Mula – mula papa dia selalu laa wasap aku, lepas tu dia mula video call. Sampaikan hari – hari, saje nak borak katanye. Apa yang m4kin aku pelik dan rimas, setiap kali jumpa dia akan cakap pasal anak. Dia nak suruh aku bagi dia cucu perempuan..
#Foto sekadar hiasan. Hai semua dan Assalamualaikum. Aku cuba cuba hantar confession kat sini. Selama ni aku baca je orang punye confession. Sekarang giliran aku nak mengarang pulak. Sebenarnya aku ni dalam dilema.
Entah laa apa yang tersirat dalam minda aku. Sampai tak terfikir dah aku. Mungkin aku yang banyak berfikir. Aku harap admin akan siarkan aku punye confession ni. Sejak kebelakangan ni aku ada terbaca confession yang macam ada masalah dengan ibu dan bapa mentua.
Sama juga dengan aku yang terlalu rimas dengan bakal pak mentua. Aku dah bertunang dengan si Z dalam setahun macam tu dan akan bernikah pada tahun hadapan bulan 5. Semua persiapan sudah pun dibuat dari sebesar besar perkara sehinggalah sekecil – kecil perkara.
Nak dijadikan cerita kedua – dua beIah pihak akan buat majlislah. Tapi bukan itu yang menjadi masalah aku sekarang ni. Aku ada masalah dengan papa si Z ni. Mamanya okay dan sangat okay tapi papa si Z ni kadang – kadang boleh sampai buat aku meluat dan sem4kin menyampah. Astarfirullahalazim.
Z ni anak sulung dan dia kiranya anak pertamalaa yang akan berkahwin. Adik beradiknya semua lelaki dan semuanya 7 orang. Z ni orang nya biasa – biasa je. Dari segi duit takde la berkepuk. Dari segi paras rupa bole laa dari tak de.
Tapi aku suka dan sayang dia sebab dia baik, hormat orang tua dan pelbagai lagi sikap yang buat aku jatuh cinta dekat dia. Kalau aku jadi api dia memang selalunya jadi air. Jarang nampak dia jadi api. Tapi orang macam ni kena berhati – hati sebab sekali dia jadi api.
Bawak laa air banyak mana, memang tak akan senang nak padam. Haa aku pulak anak ke 6 dari 7 orang adik beradik. Biasa biasa je dari segi perwatakan memang agak tegas. Lantang bersuara dan straight forward. Aku ni agaknya terlalu straight forward sampai takut orang terasa. Terutamanya papa si Z.
Papa si Z ni memang dah lama nak anak perempuan tapi itu la sampai anak ke 7 tetap laa lelaki. Sampai mama dia pun dah “ik4t” jadi takde laa anak perempuannya. Bila si Z masa kenal aku dulu. Mula – mula papa dia selalu laa wasap aku.
Kadang – kadang call lah. Dan kadang – kadang video call. Video call tu memang aku tak akan angkat. Sebab malas nak pakai tudung bagai. Sampaikan hari – hari. Kadang – kadang time aku kerja pun dia call. Tapi bukan ada benda penting pun. Saje nak borak katanye.
Haih… itu yang membuat aku rimas tapi aku buat tak tahu je la. Dan ini berlarutan sehingga sekarang. Dan si Z pun tanya aku kenapa papa dia selalu call aku. Aku cakap mana aku tahu bukannye aku yang call papa kau.
Kadang – kadang mak aku sendiri pun macam hairan kenapa papa si Z tu selalu call aku. Mak aku cakap apesal ek. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Bagi korang normal ke bakal bapak mentua selalu call ataupun papa Z ni yang terlalu ambil berat pasal aku??
Aku dengan si Z ni memang hubungan jarak jauh. Dia di utara dan aku ni di ibu kota. Aku ni jenis yang sangat berdikari. Pergi mana – mana pun boleh sorang. Boleh drive kereta dan motor. Pergi makan sorang – sorang. Pergi makan steamboat pun boleh sorang – sorang.
Tayar kereta flat pun boleh je tukar sendiri. Pintu bilik rosak boleh baiki. Masak pun boleh laa sikit – sikit. Paip rosak boleh baiki. Entah laa banyak perkara yang sememangnya kalau ikutkan kerja lelaki buat tapi aku boleh buat sebab abang – abang aku banyak ajar aku.
Gaji aku alhamdullilah memang rezeki Allah bagi untuk dikongsi dengan keluarga. Jadi papa si Z ni selalu risau tak bertempat. Kadang – kadang aku drive balik kampung. Dia selalu cakap dekat si Z. Kesian aku selalu balik kampung sorang – sorang, nak kena drive tu semua.
Lagi laa buat si Z ni serba salah. Kadang – kadang dia mintak maaf tak boleh teman ke ape. Bagi aku no big issue pun sebab aku dengan dia baru tunang. Kalau dah kahwin lain laa cerita kalau aku balik kampung kau nak ikut.
Ini baru tunang. Tak kan lah tiap – tiap bulan kau nak balik kampung dengan aku. Kadang – kadang papa si Z ni yang buat Z tu serba salah dan bagi aku takde issue langsung. Itu belum lagi cakap pasal issue anak. Wei belum kahwin dah mintak nak baby girl la ape lah.
Kau bayangkan eh setiap kali jumpe setiap kali tu laa dia duk bahas benda yang sama. Nak baby girl. Aku ni bukan lah ape. Setiap orang rezekinya lain – lain. Ada orang baru kahwin dah dapat anak. Ada orang kena tunggu beberapa tahun baru dapat anak, atas rezeki Allah kurnia.
Aku doa je yang baik – baik hendak-NYA. Aku dengan si Z ni belum kahwin. Jadi logik ke tak logik bagi korang papanya duk mintak nak cucu baby girl. Aku kadang – kadang sampai tak terjawab laa. Kadang – kadang aku mengadu dengan si Z ni.
Aku tak selesa kalau papa asyik cakap pasal cucu sebab kita belum pun lagi sah. Kitorang kan PJJ. Jadi sama ada si Z akan turun ke ibu kota atau aku yang akan ke utara. Ikut atas masing – masing tapi memang kita orang kerap je jumpa.
Dalam 2 minggu sekali mesti jumpa. Kalau kita orang jumpa, papa si Z ni selalu lah nak ikut kita orang. Itu yang buat aku lagi str3ss. Kadang – kadang macam kalau kita orang tak bawak dia. Dia akan merajuk lah ape lah. Aku pun diam je laa kalau dia cakap dia merajuk.
Sebab aku malas nak layan. Berd0sakan aku? Lepas tu sekarang kita orang ada laa nak plan berbulan madu lepas majlis selesai dekat dua beIah pihak. Eh yang menjadi issue nya sekarang ni papa si Z ni nak follow. Aku macam tak boleh fikir laa.
Tak kan laa kita orang nak bulan madu pun nak ikut. Yang jadi kelakarnya. Mama dia tak heran pun wei. Papa dia ni selalu nak ikut kita orang. Kadang – kadang sikap papa si Z ni buat aku rimas dan aku sampai str3ss sampai terfikir tak nak kahwin. Astarfirullahalazim.
Orang cakap nak kahwin, ibaratnya kita kahwin dengan keluarganya sekali. Di mana sekarang ni aku sedang belajar macam mana nak memahami dan menerima sikap papa si Z ni. Aku ni sayang si Z ni dalam masa yang sama aku rimas dengan papa dia.
Aku tak boleh nak bandingkan ayah aku dan ayah dia. Sebab ayah aku pun ambil berat dekat aku tapi tak sampai la merimaskan aku. Kalau korang ade nasihat, boleh laa nasihat aku. Mungkin aku yang terlalu rimas bila orang terlebih caring dekat aku.
Nasihat ataupun kecaman aku akan terima dengan hati terbuka. Mungkin aku terlalu muda untuk memahami semua benda ni. Bersediakah aku untuk menghadapi papa si Z ni. Aku anggap ini semua adalah dugaan untuk aku dalam ik4tan pertunangan. – Pokok (Bukan nama sebenar)
Komen warganet :
AiNurin Ly : Menyeramkan. Set the boundary. Terus terang dengan pasangan tentang awak tak selesa dengan tidak tanduk bapa dia dan minta pasangan bekerjasama untuk backup awak dan ada pendirian dengan privasi korang. Contoh: Cari helah supaya tak menyibuk ikut pergi honeymoon. Kalau tunang suruh layankan je bapa dia, mungkin awak perlu angkat kaki
Ummi Faridah Faridah : Tak perlu rasa wajib angkat call dari si future FIL ni. Pelik lain macam tak macam per4ngai seorang ayah. Jangan layan calls dia. Biar dia faham TT ada privacy, ada boundary antara bakal FIL dengan TT.
Belum ada ik4tan apa – apa pun dengan anak dia. Rasa kurang sopan seorang bakal Fil telipon bakal menantu tiap – tiap hari. Jangan nanti dah kahwin dia nak duduk sekali dengan TT pulak. Zaman sekarang macam – macam perkara boleh berlaku.
Dia tak fhm ke apa makna honeymoon tu. Jangan bagi dia ikut TT dan suami pi honeymoon. Awal – awal lagi dah nampak dia nak kongkong anak menantu dia. Buat gathering lain tahun kalau dia nak ikut pi makan angin. Pelik betul bakal mertua ko dik.
Aku yang baca ni pun rimas. Biasanya orang yang independent memang tak ngam kalau ada orang yang nak mengekor kita tak tentu pasal. Dari awal lagi TT kena set rules. Dont let people cross or overstep your boundary.
Syu Hada : Red flag. Walaupun orang semua suruh letak boundaries, kalau saya.. saya angkat kaki. Seramlah orang tua obses sangat dengan kita. Saya pernahlah jogging tetiba dia muncul belakang kita. Birthday saya, dia muncul siap bawa kek, kfc, hadiah.
Nak kata nak jadikan menantu, bila kita rapat sikit dengan anak lelaki dia, dia pitam. I know how it feels to be bothered everyday. Eeeeiii rimas. Tahu awak dah bertunang tapi fahamilah awak akan hadap benda tu seumur hidup. Kalau saya, rela cari orang lain sebab nak hidup tenang – tenang saja. Orang tua jenis obses ni lain macam.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.