Paksu tak tahu per4ngai jahat ayah. Bila kant0i segalanya, paksu buang semua barang ayah luar rumah

Bila nenek atok beIah ibu meninggaI, ayah mula malas kerja. Semua ibu yang tanggung. Pernah sekali ayah kata dia kerja, pergi pukuI 7 balik pukuI 12 tapi rupanya ayah melepak dekat rumah mak dia. Bila ibu datang ser4ng, nenek sebeIahkan ayah. Waktu tu la ayah naik tangan dekat ibu, sambil disorak oleh keluarga ayah…

#Foto sekadar hiasan. Aku merupakan anak kedua dari enam adik beradik. Aku dibesarkan oleh seorang wanita besi yang kini hidup bahagia disamping anak – anaknya dan tanpa seorang lelaki yang bergelar suami. Ibu berkahwin dengan ayah atas dasar cinta.

Bercinta dari zaman sekolah, bertunang dan berkahwin. Ibu merupakan anak ketua kampung yang dihorm4ti dan disegani di kampungnya. Berbeza dengan ayah, dia merupakan anak pemilik kedai runcit yang terkenal dengan mulutnya yang lancang dan suka menabur fitnah.

Pada mulanya keluarga ibu men3ntang kerana takut sesuatu yang tidak baik akan menimpa ibu, tetapi kerana cinta yang begitu kuat, ibu berjaya melembutkan hati atok dan nenek. Ayah mempunyai lapan orang adik beradik, lima orang perempuan dan tiga orang lelaki.

Adik beradik perempuan ayah mew4risi mulut lancang ibu mereka. Sejak dari kecil, kami dibesarkan dalam keluarga dua dunia. Budi bahasa keluarga beIah ibu memang tidak boleh disangkal lagi, sentiasa menjadi buah mulut orang kampung.

Nenek terkenal sebagai seorang yang merendah diri dan tidak pernah mengumpat orang lain. Berbeza dengan keluarga beIah ayah, perkataan yang tidak baik sentiasa keluar dari mulut mereka. Bahasa mereka kasar dan kesat.

Sepupu yang sebaya dengan aku pun dah mula mencarut b*b* dan b*d*h seawal usia empat tahun. Mereka memanggil ayah aku dengan nama, bukan dengan gelaran pakcik atau Pak Lang. Adik beradik ayah tinggal berdekatan, rumah mereka di dalam satu tanah yang sama kecuali anak – anak lelaki.

Pak Long tinggal jauh, di ibu kota. Walaupun jauh, isteri Pak Long sentiasa dijadikan modal bahan umpatan oleh adik – adik iparnya. Pak Ngah pula tinggal di Bandar, dan sama juga ada sahaja yang tidak kena dengan isteri Pak Ngah.

Sekarang mereka dalam proses cerai kerana isterinya meminta fasakh. Yang paling jahat, keluarga beIah ayah menyokong mereka bercerai dan mencarikan perempuan lain untuk Pak Ngah. Tetapi Pak Ngah enggan, kerana hidupnya berg4ntung kepada isteri.

Tapi dalam enggan, kerap juga aku bertembung Pak Ngah mengusung perempuan tu ke sana ke mari. Mungkin dia tak nak lepaskan Mak Ngah, tapi tetap gatal nak berbini dua walaupun diri sendiri tak ada duit. Bila diceritakan kebaikan yang pernah Mak Ngah tabur selama ni, keluarga ayah mengatakan itu dahulu.

Sekarang semuanya mereka boleh lakukan sendiri. Begitu angkuh sekali jawapan mereka. Mak Ngah kata dia pun dah pencen, anak – anak pun dah besar. Dia malas nak bela biawak hidup seperti Pak Ngah. Dia dah bina rumahnya di kampung kelahirannya dan berhasrat menghabiskan sisa hidup di sana.

Malu untuk bercerai di usia senja bukan alasannya untuk terus hidup dengan Pak Ngah. Anak – anak pun dah pandai menilai yang mana baik dan buruk. Mak Ngah kata ibu aku merupakan sumber kekuatannya dan aku tau kawan baik ibu hanyalah Mak Ngah dan keluarganya.

Berbalik pada kisah keluarga kami, kami tinggal di rumah nenek sebeIah ibu. Semasa nenek dan atok hidup, merekalah yang banyak menyara aku dan adik – adik. Ayah hanya membayar motor dan kereta, selebihnya dihabiskan membeli nombor ekor.

Selepas nenek dan atok meninggaI, ayah mula malas bekerja. Ibu lah yang menyara kami adik beradik dan terp4ksa membuat kerja part time. Selama ni ayah bekerja atas dasar tak nak malu depan atok dan nenek. Ibu juga kerap jadi m4ngsa kaki tangan oleh ayah jika ibu meminta ayah bekerja.

Pernah satu hari jadi perg4duhan besar sehingga melibatkan keluarga beIah ayah. Ayah yang sememangnya anak emak, memanggil nenek ketika dia berg4duh dengan ibu. Hasilnya teruk ibu dibantai di depan ahli keluarga ayah yang lain sehingga jiran turut masuk campur.

Nenek hanya mendengar kata ayah sahaja, dan langsung tidak memihak kepada ibu yang teruk dibantai. “Abang kalau tak nak kerja, tolonglah saya buat kerja rumah. Tolong basuh baju ke, basuh pinggan. Saya penat tau.”

Masih terngiang – ngiang lagi ayat tu di telinga aku, dan itulah sebab ibu dibeIasah teruk oleh ayah pada malam itu. “Dah lah kak, cukup – cukuplah bela anak – anak akak yang tak berguna ni. Cukup – cukuplah caci, m4ki, mengumpat, buat fitnah sana sini dekat menantu.

Korang ni yang perempuan (sambil menuding jari pada dua makcik aku), memang tak ada perasaan ke? Abang korang yang per4ngai macam s*tan ni beIasah bini dia depan korang, korang takde rasa apa ke? Memang tak ada hati perut ke?

Ni tengok budak – budak ni, menangis tengok ibu dorang kena pukuI. Korang biar je? Langsung tak peduli pasal budak – budak ni kan? Satu keluarga hati bangkai. Memang lambat m4ti keturunan macam ni!” Ayat dari Mak Nab, jiran sebeIah rumah nenek beIah ayah.

Mak Nab memang dah lama memendam rasa kerana nenek selalu memfitnah dia dan anak – anaknya. Anak – anak Mak Nab berjaya, kereta besar – besar. Nenek fitnah mereka menjalankan kerja yang tak elok di ibu kota.

Anak Mak Nab yang kedua, terang – terang pernah keluar tv untuk memberi nasihat tentang perubatan dan kesihatan. Tapi entah, mata dan telinga si pemfitnah ni memang pekak agaknya. Tetap menegakkan benang yang basah.

Selepas dari kejadian tu, Mak Nab memang dibenci dan diboikot oleh keluarga nenek. Tapi Mak Nab orang surau, orang pun tahu mulut nenek memang jahat. Segala fitnah yang dilemparkan tidak menjadikan Mak Nab dibenci orang kampung pun.

Ibu pula memfailkan fasakh tetapi ketika proses kaunseling, ayah berjanji akan berubah. Sebulan ayah bekerja dan selepas tu kembali kepada per4ngai asal. Dia menipu ibu mengatakan dia bekerja. PukuI 7 pagi dia keluar, pukuI 12 dia balik ke rumah.

Dari pukuI 7 sampai 12 dia ke mana? Dia duduk rumah nenek. Ini pun kant0i sebab ibu ternampak kereta ayah di halaman rumah nenek ketika mengambil aku dari sekolah. Masa tu aku demam, ibu ambil aku untuk dibawa ke kIinik.

Ibu masuk ke rumah nenek dan berlaku lagi perg4duhan. Nenek seperti biasa, membela ayah dan mengatakan setakat RM900 sebulan dia boleh bagi. Ayah yang berang kerana diser4ng tiba – tiba mula mengangkat tangan pada ibu.

Aku berlari ke rumah Mak Nab dan meminta pertolongannya, tetapi Mak Nab enggan. Mak Nab hanya membantu aku menelefon Paksu, iaitu adik ibu yang bongsu. Perg4duhan mereka dileraikan oleh pelanggan nenek yang datang ke kedai.

Lupa aku nak bagi tau, kedai runcit nenek di depan rumah. Kedai runcit kampung yang kebanyakan penduduk datang untuk membeli minyak motor atau ketika terdesak. Malam tu Paksu balik dan mem4ksa ibu ke rumah nenek.

Lepas kejadian siang tu, ayah tak balik rumah. Paksu meng4muk dan perg4duhan tu turut disertai oleh makcik – makcik aku yang lain. Terjerit – jerit mereka bila Paksu naik angin. Paksu beIasah ayah dan baling ayah dengan kerusi.

Ayah mengugvt untuk melaporkan pada polis. “Report je, biar kita sama – sama masuk penjara. Aku sebab beIasah kau, dan kau sebab beIasah kakak aku.” Itu ayat Paksu bila diugvt oleh ayah, sebenarnya semua adik beradik ibu tahu tentang per4ngai ayah, dan aku boleh kata adik beradik ibu yang banyak menyara kami dari segi makanan dan persekolahan.

Hanya Paksu yang tidak tahu kerana per4ngai panas barannya dan ibu merupakan kakak kesayangannya. Balik dari rumah nenek, Paksu mengemas semua barangan ayah dan dilemparkan ke luar rumah. Ibu juga sudah tawar hati.

Ayah masih enggan menceraikan ibu dan proses bercerai juga mengambil masa yang lama. Dari proses penuntutan fasakh sehingga soal harta sepencarian kerana ibu dan ayah ada membeli kereta dan rumah bersama. Aku rasa lebih kurang setahun baru selesai kerana ayah tidak memberikan kerjasama yang baik.

Semuanya berpihak pada ibu dan ibu dikehendaki membayar bahagian ayah walaupun secara dasarnya semuanya duit ibu. Alhamdulillah adik beradik ibu banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral. Selepas bercerai, ibu masih dijadikan bahan caci dan m4ki keluarga beIah ayah walaupun perkara ni dah 10 tahun berlalu.

Ayah masih lagi menjadi biawak hidup dan menumpang hasil keluarganya. Kedai runcit tu sekarang adik perempuan dia yang uruskan. Nenek dah tak larat tapi mulut masih lagi laju. Kalau ajak mengumpat terus je sihat.

Tiada seorang pun yang berubah dalam keluarga ayah terutama sekali adik – adik perempuannya. Aku boleh kata semuanya mew4risi mulut jahat nenek. Hanya Pak Long sahaja yang okey dan selepas bercerai pun Pak Long ada menziarahi kami sekeluarga.

Pak Long meminta maaf kepada ibu atas perbuatan keluarganya. Nasib Pak Long baik sebab dia duduk jauh, jadi isterinya terselamat dari keluarganya. Cuma nak elakkan untuk jadi bahan umpatan, aku rasa tunggu mereka m4ti dulu baru semuanya senyap.

Menantu lelaki pun ada yang mengundurkan diri. Makcik aku dig4ntung tak bertali. Menantu lelaki yang masih kekal, aku boleh ucapkan tahniah kerana kekal bersabar. Kami adik beradik ada je hulur duit dekat ayah, cukup untuk sara diri dia selama sebulan. Aku perempuan, kelak aku akan mencari dia juga dan macam mana pun kami tetap berbin dan bin kan dia.

Aku dah maafkan perbuatan ayah dekat kami dan halalkan segala nafkah yang tak tertunai, cuma kemaafan untuk keluarga dia masih lagi tiada. Apa yang mereka lakukan pada ibu cukup memberi kesan buat kami. Tapi kami tak putvskan tali persaud4raan.

Masih lagi berkunjung semasa hari raya dan tetap menghulur duit pada nenek. Tapi setakat tu sahaja, tidak berlebih – lebih. Aku juga sentiasa doakan Mak Ngah dipermudahkan segala urusan dan dibebaskan dari belenggu keluarga ayah.

Aku juga mohon doa dari pembaca semoga keluarga ayah insaf dan mendapat keampunan dari insan yang mereka s4kiti. – Cucu Leha (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Anum Hermy : Inilah masalah berlaku bila 2+2 jadi 5. Benda tidak dibetulkan dari awal sehingga menjadi perkara normal Dalam keluarga.. merebak ke per4ngai anak cucu. PukuI memukuI, tiada adab, komplain sana sini, perlekehkan orang lain sudah menjadi perkara biasa. Aura negative bert0ksik boleh merebak. Semoga dijauhi dari manusia begini!

Indra Putra : I memang takkanlah nak peduli ke 1 puak dalam keluarga. Sebab yang sama. Kalau ada majlis apa – apa, jadi plastik sedetik dua dan blah. Minta tolong apapun lantak koranglah.

Muhd Faris Zahri Shah : Sebenarnya banyak je kes macam ni dalam masyarakat kita. Tapi akhirnya jadi kes terpencil. Nasib baik support system ibu tt kuat.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.