Aku pelik ramai plak staff pergi belakang dekat stor masa bulan puasa. Sekali ada sorang budak lelaki pecah rahsia

Dekat bahagian aku ni ramai perempuan, aku pelik takkan setiap minggu uzur. Aku nampak yang minum air selamba je, terbabas di tengahari.. Assistant manager aku ni selalu pergi surau solat, tapi aku perasan masa puasa dia suka pergi dekat stor..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin dan pembaca sekalian. Terima kasih kalau admin sudi approve cerita aku. Salam ramadhan buat semua, rasa tak terlambat lagi la ye. Perkongsian aku ni lain sikit dari selalau.

Selalu orang share masalah rumahtangga, menantu mentua kan. Aku nak cerita sikit pasal ‘budaya’ puasa di tempat kerja aku. Aku berumur awal 20-an, masih belajar lagi tapi buat sekarang aku kerja part time. Bulan puasa ni aku kerja di salah sebuah kedai yang menjual baju raya dan tudung.

Kedai ni agak besar. Tak aku nafikan bulan puasa kali ni memang kuat dugaanya tambahan pula jika kita belajar pergi kelas ataupun bekerja pada siang hari. Namun banyak juga fadilatnya. Bagi yang belajar berpuasa ketika belajar umpama berjihad.

Walaupun ada beberapa kelonggaran yang diberikan tapi janganlah ambil mudah dan jadikan alasan penat bekerja sebab tak puasa sedangkan kita sihat walaafiat. Begitulah yang terjadi di tempat kerja aku. Ramai sangat yang terbabas bila masuk tengahari.

Aku nampak yang minum air selamba je, yang bukan uzur pun. Dekat bahagian aku ni semuanya staff perempuan. Mereka bukannya uzur pun kalau tak puasa sebab aku diberitahu sorang akak yang merupakan pekerja tetap di situ, ada yang tak uzur tapi tak puasa. Allah luluh hati aku. Sampai hati mereka.

Sebenarnya kalau bukan bulan puasa pun aku perhati je tindak tanduk mereka ni, solat wajib pun payah betul nak kerjakan. Takkan asyik period je setiap minggu. Ini bulan ramadhan pun mereka tak hormat, sedih aku. Ada seorang pekerja lelaki pangkat macam assistant manager yang aku kenal, selalu terjumpa kat surau sebab dia solat tapi dia pun tak puasa.

Kerap kali aku nampak mereka pergi bahagian belakang tempat simpan barang, kata pekerja lama mereka sebenarnya tak puasa dan nak rehat. Sampai pekerja bawahan pun ikut sekali, dia budak laki umur 18 tahun. Dah boss pun buat per4ngai yang dekat bawah pun naik sekali la.

Kerja kami agak berat sebab kena layan customer ramai nak beli pakaian untuk raya tapi itulah dugaan dan wajib pula tu. Aku tahu banyak lagi pekerjaan lain yang lebih berat dan munkin layak untuk gunakan kelonggaran ni.

Kalau setakt kerja pasaraya macam aku ni, memang alasan semata. Mereka ni kalau ajak berper4ng mungkin golongan yang syahid awal. Lelaki yang gagah sihat walafiat fizikaI boleh bercakap elok lagi tapi tak puasa. Ada tu  yang dah kahwin, dua anak pun tak puasa.

Macam mana jadi ketua keluarga pun aku tak tahu. Masa berbuka, tak malu pula ikut orang puasa makan berbuka juga. Ada beberapa orang yang aku tau jenis solat tapi tapi terbabas tak puasa. Aku betul – betul tak boleh duduk dalam keadaan macam ni.

Tapi sebab nak cari duit poket aku tahan je. Alhamdulillah setakat ni aku boleh tahan dan tak terikut dengan mereka. Aku doa banyak – banyak supaya aku tak terjebak, walaupun sy4itan kena ikut tapi manusia yang memang hati dah hitam ni lagi kuat godaan dia.

Aku budak tudung labuh tapi macam mana aku nak berdawah dengan mereka macam ni. Aku sorang je, diorang ramai. Silap – silap hari bulan kena m4ki, perli, umpat, tik4m belakang. Cuma aku takut, kalau Allah nak tarik nikmat ataupun m4tikan kita dalam keadaan kita tak puasa masa tu memang terlambat.

Aku serba salah berada dalam kalangan mereka sedangkan aku tak cegah kemungkaran. Aku tak tegur pun kesalahan mereka. Aku harap Allah tak tarik nyawa aku ketika bersama mereka. Aku takut sangat. Satu lagi yang aku rasa tak selesa, staff perempuan dan kawan sekerja aku ni kadang – kadang cakap macam celupar sikit.

Aku selalu je kena perli sebab jaga penampilan macam tertutup, katanya ustazah. Tapi aku buat tak tahu jer. Aku fikir kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah, macam mna nak jadikan adab seharian kita terjaga? Aku kongsi kisah ni pun untuk jadi ni sebagai pengajaran untuk kita, puasalah walau apa keadaan sekalipun.

Saud4ra kita di negara yang bergolak, miskin berpuasa dengan tidak sahur sebab tak ada makanan. Mereka risau puasa mereka tidak dterima Allah sebab tak sahur. Yang kita ni pulak, selamba berbuka. Allah mungkin bagi nikmat melimpah kepada kita dalam keadaan kita tak taat pada dia, dan keadaan ini sangat tidak berkat.

Duit gaji hasil kerja kita bagi dekat mak ayah, anak – anak, keluarga makan. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk kita bermalasan dan tidak produktif, masa berpuasalah kita kena jadi produktif. Tak seronok kita beraya tapi sebenarnya tak puasa.

Aku tak tahu perasaan mereka macam mana kalau beraya. Aku dapat tahu jga setiap tahun mereka macam tu. Benda ni dah lama, kalau ada staff baru masuk, kalau tak kuat iman akan terjebak dan akan m4kin ramai la golongan tak puasa ni. Allah.. sangat sedih. Aku doakan Allah sentiasa lindungi kita dari kemungkaran dan beri hidayah kepda kita agar tak jauh dari Dia. – cik manis

Komen W4rganet :

Fina Zahari : Sejak saya kerja pun, banyak jumpa orang yang tak puasa. Tak boleh blah, lelaki yang gagah perkasa badan demok – demok sihat walafiat takde c4cat cela tak puasa. Tapau kedai mamak (geng plastik hitam) malu sangat. Tahan lapar untuk 13 jam pun tak boleh. Macam pengecut je.

Aliaa Zakiyuddin : Alhamdulillah tahniah adik. Allah bagi adik peluang bergaul dengan masyarakat yang sebenar yang erti kata mad’u juga. Kalau di universiti, sesama kita semasa level pelajaran, pikiran dan pehamanan. Kat luar baru nampak orang macam – macam ragam.

Tapi adik jangan putuus asa. Dakwah tak semesti dengan lisan. Dakwah yang paling berkesan ialah dakwah dengan perbuatan dan akhlak. Adik buat kerja macam biasa dan luar biasa, lebih perform. Boss suka. prestasi bagus tapi masa sama adik jaga ibadat.

InsyaAllah mereka boleh rasa. Dan masa sama bergaul macam biasa, dan horm4ti kakak – kakak dan senior – senior lain walaupun nampak agama mereka kurang. Kita doakan mereka.

Mashinoda Mashi : Bukan nak cakap apala. Selalu lelaki – lelaki yang keje kat pasaraya. Yang bahagian p0tong – p0tong ayam tu, sayur – sayur tu memang jarang ade yang puasa. Alasan dorang penat. Aku yang separuh m4ti gastrik pun bole puasa. Dorang macam – macam alasan bagi.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?