Nina memang dari sebelum kahwin lagi montel, mak abang suruh nasihatkan dia untuk kurus untuk dapat anak. Satu hari abang terdengar Nina call mak dia. Nina cakap dia ada masalah dengan 0vari. Nina bagitahu yang dia ada buat check up di hospitaI untuk tujuan insurans dan terbukti Nina ada masalah untuk mengandung.
Sementara tunggu kereta siap repair dekat workshop ni, abang nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Nina. Panjang sikit harap bersabar.
-1992. Abang umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abang ikut bapak abang pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas. Harap maklum abang dulu bukan orang senang, bapak abang tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kant0i dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan abang tak boleh tengok tv.
Sampai kat sana, abang duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok TV sambil tunggu siaran langsung start. Mata abang tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur.
Badan montel, comel berkulit putih dan berambut per4ng. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada. Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliIing. Agak – agak dalam 6 ketul juga budak ni menteked4rah ayam goreng.
Abang tak fokus dah badminton time tu, abang fokus budak ni. Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak. Lepas Malaysia menang lawan badminton, bapak abang ajak balik. Abang perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang abang balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali abang jumpa Nina, bini abang.
-1996. Bapak abang buat kenduri kahwin kakak abang dekat rumah. Abang masa tu cuti semester, abang baru umur 20. Badan abang tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abang buat masa pagi sebelum nikah.
Tengah abang berkemas, abang nampak budak perempuan yang sama abang nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang. Ye, si montel tu makan lagi dan kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni.
Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali. M4kin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha. Dia ni sem4kin tinggi, agak – agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar.
Dari belakang abang nampak rambut per4ng dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh. Abang rasa berbunga – bunga tengok dia dan tiba – tiba dia menoleh ke arah abang, rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu. Indahnya ciptaan Allah.. Gadis comel muka putih rambut per4ng. Masa tu dia umur 16 tahun. Tapi dia jeIing je tengok muka buruk abang. Abang jadi segan. Ini kali kedua abang tengok dia.
-1999. Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abang ternanti – nanti budak tu kot – kot dia datang lagi. Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. Abang nak tanya mak bapak abang tapi abang segan.
Sudahnya diamkan je. Kenduri kali ni busy sikit. Masa muka abang berminyak – minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abang terjumpa dia. Dia cantik sangat pakai baju kurung.
Badan maintain montel begitu. Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan abang. Abang pula segan sebab muka abang h0doh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih.
Dalam betul lesung pipit dia. Masa abang tengah kemas – kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. Abang cakap nama abang Kamal, umur 23. Dia cakap nama dia Nina, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh.
Abang nak kenyit mata, abang tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abang angguk je. Nina bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Nina letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya. Berani sungguh budak ni, lain per4ngai dengan abang yang penyegan.
-2001. Abang dapat offer pergi overseas sambung master. Abang dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Nina masa masing – masing belajar dekat universiti. Abang suka tulis ‘ke hadapan Nina, abang senantiasa merindui Nina’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.
Masa abang dah nak fly, Nina hantar abang dekat KLIA. Nina duduk di Shah Alam waktu tu, Nina tengah buat degree ke diploma entah. Nina menangis sambil bagi surat dekat abang di KLIA. Nina cakap, baca masa dalam flight.
Abang angguk je. Bapak Nina pun ada, siap bagi duit dekat abang, minta abang study betul – betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Nina. Masa abang scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi abang masuk dalam bilik siasatan.
Gabra abang.. Rupanya abang disyaki bawa virus antr4x, sebab Nina tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Nina. Nasib baik takde apa – apa berlaku. Abang dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.
-2005. Abang baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Abang dah naik berat 3kg. Nina punya misi nak jadikan abang gemuk macam dia. Abang dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti. Tapi Nina masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran.
Sambil Nina masak, abang Iipat baju sebab Nina tak suka urus kain baju. Lagipun ini memang denda yang Nina bagi kat abang sebab abang pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Nina tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus abang kena denda Iipat baju sehingga ke akhir hayat.
-08.10.2006. Hari ini ulangtahun hari jadi Nina yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang pertama. Macam biasa, abang lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare.
Engineer macam abang ni seluar dalam pun lupa tukar apatah lagi tarikh. Nina marah abang dan abang kena tidur depan tv.. Hehehe. Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk abang sebab esoknya Nina buat surpr1se lepas keluar bilik.
Nina first time pakai tudung. Alhamdulillah cantik isteri abang pakai tudung.. Tudung bawal warna pink cair ada manik – manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Nina pakai tudung tu, abang jatuh cinta m4kin jatuh m4kin h4nyut aww..
-2009. Mak abang selalu minta abang nasihatkan Nina untuk kurus supaya senang nak mengandung. Tapi abang tak sampai hati nak bagitahu Nina. Bagi abang, Nina dah sihat walafiat. Memanglah gemuk sikit tapi bukanlah gemuk takde shape pun.
Abang suka Nina macam ni, lagipun Nina tak pernah kurus sejak abang kenal Nina dari umur 12 tahun. Abang dah selesa tengok Nina berbadan montel. Abang terdengar Nina menangis sambil call mak Nina.
Dia cakap dia ada masalah dengan 0vari. Abang berdebar – debar dan terus peIuk Nina lepas Nina call mak. Nina bagitahu abang yang Nina ada buat check up di hospitaI untuk tujuan insurans dan terbukti Nina ada masalah untuk mengandung.
Nina menangis macam orang hilang akal dan abang pun turut menangis. Abang rasa celaru sebab orang yang abang cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat abang. Tapi abang janji dengan Nina yang abang tak kisah pun keadaan Nina macam mana janji abang boleh bersama Nina sampai akhir masa.
-2012. Hubungan abang dengan Nina berantakan sebab abang kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang. Abang dah bergaji lima angka, abang dah selesa jadi abang rasa abang hebat dan bagus.
Abang lupa abang ni masih suami Nina. Abang buta. Abang tak nampak kecantikan Nina, Nina yang putih bersih, Nina yang berambut per4ng, Nina yang sedap dipeIuk, Nina yang pandai, Nina yang rajin masak, Nina yang cakap English macam air, Nina yang manja, Nina yang nakal.
Abang terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abang jahat. Nina dapat tahu abang curang tak lama lepas abang ada girlfriend baru tu sebab Nina nampak abang tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu.
Abang peIuk perempuan tu depan mata Nina. Abang rasa macam nak gugur jantung saat Nina nampak aksi abang. Nina tengok abang, Nina angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih – sengih. Nina relax jalan turun eskalator dekat sunway pyramid tu.
Abang rasa celaru, tapi abang b0doh jugak. Abang teruskan je tengok movie dengan perempuan tu. Balik tu abang tengok kain baju abang kena humban luar rumah. Abang minta maaf merayu tapi Nina tak buka pintu. Abang tidur kat atas buaian luar rumah.
Esoknya, Nina keluar dan Nina tanya abang, ‘abang nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Nina pinangkan.’ Abang peIuk Nina abang cakap abang menyesal. Nina tak baIas peIukan abang. Nina cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk abang. Abang menyesal sangat sangat dan abang rasa berd0sa. Abang dah s4kitkan hati Nina. Nina menangis tak henti – henti. S4kit d4da abang bila abang teringat balik kisah ni.
-08.10.2013. Hari ini ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Nina yang ke – 33. Nina masih Nina yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang. Abang dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kant0i tu.
Abang slow – slow tinggalkan dia. Nina tahu dan Nina bagi kata – kata per4ngsang. Nina cakap kalau abang serius, baik abang kahwin je tapi kalau abang tak mampu berlaku adil, abang tinggalkan. Nina yang bagi semangat dan nasihat kat abang hari – hari sampai abang ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu.
Abang dan Nina sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai. Pada hari anniversary abang dan Nina sekitar pukuI 11 – 5 petang lebih, Nina peIuk abang dan civm abang bertubi – tubi. Nina minta ampun dekat abang banyak – banyak.
Nina manja – manja dengan abang. Lepas tu, Nina minta izin pergi mandi tepi pantai. Abang bagi je sebab abang tahu Nina suka main air. Abang pula just rehat rehat tepi pantai tu. Abang tak sangka itu kali terakhir abang melihat Nina dalam keadaan bernyawa. Nina dijumpai Iemas selepas setengah jam Nina mandi pantai. Berat hati nak mengatakan bahawa Nina yang abang sayang dah tak ada.
Kini. Abang masih di sini, sendiri. Menunggu kedatangan Nina. Nina yang manja, Nina yang montel, Nina yang cute, Nina yang suka makan ayam. Banyak abang nak cerita kat Nina ni. Rindunya abang kat Nina, macam tak tertanggung rasanya.
Sampai sekarang abang menduda, kerana abang tak boleh nak move on lagi. Gambar Nina di FB pun abang print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu abang. Ya Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bid4dariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku.
Nina, abang redha dengan pemergian Nina. Andai Nina sudi, datanglah dalam mimpi abang. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Nina. – Abang Kamal
Sambungan… Sambil makan cempedak goreng tepi tasik ni, abang ada mood nak kongsi cerita lagi. Tapi, kali ini abang nak kongsi perkara yang terjadi dalam hidup abang selepas tahun 1999 – 2004 sahaja. Ya, abang nak sambung cerita pasal kisah hidup abang dan Nina, isteri abang yang montel tu semasa abang belum berkahwin dengan dia.
-1999. Dua tiga hari lepas kenduri kakak abang no 2 tu, Abang pegang je tisu yang Nina bagi. Lama abang tenung tisu warna pink yang comot dengan kesan celak mekah. Abang tengok nombor telefon Nina bagi tu.
Ni nombor 5 ke nombor 8? Ni nombor 1 ke nombor 7? Hairan dan geram dengan tulisan cakar ayam Nina sebab abang tak boleh baca angka apa yang Nina bagi. Abang pun dengan berdebarnya tanya bapak abang nama penuh bapak Nina.
Nasib baik bapak abang tak banyak tanya, dia terus bagi nama penuh siap dengan bin sekali. Abang termangu sekejap kemudian dia terus turun ke dapur. Tak sempat nak tanya nombor telefon bapak Nina kat bapak. Abang pun terus berlari pergi ke ruang tamu dan selak bawah alas meja kopi.
Abang jumpa buku panduan yang ada senarai nombor telefon rakyat Malaysia. Macam nak buta mata abang cari nama bapak Nina. Lepas terjuling – juling mata abang, akhirnya jumpa juga nama bapak Nina beserta alamat dan nombor telefon rumah Nina.
Abang tulis nombor telefon tu elok elok dalam buku 555. Sepantas kilat abang berlari ke depan balai raya kampung abang. Abang tengok ada sorang kakak ni tengah bergayut dekat public phone. Abang beratur belakang dia dan masa sampai turn abang, dia beratur belakang abang balik.
Menggigil jari abang masa tekan nombor telefon rumah Nina. Lepas tekan separuh, abang letak balik gagang. Kemudian abang angkat balik gagang, masukkan syiling, tekan nombor separuh dan letak balik gagang. Abang ulang benda tu sampai kakak kat belakang abang tolak abang, r4mpas buku 555 abang dan tekan nombor Nina sampai habis.
Akhirnya, bertelefon juga abang dengan Nina. Tapi disebabkan abang jadi gagap bila dengar suara bapak Nina, itulah kali terakhir abang telefon Nina pada tahun 1999. Lepas tu, abang hanya berutus surat dengan Nina sebab abang malu sangat nak bercakap. Hehe sorry Nina, abang tak pandai mengorat.
-2000. Tahun ni abang masih berkawan dengan Nina. Berutus surat kalau Nina berada di universiti dan berkirim salam melalui bapak abang sekiranya Nina di rumah. Ada satu ketika, Nina dah cuti semester dan abang pula dah habis belajar, hanya menunggu hari graduasi.
Nina ada ajak abang makan KFC dekat pekan, dekat je dengan rumah Nina. Abang berdebar – debar masa bersiap sampai berminyak rambut dan dahi abang sebab abang sapu pomade Tancho dekat rambut banyak sangat.
Abang pergi naik bas lompat untuk ke KFC. Sampai sana, abang belanja Nina ayam KFC satu bucket. Masa abang makan, Nina tengok je kulit ayam abang yang abang letak tepi pinggan. Abang memang tak makan kulit ayam.
Nina tengok je sambil gigit – gigit bibir. Abang pun hairan sebab abang tak pandai baca fikiran Nina. Dengan tiba – tiba, tangan montel Nina mencuri kulit ayam abang dan Nina terus masukkan dalam mulut sambil tersenyum – senyum.
Abang terk3jut dan tergelak sendiri. Kruk kruk kruk bunyi kulit ayam kena gigit. Comel sungguh, macam kanak – kanak. Nampaknya bermodalkan kulit ayam je, dah mampu buat Nina tersenyum sehingga merah pipi Nina yang putih. Boleh giIa bayang abang macam ni..
-2001. Abang buat kerja part time dari pertengahan tahun 2000 hingga penghujung 2001 sambil tunggu tawaran sambung Master. Abang ambil upah baiki alat elektronik dan buat kerja wiring. Malam pula, abang buat tuisyen dekat balai raya, ajar Maths dan Fizik untuk budak budak SPM.
Semua ni abang buat berbekalkan dengan niat untuk mengahwini Nina satu hari nanti. Nina selalu tanya dalam surat, abang tak kisah ke nak berkahwin dengan orang gemuk? Abang selalu jawab, tak kisah.
Abang sebenarnya tak kisah langsung pasal berat badan Nina. Selagi Nina sihat, abang okay je. Sepatutnya abang yang kena tanya Nina, Nina okay ke tak nak berkahwin dengan lelaki yang tak hensem, pemalu dan tak banyak cakap macam abang ni.
Bila abang dapat tawaran Master on full scholarship tu, mak bapak abang gembira sangat sampai buat kenduri. Nina tak dapat hadir ke kenduri sebab Nina dekat universiti waktu tu. Bapak Nina yang banyak tolong abang.
Dia yang uruskan visa abang ke US dan dia tolong tukarkan duit sebab bapak Nina orang terpelajar dan selalu pergi luar negara. Banyak betul jasa bapak Nina dekat abang. Bapak Nina dah siap canang dekat orang kampung abang yang abang ni bakal menantu dia hihi.
Jadi abang kena berusaha lebih untuk menjadi pelajar cemerlang masa buat Master nanti. Lagipun orang kampung banyak bagi duit poket untuk abang. Abang akan buat yang terbaik untuk membanggakan mereka semua.
-2002 – 2003. Dua tahun abang berada di bumi Amerika ni, abang banyak tempuh dugaan. Masalah rac1sm paling buat abang jadi down lagi lagi selepas peristiwa 11 september 2001, masa permulaan semester dalam dua or tiga minggu lepas abang sampai US.
Abang digeIar terr0rist oleh professor abang sendiri di kelas dan banyak lagi. Nasib baik ada yahoo messenger, dapatlah abang berinteraksi dengan Nina di Malaysia. Nina yang bagi semangat dekat abang. Nina jugaklah yang selalu bagi mesej berangkai dekat abang, ucap good morning dekat abang walaupun time tu abang baru nak lelapkan mata sebab dah pukuI 11 malam di US.
Nina yang comel dan manja. Nina cerita kat abang pasal kehidupan seharian Nina, pasal kucing Nina makan burung la, pasal Nina tolong mak abang buat lepat pisang la dan yang paling terharu, Nina bawa mak dan bapak abang ke cyber cafe dekat pekan untuk mereka tengok apa abang chatting dengan Nina.
Nina chatting depan mereka dan Nina cakap mak abang baca chat abang guna spek mata rabun dekat sambil menangis sebab terIampau rindukan abang. Nina jadi mod3rator dan sampaikan apa yang mak abang cakap kepada abang. Rumah abang kat kampung memang takde internet dan takde komputer, jadi usaha Nina bawak mak bapak abang ke cc sangat abang hargai. Terima kasih Nina.
-2004. Abang dah balik Malaysia dan abang dah dapat kerja di KL. Nina pun dah habis buat degree, Nina juga dapat kerja dekat KL. Nina tinggal dengan keluarga makcik Nina di Bandar Tun Hussein Onn, abang pula tinggal dengan housemates di Ampang.
Setiap minggu, Nina dating dengan abang sambil bawa sepupu Nina yang berumur 7 – 8 tahun tu. Perempuan juga, badan macam Nina dan suka makan ayam macam Nina. Setiap kali keluar, mesti makan dekat kedai nasi ayam.
Nina akan ambil kulit ayam abang, sepupu Nina akan ambil isi ayam abang. Sudahnya abang makan nasi dengan sup je. Hehehe cute pulak bila teringat balik. Ada satu hari, Nina ajak berkelah dekat pantai Morib. Nina cakap, kita pergi asing – asing, jumpa terus kat pantai pukuI 4.
Abang iyakan je dan Nina minta abang bawa air sekali sebab Nina akan bawa makanan yang Nina masak. Abang pun bawa la dalam 2 botol air sarsi dan sebotol air basuh tangan lengkap dengan sabun. Abang ada bawa juga ayam KFC satu bucket untuk Nina dan abang.
Sampai kat sana, terk3jut abang bila nampak makcik Nina, pakcik Nina, sepupu, mak abah Nina dan mak abah abang dekat sana sekali. Rasa nak patah balik je sebab malu bila mereka semua bersorak time abang datang.
Rupanya ini family gathering dan mereka nak tetapkan tarikh pertunangan. Nina tersengih – sengih dari kejauhan sambil jerit ‘KFC tu Nina dah cop, orang lain tak boleh makan’. Hai la Nina.. Suka betul surpr1se – surpr1se ni ye.
Sudahnya bapak abang suruh abang pergi beli air lagi sebab tak cukup 2 botol kemudian kena beli KFC lagi sebab sepupu Nina semua tengah kejar abang macam z0mbie untuk r4mpas bucket ayam. Hehehehe. Abang melawat kubvr Nina pada hari jadi Nina, 8 Oktober lepas.
Mak bapak pun ikut sekali walaupun mereka dah tua. Walaupun kudrat mak bapak abang tak seberapa, mereka tetap gigih pergi ke kubvr Nina setiap tahun, tanpa gagal. Nina yang disayangi mentua, Nina yang baik hati, Nina yang prihatin.
Kalau di sisi manusia pun Nina semulia ini, abang doakan Nina juga dimuliakan oleh Allah di sana. Abang rindu sangat, nak dengar suara Nina yang manja, nak chatting dengan Nina sambil senyum sendiri, nak berutus surat dengan Nina, nak baca tulisan Nina yang susah abang nak teka huruf apa Nina tulis..
Memang betul, orang cakap tak guna tangisi orang dah pergi. Apakan daya abang, abang hanyalah seorang lelaki yang merindui isterinya. Abang rasa lost bila Nina tak ada, abang rasa gelap. Abang tak pernah putvs doakan kesejahteraan Nina.
Biarpun keadaan jasad kita berbeza, cinta kita tetap sama. Nina, abang cintakan Nina sepenuh hati. Tak sabar jumpa Nina nanti, inshaaAllah abang akan usaha supaya kita berjumpa di syurga.
Di mana kan ku cari ganti,
Mungkinkah di syurga,
Untuk kawan berduka,
Menangis bersama, selama – lama..
– Abang Kamal
Komen Warganet :
Noormalah Abdullah : Sedihnya bila merindui orang yang sudah tiada. Sabar dan tabah la abang kamal. Semoga Allah tempatkan arw4h Nina abang bersama para kekasih Allah.. .aamiin ya Rabb
Nad Nazira : Tapi aku suka cara nina nih. Dia positif.. bila dia nampak kecurangan depan mata.. still boleh kawal em0si dan bagi tanda jari good kat laki dia. Siap ps1ko laki dia. Untuk tinggal kan pempuan. And dia berjaya. P0wer nina ni. Semoga arw4h dicucuri rahmat. InshaAllah.
Siti Fairuz : Seronoknye bace cerita ni sebab dapat nampak keindahan zaman dulu.. Betapa bermasyarakatnye.. Kuatnye ik4tan silaturahim.. Kuatnye ik4tan kekeluargaan.. Indahnye pada masa tu.. Takziah abang kamal.. Semoga Allah menempatkn Nina di kalangan orang – orang beriman.
Nurhazirah Bakri : Yang lagi kritikaI abang ni, dia pernah curang, dan nina maafkan dia.. Siap nina bagi moral support untuk dia lupakan scandaI dia tu.. Mungkin ni antara seIitan kisah cinta mereka, rasa macam abang ni rasa bersalah dengan arw4h isteri dia, sebab pernah ada satu episode kehidupan mereka teruji dengan orang ke tiga..
Cari la pengganti yang baik – baik untuk jadi kawan nina kat syurga kelak.. Orang – orang di syurga tak de rasa cemburu apa dah abang nina nya.. Be strong and move on! You can do it!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.