Perkahwinan kami hanya mampu bertahan 5 tahun je. Memang salah aku sebab tak hargai isteri. Sekarang kalau aku pergi mana – mana, mesti aku teringatkan bekas isteri dan anak – anak. Bukan aku tak cuba untuk rujuk tapi aku tengok dia dah ada pengganti yang lain beberapa minggu sebelum kami bercerai.
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan semua pembaca, tolong hide ye profile aku. Di sini aku nak cerita kisah aku, untuk bagi pengajaran pada semua suami isteri di luar sana. Aku baru je bercerai tahun lepas, perkahwinan bertahan hanya 5 tahun, kami ada anak 2 orang. Kami bercerai sebab bini aku yang mintak. Bawah ni aku bagi sebab – sebab kenapa ex bini aku mintak cerai dari aku.
1) Aku solat jenis on/off, kadang – kadang dia nak berjemaah tapi aku buat – buat lupa.
2) Aku suka main HP, jadi kurang melayan dan bagi perhatian dekat anak – anak dan bini.
3) Nafkah wang aku tak bagi, tapi nafkah tempat tinggal, makan, pakaian aku sediakan. Perbelanjaan rumah hampir semua aku yang sediakan, lebih – lebih tu ex bini aku ada la topupkan sikit kalau tak cukup..
4) Kerja rumah kena ex bini aku bertempik baru aku buat sebab kadang – kadang aku lupa dan sikap aku yang suka bertangguh.
Aku jenis yang tak melepak, balik kerja duduk rumah, hujung minggu bawa anak bini jalan – jalan mall, hujung bulan bawa shopping barang dapur, pergi bercuti paling tidak setahun sekali. Aku tak pernah curang, apatah lagi pukuI dan h1sap dad4h.
Hanya sebab sikap aku yang sambil lewa atas 4 perkara yang aku sebut di atas (agak banyak kali dia menasihati aku supaya berubah), telah buat ex bini aku tawar hati dan hilang perasaan sayang terhadap aku. Puas aku pujuk dan berjanji untuk berubah, ajak pergi kaunseling pun dia tak nak, memang betul – betul dia dah tawar hati, tiada langsung peluang diberi. Aku akur dan lepaskannya dalam keadaan terp4ksa. Aku sedih sebab anak – anak aku masih kecil, tapi tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Aku rindu keluarga aku yang dulu. Aku rindu dan sayang mereka.
Pada suami di luar sana, hargai isteri korang, selalulah dengar dan bercakap dengan mereka. BeIai mereka, Iindungi mereka, tunaikan tanggungjawab anda sebagai suami. Ingat peng0rbanan mereka yang melahirkan zuriat kita, tinggalkan family mereka untuk bersama dengan kita, Isteri tu hanyalah pinjaman dan bila – bila masa Allah boleh tariknya. Waktu tu engkau menyesal pun dah tak ada makna dan tak guna. Engkau akan rasa tersangat sunyi, balik rumah kosong, tiada gelak ketawa anak bini, raya hari tu pun tanpa anak bini, terasa forever alone giIa. Betullah orang cakap bila ada depan mata tak nak hargai, bila dah hilang baru nak menyesal. Fikir – fikirkanlah wahai suami. Jangan jadi macam aku.
Pada isteri pula, janganlah jadikan penceraian itu penyelesaian masalah. Ingatlah anak – anak kecil dan kebaikan suami, pasti ada walau sebesar zarah. Manusia ni tak sempurna, masing – masing ada kebaikan dan kekurangan. Perkahwinan ni adalah perkongsian dan terima baik buruk pasangan. Barulah saling melengkapi dan insyaAllah pasti bahagia.
Buat bekas isteri aku, saya minta maaf jika saya telah mengabaikan awak, saya tak jaga awk dan tak jadi imam awak seperti yang awak mahukan. Waalaupun kita dah ada kehidupan masing – masing, sayang saya pada awak mungkin boleh pudar, tapi must4hil untuk saya lupakan awak sebab awak adalah cinta pertama saya. Di mana – mana saya pergi pasti akan ada kenangan yang buatkan saya teringatkan pada awak.
Mesti ada yang tertanya – tanya kenapa aku tak cuba rujuk balik dengan isteri aku sebab lagi beberapa minggu nak bercerai, aku dapat tahu dia dah ada pengganti baru. Siap pergi dating lagi lepas kerja, aku tahu pun sebab aku spy, memang betul – betul dalam hatinya dah tak ada aku. Sedih dan kecewanya aku min.
Komen Warganet :
Firdaus Shakirin : Dalam hidup kita sebagai seorang lelaki, ada 2 perkara yang teramat pedih dan meny4kitkan…
1. Bila nak berubah, tapi dah terlambat…
2. Bila masih sayang, tapi dia dah ada orang lain…
Maka, jadikan ini pengajaran yang paling bermakna dalam hidup awak dan jangan sesekali ulangi keempat – empat perkara tu lagi. Semoga dipermudahkan.
Azmimywaty Mohdyatim : Pend3raan em0si lebih teruk pada pend3raan fizikal. Kena pukuI boleh report polis. tapi bila di d3ra em0si. Siapa nak percaya? Dalam kes ni, lebih kepada pend3raan em0si. Hanya yang melalui sahaja akan memahami.. Semoga keduanya dapat berbaik demi anak – anak. Itu lebih menjadi keutamaan sekarang.
Dia Amyra Yusuf : Dua – dua ada salah silap. Kesian anak – anak yang jadi m4ngsa. Berdasarkan kelemahan yang tuan senaraikan di atas, semuanya boleh diperbaiki jika tuan sedar awal. Tapi biasalakan, sesalan pasti di akhir waktu. Lepastu sang isteri pulak, kata dah tawar hati tapi belum sempat lafaz cerai dah ada pengganti. Jadi banyak benda boleh belajar daripada kisah ni. Mungkin isteri anggap yang baru itu lebih baik dan tuan pulak anggap, semua kesilapan berpunca daripada tuan. Tak apalah, tuan muhasabah diri dan perbaiki diri. Bumi mana yang tak dit1mpa hujan kan. Asalkan ada niat nk berubah, alhamdulillah.
Azie Ruby Edham : Mengikut dari apa yg awak kata ni, awak ni tak de lah teruk mana pun. Awak seorang yang bertanggung jawab walau pun ada lah kurangnya sana sini. Tak ada sesiapa pun yang sempurna. Pada mata ex awak tak cukup baik sebab dia dah ada org lain. Kesilapan awak tu minor je pun. Wajarlah isteri top up keperluan sedikit keperluan harian bersesuaian lah dengan budget suami. Suami dah sediakan macam – macam untuk anak bini. Awak layak dapat yang lebih baik.
Faridaa Chek Abdullah Faridaa : Cerita sebenarnya isteri awak tu dah ada orang lain. Yang lain tu alasan dia je untuk bercerai sebab kahwin pun baru 5 tahun kot. Benda boleh bincang dan berubah, tanggungjawab dari suami semua ok. Mana ada orang yang sempurna. Kalau dia baik, dia tak semudah itu untuk ada pengganti sebelum cerai. 4 sebab tu boleh je kalau nak berubah walaupun ambil masa. Bukanlah masalah yang terlalu rumit tapi yang jadi rumit bila hati telah diberikan pada org lain. Jadi 4 sebab tadi telah dijadikan alasan untuk bercerai. Walau bagaimanapun Allah saja yang maha mengetahui.
Karolina Dermawan : Masih status bini orang tapi dah keluar dengan lelaki lain, macam mana ni. Kalau laki dia kaki beIasah ke kaki cIub ke wajarlah cari pengganti, Ini hanya sebab perkara kecik je terus tawar hati sedangkan semua tu boleh ubah. Tak perlulah nak terhegeh – hegeh nak ex bini tu, cari perempuan yang boleh bertolak ansur. Alasan macam ni banyak sangat, terlalu banyak! Inilah yang orang panggil play vict1m, konon macam mereka adalah m4ngsa. Ada orang spesis jenis – jenis ni.