang uruskan sebab mak kandung sendiri kan, kalau bukan saya, siapa lagi.

Sekarang alhamdulilah dah sembuh walaupun tak sepenuhnya tapi tu la per4ngai masih tak berubah, tambah – tambah kalau melibatkan duit. Saya sangat – sangat terasa masa ambil bantuan hari raya baru – baru ni. Mula – mula mak nak pergi tapi saya kena ikut sebab dia cakap nanti siapa nak angkat barang sebab dia kan tak berapa sihat sangat.

Kemudian saya cakap biar la saya je yang pergi sebab lepas tu saya nak pergi berbuka puasa kat luar. Mak saya tak bawak sebab dia tak puasa tapi saya siap – siap masak dah untuk dia. Lepas amik bantuan dan duit raya, saya pun balik la.

Memang saya ada tengok dalam sampul raya ada RM100, kawan saya  yang wakilkan nenek dia pun dapat RM100. Saya tak pikir apa – apa lepas balik berbuka tu, saya bagi la sampul kat mak. Dia hulur RM50, dia cakap buat duit dapur, ok la saya ambil.

Masa raya ke-2 hari tu, dia cakap orang lain dapat RM150. Saya cakap la, mana tau sebab dekat situ ada 3 kategori, untuk anak yatim, asnaf dan warga emas. Mak saya warga emas, saya cakap diorang asnaf kot mungkin dapat jumlah lain.

Dia cakap tak, diorang pun warga emas. Siap tanya saya duduk dalam ke luar masjid. Saya terasa sangat sampai malas nak cakap apa – apa. Ya Allah str3ss saya. Susah kan bila tak berpelajaran tapi taknak belajar. Tak nak dengar dan tak nak ambik tau.

Makcik saya pun bagitau susah dah kita nak nasihatkan mak ni. Saya pun taktau la besar mana dah d0sa saya ni. Anak – anak saya pun cakap, kenapa nenek diorang tak sama macam nenek orang lain. Tu la, saya pun sedih.

Saya harap sangat supaya terbuka hati mak saya untuk dekatkan diri dengan Allah. Tak payah dah kejar – kejar harta dunia ni. Amin -Akak Y

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.