Saya 0KU, saya pelajar baru cikgu. Saya tak cukup duit nak bayar yuran. Saya pakai kaki palsu cikgu, saya lapar

Sebelum mak dan abah balik, aku sempat minta duit dekat mak tapi mak menangis sebab mak pun takde duit. Abah cakap, mak ada bawakkan kerepek untuk aku jual dekat kawan2. Jadi, dapatlah aku duit belanja dekat asrama. Aku malu! Aku malu kalau kawan2 nampak. Aku tolak guni kerepek mak…

#Foto sekadar hiasan. Aku masih ingat masa hari pertama aku nak masuk MRSM, hari pendaftaran pelajar baru. Abah bawa aku dan adik – adik ke simpang jalan besar untuk tunggu teksi dengan motosikal. Seawal lepas subuh, abah mula – mula bawak aku dan beg ke simpang jalan besar di kampung aku tu naik motor.

Kemudian abah patah balik ambik adik – adik bawak ke simpang tempat aku berada. Patah balik lagi ambik adik yang lain pula. Last sekali abah bawak Mak ke simpang tu. Ramai – ramai hantar aku di simpang jalan besar tu tunggu teksi nak hantar aku masuk MRSM.

Abah, mak dan adik – adik. Bila teksi sampai, abah tahan teksi tu dan entah apa yang abah cakap kat pakcik driver teksi tu, seperti ada yang abah bincangkan. Tak tahulah, macam terdengar abah cuba mintak kurang harga bayaran teksi tu untuk hantar aku ke MRSM.

Pakcik driver teksi tu macam bersetuju je, alhamdulillah. Mak perlahan datang menghampiri aku dan memeIuk aku dari belakang, “Abang, maafkan mak tak dapat nak hantar abang ke MRSM. Mak dan abah tak mampu nak sewa kereta nak pergi ramai – ramai hantar abang. Adik – adik ramai ni payah nak tinggal, ada yang nak kena ke sekolah.”

Aku tengok mak kesat air matanya. Suara mak tersekat – sekat. Abah tengah angkat beg – beg aku masuk dalam teksi tu. Aku bawak 3 beg. Satu beg pakaian, satu beg buku dan satu beg file sijil – sijil dan borang – borang. Aku mengenakan pakaian rasmi MRSM warna biru tu.

Aku rasa bangga sangat dapat masuk MRSM. Aku masuk dalam teksi sorang – sorang, masa tulah abah masukkan sekeping duit RM50.00 dalam poket. “Maafkan abah. Abah tak mampu nak hantar abang masuk MRSM. Abah hanya ada RM50 ni saja, abang jimat – jimat ya. Abah dan mak sayang abang sangat – sangat. Pakcik ni akan bawak abang ke MRSM”.

Aku tak mampu untuk berkata – kata apa lagi untuk bertanya tentang yuran MRSM yang berjumlah RM200 lebih kalau tak silap. Aku tahu abah bukan lupa tentang yuran tu. Tapi abah tak ada duit. Abah tutup pintu teksi dan teksi mula bergerak perlahan ke MRSM dari simpang jalan besar kampung wakaf bunut Pasir Puteh.

Aku lihat belakang cermin teksi tu, abah, mak dan adik – adik berpeIukan menangis. Teksi bergerak dan pandangan aku pada abah, mak dan adik – adik sem4kin pudar. Aku tak banyak bercakap dalam teksi sebab aku memang mudah m4buk naik kereta masa tu.

Budak kampung miskin macam aku mana pernah naik kereta. Mudah sangat m4buk masa tu. Aku tertidur dalam kereta sehinggalah pakcik driver teksi meng3jutkan aku. “Bangunnnn.. sapa dohhhh.. Tok payoh bayar .. abah mung bayar doh tadi.” Kata pakcik tu.

Aku lihat ramai orang datang mendaftar anak – anak masuk MRSM. Ada pakai baju kuning langsat seluar coklat ada pakai baju biru muda seluar biru gelap macam aku. Ramainya mak bapak datang menghantar anak – anak masuk MRSM.

Ada sorang mak kawan aku tu aku masih ingat, beg merah, kasut merah, baju merah fuhhhh! Aku rasa begitu kerdil sekali. Aku melangkah masuk kawasan MRSM dan terus berjalan ke Dewan Besar MRSM sambil membawa 3 biji beg aku.

Kaki aku dah mula rasa nak meIecet dan pedih. Bila banyak berjalan maka berlaku pergeseran antara kaki palsu aku dan kaki aku yang sebeIah tu menyebabkan kulit kaki aku selalu terk0yak dan meIecet. Aku tahan kes4kitan dan terus ke dewan besar beratur bersama ratusan kawan – kawan dan ibubapa yang aku tak kenal.

Ada meja panjang di susun sekeliling dewan. Ada pelbagai kaunter dari luar dewan besar lagi. Kaunter daftar perpustakaan, kaunter baju batik, kaunter asrama dan sebagainya. Tapi sebelum tu kena ke kaunter yuran dulu. Bila tiba giliran aku, aku keluarkan semua borang pendaftaran dan serahkan kepada cikgu yang bertugas di kaunter tersebut.

Bersama sekeping duit RM50 yang aku ada. Hanya itu yang aku ada. Cikgu bertugas itu tersenyum melihat aku dan bertanya. Ayah dan mak datang tak? Aku hanya menggeleng kepala. “Tak cukup ni duit yuran ni.” Kata cikgu tu.

Aku hanya terdiam dan masa tu aku tak boleh tahan air mata keluar. “Saya hanya ada RM50 ni saja cikgu. Mak ayah saya tak datang. Kami orang miskin cikgu..” Aku lihat cikgu tadi seperti tercengang dan pucat. Hati aku mula berdebar – debar takut kena marah.

Sejurus itu juga cikgu tu bangun dan tersenyum. Aku lihat nama di nametagnya NORBIBI. “Kamu pergi ke bilik Pengetua ya. Nanti saya datang, tu bilik pengetua kat dalam pejabat tu. Pergi sekarang, kejap lagi ada taklimat ibubapa pulak.”

Aku kemaskan borang – borang dan terus angkat beg – beg aku menuju ke bilik pengetua yang terletak di dalam ruangan pejabat MRSM PC. Kaki aku dah s4kit sangat dah, terasa seperti pis4u menghir1s – hir1s. Biasanya kalau macam ni dah meIecet teruk dah kat dalam kaki palsu tu.

Tapi aku tak boleh nak bukak kaki palsu ini lagi. Aku kena selesaikan dulu pendaftaran ini. Lagipun ramai sangat orang, aku tak tahu nak bukak kat mana kaki palsu aku ni. Aku malu. Aku lihat ada satu bilik dalam pejabat tu yang tertulis di pintunya PENGETUA.

Aku masih ingat aku berjalan terhencut – hencut menahan s4kit kaki yang meIecet untuk ke pintu bilik pengetua tersebut sambil bawa beg – beg aku. Dengan perlahan aku mengetuk, “assalaamualaikum.” Aku beri salam tapi seperti tak dengar apa – apa jawapan.

Suasana masa tu pun seperti sibuk je semua orang. Aku tak sengaja membuka pintu bilik pengetua dan dengan kuat aku dengar suara menjerit. “Kau keluar!! Ada taklimat ibubapa sekarang. Nak jumpa saya datang nanti pukuI dua petang!!”

Terkedu dan pucat lesi muka aku. Aku dihaIau keluar oleh Tuan Pengetua tanpa bertanya dulu tujuan aku ke biliknya. Badan aku terasa seram sejuk. Dengan lemah dan terhencut – hencut menahan s4kit aku angkat beg – beg aku dan berjalan ke pondok jaga MRSM. Malunya ya Allah.

Aku nak tunggu pukuI 2 petang untuk jumpa pengetua tu tadi. Aku perlu mendaftar di MRSM ni. Aku tak boleh balik. Aku seret kaki aku yang s4kit sangat tu ke pondok jaga. Aku duduk di situ keseorangan di saat ibubapa dan para pelajar baru sedang dengar taklimat ibubapa dari pengetua di dewan besar.

Masih terngiang – ngiang suara pengetua tadi yang menyuruh aku keluar dari biliknya. Subhanallah.. bantulah aku Ya Allah. Aku keseorangan di pondok jaga. Ada pakcik jaga tu sorang dia tengok aku lama sangat kat pondok jaga sorang – sorang.

Dia tanya aku, “Adik, kenapa duduk sini sorang – sorang, mak ayah tak datang ke?” Aku hanya diam dan tersenyum saja menahan pedih dan s4kit kaki serta lapar. Aku lihat ada juga ibubapa dan anak – anak yang tak join taklimat ibubapa dan berada di kantin sambil makan dan minum.

Aku juga lapar masa tu tapi aku perlu jimatkan duit RM50 yang abah bagi. Lagipun aku belum daftar lagi, yuran belum bayar. PukuI 2 lebih taklimat ibubapa dah selesai. Aku tengok ibubapa kawan – kawan aku dah ramai yang bergerak balik.

Minggu orientasi seperti dah nak mula. Aku gagahkan kaki aku berjalan kembali ke bilik pengetua. Kali ni aku tinggalkan beg – beg aku di pondok jaga bersama Pakcik Mat namanya. S4kit kaki aku tuhan saja yang tahu. Pasti dah berd4rah teruk kat dalam tu.

Langkah aku dari pondok jaga ke bilik pengetua hanya beberapa meter aku rasakan seperti jauh sangat. Sehinggalah aku sampai di depan pintu bilik pengetua aku terus tolak pintu tersebut dan tercegat depan aku pengetua MRSM.

“Hahh! kenapa? Ada apa?” Aku tak mampu lagi nak tahan, semuanya terkeluar dari mulut tanpa aku boleh tahan lagi. “Saya c4c4t cikgu, saya pelajar baru. Mak ayah saya tak datang hantar saya. Kami orang miskin. Saya tak cukup duit nak bayar yuran. Saya pakai kaki palsu cikgu, saya laparr. ”

Aku cakap saja tanpa berhenti sambil mengesat air mata. Aku malu, aku tak pernah jadi selemah itu dalam hidup. Aku tak pernah mengadu kepada sesiapa tentang kec4c4tan aku. Suasana dalam bilik pengetua tiba – tiba jadi sunyi untuk seketika.

“Ya Allahhhh…” aku dengar Pengetua itu bersuara. Dia berjalan menghampiri aku dan memeIuk aku. Pengetua mendukung aku dari pintu ke kerusi dalam biliknya. Bila aku toleh belakang barulah aku tahu ada dua orang lagi cikgu yang kebetulan berada di belakang aku sewaktu aku melangkah masuk bilik pengetua tadi.

Mereka juga mendengar luahan hati aku sebentar tadi. Cikgu Norbibi dan Cikgu Yusof. Itulah yang aku nampak tertulis di nametag mereka. Pengetua dan cikgu – cikgu tadi terus mengerumuni aku. Tuan Pengetua memeIuk aku erat dan mencivm kepala aku.

“Maafkan cikgu, cikgu tak tahu kamu c4c4t, cikgu ingatkan kamu pelajar tingkatan lima pelajar lama. Maafkan cikgu.” Aku lihat pengetua mengesat air mata beliau dengan sapu tangannya. Sebentar kemudian Cikgu Norbibi memohon untuk melihat keadaan kaki aku.

Masa itu aku cabut kaki palsu aku dalam bilik pengetua, masa itulah jugak aku lihat stokin yang dipakai untuk masukkan kaki palsu di bahagian kaki aku yang  c4c4t itu telah bertukar warna merah pekat. D4rah penuh memenuhi kaki palsu aku.

Kulit kaki aku k0yak teruk. Aku terketar – ketar menahan pedih dan s4kit. Seketika itu juga pengetua bangun dan memaklumkan dengan kuat dalam pejabat. “Kepada semua guru – guru yang ada, sila masuk bilik pengetua sekarang bawak duit RM50 seringgit sorang.”

Bersesak – sesak cikgu MRSM yang ada di situ waktu itu masuk bilik pengetua. Sejurus juga mereka mula mengumpul duit sumbangan untuk aku. PukuI 3.30 petang, kaki aku berbalut handiplast. Ada sampul surat yang diberikan pada aku oleh Ayahanda Pengetua En. Mohd Husin Ibrahim.

Jumlahnya RM1750. Aku ambil RM250 untuk bayar yuran. Selebihnya aku serah balik kepada Tuan Pengetua untuk tabung kebajikan sekolah. Pesan Mak selalu terngiang – ngiang di telinga. “Jangan ambil sesuatu yang bukan hak kita …”

Sambungan.. Aku mula jadi pelajar MRSM, tak pernah ada sesiapa melawat aku. Aku selalu berdoa, “Ya Allah, datangkanlah sesiapapun melawat aku di asrama. Berikanlah aku duit sikit, aku nak sangat beli air coca cola.”

Kadang – kadang bila waktu rehat aku tengok kawan – kawan aku ada yang beli air coca cola dalam tin dan mereka minum dalam kelas. Bila habis waktu belajar tengah hari tu aku seringkali pura – pura nak balik lambat ke asrama sebab aku nak ambik tin air coca cola yang kawan – kawan aku tinggalkan atas meja dalam kelas tu.

Aku nak tengok ada sisa – sisa tak aku nak minum. Kadang – kadang terminum sisa air coca cola yang dah bercampur dengan habuk pensil, tisu, sampah sarap dan sebagai. Pagi tu hari Sabtu, hari melawat, aku sendirian di bangunan akademik pura – pura sibuk dengan buku – buku dan kerja sekolah.

Sayup – sayup nama kawan – kawan aku diumumkan satu demi satu ada pelawat. Namun nama aku tak ada orang umumkanpun. Hari tu pulak hujan lebat. Biasalah negeri pantai timur kalau dah masuk hujung tahun maka musim tengkujuh lah tu.

Aku balik ke asrama untuk makan tengah hari. Nama kawan – kawan aku satu demi satu bergema ada pelawat datang sejak tadi. Mak ayah mereka ramai datang bawak makanan kegemaran anak – anak masing – masing. Ramai yang datang bagi restu anak – anak nak periksa.

Selepas solat zohor hujan masih lebat. Aku berdoa agar hujan berhenti. Kalau hujan lebat macam ni abah dan mak pasti takkan datang melawat naik motosikal buruk tu. Kalau mereka datang jugak ya Allah basah kuyup mereka nanti.

Aku terus berdoa agar hujan berhenti . Kalau hujan lebat macam mana mak abah nak datang melawat. Minggu depan dah nak exam SPM. Aku nak sangat abah dan mak datang bagi restu aku nak periksa. Dalam sayup – sayup satu demi satu nama kawan – kawan aku diumumkan tu aku terlelap.

Sehinggalah aku dik3jutkan suara kawan – kawan menjerit asrama, “J’horrrr … demo ada pelawat…!!” “J’horrrr … mung ada pelawat…!!” Aku pura – pura tidur dan menafikan jeritan kawan – kawan di luar bilik LDP blok A sambil mengharapkan adalah ulang suara.

Tiba – tiba aku terdengar suara ” ulang suara” dari bilik announcement. Kali ini suara budak perempuan kelas aku. Aku cammm sangat suara budak perempuan tum dia baikk sangat dengan aku. LDP sama dengan aku jugak.

“Assalaamualaikumm, perhatian kepada Raja Shamri bin Raja Husin. Sila datang ke pondok pengawal, anda ada pelawat!” Ya Allahhhh.. Ya Rahman. Kau makbulkan doa aku ya Allah. Aku bingkas bangun menukar pakaian. Di luar hujan masih lebat dan seketika kawan – kawan aku bertubi – tubi mengetuk pintu bilik memberitahu aku bahawa aku ada pelawat.

Aku tahu, mereka semua pun tahu aku tak selalu ada pelawat. Hari – hari minggu Jumaat dan Sabtu aku biasanya hanya basuh baju, buat kerja sekolah, kiwi kasut ataupun sibukkan diri aku dengan aktiviti MRSM. Aku tak ada pelawat, sehinggalah hari tu.

Aku melangkah longlai ke pondok pengawal dari blok A penuh debaran. Aku berjalan menelusuri dewan makan ke tempat bas parking di tenah – tengah antara Dewan Makan dan Dewan Besar MRSM PC. Dari situ aku memandang terus ke pondok pengawal aku lihat sayup – sayup Mak dan abah baru turun dari motosikal dalam hujan lebat.

Basah kuyup, ada adik sorang mereka bawak. Astaghfirullah hal azimmmm. Aku berlari ke pondok jaga merentasi hujan yang masih belum reda. Aku menghampiri abah dan mak. Aku peIuk mak. “Mak .. Tak payah datang melawat saya mak, hujan lebat mak. ”

Aku mula menangis. Aku tak sanggup tengok Mak dan abah basah kuyup menggigil macam tu. Masa tulah aku dengar suara mak. ” Mak rindu abang, mak rindu sangat – sangat.” Aku salam dan civm tangan abah. Abah hulurkan plastik “rokrak” yang berisi tupperware.

Ada nasi goreng kegemaran aku mak masak. Aku bawak mak dan abah serta adik ke bangku di pondok pengawal. Aku buka tupperware yang abah berikan tu dan aku tengok ada nasi gorang yg mak masak. Dah masuk air hujan dah sikit.

Aku terus makan sambil mengesat air mata. Sedapnya Ya Allah nasi goreng mak masak, rindunya masakan mak. Abah seperti terketar – ketar kesejukan. Seketika abah memberitahu aku,  “Abang, kat sini ada jual teh panas tak?”

Aku bergegas bangun dan meredah hujan untuk ke kantin / cafe MRSM di tingkat atas dewan makan berhampiran rumah warden Ustaz Latif. Aku belikan teh panas satu untuk abah menggunakan seringgit duit aku yang masih tersisa.

Aku tak sanggup tengok abah kesejukan seperti itu. Kembali ke pondok pengawal bersama teh panas aku tengok abah dan mak serta adik berkongsi teh panas yang aku belikan itu. Aku sebak dan rasa bersalah sangat tak mampu nak belikan tiga teh panas untuk abah, mak dan adik.

Aku terus sambung makan nasik goreng yg mak bawakan. Pura – pura untuk tidak bersedih walaupun air mata aku laju keluar. Baru suap dua tiga mulut nasik goreng mak, aku dengar Pakcik Pengawal buat announement.

“Perhatian kepada semua ibubapa yang datang melawat, sila balik sekarang WAKTU MELAWAT DAH TAMAT…!!” Ya ALAHHHHHH.. Mak abah aku baru sampai!!! Dah kena balik ke?? Masa tu aku tengok pondok jaga rasa nak bommmm je pondok jaga.

Abah dan mak baru je sampai lima minit, takkan dah kena balik??!! Aku habiskan nasik goreng mak masak. Aku civm adik bongsu aku. Abah menghampiri aku dan memeIuk aku lama sangat. “Abah balik dulu abang. Dah dekat pukuI 6.

Jauh lagi nak sampai rumah ni. Maafkan abah lambat sampai. Motosikal abah pancit tadi. Abah dan mak serta adik tolak motosikal dari Kubang Kerian ke Pengkalan Chepa. Kebetulan tak ada kedai moto yang bukak. Sampai pengkalan chepa baru ada satu kedai yang bukak.”

Aku mendengar satu demi satu patah perkataan yang keluar sambil suara abah tersekat – sekat. Aku tak mampu lagi menahan air mata membayangkan abah dan mak serta adik aku yang kecik menapak sejauh itu sambil abah tolak motor semata – mata untuk datang ke MRSM bagi restu aku nak periksa.

Aku hulurkan tangan untuk bersalam dengan mak dan tanpa sengaja bibir aku terucap sesuatu yang aku tak sepatutnya ucapkan. “Mak.. bagiIah abang duit sikit mak, abang dah tak ada duit dah. Tadi last belikan air teh panas untuk abah.”

Masa tulah mak mintak ampun dengan aku. Mak menangis dan memberitahu aku. ” Mak pun tak ada duit nak bagi kat abang. Habis tadi buat repair motor abah.” Ya Allah, berd0sanya aku rasa mintak duit dengan mak. Aku terkedu dan rasa malu sangat dengan mak.

Aku peIuk Mak dan mohon maaf. Masa tulah abah datang dan peIuk aku dan mak dari belakang. “Abang, abah dan mak tak mampu nak bagi duit kat abang. Tapi abah ada bawak barang sikit untuk abang. Abang ambik barang – barang ni abang jual kat kawan – kawan. Hasil jualan abang ambik semua kat abang buat belanja ya.” Abah berbicara perlahan.

Barang apa pulak ni? Aku mengesat air mata aku dan melepaskan peIukan aku di badan mak. Aku pandang abah. “Barang apa abah..?!” “Tu …” Abah tunjukkan tangannya ke arah pondok pengawal. Aku tengok ada satu guni besar dekat pondok jaga tu. Guni apa tu?? Hati aku mula berdebar – debar.

Rupa – rupanya sewaktu abah datang tadi dia bawak guna besar ni atas motosikal kat depan atas raga motosikal tu, adik kat tengah dan mak kat belakang. Mereka bonceng motosikal tu sebegitu dari Pasir Puteh, kemudian motosikal rosak dan abah tolak motosikal tu dari kubang kerian dengan guni berat tu lagi sampai pengkalan chepa.

Ya Allahhhhh.. Ya Allah, ampunilah aku yang telah menyusahkan abah dan mak. Ampunilah aku, ya Allah. Aku menghampiri guni tu dan mula membuka tali rapiyal yang mengik4t guni tu. Seketika aku tergamam melihat kerepek ubi penuh dalam guni tu.

Mak dah siap packing dalam saiz yang berbeza – beza. Mak panaskan hujung plastik yang packing kerepek tu dengan api lilin. Mak datang dari belakang aku dan mula berkata, “Yang plastik besar tu seringgit, yang tu 50 sen yang kecik tu 20 sen.”

Aku terdiam.. Aku malu.. aku resah.. D4da aku bedebar – debar. Aku tak nak ambik kerepek ubi tu. Aku malu nak jual pada kawan – kawan. Aku malu nak bawak guni tu balik ke asrama. Tambah – tambah hari tu pulak hari melawat.

Ramai calon – calon BAPAK DAN MAK MERTUA AKU DATANG MELAWAT JUGAK! Mak bapak kawan – kawan masih ramai jugak yang ada di pondok pengawal tu dan aku tak mahu bawa guni tu depan mereka. Aku malu!

Aku pandang wajah mak, “mak.. abang tak naklah kerepek ini, mak bawak balik lah ya. Abang ada lagi duit ni.” Aku tak nak ambik kerepek ubi yang mak bawak. Aku malu untuk jual pada kawan – kawan. Aku malu. Seketika itu juga air mata mak laju keluar.

Tiada perkataan yang keluar dari mulut mak. Abah bejalan ke arah guni tu dan terus mengangkat guni tu untuk menuju ke motosikal yang terletak di luar pagar MRSM. Seketika abah memandang aku dan berkata, “Abang tahu tak.

Mak tak tidur dua minggu bersengkang mata buat kerepek ubi ni semata – mata nak datang melawat abang. Abah dan mak tak mampu nak bagi duit banyak kat abang. Kerepek ubi ni sajaIah yang mampu Mak dan abah bagi. Abang tak nak kerepek ubi ni takpelah. Abah bawak balik semula.”

Seperti satu tusukan kuat menembusi jantung dan d4da aku mendengar kata – kata abah. Bayangan kelibat mak dan abah usahakan kebun ubi kayu, kupas ubi kayu dan goreng di dapur kayu belakang rumah untuk dijadikan kerepek menerpa dalam kepala.

“Ya Allah, anak apakah aku ini?? Berd0sanya aku ya Allah.” Sepantas itu juga aku berlari ke arah abah dan mak. Aku merebut guni yang berada di tangannya. Aku peIuk erat abah dan civm lehernya dan bisikkan ke telinga abah.

“Doakan abang dalam exam SPM minggu depan ya bah. Abang nak jadi pelajar cemerlang, abang nak pergi ke luar negara, abang nak ubah nasib hidup kita. Abang sayang abah dan mak sangat – sangat.” Aku civm mak. Aku ciuvm adik.

Aku tak sanggup nak tengok mereka bonceng motosikal bertiga dalam hujan yang masih merintik. Aku tak sanggup nak ceritakan pada abah dan mak kaki palsu aku hilang kena sorok dengan kawan – kawan atas siling baru – baru ini.

Aku tarik guni tu balik ke asrama. Nak tak nak kena lalu dewan makan asrama. Kawan – kawan yang baru turun untuk makan malam ada yang mula menahan aku dan bertanya. “Guni apa tu…??” Belum sempat aku jawab dah ada yang bukak tali raipyal guni aku tu.

“Weiiii kerepek ubi!!” jerit kawan – kawan aku. Guni aku diserbu sebelum sempat aku sampai di bilik aku di asrama. “Hoiii! yang besar tu seringgit, yang kecik tu dua puluh sen. Bayar.. bayarrrr ..!!” Aku menjerit bila mereka mula serbu dan makan kerepek – kerepek dalam guni tu. Tiba – tiba aku berniaga. Tanpa sedar. Ya. AKU BERNIAGA!

PukuI 7 petang sebelum aku ke surau untuk solat maghrib berjemaah, aku bilang duit yang aku dapat dari jualan kerepek ubi sebentar tadi. Aku tengok ada RM80 dalam tangan aku. Aku terdiam dan terfikir. Ini bermakna aku boleh beli 80 tin air coca cola!!!

Aku sujud syukur lama atas sejadah, terbayang mak dan abah serta adik yang mungkin masih ada atas motor tak sampai rumah pun lagi. Sekarang bukan lagi soal nak jual kerepek. Tapi nak habiskan jualan ni macam mana.

Str4tegi perlu dirancang. Hari ni hari melawat. Mak bapak ramai datang melawat, mesti mak bapak ramai bagi duit kat anak – anak. Anak – anak tengah kaya. YESSSS!! Aku nak round bilik budak – budak kat asrama malam ni.

Aku kan LDP!! Malam tu lepas PREP aku masuk dalam bilik kawan – kawan di asrama bersama guni yang dah separuh kerepek ubi dalam tu sudah terjual. “KEREPEKKKK.. KEREPEKKKK..” Tanpa aku sedar aku itulah hari pertama aku mula berniaga dan menjadi seorang usahawan.

Di sinilah bermulanya aku terdidik dengan dunia korporat tanpa sedar. Peperiksaan SPM 1992 hari pertama subjek Bahasa Melayu. Aku tak makan sarapan pagi pada pagi tu sebab aku nak solat dhuha dan baca yasin di surau MRSM.

Aku nak jadi pelajar pertama sampai di dewan besar. Aku presiden Persatuan Bahasa Melayu dan pemidato MRSM. Aku johan puisi kebangsaan piala pengarah MARA. Aku mahu buat yang terbaik untuk subjek Bahasa melayu ini dan membaIas jasa cikgu – cikgu jabatan Bahasa.

Bonda Noribi, Cikgu Abdul Rahman, Cikgu Yusof dan ramai lagi. Di saat kawan – kawan aku baru turun ke asrama untuk ke dewan makan aku berjalan terus ke dewan besar MRSM. Aku terus ke bahagian belakang dewan besar.

Ada bangku simen terletak di situ di tengah – tengah bangunan segi empat MRSM berhampiran juga dengan pejabat. Aku lihat bonda Norbibi dan beberapa cikgu lain dah ada di atas bangku simen tu tersenyum ke arah  aku.

“Raja, mari sini.” Bonda Norbibi memanggilku. “Wah, awalnya cikgu mari sekoloh.” Terkeluar dari mulut aku sambil aku menghampiri mereka. “Raja … semalam kami cikgu – cikgu jabatan Bahasa buat solat hajat di rumah saya. Untuk awak. Kami semua doakan kejayaan awak. MRSM takkan ada lagi pelajar macam awak. Awak anugerah terbaik dari Allah untuk maktab kita.”

Aku melihat bonda Norbibi mengesat air mata beliau. Cikgu Yusof dan Cikgu Abdul Rahman memeIuk aku lama sangat. Terasa seperti ada satu kekuatan dan semangat yang luar biasa mengalir di seluruh tubuh ini. Terima kasih cikgu. Terima kasih kerana menyayangi saya.

Terima kasih mak kerana terus menyayangi diri ini tanpa syarat. Biarpun lahirku c4c4t, mak tak pernah bencikan diri dan takdir ini. Saya dah dewasa mak.  Abah dah lama pergi meninggaIkan kita. Saya jaga mak ya. Kini sudah berpuluh tahun kisah itu berlaku, aku ceritakan semula pada kalian agar kita sentiasa saling menguatkan.

Allah mendidikku tanpa sedar untuk jadi seorang usahawan lama dulu bermula sewaktu di MRSM lagi. Allah mengajarku tentang nilai peng0rbanan, kasih sayang, dan pengharapan. Nilai – nilai inilah yang aku pegang kuat dan menjadi prinsip pegangan aku yang aku kongsikan dalam setiap program latihan keusahawan bersama bakal usahawan dan sektor korporat, dalam setiap ceramah aku kepada pelajar, program pembangunan staff sektor awam dan korporat, dalam Pengurusan Strategik portfolio perniagaan yang aku diamanahkan.

Bersama nilai dan prinsip yang baik, tak kiralah bisnes apa yang kita buat atau kerja apapun yang kita lakukan, insyaAllah kejayaan akan jadi milik kita. Dan ultimate goals of any things we do seharusnya adalah untuk dapatkan redha Allah. Itulah yang utama.

Aku telah menolak beberapa tawaran dari sahabat ANSARA untuk dilantik sebagai Lembaga Pengarah syarik4t mereka. Bukan kerana aku sombong tapi kerana aku khuatir tentang nilai dan prinsip yang terbina sedari awal itu terp4ksa aku k0rbankan.

Tak ada yang aku nak kejar lagi dalam hidup ini. Bukan lagi travel sana sini mengumpul khazanah bumi mencuri masaku di sejadah untuk yasin lepas subuh, manzil dan istighfar. Aku hanyalah insan kerdil orang kampung biasa sahaja.

Sayang kalian semua dunia akhir4t. Aku selesa dalam kebun getah ini berjiran dengan Mak menelusuri hari – hari aku bersama Yayasan yang baru berkembang ini. Yayasan? Ya.. Yayasan Raja Shamri, aku pun tak tahu macam mana aku boleh ada Yayasan sendiri.

Tapi aku rasa Allah telah mempersiapkanku lama untuk tugas dan amanah ini. Kini sudah tujuh tahun aku terjebak dengan kerja – kerja kemanusiaan ini. Ada beribu orang miskin yang telah dan sedang dibantu di seluruh negara melalui sukarelawan The 3rd Force yang aku asaskan penubuhannya.

Sudah beratus rumah – rumah asnaf, surau dan masjid dibina, berpuluh jeti dibaiki, beribu – ribu anak – anak miskin dibantu. Kerana aku juga pernah miskin. Tak pernah ada bilik tidur. Zaman kanak – kanak dan remaja aku hanya tidur di ruang tamu. Rumah kami kecik sangat.

Entah satupun dari bantuan itu diterima Allah ke tidak akupun tak tahu dan aku tak nak ambik tahu kerana pastinya bukan kuantiti yang Allah nilai.

Bukan berapa banyak properties yang kita ada

Bukan berapa banyak kereta yang parking bawah garage

Bukan berapa banyak negara yang kita pernah kita pergi

Bukan berapa banyak sales kita buat

Bukan berapa tinggi jawatan yang kita pegang

Bukan berapa ramai anak kita masuk MRSM / SBP

Bukan berapa banyak patient yang berjaya kita 0perate

Bukan berapa banyak sijil dan achievement kita kumpul

Bukan berapa banyak awards kita dapat.

Kuantiti tak ada nilai pun di sisi Allah seandainya tiada redha Allah bersamanya. Semuanya dari Allah dan aku hanyalah insan kerdil. Kita semua milik Allah dan akan kembali kepadanya. Sebelum itu, ada amanah yang perlu kita laksanakan.

Amanah kepada bumi yang penuh mahsul ini untuk sama – sama kita makmurkan melalui kerja buat kita setiap hari melalui pangkat dan jawatan, perniagaan dan doa kita. Terlalu ramai yang Allah datangkan dalam hidup aku orang baik – baik untuk membantu aku.

Kini aku juga ingin jadi orang baik – baik yang membantu orang lain pula. Ini misi hidup aku. Di kejauhan dalam kebun getah ini, aku kongsikan sedikit kisah aku di MRSM untuk sentiasa menyuburkan kembali prinsip dan nilai asas yang terbina dalam diri agar sentiasa ingat.

Sentiasa ingat asal usul,

Sentiasa ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung,

Sentiasa ingat kebaikan orang pada kita

Sentiasa ingat jangan ambik hak orang

Sentiasa ingat untuk sentiasa hidup merendah diri; stay low remain humble

Sentiasa ingat jasa budi guru – guru

Sentiasa ingat peng0rbanan mak dan abah

Sentiasa ingat kita pernah hidup susah

Sentiasa ingat untuk bersyukur dengan apa yang ada

Sentiasa ingat tiada apa yang kekal di dunia ini melaikan amalan yang baik

Sentiasa ingat tugas dan amanah Allah untuk kita

Sentiasa ingat tiada satupun kehebatan yang kita ada itu milik kita

Sentiasa ingat untuk terus bangkit walau sekuat mana diuji tak boleh mengalah

Sentiasa ingat setiap kesukaran itu adalah cara Allah melatih kita untuk jadi manusia yang hebat di masa akan datang..

Senoga Allah bimbing hati – hati kita semua selalu dan terus menghargai semua yang Allah hadirkan dalam hidup. Sesungguhnya..

“Everything and everyone that shows up in our lives … is there for a reason ..”

Wallahu’alam. Raja Shamri RH. Insan Kerdil Anak MARA

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.