Masa aku mengandung, suami kerap cerita tentang rakan sepejabatnya, Liana. Hingga suatu hari masa aku sedang berp4ntang, suami luahkan hasrat nak kahwin dengan Liana. Dia kata dalam Islam poIigami dibenarkan dan tak perlu minta kebenaran isteri untuk kahwin lain. Malah aku sendiri cakap tak kisah dulu..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, terima kasih admin jika confession disiarkan. Aku Aminah (bukan Nama sebenar), awal 30-an, sudah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan anak lelaki seorang. Straight to the point, aku risau dimadukan. Masa aku mula – mula nak kahwin dulu, aku cakap dengan bakal suami yang aku tak kisah dimadukan, asalkan aku kenal dan boleh kawan dengan bakal madu aku.
Jujurnya masa tu aku tak rasa dia akan buat, sebab dia lebih sayangkan aku dari aku sayangkan dia pada waktu tu. Aku tahu, apa yang aku cakap tu sangat b0doh. Aku bagitahu korang kenapa.. Dipendekkan cerita, masa aku mengandung anak pertama kami, aku ada perasan yang dia kerap sebut nama rakan sepejabat dia, Liana (bukan nama sebenar). Aku pernah jumpa Liana, bersalam laga pipi gelak – gelak lagi, dia orang yang baik pada mata aku.
Muka pun manis, senang citer boleh buat kawan. Masa suami sebut nama Liana, selalunya untuk cerita tentang kerja mereka yang sering terp4ksa buat kerja sekali, sebab mereka berlainan jabatan. Aku mula rasa tak sedap hati bila dia mula cerita personal details, isu atau masalah yang Liana sedang hadapi dengan rakan sekerja, atau masalah keluarga Liana. Aku pernah tanya dia, “abang suka Liana ke?” Dia terdiam.
Dia cakap, “suka, tapi suka macam kawan je la.” Aku puas hati dengan jawapan tu dan tak tanya lagi. Sepanjang aku mengandung, memang kerap muncul nama Liana dalam perbualan kami, dan dia agak bersemangat bila sembang tentang Liana. Aku dah rasa tak sedap hati, mungkin naluri seorang isteri kot. Tapi aku cuba untuk fikir positif, dia hanya nak jadi kawan yang baik pada Liana.
Tapi…… Kan tak manis suami orang selalu berkepit dengan anak d4ra? Hmmmmmm.. Aku diam je, taknak melayan perasaan, sebab pikir ni h0rmon mengandung ni, saja nak kacau em0si aku. Sebab sepanjang aku mengandung memang suami layan aku baik je, apa yang aku ngidam dia carikan, bila aku tak larat masak dia akan masak atau beli bekal, bila badan s4kit – s4kit dia akan tolong urutkan. Memang loving husband.
Suami kerja di Kuala Lumpur, kampung aku di selatan tanah air. Jadi masa p4ntang, aku dijaga oleh Mak aku. Suami ambil cuti seminggu, untuk jaga aku dan anak kami kemudian terp4ksa kembali bekerja. Kami sangat gembira dengan kelahiran anak kami, memang comel dan sempurna rezeki Allah ni. Suami akan balik setiap 2 minggu, dan ambil cuti sampai 4 hari setiap kali dia balik untuk tengok aku dan anak.
Sebelum dia naik bas dari KL pada trip dia yang kedua, dia message aku dan cakap ada benda nak bincang bila sampai nanti. Aku pun happy la, sebab ingat dia nak plan honeymoon trip ke, nak suruh aku pilih hadiah apa aku nak sebab lahirkan anak dia ke, hehe. Jadi masa dia sampai rumah dan sedang berehat, aku tanya dia, “abang nak bincang apa dengan ayang?” Sambil senyum – senyum.
Dia cakap petang nanti kita keluar rumah jap, bincang kat luar. Masa ni aku 50/50, nak rasa happy ke atau nak rasa debar? Kami pun keluar petang tu, jalan – jalan kat shopping mall beli barang baby sikit. Masa tu aku baru habis pantang 45 hari, sebab tu boleh keluar. Masa dalam kereta aku tanya dia, “haa ape abang nak bincang dengan ayang?” Dia diam, kemudian kata, “abang rasa abang dah sayang sangat kat Liana, dan abang nak kahwin dengan dia.
Macam mana, ayang setuju tak?” Aku ingatkan dia main – main masa tu. “Abang serius ke? Kenapa abang kata abang sayang dia?” Dia diam lepas tu berkata, “abang nak tolong dia. Dia perIukan pertolongan abang.” Kemudian dia cerita panjang lebar kenapa. Aku terkedu. Dalam kepala Aku fikir, is this really happening? Aku baru je melahirkan anak dia, dia pikir nak kahwin lain?
Dunia aku kelam, aku menangis sambil dakap anak kami. “Sampai hati abang buat ayang macam ni. Tak cukup ke ayang seorang? Apa kekurangan ayang? Bagitau ayang, ayang boleh berubah.” Kemudian dia kata, “ayang tak kurang apa – apa, abang sayang ayang. Tapi abang sayang Liana juga. Abang dah bagitau hasrat abang nak kahwin dengan Liana, tapi hanya kalau ayang terima.
Ingat tak ayang pernah bagitau abang dulu yang ayang tak kisah kalau abang kahwin lain?” Gelap dunia aku. Padan muka kau, sendiri jer4t diri. Kami tak sambung berbincang sebab aku menangis teruk, dan kami nak kena balik rumah Mak aku masa tu. Dia minta aku fikirkan permintaan dia, dan jangan bagitau family aku. Lepas 4 hari bercuti, dia pun pulang ke KL.
Dan sepanjang aku di kampung memang aku kadang – kadang menangis. Aku bersyukur aku tak mer0yan. Rumah mertua aku di melaka, jadi bila tempoh 3 bulan tamat, suami aku datang untuk bawa aku pulang ke KL, dan kami singgah di rumah mertua. Aku terp4ksa berlakon yang aku happy dan normal, sedangkan hati aku s4kit pada waktu tu Allah saja yang tahu.
Kami tidur 2 malam di rumah mertua, malam pertama lepas baby dah tidur dan suami pun tidur, aku ambil handphone suami dan baca WhatsApp message dengan Liana. Tiada kata – kata cinta, banyak hal – hal kerja. Tapi aku jumpa juga beberapa message sweet, dan juga perbincangan tentang masa depan mereka, dan hati aku r3muk.
Aku double check tarikh dan waktu dia message dengan Liana, adalah sama dengan waktu dia message dengan aku masa aku di kampung. Aku menangis weih. Aku save no phone Liana, kemudian aku WhatsApp dia dan perkenalkan diri. Aku cakap, aku tahu dia seorang perempuan yang baik, tapi aku tak cukup kuat untuk bermadu, berkongsi suami.
Aku baru melahirkan anak, kena kongsi suami dengan anak, aku tak cukup kuat untuk kongsi dengan madu. Dia tak habis – habis minta maaf kat aku, dan cakap memang dia tak nak kahwin dengan suami aku sebab dia taknak kifarah. Dia kata dia minta maaf keluar makan dengan suami, minta maaf sebab mungkin sebab dia banyak kongsi peribadi dia dengan suami sampai suami terjatuh hati pada dia.
Dia tak sayang pun suami aku, cuma sebab suami aku banyak mendengar cerita dia jadi hati dia terlembut sikit kat suami aku. Aku bagitau dia, suami aku memang sayang dia, sebab aku boleh nampak dalam mata suami aku. Dia sayang Liana sama banyak macam dia sayang aku. Aku pernah cakap kat suami aku, “kalau abang nak kahwin dengan Liana, abang ceraikan ayang.” Dia tak nak, dia kata dia sayang aku dan anak, tapi dia sayang Liana juga.
Dia bagitau, dalam Islam poIigami dibenarkan dan tak perlu minta kebenaran isteri untuk kahwin lain, tapi atas dasar sayang pada aku, dia bagitau aku hasrat dia untuk kahwin lain. Memangla betul, tapi hati ni masih s4kit. Sejujurnya dia seorang suami yang baik, aku rasa dia boleh berlaku adil sekiranya beristeri dua, tapi aku tetap ada perasaan risau, kalau dia tak adil nanti macam mana aku dan anak – anak nak hidup?
Dipendekkan cerita, Liana tolak lamaran suami aku, dan berkahwin dengan lelaki lain tak lama lepas tu. Masa aku tahu, aku rasa aku wanita paling bahagia di dunia, tapi pada masa yang sama aku rasa kasihan kat suami aku. Orang yang dia sayang kahwin dengan lelaki lain. Aku minta maaf kat dia, disebabkan keb0dohan aku mengeluarkan statement yang aku tak kisah bermadu, dia memberikan hati dia pada seorang perempuan yang telah mengh4ncurkannya.
I’m sorry Bie. Aku tarik balik statement aku. Dia banyak diam bulan tu, bila di rumah dia banyak luangkan masa dengan anak kami, atau mendengar muzik di headphone. Lepas sebulan dua, baru keluarga kami menjadi seperti sediakala. Dia kata, dia minta maaf sebab buat Aku str3ss masa dalam p4ntang, buat aku menangis. Dia kata lepas ni dia simpan je lah semua perasaan dia dalam diri. Hmmmmmm..
Anak kami dah hampir 3 tahun sekarang dan aku sedang mengandung anak kedua. Aku jadi risau balik, sebab kebelakangan ni suami aku kerap menyebut nama rakan sekerja dia, kali ni Huda (bukan nama sebenar). Huda ni janda anak 2, lebih berumur dari suami. Again, atas faktor kerja mereka perlu bekerjasama untuk menggalas tugas yang diberikan.
Kadang – kadang perlu outstation jumpa clients, bukan berdua tapi dengan beberapa rakan sepejabat yang lain juga. Cuma ye lah, bila kerja luar, bukankah kita akan lebih mengenali seseorang? Aku selalu dengar nama Huda, tapi aku hanya pernah jumpa dia sekali. Aku tak berapa berkenan dengan dia, tapi tu sebagai first impression je.
Mungkin Huda seorang yang baik? Aku tak tahu nak kata kalau suami aku jatuh hati kat Huda atau tak, aku cuma risau. Aku risau, kalau dia minta untuk kahwin lain. Korang semua berdoalah semoga dia tak sayang Huda macam dia sayang Liana dulu, berdoalah dia hanya sayang aku dan anak – anak, berdoalah kalau betul aku dimadukan nanti aku boleh jadi kuat.
Aku tak tahu sama ada aku rela dimadukan, tapi kalau ia tertulis sebagai takdir aku, aku terp4ksa terima. Doakan yang baik – baik untuk aku dan anak – anak. Doakan aku tak mer0yan time p4ntang nanti. Terima kasih semua. – Aminah
Komen Warganet :
Nani Nik : Asyik terpik4t dengan teman sekerja aje, bah4ya suami puan ni, lebih baik puan berbincang dengan ahli keluarga puan berkaitan perkara ini, perkara ini puan tidak boleh tanggung seorang diri, InsyaAllah keluarga puan (bukan keluarga suami) ada cara untuk selesaikannya.
Shahrizaton Sharifuddin : Most of the time, masalah kita adalah komunikasi. Yang dah lepas, lepas la. Cakap semula dengan suami tu tentang awak tak terima poIigami. Dulu tu u silap. Pendapat awak tentang hidup berpoIigami dah berubah. Cakap la apa pun. U tak nak kongsi dia dengan org lain. Kalau u rasa u boleh hidup tanpa suami, bagi kata dua dekat dia. Fullstop. Jangan sambung – sambung kata, ‘tapi kalau dah ditakdirkan bla bla bla’. Tak payah.
Tunjuk dekat dia yang awak betul – betul serius. Bagitau dia kalau dia nak gak, harta kena tukar nama siap – siap. Nama anak pun takpe. Berikan syarat – syarat. Jangan senang putvs asa. Awak ada kelebihan, sebab awak memang dah jadi isteri dia, yang lain tu belum. U r in a stronger position. Just work towards keeping him. U won him once, u sure can win him again. Good luck, dear.
Hidayah Shahidan : Kes ikhtilat macam ni. Kalau bekerja tu elakkan lah berdua duaan laki dan perempuan walaupun di tempat public sebab boleh mengundang fitnah. Dan jugak dalam bercakap tak payah berlembut pakai saya awak I you bagai. Guna je ko aku untuk ada gak as rakan pejabat. Status bini orang atau bujang sama saja perlu jaga ikhtilat di tempat kerja
Anggerik Nase : Suami awak ni, seorang yang baik cuma bab menjaga perasaan isteri yang sedang mengandung dan baru bersalin dia tak pandai. Dia masih tak sensitif hal tu, dah tu boleh ke dia nk berpoIigami. Nanti, cakap terus terang yang awak tak suka suami sebut pasal poIigami or jatuh cinta dengan orang lain semasa awak mengandung dan lepas bersalin. Dalam berp4ntang mintak suami jagakan, ok. Baru paham jiwa wanita kot.
Onlyme Abdullah : Mudah benar suami kamu jatuh cinta.. Sis hati dia.. hati kamu semua milik Allah. Banyakkan berdoa, istigfar minta yang terbaik pada Allah, cinta sepenuh hati tak wujud give all our love to Allah sebab yang lain suami.. anak.. hanya pinjaman always prepare uself semua ni dugaan Allah nak tingkatkan darjat kita.. Sentiasa berlapang d4da dan berfikir dengan akal yang tenang if anything happen. Saya doakan kebahagian selalu menemani sis dan family insyallah.