Rumah dari 2 bilik dah bertukar jd 7 bilik, aku hanya pegang pada 1 prinsip yg sama

Aku dah berkahwin selama 12 tahun, masa awal kahwin dulu memang susah sangat hidup tapi aku ada eg0. Aku tak akan guna duit isteri walaupun dia sendiri yang nak tolong, aku tolak. Sehingga sekarang aku dah dapat gaji 5 angka. Rumah dari hanya 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada c0ntinentaI. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan hi semua. Aku Khabib (bukan nama sebenar) seorang suami kepada seorang isteri dan tiga orang anak. Tujuan aku kongsi kisah ini adalah kerana ramai sebelum ini yang menceritakan sikap suami yang mengambil gaji isteri.

Aku dan wife dah kahwin selama 12 tahun. Mula – mula kahwin, walaupun dua – dua bekerja, hidup kami memang struggIe. Lebih – lebih lagi masa tu kami berdua tengah sambung belajar. Dengan macam – macam nak kena bayar, insurans kereta, sewa rumah, duit pengasuh anak, nafkah kat mak ayah dan juga yuran pengajian.

Walau susah, aku ada satu prinsip, yakni susah macam mana sekali pun, aku tak akan usik gaji wife aku. Lebih – lebih lagi dalam agama, ada 3 perkara yang menjadi tanggungjawab nafkah seorang suami, iaitu rumah, makanan dan 2 persalinan pakaian untuk setahun.

So untuk ketiga perkara ni aku pegang kemas – kemas, gigit dengan gigi geraham, susah macam mana pun aku yang kena setelkan, bukan isteri. Rumah aku bayar full (takde kongsi – kongsi) walaupun duduk rumah flat sempit, duit belanja dapur aku yang setelkan, insurans kereta dan juga hal – hal lain.

Tak pernah aku minta kongsi bayar walaupun aku tahu wife aku pun ada income. Gaji dia, yang aku tahu ada p0rtion yang dia berikan untuk mak ayah dia, berbelanja sikit – sikit dan selebihnya dia simpan. Walaupun masa tu dia tahu duit gaji aku sentiasa habis, dan dia ada juga offer duit dia pada aku, aku memang akan tolak.

Ya, aku ada eg0, aku tak akan makan duit isteri. Bagi aku, kalau tak cukup duit isi minyak kereta (kereta buruk second hand je waktu tu), aku reIa naik motor pergi kerja. Kalau motor pun tak ade minyak, aku lagi reIa kayuh basikal.

Bagi aku, sebagai seorang lelaki, memang tanggungjawab aku cari nafkah untuk keluarga. Pendek kata, memang duit gaji utama aku masa tu memang 100% habis dekat keluarga. Nak duit poket lebih sikit untuk diri sendiri, aku buat part time waktu malam.

Kerja kuat, tapi bukan menumpang isteri! Masa berlalu. Beberapa tahun lalu aku dah tamat pengajian peringkat tertinggi, dan sekarang bekerja di syarik4t multinati0nal. Gaji aku dah lima angka. Wife aku pun sama, seorang pensyarah di IPTA tempatan.

Rumah dari hanya 2 bilik dah bertukar jadi 7 bilik, kereta buatan Malaysia dah bertukar kepada c0ntinentaI. Namun hingga sekarang prinsip aku masih sama. Sehingga saat aku menulis ini pun, aku masih tidak tahu berapa gaji isteri aku.

Duit dia adalah hak dia. Aku cuma pesan, dia nak beli apa dengan duit dia, dia punya suka cuma jangan membazir. Dan kalau nak beli benda yang besar – besar atau buat investment, wajib refer aku dulu (supaya aku tahu dan elak dari jadi m4ngsa penipuan).

Alhamdulillah dia faham kehendak aku. Hari ini, bila aku imbas kembali saat – saat susah dahulu, dan apa yang telah aku kecapi hari ini, bagi aku rahsianya adalah bahagiakan keluarga dengan ikhlas. Jangan takut tiada duit, sebab rezeki Allah yang bagi, tugas kita cuma usaha, usaha dan usaha!

Jangan bedal harta isteri. Nabi bersabda: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik – baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (Riwayat Ahmad)

Benar, wanita diuji ketika susah, dan lelaki diuji ketika senang. Tak terkecuali dengan aku. Bila senang tak semena – mena ramai pula yang mengg0da. Ada dar4, dan ada yang janda. Masing – masing sanggup untuk jadi kedua mahupun ketiga.

Ikut nafsu, memang terg0da. Ikut iman, inilah ujian. Apa yang aku ada sekarang sudah cukup membahagiakan, isteri dan anak – anak yang sihat dan comel – comel, dan aku sama sekali tidak akan berkompr0mi dengan sesiapapun untuk anugerah dan amanah yang telah Tuhan berikan ini.

Pesanku buat para suami, jadilah seorang lelaki yang sebenar! Susah tak apa, yang penting usaha, usaha, dan usaha sampai jaya.. agi idup agi ngelaban! – Khabib (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Wrahimah Womar : Terbaik tuan cofessor boleh menjadi contoh kepada pasangan – pasangan lain, sanggup berusaha untuk keluarga di masa susah dan tidak melupakan keluarga di masa senang. Menyayangi keluarga sepenuh hati semoga kehidupan tuan selalu dirahm4ti Allah swt..

Zainun Nafziah Anuas : Syabas! Ada juga lelaki yang berprinsip begini. Bersyukur dan beruntunglah isterinya. Ye, lelaki selalunya beranggapan urusan kewangan adalah tanggungjawab bersama tapi urusan dalam rumah memasak dan mak nenek lainnya urusan isteri sorang pulak. Semoga dirahm4ti Allah sentiasa.

Aida Azmi : Alhamdulillah, isteri sebenarnya tak kisah pun nak berkongsi dari segi bantu kewangan tapi kalau dapat suami yang jenis apa pun tak peduli, s4kit jugak hati ni.. Kalau isteri balik 1-2 pagi sebab nak cari extra income tapi suami tidor di rumah dengan alasan penat, padahal gaji isteri jauh berganda – ganda dari suami.

Rezeki masing – masing. Dug4an dan ujian masing – masing. Tahniah confessor sebab pegang agama dalam rumahtangga dan hidup.. Kunci yang nyata dan benar.

Almari Comel Si Chomel : Syabas! Sebenarnya ramai lelaki – lelaki macam anda di Malaysia. Masih punya harapan untuk negara dan bangsa tercinta. Semoga berjaya mendidik anak – anak lelaki yang sebegini rupa supaya spesies lelaki melayu seperti ini sem4kin ramai dan spesies biawak sem4kin pupus.

Sebenarnya lelaki lelaki melayu zaman dahulu macam ni kan. Eg0 di tempat yang sepatutnya cuma kemanjaan berlebihan pada anak lelaki zaman – zaman sekarang menjadikan mereka eg0 di tempat yang salah.

Badariah Baharuddin : Kalau dapat laki yang otak macam ni punya bagus, memanglah best. Masalahnya laki – laki Iow class fikir nak tumpang duit bini je kerjanya. Terima kasih confessor atas perkongsian. Semoga ramai lelaki kat luar sana yang sedar akan tanggungjawab masing – masing selepas ini.

Baharudin Ricky : Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. First sekali nak bagi a big appIause n a big congratulations kepada Tuan Confessor. Sifirnya mudah bila faham islam dan hidup dengan asas islam. Sepanjang membaca confession Tuan, saya nak pesan “isteri diuji ketika susah, dan suami diuji ketika senang”, tapi alhamdulillah Tuan dah siap mention.

Selain berpegang kepada prinsip Tuan yang sedia ada, berpegang jugalah kepada “isteri diuji ketika susah, suami diuji ketika senang”. Jangan mudah – mudah nak bagi pihak ketiga bersenang – senang dengan apa yang Tuan ada sekarang.

Bila ada pihak yg cuba ‘menyaIat, ingatlah peng0rbanan isteri saat susah dahulu. Hanya isteri dan family yang layak menikm4tinya. Terima kasih sebab sudi berkongsi tentang hal ini. Saya doakan Tuan Confessor sentiasa dipermudahkan dunia dan akhir4t. Bahagia sentiasa bersama family.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.