Saya sanggup serahkan semua pendapatan bulanan saya pada suami. Saya yakin dengan suami sebab terIampau sayang. Tetapi m4kin hari hutang m4kin banyak sehingga suami suruh pujuk emak di kampung gadaikan tanah. Saya mula terfikir kenapa hidup saya tak senang macam orang lain, akhirnya ini yang saya lakukan…
#Foto sekadar hiasan. Sejak dulu adik – beradik saya kata saya bod0h, tapi saya tak peduli. Nak kata bod0h, bod0hlah, asalkan saya bahagia dengan suami, Rahim. Kerana itu saya serahkan semua pendapatan bulanan saya kepadanya, untuk dia uruskan keluarga. Saya yakin dia tidak akan tinggalkan saya. Kerana saya terlalu sayangkan dia. Dan saya yakin dia boleh simpan duit demi masa depan kami.
Namun setelah melahirkan dua orang anak, hidup sem4kin susah, sem4kin banyak hutang. Saya tak tahu bagaimana lagi cara nak bantu Rahim. Dia sering mengadu tak cukup duit. Katanya pendapatan saya tak seberapa macam mana nak beli rumah. Memang pendapatan saya kecil tak sampai pun dua ribu sebulan.
Dia merayu saya meminjam duit dari emak untuk menyelesaikan hutangnya dengan bank. Kerana emak tak ada duit, dia suruh pinjam geran tanah emak di kampung untuk dicagarkan ke bank bagi melangsaikan hutangnya. Saya ikut, saya pujuk emak. Kerana kesiankan saya emak berk0rban berikan geran tanahnya.
Selepas dapat anak ketiga hidup kami terus susah jugak. Hati saya lagi susah bila adik – beradik mula menyalahkan saya kerana gadaikan geran tanah emak. Dan itulah puncanya kami sem4kin jarang balik kampung. Malah lepas dapat geran tanah, Rahim tidak mahu lagi pulang kampung saya, pelbagai alasan diberikan.
Kerana kesusahan hidup membuat saya berfikir panjang, di mana silapnya hidup saya tak seperti kawan – kawan di pejabat. Tak sama macam kakak di kampung, walaupun tak bekerja tetapi hidup mereka tak susah dan berhutang macam kami.
Punca mengapa saya berfikir panjang ialah setelah emak beritahu tanahnya akan tergadai kalau pinjaman tak dijelaskan. Terk3jut saya mengapa sampai begini susah hidup kami, anak belum masuk sekolah menengah tetapi banyak hutang. Di manakah janji Rahim hendak bayar hutang bank. Saya tak mampu nak bayar sebab gaji saya semua diserahkan padanya. Setelah lama berfikir akhirnya saya buat keputvsan tidak akan serahkan gaji pada suami lagi, biarlah saya uruskan sendiri. Tujuan saya untuk bayar hutang bank supaya tanah emak tak tergadai.
Bukan senang saya nak buat keputvsan itu. Lebih setahun saya berfikir. Pertama saya takut dengan tindakan Rahim jika saya tak serahkan gaji saya padanya. Saya takut kena cerai. Saya takut kena tinggal. Apa anak – anak nak makan, nak sekolah. Mampukah pendapatan saya menyelesaikan semua masalah tersebut.
Sejak itu juga saya mula insaf, dan saya pun mula membuat perkiraan perbelanjaan yang suami saya keluarkan dalam sebulan untuk makan minum dan sekolah anak – anak, setelah dicongak tolak campur, saya rasa saya boleh hidup kalau kami anak beranak ditinggalkan. Asalkan saya berani buat keputvsan dan bertindak. Untuk hidup makanlah apa saja yang penting anak – anak boleh terus bersekolah dan saya mampu bayar ansuran bank untuk tanah yang tergadai.
Kerana banyak hutang juga membuatkan saya sedar dengan perbuatan Rahim selama ini. Kalau dulu orang kata dia ada kekasih saya tak percaya, sekarang baru saya buka mata. Saya juga sedar mengapa adik – beradik saya kata saya bod0h, mungkin ada kebenarannya. Mereka kata Rahim kaki perempuan, tetapi saya tetap percayakan Rahim sebab dia kata jangan suka dengar cakap orang, semua itu fitnah hendak memecah beIahkan rumah tangga kami.
Tetapi bila tanah emak nak tergadai, saya mula berfikir dan bangkit dari kebod0han saya selama ini. Saya mula berani berkata tidak pada Rahim, dan saya berani menghadapi risik0 kerana tidak menyerahkan gaji bulanan saya kepadanya.
Dulu banyak kali emak merayu supaya saya selesaikan hutang bank. Pada mulanya memang saya takut. Nak tanya Rahim mengapa tak bayar hutang bank pun saya takut. Akhirnya saya jadi berani setelah berfikir saya boleh hidup walaupun ditakdirkan jadi janda. Dulu memang saya takut kena cerai, takut anak – anak hilang ayahnya dan saya tak mahu hidup mereka kucar – kacir kerana saya engkar pada suami.
Tambah – tambah saya tahu dia Iigat dengan perempuan, sebab itu saya takut kena cerai. Jadi saya terp4ksa ikut segala kehendaknya. Kerana Rahim berjanji dia tetap mencintai saya dan tidak akan menceraikan saya dengan syarat saya tidak dengar cakap orang yang suka memfitnah.
Kata Rahim orang suka memfitnah sebab mereka tak suka orang lain hidup senang. Malah mereka gembira kalau rumah tangga kami h4ncur, terutama adik – beradik saya sendiri. Kerana itu saya percaya pada Rahim bahawa wanita yang dikenalinya itu cuma kawan bukan kekasih. Dan dia balik lewat malam kerana urusan kerja terutama orang berniaga macam dia terp4ksa jumpa ramai kawan.
Tetapi sejak dia tak kotakan janjinya nak tebus tanah emak hati saya sudah berubah, saya jadi berani tidak beri gaji saya padanya. Saya tak peduli sama ada dia nak marah ataupun tidak, nak balik ke rumah ataupun tidak. Saya mula memikirkan dia bukanlah tempat kami anak beranak berg4ntung, malah menyusahkan lagi hidup kami.
Bukan senang nak memulakan langkah tidak memberi duit gaji saya pada Rahim, dalam berani masih ada takut, tetapi saya kuatkan azam, nak marah – marahlah, saya tak kisah, sebab saya lebih sayangkan emak saya, kalau tanah rumah kampung tergadai mana mak nak pergi. Adik – beradik tentu marahkan saya. Dan saya tak mahu emak kena marah dengan anak – anak lain kerana nak tolong saya.
Rahim meng4muk sakan, katanya mana nak cukup belanja rumah, jadi kalau anak – anak kebuIur jangan salahkan dia. Sejak itu beberapa bulan dia tak beli barang keperluan dapur. Tapi saya dah tak kisah. Saya beli beras saja untuk masak nasi, lauk saya beli di pejabat cukup untuk kami anak – beranak makan.
Tentang lauk anak – anak saya tak kisah. Lagi pun mereka dah biasa makan satu lauk saja, sebab selalunya Rahim tak beli banyak makanan untuk di masak. Dia jarang beli sayur untuk digoreng. Biasanya kalau masak satu makanan berkuah di dalamnya sudah ada ikan, jadi saya tak perlu goreng ikan lagi, tak perlu goreng sayur sebab dalam kuah ada sayur. Jadi anak – anak dah biasa makan seperti itu. Begitulah cara Rahim berbelanja, jimat betul, tetapi masih tak cukup duit setiap hujung bulan.
Kalau mereka dah kenyang makan petang mereka cuma makan roti sebeIah malam. Namun sejak saya menguruskan makan minum mereka, saya pastikan mereka makan nasi setiap malam. Lepas makan saya cuci pinggan mangkuk sebab Rahim tak balik makan kerana dia nak tengok kami kebuIur sebab saya tak beri dia duit gaji lagi.
Kerana marah Rahim selalu tak balik atau balik lewat malam. Tapi saya dah bulatkan tekad saya tidak perlu bimbang apa lagi takut kalau ditinggalkan. Kalau dulu bila dia tak balik saya geIisah. Saya juga tak telefon atau mencarinya, biarlah dia tak balik seminggu pun saya dah tak peduli lagi.
Sekarang saya tunggu masa dia nak ceraikan saya, kerana perkataan itulah yang dia selalu ucapkan setiap kali saya tidak dengar cakapnya. Tapi sampai sekarang dia tak cerai lagi, kerana saya tak takut dengan ugvtannya lagi.
Dulu lepas dia meng4muk tak dapat duit seminggu dia tak balik rumah, bila balik dia nak makan. Saya katakan kerana dia tak beli barang makan apa saya nak masak, kalau ada beras pun lauknya tak ada nak makan macam mana. Dia meng4muk lagi sebab perut lapar. Saya pekakkan telinga. Rahim mengharapkan saya keluar duit belanja beli barang keperluan dapur, tapi saya berjimat beli sejenis lauk untuk makan malam. Anak – anak makan di sekolah sebelum balik tengah hari.
Saya juga jadi berani biar dia meng4muk macam mana pun saya tetap duduk di rumah, sebab dia pun bukan ada banyak duit nak sewa rumah lain. Akhirnya kerana terasa lapar dia terp4ksa beli barang makan macam dulu, dan saya akan masak apa saja makanan yang dibelinya. Duit saya untuk belanja anak – anak ke sekolah, dan bayar hutang bank. Bakinya saya simpan untuk waktu kec3masan.
Begitu juga kalau balik kampung, biasanya dulu saya balik kampung bersama Rahim hanya pada Hari Raya Haji saja. Hari Raya Puasa kami mesti ikut dia balik ke rumah emaknya. Dia tak mahu berhari raya di rumah emak saya, sebab dia tak suka beberapa orang adik – beradik saya, dia kata kurang ajar, suka h1na dia.
Dulu saya terp4ksa ikut kehendaknya, walau pun saya tak suka. Tetapi sejak dia buat hal dan tanah emak tergadai, saya anak – beranak balik ke kampung saya walaupun terp4ksa naik bas kerana dia tak mahu ikut. Saya tak peduli biarlah apa orang keIiling, jiran dan adik – beradik nak kata bila saya balik naik bas tanpa suami. Anak – anak dah besar tak susah naik bas. Tiga tahun lamanya saya balik kampung sendirian tanpa suami, sebab masih marah.
Rahim pun malu nak balik kampungnya, takut emaknya tanya, jadi dia terp4ksa beraya di rumah sendirian. Katanya kawannya ramai, biarlah dia pergi rumah kawannya. Pagi raya biar dia tidur aja. Biar dia rasakan akibatnya mengani4ya isteri. Kita jujur dan percayakan dia seratus peratus, dia h4ncurkan kepercayaan saya.
Kini walaupun saya dapat rasakan dia kurang menyayangi saya, tetapi hati saya tenang, sebab saya tidak tertipu lagi. Malah saya boleh menguruskan rumah tangga lebih baik, di samping dapat simpan sedikit duit, hidup kami tetap macam dulu juga. Cuma Rahim agak kurang tenang bila di rumah, dia tidak happy macam dulu lagi. Aktiviti malam sem4kin kurang mungkin kerana duit kurang.
Saya tak tahulah sama ada dia dah insaf ataupun belum. Mungkin juga dia buat baik nak pik4t saya semula. Tetapi saya dah tidak percayakan dia lagi, kerana Iuka lama masih berdar4h. Selagi saya terp4ksa menanggung hutang yang banyak ini, selagi itulah saya tidak lupakan apa yang dia pernah lakukan kepada saya.
Kalau dulu pant4ng hujung tahun dia akan tanya saya bila nak dapat bonus, sebab dia sudah buat pelbagai rancangan dengan duit yang bakal saya terima, tapi sekarang walau macam mana pun dia pujuk, saya tidak akan dengar. Saya pekakkan telinga, dan saya akan jawab duit bonus nak selesaikan hutang tanah. Bila saya kata hutang tanah dia akan meng4muk katanya saya menyindir dia.
Saya katakan padanya hidup saya tidak akan tenteram selagi hutang tanah tak selesai, sebab itu hak ramai, hak adik beradik bukan harta saya. Saya tak mahu makan harta orang, hidup tak selamat, biarpun harta emak sendiri.
Kini sejak saya menyelesaikan hutang tanah, walaupun belum berapa banyak, saya dapat lihat banyak perubahan berlaku dalam hidup saya, rezeki saya sem4kin baik, bukan setakat gaji naik, bonus pun bertambah. Saya yakin inilah hikmahnya bila kita bayar hutang dan lebih penting bila dengar nasihat emak.
Berkat janji saya pada emak nak selesaikan hutang tanah, hati saya menjadi sem4kin tenang walaupun duit tak sebanyak mana, dan hidup masih belum boleh dikira senang. Tapi hati saya tenteram, tak ada kerisauan dan saya mahu emak juga senang hati bila saya dah tunaikan janji bayar hutang tanah.
Saya pernah beritahu Rahim biar susah macam mana pun saya tetap akan selesaikan hutang tanah, biarpun hingga ke akhir hayat saya nanti. Sebab saya tak mahu emak susah hati.