Bila anak – anak buat hal dekat rumah, dia akan call aku suruh balik jugak. Aku ni kerja dekat balai, boss pun dah sound sebab selalu balik. Ada masa, isteri suruh bawa anak aku pergi balai..
#Foto sekadar hiasan. Salam admin dan pembaca – pembaca, aku sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak. Entahlah, kadang – kadang hidup berumahtangga ini banyak sangat dugaan. Sepanjang hidup bersama dengan isteri, kurangnya rasa bahagia itu.
Tiap hari berg4duh dengan isteri aku. Bukan nak burukkan dia tapi aku memang dah tak tahan dengan per4ngai dia. Sukar untuk dibawa berbincang. Kalau ada masalah dalam keluarga, aku kalau boleh nak selesaikan cara baik dan tak nak panjangkan masalah itu.
Tapi isteri aku pula suka ambil hal itu berat dan marah – marah. Tak boleh nak dengar nasihat aku pun. Lagi satu, dia jenis queen control. Bukan kawal dari segi duit tapi dari segi membuat keputusan. Kadang – kadang aku rasa str3ss sangat.
Contohnya, aku balik kerja syif malam, jadi balik kerja aku memang nak kena rehat tapi isteri aku tak suka. Dia nak aku kemas rumah sebersih – bersihnya, uruskan hal rumah sebab dia tak suka rumah kotor. Sebab isteri aku ini pembersih orangnya.
Aku tak kisah kalau nak tolong mengemas atau nak urus anak – anak, tapi semua dia nak sempurna. Kita ini manusia biasa, tak ada siapa yang sempurna pun. Isteri aku kerja sebagai jururawat. Tiap hari pergi dan balik aku yang hantar sebab dia tak reti memandu.
Aku ada nasihatkan dia supaya belajar memandu, tapi dia tak nak sebab takut. Jadi aku tak kisahlah. Tak boleh nak p4ksa juga. Cuma kalau ada apa – apa hal berlaku nanti, itu yang buat aku susah hati. Kalau aku cakap, tak pernah dia nak dengar. Semuanya silap aku saja.
Lepas itu, kalau masa aku kerja, dia dengan anak – anak duduk di rumah. Ada saja perkara berlaku. Kalau dah berlaku hal di rumah, dia akan telefon aku suruh balik sebab dia tak dapat nak urus anak – anak kami yang kadang – kadang nakal.
Aku terp4ksa juga balik. Kalau tak, dia meng4muk. Dah la aku kerja dalam badan beruniform, mana boleh sesuka hati nak balik. Aku dah bagitahu situasi sebenar kepada isteri aku, tapi dia tetap juga tak faham. Sampai bos pun marah dan tak suka aku balik kerana hal – hal peribadi.
Kadang – kadang kalau tak ada orang jaga anak sebab masing – masing bekerja, dia akan suruh aku bawa anak aku dua orang itu ke balai. Kalau sekali – sekala, tak apa. Tapi ini hampir tiap minggu. Bos aku pun dah sound. Aduh…
Aku dah minta izin isteri untuk hantar anak ke taska buat sementara waktu sementara dapatkan pengasuh. Lagi satu masalah, isteri aku tak pernah nak balik kampung aku. Dia lebih gemar balik kampung dia sendiri saja.
Alasannya sebab rumah aku kotor. Kadang – kadang aku segan sebab orang kampung selalu tanya kenapa isteri dan anak – anak aku jarang balik. Jadi aku cover lah, bagitahu saja isteri aku sibuk kerja. Dalam lima tahun hidup bersama, cuma dua kali saja dia balik kampung aku.
Keluarga aku rasa terkilan sangat dengan per4ngai isteri aku. Aku dah banyak mengalah dan aku langsung tak ada hak untuk buat keputusan. Semua kena ikut kehendak dia saja. Aku benar – benar tertekan sekarang. Nak kata aku ini baik sangat, tak juga.
Tapi aku rasa aku dah jalankan tanggungjawab secukupnya pada isteri dan anak – anak aku. Semua aku tunaikan. Memang dalam diam aku makan hati dengan isteri aku sebab hari – hari kena m4ki hamun dia kalau dia dah marah.
Sekarang ini, ada seorang kawan baik isteri aku yang tumpang kereta kami kalau turun kerja. Kawan isteri itu ibu tunggal. Tapi dari pemerhatian aku, dia seorang yang baik budi bahasa, sopan, dan bahkan isteri aku selalu puji kawan dia itu. Memang aku tak nafikan dan dalam diam, aku pula simpan perasaan pada kawan baik isteri aku itu.
Aku tahu mesti korang ingat aku gatal ke apa. Tak kisahlah sebab masalah rumahtangga, aku jadi macam ini. Hati dah berubah. Tapi aku tak pernah luahkan pada isteri aku pasal perasaan aku itu. M4mpus aku nanti. Mesti kena kaw – kaw punya. Aku tetap jalankan tanggungjawab aku juga.
Isteri aku tak cantik. Dulu masa kahwin dengan dia, aku fikir macam ini… Biasalah, kalau perempuan tak cantik, tak memeningkan kepala aku. Tapi ini terbalik pula. Malah m4kin teruk jadinya. Kalau ikutkan, aku boleh dapat perempuan jauh lebih baik dari dia.
Semua kawan – kawan aku cakap macam itu. Bahkan keluarga aku sendiri. Sebab hanya orang yang mengalami masalah macam aku saja tahu macam mana siksanya aku hadapi semua ini. Duit gaji aku pun aku serahkan pada isteri sebab dia yang nak uruskan bajet belanja aku.
Jadi tiap pagi, aku akan minta RM10 atau RM20 untuk wang saku. Polis tak boleh bawa wang saku banyak – banyak. Lagipun cukup lah itu untuk aku makan. Lagipun aku bukan jenis kuat makan sangat. Nak makan pun tak ada selera dengan masalah yang menekan aku.
Pagi ini macam biasa aku bangun awal, siapkan kerja rumah. Semalam pun berg4duh dengan isteri aku. Pasal benda kecil saja. Pasal aku tak sempat simpan mainan budak – budak itu dalam bakul. Jadi aku diam saja. Mulalah dia prov0ke aku macam – macam. S4kit hati, Tuhan saja yang tahu. Tapi aku diam saja. Buat tak tahu saja sebab malas nak dengar bebelan dia dan sikap ego dia yang tak sudah – sudah.
Aku cakap elok saja yang aku tak sempat nak siapkan kerja rumah itu semua sebab kebetulan ada jiran minta tolong semalam sebab ada jiran yang meninggaI. Hidup ini kan kena tolong menolong. Tak sedaplah sampai jiran pun ketuk pintu nak bagitahu berita sedih, tapi kita buat tak tahu saja.
Jadi memang tak sempatlah aku nak siapkan semua kerja rumah itu. Benda kecil saja sebenarnya. Aku semalam sikit lagi nak menjerit, tapi tahan juga hati. Tarik nafas dalam – dalam. Lepas itu isteri pula hempas – hempas pintu.
Aku pergi tanya dia kenapa marah – marah saja selalu. Kalau ada masalah, share lah dengan aku. Dia terus saja melenting cakap aku ini suami tak guna. Dia siap banding – banding aku dengan lelaki lain. Entah lelaki mana. Aku cakap dengan dia yang aku ada kelemahan juga.
Aku dah usaha untuk jadi suami yang terbaik untuk dia. Tapi dia terus saja blah dan bawa anak – anak tidur. Aku buntu tau tak dengan sikap dia. Entah apa lagi dia nak. Aku bila tidur tengok muka anak – anak aku, aku akan mengalirkan air mata.
Aku sayang sangat dengan anak aku dua orang itu. Tengok muka mereka… Masih kecil lagi. Kerana dua orang permata hati itu buat aku bertahan dengan isteri aku sekarang ini. Bukan mudah. M4kin hari aku jadi m4kin pendiam.
Di sinilah tempat aku luah perasaan. Tak tahu nak mengadu dengan siapa. Tapi niat di hati ini nak sangat contact dengan kawan baik isteri aku itu. Tapi aku tahu tinggi risikonya. Terus terang aku katakan aku dah taw4r hati dengan isteri aku sebab tiap hari ada saja kesalahan aku yang dia nampak.
Aku memang tak perfect. Ada buat silap. Tapi aku memang tak pernah curang sekalipun pada dia sepanjang perkahwinan kami. Aku tengok juga cermin, reflect kesilapan aku yang mungkin meny4kitkan hati isteri. Tapi kesalahan aku buat kecil – kecil saja.
Kenapa dia tak pernah nak hargai apa yang aku buat selama ini? Kenapa suka sangat nak ungkit kesalahan aku? Kesalahan itu macam lah aku ada buat jen4yah besar… Berz1na ke apa. Padahal benda – benda itu aku tak pernah buat dan tak terlintas pun.
Aku tengok isteri – isteri kawan aku sayang dengan suami, respect dengan suami. Cakap elok – elok dengan suami. Tapi aku… Tak ada pun dapat layanan itu dari isteri. Malah dih1na, dim4ki hamun. Kadang – kadang maIukan aku depan kawan – kawan.
Hati ini dah h4ncur sangat sebenarnya. Yang tinggal hanya sisa – sisa cinta saja dan atas dasar tanggungjawab. Tolong bantu aku. Aku selalu rindukan kawan baik isteri itu. Tolong beri aku nasihat. Aku benar – benar tersepit sekarang.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.