Pantang rumah mak sendiri, setiap malam saya terbangun tidur nampak muka anak macam ‘Chucky’

Ingatkan berpantang dengan ibu sendiri merasa dimanja, sebaliknya yang berlaku. ‘Rezeki’ suami, dia dapat menyaksikan peristiwa saya did3ra fizikaI dan mentaI semasa saya tumpang berpantang di rumah ibu bapa saya selama 10 hari. Ibu saya menyuruh saya mandi air sejuk semasa baru 5 hari bersalin!

#Foto sekadar hiasan. Saya menulis di sini sebagai baIasan kepada Confessor yang mempunyai pengalaman hitam semasa membesar. Dapat layanan berbeza, pilih kasih, m4ngsa ibu ayah ketika dulu. Saya ingin sekali membaIas melalui komen tapi apa yang saya tuliskan mungkin agak panjang dan sensitif.

Jadi saya menulis menerusi baIasan artikel sahaja. Saya perkenalkan diri saya serba sedikit, anak kedua, berumur 30 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Apabila saya membaca tulisan Nurul, hati saya sedikit terkesan dan d4da rasa sempit. Kerana apa?

Kerana saya pernah merasakan situasi seperti Nurul. Semasa saya masih kecil, saya tak sedar apa yang ibu saya lakukan sebagai melihat ibu saya sebagai seorang yang abus1ve mentaIIy dan physicaIIy. Malahan pandai bermuka – muka.

Saya mengatakan pandai bermuka – muka kerana perlakuan yang melibatkan ke4akitan fizikaI hanya berlaku ketika ayah saya tiada. Apabila ayah pulang dari kerja, ibu saya akan berlagak biasa dan melayan saya dengan baik.

Pabila berada di rumah, semua perlakuan saya, semua kerja rumah yang saya lakukan tak pernah kena di mata dia. Masakan saya tak menetapi cita rasanya. Layanan beliau terhadap kami sesama adik beradik juga sangat berbeza.

Yang sulung sentiasa dimanjakan, sentiasa dapat apa yang dihajati walaupun pelajaran agak corot. Yang bongsu juga begitu. Saya yang tengah memendam rasa. Semasa kecil saya pernah dibaling kasut oleh ibu kerana membiarkan adik berbuat sesuatu yang agak bahaya semasa ibu sedang tidur.

Saya dipersalah kerana saya tidak menjaga adik sedangkan umur saya belum pun 10 tahun pada masa itu! Apalah yang ada di fikiran budak seusia saya ketika itu untuk diletakkan kesalahan tersebut? Saya masih ingat salah satu mentaI t0rture yang pernah berlaku kepada saya, semasa saya ke sekolah untuk ambil keputusan PMR, saya mendapat keputusan 4A 4B.

Sungguhpun keputusan kurang memberangsangkan, saya sangat teruja untuk memberitahu ibu saya. Saya sanggup beratur di telefon awam dan sebaik sahaja saya maklumkan kepada beliau, beliau hanya menjawab “Oh yeke. Anak jiran kita si polan dapat 7A!” .

Tiada sebarang ucapan tahniah atau penghargaan langsung. Allahu. Sehingga hari ni ini, 15 tahun telah berlalu tapi masih berbekas di hati. Lanjutan dari itu, zaman remaja saya penuh dengan pember0ntakan. Semuanya kerana kurang kata – kata moral daripada seorang yang bernama ibu dan saya merasakan hanya dengan member0ntak sahajaIah suara hati saya boleh didengari.

Saya bukanlah ‘anak favourite’ malah kelebihan saya dalam bidang akademik berbanding adik beradik yang lain langsung tidak dihargai. Syukur alhamdulillah, setiap hujung terowong yang gelap pasti ada sinar cahaya. Suami saya hadir dalam hidup saya.

Beliau sangat penyayang dan menerima saya seadanya. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membaIas setiap kebaikanmu, suamiku. Selepas kami berkahwin, suami bawa saya tinggal di ibu kota. Beliau pernah menyuarakan mengapa saya sendiri jarang – jarang mengajaknya pulang ke kampung walaupun jarak agak dekat?

Saya ceritakan kepadanya dengan penuh sebak. Sepertinya dia tidak percaya kerana siapa yang akan percaya seorang ibu sanggup berbuat begitu? ‘Rezeki’ suami saya dapat menyaksikan peristiwa saya did3ra fizikaI dan mentaI semasa saya tumpang berpantang di rumah ibu bapa saya selama 10 hari.

Ibu saya menyuruh saya mandi air sejuk semasa baru 5 hari bersalin! Katanya saya bersalin secara c-zer dan nampak dah kuat. Ya memang saya nampak dah kuat. Sebab saya perlu kuat untuk hantar anak saya setiap hari untuk ambil d4rah di kIinik akibat j4undis.

Saya nampak kuat kerana saya perlu kuat untuk hadapi mer0yan setiap malam apabila setiap kali terjaga dari tidur saya lihat muka anak saya seperti patung ‘Chucky’. Akibatnya, saya terus bungkus barang – barang untuk pulang dan tidak lagi meneruskan tempoh berpantang di sana.

Sangka saya berpantang dengan ibu sendiri merasa dimanja, sebaliknya yang berlaku. Mujur Allah berikan saya mentua yang sangat memahami sepertimana juga suami saya (Semoga Allah merahm4ti Mak sentiasa). Dia tahu apa yang berlaku dan sangat kecewa lantas menawarkan saya untuk berpantang di rumahnya.

Saya berpantang selama dua minggu di rumahnya dan dijaga dengan sangat baik. Baki tempoh berpantang saya berpantang sendiri di rumah. Biarpun dihalang oleh mertua dan lelah mengurus anak dan diri sendiri, saya berpuas hati kerana saya sendiri yang membuat keputusan tersebut.

C4baran terkini saya hadapi ialah untuk mengawal diri saya daripada melakukan perkara yang sama terhadap anak saya. Ya, saya menjadi sangat berpotensi untuk mengulang apa yang dilakukan oleh ibu saya kepada saya sekiranya saya tidak berjaya mengawal diri! Astagfirullah. Maafkan ibumu wahai anakku.

Lihatlah betapa terkesannya keperibadian kita akibat dari tr4uma em0si. Selepas semua yang berlaku ini pun, saya tetap memaafkan ibu saya. Malah setiap bulan saya dengan konsisten mengirimkan wang perbelanjaan.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan kepada Ibu atas setiap kebaikan Ibu terhadap saya dari kecil hingga dewasa. Saya tetap cuba berlagak seperti biasa walaupun setiap detik ada momen – momen dan kata – kata darinya yang berbekas di hati.

Nasihat saya kepada confessor, carilah pekerjaan. Keluarlah dari rumah (menyewa). Dan semoga awak bertemu jodoh yang baik. Yang boleh bawa awak pergi jauh. Bak kata orang, jauh bau bunga. Dekat bau t4hi. Mungkin kita ditakdirkan untuk berbakti dan mendoakan dari jauh.

Semoga perkongsian saya serba sedikit memberi kita kesed4ran dalam menjaga perlakuan dan tindakan kita sebagai ibu bapa. Derh4ka anak kepada Ibu Bapanya. Derh4ka Ibu Bapa kepada ALLAH kerana tidak menjaga amanah sebaik – sebaiknya. – Saya Pun Nurul

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.