Sampai rumah, sorang2 ahli keluarga t4mpar aku. Mak ayah bawa aku pergi kIinik nak tahu aku ‘suci’ atau tak

Sewaktu aku mengangis, doa pada Allah, ibu datang dan bertanya, ‘Nur menangis ni sebab AM? Kalau sebab dia, Nur menangis air mata d4rah pun, ibu tak restu. LagiIah ibu benci.’ Aku rasa dunia aku gelap dan berhenti berputar. Aku rasakan inilah pengakhirannya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum hi semua. Ini adalah kali kedua cubaan untuk aku menulis. Cubaan yang pertama, aku dah menulis separuh jalan, kemudian aku batalkan hasrat. Rasa berbeIah bahagi nak menulis di sini.

Tetapi kali ni aku cuba menulis semula sekadar untuk berkongsi cerita dan rasa. Di hujung cerita kalian akan tahu apa yang membuatkan aku terasa seperti mahu menulis semula. Nama diberi Nur. Menjangkau umur 30 an. Berasal dari Ibu Kota KL.

Aku telah berkahwin hampir setengah dekad. Aku berasal dari keluarga sederhana, tidaklah terlalu alim namun sangat mementingkan soal agama, batas pergaulan dan sebagainya. Sungguh begitu, ada antara ahli keluarga aku yang terlibat dalam kancah penyalahgunaan d4dah.

Jadi kalian pasti boleh bayangkan ibu bapa aku yang tr4uma dan akan sedaya upaya mengawal anak – anak mereka supaya perkara tersebut tidak berulang. Ini kisah hampir 15 tahun yang lalu. Sewaktu umur aku 15 tahun.

Biasalah, ketika umur sedang meningkat remaja. Aku berkenalan dengan seorang lelaki, aku namakan dia AM. Aku berkenalan dengan AM ketika aku mengikut sepupu aku pulang ke kampung bersama keluarganya ketika cuti persekolahan pada penghujung tahun.

AM ketika itu juga masih lagi bersekolah, lewat 16 tahun dan akan menduduki SPM pada sesi persekolahan pada tahun hadapannya. Inilah kali pertama aku betul – betul rapat dengan seseorang berlainan jantina. Pertemuan kali pertama itu membawa kepada bibit – bibit cinta monyet orang kata.

AM orangnya manis di mata aku dan sangat menghorm4ti orang tua. Sejak itu kami kerap berbaIas pesanan ringkas dan kerap berhubung. Berbulan – bulan kami berhubungan. Kami juga kerap berutus surat. Sejak pertemuan kali pertama itu, boleh dibilang dengan jari hanya berapa kali kami bertemu.

Itupun sekiranya dia datang ke ibu kota. Yes, AM orangnya sangat independent. Kalau dilihat dari luaran, tak macam student pun. Kalau ada salah faham sikit, KL ni dah macam sebeIah rumah dia. Tiba – tiba muncul. Kita pula perempuankan, suka merajuk.

Jadi kalau aku merajuk je, hujung minggu hari Sabtu Ahad tiba – tiba dia muncul. Padahal jarak kami beratus kilometer jauhnya. Dia akan datang hanya menaiki motorsikal, bersama beberapa orang teman rapatnya konvoi bersama.

Apabila kami berjumpa, dia sekadar hanya mahu pastikan aku ok, berjumpa di kawasan taman rumah aku, bersembang dan apabila aku dah ok, dia balik semula ke utara. Sehinggalah pada satu hari aku berani keluar bersama dengan dia, itupun aku tidak dipelawa atau diajak.

Hanya aku saja yang pandai – pandai mahu mengikut mereka. Kalau ikutkan si dia, dia tidak mahu bawa aku keluar, kerana tidak mahu ada apa – apa masalah berlaku memandangkan kami berdua masih lagi bersekolah dan AM juga sedia maklum mengenai keluarga aku.

Apabila kami keluar dia merasa sangat tak selesa dan mahu cepat – cepat menghantar aku pulang. Jadi kami cuma keluar untuk makan atau berjalan sebentar di Mall. Kami tidak pernah ke tempat seperti panggung wayang, karaoke dan sebagainya.

Kalau kami berjumpa pasti di kawasan terbuka atau kawasan awam. Hubungan kami baik – baik sahaja sehinggalah dia hampir menduduki peperiksaan SPM. Sebelum peperiksaan bermula, sempat lagi dia nak jumpa aku, dia datang bersama rakan – rakannya juga.

Oh ya, aku hampir kenal semua rakan rapat dia. Sehingga kini aku masih boleh tersenyum sorang – sorang mengenangkan per4ngai masing – masing dan lawak h4mbar mereka. Selalu aja membuIi aku kerana aku tidak berapa faham loghat pekat utara.

Aku dan rakannya juga saling menyimpan nombor telefon satu sama lain dan kerap berhubung melalui telefon dan media sosiaI. Ketika itu, tanpa memberitahu atau mendapatkan keizian keluarga, aku keluar bersama dia dan rakannya.

Aku masih ingat, kami keluar semata – mata untuk makan cendol di tepi jalan. Tiba – tiba ibu ayah dan semua keluarga aku menghubungi aku bertanyakan keberadaan aku. Aku jujur dan diarah untuk pulang segera sebelum keluarga aku datang untuk mengambil aku.

Aku buat keputvsan untuk pulang sendiri. AM ingin menghantar aku pulang, namun aku bertegas untuk pulang ke rumah sendiri menaiki teksi. Kerana aku tak mahu dia di marahi, aku tak mahu dia dipersalahkan. Dalam perjalanan pulang, AM telefon aku tanpa henti dan rupanya dia mengekori aku sampai ke rumah.

Sampai saja di rumah, PANGG. Aku dit4mpar oleh keluarga aku sorang demi sorang. Mereka bertanyakan seperti aku ini penjen4yah yang telah melakukan kesalahan yang sangat berat. AM pada ketika itu berdiri di hadapan rumah dan kemudian dihalau.

Keluarga aku beri amaran pada AM, sekiranya terjadi apa – apa pada aku, mereka akan buat laporan polis. Sehinggakan keluarga aku membawa aku ke kIinik untuk pemeriksaan sama ada kesucian aku telah hilang atau tidak.

Sedihnya hati aku ketika itu, sampai ke situ keluarga aku fikirkan tentang diri aku. Walau macam mana pun, tidak pernah aku terfikir untuk menggadaikan kesucian aku. Sepanjang perjalanan ke kIinik aku hanya diam. Tiada sepatah kata aku mahu ucapkan malah merasa tidak sabar kerana sesungguhnya memang aku tidak pernah lakukan kerja terkutuk itu.

Ketika di KIinik, tiada apa – apa petanda bahawa aku telah dir0goI dan ketika itu memang aku sedang datang bulan. Dalam hati aku mengatakan padan muka semua, sudahlah tidak percaya aku, muka aku dit4mpar, hati aku s4kit bagai ditik4m – tik4m bila semua orang bagai nak giIa memarahi aku.

Aku tahu, sejuta kata yang aku jawab ketika itu, tiada guna kerana aku telah dicop anak perempuan yang tak baik. Kemudian telefon aku dir4mpas. Keluarga aku terus menghubungi AM melalui telefon aku, dan memberi amaran agar tidak menghubungi aku lagi.

Sejak itu, kami sudah tidak berhubung dan yang aku tahu dia terus pulang semula ke Utara. Ketika aku menulis coretan ini, bertakung air mata aku buat sekian kalinya. Masih teringat peristiwa pahit itu. Tak mungkin satu saat pun aku lupa.

AM pula hormat keputvsan keluarga aku, kami tidak berhubungan sehinggalah dia selesai menduduki Peperiksaan SPM dan tamat sekolah. Hari demi hari jiwa aku bagai melayang – layang. Rasa rindu yang amat sangat, d4da aku sentiasa sebak, rasa sepeti mahu pecah d4da ini, airmata dan aku berpisah tiada.

Sehinggalah aku terp4ksa meminjam telefon bimbit rakan aku dan kami berhubungan semula. Aku masih ingat AM memujuk aku dan berkata, tak apa Nur, kita buktikan pada keluarga kita, ini bukannya cinta monyet seperti yang diperkatakan.

AM berpesan supaya aku fokus untuk SPM akan datang. AM minta supaya aku tidak risau tentang dia, berulang kali AM menyebut yang dia sentiasa menunggu aku. Untuk buktikan cinta kami, AM berpesan walau macam mana sekalipun, aku mesti taat pada keluarga aku.

Kerana aku masih di bawah tanggungjawab mereka. AM tidak mahu keluarga aku beri pandangan yang lebih negatif pada AM. Hubungan kami baik – baik sahaja dan AM langsung tidak berubah, kami kerap berutvs surat walaupun ketika itu AM telah menyambung pengajian, di salah sebuah Universiti dalam negara, juga di negeri asal dia.

Dan aku diterima masuk di salah sebuah universiti dalam negara, di Ibu Kota. Orang yang hangat bercinta, semestinya banyak angan – angan kami impikan bersama. Perancangan kami, setelah kami berjaya mengenggam Ijazah, AM akan berusaha untuk kami hidup bersama.

Tahun berganti tahun kami bercinta, pernah sekali sahaja aku ke utara untuk melawat dia. Aku juga mahu dia rasa dihargai seperti mana dia menghargai aku. Aku gembira kerana diterima baik oleh keluarga AM. Sangat – sangat bahagia kerana adik beradik AM semua melayan aku seperti dah lama kenal.

Rupanya AM banyak bercerita tentang aku. Pada tahun akhir semester pengajian aku, kami sering berbincang tentang perancangan selepas tamat belajar, bekerja dan berkahwin. Aku dan AM yakin inilah masanya kami bagi tahu semua keluarga aku dan yakinkan mereka tentang hubungan yang aku simpan rapat rapat dari pengetahuan keluarga aku.

Aku yakin keluarga aku pasti akan setuju. Aku mulakan dengan bercerita pada ibu yang aku ada somone special. Akhirnya barulah aku berterus – terang orang itu sebenarnya ialah AM. Aku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Semua ahli keluarga aku membantah sekeras – kerasnya dan tidak pernah memaafkan AM, AM tidak diterima, jangankan disebut nama dia, seluruh keluarga aku lebih – lebih lagi ibu, sungguh benci pada AM. Bagi mereka AM sudah buat aku rosak sejak zaman sekolah kerana kecil – kecil dah pandai bercinta dan meIawan.

Ibu hanya mahu aku fokus tamatkan belajar dan cari pekerjaan yang bagus. Apabila dah dapat kerja yang bagus, barulah ibu izinkan aku untuk bercinta atau kenalkan dia dengan lelaki SELAIN AM. Selagi belum bekerja dan stabil. Ibu tak mahu dengar istilah cinta boyfriend. Semua ibu tak mahu dengar.

Aku tak tahu bagaimana aku mahu memberitahu AM. Aku diamkan perkara ini. Sedihnya hati aku, tak dapat dibendung sampaikan ketika itu aku peIuk kaki ibu supaya cuba untuk berkenalan dahulu dengan AM. AM juga mahu sangat berjumpa dengan keluarga aku.

Keluarga AM semua telah mengenali aku dan ibunya melayan aku seperti anaknya sendiri. Hidup aku ketika ini tidak tentu arah. Sedih dan pedih hati ini menusuk – nusuk. Adakah aku terp4ksa menerima hakik4t bahawa ini sememangnya cinta monyet semata – mata?

Apakah benar apa yang diperkatakan oleh keluarga aku bahawa cinta monyet ini semua khayalan dan tidak aka bawa ke mana – mana? Aku mengambil masa yang lama untuk membuat keputvsan. Aku beristikarah dan menangis semahunya meminta keampunan Allah, mungkin aku leka dengan cinta manusia sedangkan hati kita Allah yang pegang.

Aku berdoa sesungguhnya jika dia yang terbaik, maka permudahkanlah. Sewaktu dalam esakan beribadat kepada Allah, ibu datang dan bertanya, Nur menangis ni sebab AM ? Kalau sebab dia, Nur menangis air mata d4rah pun, ibu tak restu.

LagiIah ibu benci. Aku rasa dunia aku gelap dan berhenti berputar. Aku rasakan inilah pengakhirannya. Akhirnya aku buat keputvsan yang amat – amat meIukakan hati kami berdua. Demi keluarga, aku rela lepaskan AM walaupun aku rasa jiwa aku melayang pergi.

Mengenangkan tentang hubungan kami ini buatkan aku sesak d4da. Aku menghubungi AM, aku maklumkan aku nak sangat berjumpa dengan dia kerana dah lama rasanya tidak berjumpa. AM ni dia sorang yang sangat ambil berat dan risau dia melebih – lebih.

Kalau dia risau sikit, tiba – tiba muncul je macam aku ni sebeIah rumah dia. AM datang jauh dari Utara menaiki motorsikal bersama rakannya. Ketika ini AM baru mula bekerja secara part-time setelah tamat pengajian. Kami berjumpa di sebuah Cafe di Ibu Kota.

Dari jauh aku dah dapat lihat kelibat dia, luluh hati aku. Rasa rindu aku membuak. Airmata aku jatuh dengan laju tanpa henti. Masa ni aku rasa kenapa aku jahat sangat sampai suruh dia ke sini semata – mata nak kecewakan dan Iukakan hati dia?

Boleh saja aku bagitau melalui SMS kan senang. Dari jauh aku pandang dia dan menangis semahunya sehingga aku teresak – esak. Di tangan aku bawa sebuah kotak berisi barangan, hadiah dan surat – surat yang AM beri sepanjang kami bercinta.

Dari jauh dia nampak aku, dia terus tersenyum, sekejap. Kemudian wajah dia bertukar keliru, mungkin risau sebab muka aku sembab menangis teruk sangat. Aku duduk berhadapan dan mohon izin untuk berbual berdua dengan AM tanpa rakannya di situ.

Aku menyusun cuba menyusun ayat. Aku tidak langsung menyebut perihal keluarga aku. Aku tidak langsung menyatakan bahawa hubungan kami tidak direstu. Cuma yang aku mampu beritahu, aku tidak boleh meneruskan hubungan ini lagi kerana hati aku telah tiada.

Meluncur laju dari mulut aku sebuah penipuan bahawa aku jatuh cinta pada orang lain. Aku maklumkan pada AM aku telah berkenalan dengan seorang lelaki dari tempat pengajian yang sama dan hubungan kami serius. Aku tahu AM pasti tidak percaya kerana AM tahu sangat betapa aku setia dan sayang pada dia.

Tapi aku telah meminta bantuan rakan aku untuk berpura menjadi teman lelaki aku. Rakan aku datang ke meja kami, dan bersalaman dengan AM. AM hanya membisu. AM sedang berdepan dengan aku, perempuan yang bakal mengh4ncurkan harapan dia dan harapan kami berdua, dan lelaki baharu yang kononnya kekasih baharu aku.

Aku telah susun ayat namun seakan tersekat dari kerongkong, rasa sebak sehingga aku rasa lemah seluruh badan. D4da aku s4kit. Masa ini aku dah tak mampu tahan lagi airmata aku, berjujuran jatuh tanpa henti. Allahuakbar, sewaktu aku sedang menulis ini, aku terp4ksa berhenti sebentar.

Masih terasa perasaan yang sama walau peristiwa ini bertahun dulu. Aku bagitau AM, “Nur dah ada orang lain. Nur taktahu macam mana benda ni terjadi, tapi Nur doa AM berjumpa dengan wanita terbaik”. Banyak sangat ayat yang aku dah susun tapi hanya ini yang aku mampu lontarkan.

Selebihnya hanya tangisan. Dan sehingga ke saat ini aku masih ingat ayat yang AM ucapkan pada aku. “ Tak apa kalau itu yang sayang nak. Am pasti sayang dah fikir sehabis baik. Terima kasih jujur dengan AM. Semoga sayang bahagia dan jaga diri, tapi AM minta izin, izinkan AM tunggu sayang selagi sayang belum nikah dengan sesiapa. Sekurang – kurangnya harapan masih ada”.

Dan itulah pertama kalinya aku nampak airmata seorang lelaki, KERANA AKU.. AM langsung tidak memandang rakan di sebeIah aku. Aku dah tak sanggup lagi. Suara tangisan aku pun tak dapat dibendung. Aku cuma mahu menangis semahu – mahunya tanpa perlu aku tahan di depan AM.

Aku bangun dan minta kawan aku yang masih lagi meneruskan lakonan dia untuk bangun, kami terus pergi dan tinggalkan AM di cafe itu. Ya Allah, bagai nak giIa kesedihan aku diwaktu itu. Separuh jiwa aku pergi, aku seperti mahu m4ti.

Sehingga ke saat ini, aku kesal kerana aku langsung tidak mengucapkan kata maaf pada AM. Sejak dari itu aku sekat AM dari semua media sosiaI dan telefon. Semata – mata sebab aku tak mahu kami berhubung semula. Hari demi hari aku bertemankan mesej – mesej AM yang aku masih simpan.

Aku tidak makan dan mandi selama berhari – hari. Berat badan aku menyusut hampir 10 kilogram. Aku baca semula setiap kata kata cinta dan janji – janji yang dia beri pada aku. Janji untuk bersama walau apa pun terjadi.

Setiap hari aku baca, dan setiap kali itu juga air mata menjadi sahabat sejati aku. Bertemankan itu, aku teruskan hidup aku, aku bangkit semula sehingga berjaya mengenggam segulung ijazah. Ketika aku graduasi. AM pula sudah mula bekerja di salah sebuah syarik4t ulung di Malaysia.

Sekarang, adakah keluarga aku puas? Tidak. Keluarga aku tetap dilanda masalah demi masalah. Ada sahaja masalah berlaku tapi aku malas ambil peduli. Aku cuma jalankan tanggungjawab aku sebagai anak. Sekarang, aku telah bekerja berjawatan bagus.

Allah temukan aku jodoh yang sangat baik. He is one of a kind mashaAllah. Aku tak tahu apa yang aku buat sehingga Allah hadiahkan aku suami yang terbaik di mata aku. Semua ciri – ciri seorang suami yang aku mahu ada pada dia.

Sama macam AM. Penyabar dan sangat tenang. Dia adalah rakan yang menemankan aku berjumpa dengan AM di cafe dulu. Sejak dari peristiwa itu, kami sangat rapat, aku pula dah malas mahu kenal lelaki lain. Tapi suami aku ini berusaha dan tetap bersama – sama dengan aku sehingga ke saat ini.

Suami aku faham benar keh4ncuran hati aku dek kerana cinta aku yang tidak kesampaian dulu. Suami aku tahu segala – galanya dan aku sering mohon maaf kerana aku masih terkenangkan kisah lama. Mujur suami aku faham.

Hari demi hari aku berdoa, aku ingin bahagiakan suami aku dan aku mahu menjadi isteri dan ibu yang baik kepada anak aku. Semoga Allah pelihara hati aku ini dan sentiasa istiqomah inshaAllah. AM? AM juga telah berkahwin selang setahun aku berkahwin.

AM, if you’re reading this, I would like to say that I am so sorry for everything. Terima kasih kerana menjaga saya selama kita bersama dahulu. Saya terima ini semua sebagai takdir ketentuan Allah. Takdir Allah tetapkan kita tidak bersama.

AM, sehingga sekarang jika Nur kenang semula kisah kita, hati Nur sebak dan meruntun. Nur doakan AM bahagia. Cantik isteri AM, sopan orangnya. Nur tahu AM ada menceritakan tentang Nur pada isteri AM. Kerana isteri AM ada melihat posting Nur di media sosiaI dan mungkin dia tertekan butang like tanpa sengaja, beberapa kali, hehe.

Tapi takpe, Nur tak marah, Nur tak tahu apa yang AM ceritakan pada dia. Tapi Nur harap semuanya yang baik – baik sahaja. Berkenalan dengan AM mengajar Nur erti redha dan sabar. Beberapa hari sebelum aku menulis coretan ini, aku perasan aku ada menerima mesej – mesej dari rakan – rakan AM di Facebook, bertahun lamanya aku tidak perasan dan langsung tidak buka??

Ramai rakan – rakan AM memujuk aku supaya terima semula AM selepas peristiwa itu. Rakan – rakan AM memaklumkan keadaan AM selepas aku tinggalkan dia dahulu. Meruntun hati aku. Ya Allah, mungkin ada hikmahnya aku tidak perasan dan tidak baca mesej – mesej itu.

Jika tidak, mungkin aku tidak sampai hati melihat keadaan dia, mungkin aku akan menjadi seorang anak yang derh4ka dan sibuk mengejar cinta pertama aku. Terima kasih kalian sudi baca sehingga habis. Minta maaf sekiranya ayat tunggang langgang.

Sepanjang menulis coretan ini, aku terp4ksa berhenti – henti dan em0si aku bercampur baur. Jika dikenang semula, dah macam drama Sinetron. Tak sangka ini semua terjadi kepada aku. Doa aku semoga anak – anak aku tidak akan merasai kes4kitan ini. – NUR (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Ann Fardan : Seorang ibu mampu menilai bakal pasangan kita dari sisi dan naluri yang Allah berikan dengan baik. Moral of the story taat kepada ibubapa in Sha Allah Selamat Dunia akhir4t. Cinta semata – mata tidak bawa kita ke mana.

Tahniah Puan kerana menjadi anak yang patuh sebab itulah Puan dapat suami yang terbaik dan memahami. Makanya cukuplah confession ni menjadi yang terakhir dalam lipatan sejarah minda Puan. Fokuslah dalam meraih cinta suami. Sebab yang di depan mata itulah permata hati yang hakiki.

Kiki Mia : Betul first love susah untuk lupa. Tapi saya rasa cukup sampai sini je lah sis. Kesian sebab sis dah ada husband tapi asyik terkenangkan kisah silam je. Time to move on. Ye suami tahu dan faham tapi perasaan dia?

Cer bayangkan apa perasaan sis kalau husband sampai sekarang duk teringat ex nangis – nangis? Allah dah atur, bagi jodoh yang baik apa lagi yang tak cukup? Setiap apa yang berlaku ada hikmah. Full stop. Maaf kalau bunyi agak kasar tapi saya terbayangkan akan terasa kalau suami asyik duk teringat ex.

Najah Mazni Ishak : Bab lain, readers lain dah komen. Daripada saya pula, mungkin puan rasa puan dah move on, dah sayang suami yang sekarang. Tapi nampak macam belum sepenuhnya lagi je. Sebab sampai masih menangis – nangis lagi ni.

Disarankan kalau ada reunion atau apa – apa jalan yang membolehkan berhubung balik (media sosiaI, WhatsApp, lain – lain..), harap dapat jauhkan diri la ye. Untuk mengelakkan risik0 rasa tu bertaut balik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.