Org pandang h1na ibu sebab jadi isteri kedua, tapi diorg tak tahu mak tua yang suruh ayah kahwin dengan ibu

Isteri pertama ayah, mak tua memang baik sangat. Dia yang suruh ayah kahwin dengan ibu, anak yatim piatu. Ibu jaga mak tua, ibu tolong masak dan hantar ke rumah mak tua. Tapi adik ayah buang makanan dalam tong sampah takut ada sih1r. Sehinggalah ayah meninggaI, ini yang berlaku pada kami anak ‘per4mpas’..

#Foto sekadar hiasan. Aku jugak salah seorang m4ngsa poIigami, tapi lagi h1na kerana anak isteri kedua ataupun “ba** s0ndol” panggiIan orang melayu. Selalunya orang hanya mengetahui corehan rasa isteri pertama dan anak – anak.

Aku dan adik – adik jugak adalah m4ngsa keadaan kerana “d0sa” ibu kami. Ayah aku seorang kontraktor kelas A, berkahwin dengan isteri pertama 10 tahun sebelum bertemu dengan ibu aku. Isteri pertama, aku panggil mak tua, seorang ustazah sekolah agama dan seorang yang baik budi bahasa.

Mempunyai 4 orang cahaya mata hasil kongsi hidup dengan ayah aku. Selepas Mak Tua melahirkan anak keempat, Mak Tua mengalami s4kit misteri sehingga tidak mampu untuk melayan nafkah batin ayah. Jenuh mereka pergi berubat sampai ke borneo tetapi peny4kit mak tua tidak juga sembuh.

Mak tua seperti hilang nafsu dan tidak berupaya lagi “bersama” dengan ayah. Atas kerana tanggungjawab, mak tua menyarankan ayah berkahwin dengan ibu aku, seorang guru tadika dan mereka memang rapat seperti kakak dan adik.

Ibu seorang anak yatim piatu dan atas dasar keakraban mereka, ayah bersetuju. Mak tua menceritakan kepada aku, saat ayah diijab kabulkan, mak tua hampir pengsan kerana rasa sedih. Tetapi dikuatkan hati kerana dia amat menyayangi ayah.

Hasil perkongsian hidup bersama ibu, mereka dikurniakan 3 orang anak. Dan aku anak sulung ibu aku. Ini adalah kisah aku bagaimana kami menghadapi pandangan masyarakat dari aku kecil sehinggalah dewasa. Ayah cukup baik, amat baik.

Aku juga memiliki saud4ra sebapa yang juga baik dan akrab. Kami sekeluarga tiada masalah. Tapi yang menjadi masalah adalah masyarakat dan keluarga ayah. Sejak berkahwin ibu tidak pernah dijemput sebagai hak isteri ke rumah keluarga ayah.

Jika ibu pergi, ibu dilayan seperti orang luar atau dicela sebagai per4mpas. Nenek cukup sayangkan mak tua. Bagi nenek, walaupun apa pun alasan, ayah sepatutnya tidak perlu berkahwin lagi. Ayah boleh “berpuasa” jika mak tua tidak mampu untuk melayan ayah.

Ayah dik4takan gatal, ibu diceIa sebagai per4mpas dan anak – anak ibu dilabelkan sebagai anak per4mpas. Kami dilayan berbeza dari sepupu – sepupu yang lain hanya kerana kami anak isteri kedua ayah. Nenek sampai ke akhir hayat tidak pernah memandang wajah aku

. Nama aku pun dia tidak tahu. Jika raya, nenek selalu belikan hadiah untuk cucu – cucunya yang lain, tapi anak razak (bapa aku) hanya diiktiraf ‘sah’ 4 orang sahaja. Mak tua seringkali membela aku sekiranya aku dan adik – adik diperli masyarakat.

Tapi masyarakat tetap memandang h1na kepada kami dengan beralasan, ibu patut fikir sebelum kahwin dengan suami orang. Sejak ayah berkahwin dengan ibu, ibu banyak beralah. Walaupun hukvm mengatakan hak sama rata terhadap isteri – isteri tetapi kerana mentaliti masyarakat melayu mengatakan isteri kedua tidak boleh ada hak seperti isteri pertama, ibu terp4ksa memikirkan maru4h ayah.

Ayah hanya balik 2 hari seminggu. Alasan ibu, mak tua s4kit. Kami 3 beradik memang jarang jumpa ayah tapi mak tua sentiasa menelefon ibu dan memohon maaf jika ada rasa terkilan di dalam keluarga kami. Bila ayah bawa kami sekeluarga keluar berjalan, ibu akan diceIa sebagai penyebuk, suka berkepit dengan suami.

Seolah – olah ayah berhak bawa mak tua sahaja kepada umum, bukannya ibu. Ibu berhenti kerja kerana tidak tahan diperli di tadika. Ibu luangkan masa menjaga mak tua dan membawanya berubat merata tempat. Ibu memasak dan menghantar makanan ke rumah mak tua.

Bila adik ayah ada di rumah mereka, adik ayah (pakcik aku) membuang makanan yang ibu masak ke tong sampah dengan alasan takut makanan itu disih1r. Begitu dasy4t sekali ibu dan kami adik beradik dih1na dan difitnah hampir setiap hari.

Berkat kesabaran mak tua, Allah anugerahkan kesembuhan kepadanya. Akhirnya mak tua boleh meneruskan kehidupannya seperti biasa dan masih dianggap sri kandi kepada masyarakat kerana berk0rban memberikan ayah keizinan untuk berkahwin lagi.

Ada yang menyuruh ayah menceraikan ibu kerana mak tua sudah kembali pulih seperti sedia kala. Waktu itu aku berumur 18 tahun, aku duduk dengan ibu dan menyarankan ibu supaya berpisah dengan ayah. Bukan kami tidak sayangkan ayah tapi kami tidak mampu lagi menahan diri dari dih1na dan maru4h ayah jugak saban hari diejek sebagai giIa s3ks.

Aku usulkan kepada ibu disaat aku diterima masuk matrikulasi perubatan di pulau pinang. Petang itu, ayah menghantar aku ke kolej dan menasihatkan aku supaya teruskan bersabar. Tidak sesekali ayah akan menceraikan ibu kerana baginya ibu adalah permata di dalam keluarga kami.

Ayah tidak kisah dih1na dan diejek kerana ayah tahu aku dan adik – adik amat menyayangi ayah, ibu dan mak tua. Kini, ayah sudah tiada lagi. Kami adik beradik semua sudah berjaya di dalam kareer masing – masing. Aku menjadi seorang doktor, adik aku seorang pegawai tent3ra dan si bongsu masih belajar di kolej kejururawatan dan dia menggalas tanggungjawab menjaga ibu dan mak tua.

Kami sekarang tinggal bersama dan berhijrah jauh dari kampung supaya tiada lagi kata nista yang mengh4ntui hidup kami sekeluarga. Sahabat – sahabatku sekalian.. tr4uma menjadi m4ngsa poIigami ini cukup meny4kitkan dan sehingga hari ini aku masih di dalam rawatan depr3si kerana kisah silam.

Aku bernasib baik kerana kami dianugerahkan mak tua yang cukup mulia. Kami hanya diduga oleh masyarakat yang negatif. Aku amat memahami keadaan anak – anak m4ngsa poIigami yang lain tetapi sebagai anak isteri kedua, sekiranya ibu aku seorang yang k3jam kerana mer4mpas ayah tetapi apakah salah aku dan adik – adik?

Kami tidak minta untuk dilahirkan sebagai anak isteri kedua. Mengapa kami dilayan seperti sampah masyarakat? Anak – anak isteri pertama walaupun apapun berlaku, mereka tetap dianggap wira dimata masyarakat kerana kuat menghadapi kehidupan disaat si ayah berkahwin lain.

Oleh itu, aku ingin menasihatkan kepada mereka yang ingin berpoIigami, fikirlah keadaan dan penerimaan anak – anak yang sedang membesar. Fikirkan jugak masa depan bakal – bakal anakmu bersama isteri kedua ketiga dan keempat.

Mampukah kamu membela maru4h isteri disaat masyarakat mengh1nanya? Ataupun kamu hanya berdiam dan duduk di dalam rumah dan tidak peduli perasaan isteri – isterimu? Buat gadis – gadis di luar sana, fikirlah masa hadapan dan jangan fikir keseronokkan sekarang kerana menjadi isteri kedua.

Bagaimana kamu dapat berhadapan dengan semua orang termasuk dengan keluarga mertua sekiranya mereka tidak dapat menerima kamu dan membeza bezakan layan mereka terhadap anak – anakmu? Mungkin kamu boleh bertahan, tetapi bagaimana perasaan anak – anak kecil kamu seperti keadaan aku yang dulu?

Sejujurnya.. sekiranya aku diberi pilihan, aku tidak mahu dilahirkan sebagai anak isteri kedua. Sekian.. Wassalam. – Gia (Bukan nama sebenar)

Komen Pembaca :

Hanna Emilya : Saya tak faham dengan masyarakat yang bersikap sinis dan kuat mengata terhadap sesebuah keluarga poIigami yang harmoni yang mana keluarga poIigami itu dibina dengan cara yang baik, makmur dan mulia atau tidak mengani4ya dan menipu, suami yang sangat baik dan adil serta isteri – isteri itu dalam keadaan baik, tidak bermusvh seperti kisah TT ni.

To be honestlah, saya tak kisah masyarakat nak kecam poIigami yang tak adil, yang menipu. Lantaklah. Yang tu saya sendiri pun kecam. Tapi yang ini semua baik – baik je, suami ok, isteri – isteri ok, anak – anak pun ok, still ada orang nak judge h1na lagi. Korang nak apa sebenarnya.

Untuk TT, jangan rasa terasing dan h1na kerana menjadi anak isteri bukan pertama. Dalam hal ni, Ibu TT bukan per4mpas. Ibumu datang dalam keadaan yang baik. Dipinang dijemput sendiri oleh ibu tua mu. Yang datang ke office consult jumpa saya pun bukan anak isteri pertama je, anak isteri kedua ketiga pun ada yang alami masalah seperti kamu. Untuk TT,teruskan menjaga ibu – ibu mu. Kuatkan semangat.

Zara Zahirah : Sepatutnya kalau poIigami memang dengan persetujuan isteri pertama tanpa ada unsur – unsur curang dan juga ketidakadilan, tak perlu nak dikecam pun. Yang patut kecam kalau isteri kedua datang dengan cara tidak elok hingga memecahbeIahkan keluarga pertama. Tapi kalau dengan cara elok takde masalah pun.

Amir Zainal Abidin : Ni antara contoh poIigami yang baik. Kenapa masyarakat jadi begini? Sebab poIigami disensasikan dan sengaja ditimbulkan secara berem0si. Kes – kes kegagalan poIigami diheboh seolah tiada langsung kebaikan yang boleh datang daripadanya. Moga Allah swt memberi pembaIasan yang setimbal kepada pihak yang berlalu tidak adil kepada keluarga tt.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.