Abg dak kak ipar kena halau kondo, tak mampu bayar sebab berhenti kerja. Aku kesian dengan kak ipar yang tengah mengandung jadi offer duduk sementara waktu. MaIangnya dah 6 bulan masih takde khabar nak keluar. Tambah tersepit keluarga mertua nak datang tapi takde tempat nak tidur..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Anis, sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Kami sekeluarga berg4ntung hidup pada suami aku seorang kerana aku hanyalah seorang surirumah sejak melahirkan anak.
Dipendekkan cerita, sudah masuk 6 bulan abang dan kakak ipar aku menumpang di rumah kami. Ceritanya begini. Dahulu hampir 10 tahun abang aku bekerja gaji besar di seberang tambak manakala kakak ipar aku pula hanyalah surirumah seperti aku.
Mereka menyewa di sebuah kondominium dan hidup mereka selesa. Akibat penat berulang alik ke tempat kerja dengan jem setiap hari, abang ambil keputvsan untuk berhenti kerja. Alasannya juga nak lebih masa untuk beribadat dan family lebih – lebih lagi kakak ipar tengah sarat mengandung pada ketika itu.
MaIangnya sepanjang bekerja, abang tak pernah ada saving untuk hal – hal em3rgency. Lebih kurang sebulan dia menganggur dan akhirnya kawan baik dia sendiri tawarkan untuk bekerja dengannya sebagai tukang rumah.
Namun, setelah 2 bulan abang diberhentikan atas konflik yang berlaku antara dia dan kawan baiknya (aku tak pasti konflik apa). Maka, abang kembali menganggur dan hidup dengan saki baki gaji – gaji dia yang masih ada.
Waktu tu, dia masih menyewa di kondominium tersebut dengan harga RM900 sebulan. Bayangkan bagaimana dia hidup dengan saki baki gaji yang ada dengan nak bayar sewa dengan nak bayar loan kereta Alza lagi. Rumah aku dengan abang tak jauh.
Lebih kurang 10 minit jaraknya cuma rumah aku hanyalah sebuah flat lama yang mempunyai 3 bilik kecil. Aku selalu datang ziarah bawak makanan sebab tahu mereka sedang struggIe untuk hidup. Masa tu abang beritahu nak pindah rumah lain yang lebih murah, sambil – sambil cari kerja baru.
Akhirnya dia dapat kerja di tempat baru dengan gaji yang cukup sikit berbanding gajinya waktu kerja di seberang tambak sana. Masa tu, dia beritahu yang dia kena keluar dari kondominium tersebut atas sebab tak mampu nak bayar sewa.
Jadi aku andaikan yang dia dah jumpa rumah sewa baru untuk mereka diami memandangkan bulan yang sama tu kakak ipar bakal melahirkan. Namun, jauh terpesong andaian aku. Abang beritahu yang dia nak sewa bilik rumah kakak isterinya (kakak kepada kakak ipar aku) jika mereka diizinkan.
Masa tu aku tak tahu kenapa hati aku tergerak nak bagi abang tumpang rumah kami buat sementara waktu. Masa tu suami aku izinkan dan tiada masalah bagi dirinya. Jadi, sebelum kakak ipar bersalin, mereka pun pindah ke rumah aku bersama barang – barang rumah mereka.
Rumah aku yang kecil bertambah kecil dan sesak dengan barangan mereka. Tapi tidak mengapalah kerana kami hanya mahu beri tumpang buat sementara waktu. Jadi apalah salahnya untuk kami bertahan buat sementara waktu.
Masa tu definisi “sementara waktu” kami hanyalah setakat 3 – 6 bulan sahaja kerana bagi aku cukuplah untuk abang simpan duit buat deposit rumah sewa baru. Andai mereka masih tidak cukup wang, ibu dan bapa kami sedia menerima mereka di kampung memandangkan tiada siapa lagi di rumah.
Jadi sekurangnya dapatlah kurangkan bosan ibu dan bapa bila abang dan kakak ipar tinggal bersama. Namun cadangan dan pertolongan itu ditolak mentah – mentah oleh kakak ipar aku dengan alasan “nanti abang naik lemak”.
Entahlah. Hampir setiap kali ibu call abang, ibu akan offer benda yang sama sebab ibu sendiri faham yang aku pun perlu privasi untuk rumah tangga aku. Kini dah genap 6 bulan mereka menumpang disini dan sudah 3 bulan kereta Alza abang ditarik.
Abang tak punya motor, jadi abang dan suami akan bergilir – gilir ke tempat kerja menggunakan motor atau kereta suami. Memandangkan dah lama sangat, maka suami aku pun mula risik – risik bila abang nak cari rumah sewa.
Jawapannya “takda duit lagi ni”. Aku dan suami hanya mampu diam, serba salah semua ada. Nak ditelan m4ti emak, nak diluah m4ti bapak. Begitu lah ibaratnya. Kami tidak pernah meminta dia duit sesen pun untuk bantu menanggung sewa rumah, bil – bil api air termasuklah perbelanjaan dapur.
Andai dihulur, kami terima. Andai tidak, kami biarkan kerana kami mahu dia simpan duit untuk cari rumah lain kerana rasanya dah lebih limit “sementara waktu” tu. Hal tumpang menumpang ni hanya diketahui oleh family beIah aku sahaja.
Family beIah suami tidak tahu kerana mereka tidak pernah datang ke sini memandangkan mereka jauh di utara. Kami yang selalu balik ke sana bila cuti panjang. Sekarang tengah musim cuti sekolah. Family suami aku berhajat untuk bercuti ke Jb dan menetap di sini sehingga tamat cuti persekolahan memandangkan ibu dan ayah mertua aku bekerja sendiri.
Katanya nak berjalan ke selatan pula memandangkan asyik kami sahaja yang ke sana. Bila macam ni aku dan suami jadi buntu. Apa tindakan yang wajar untuk kami ambil. Rumah kami bilik semua dah penuh dan ruang tamu hanyalah kecil.
Di mana family suami nak tidur nanti? Selesakah mereka jika mereka tahu ada penghuni lain dalam rumah ni? Apa pula kata ibu mertua bila tahu perbelanjaan semua suami aku yang tanggung? Puas aku fikir. Katanya nak datang minggu depan tapi sampai ke saat ni kami masih belum beri jawapan.
Aku risau jika family suami fikir kami tidak mahu menerima kedatangan mereka. Dalam masa yang sama, aku takut mereka jadi tidak selesa bila sampai di sini. Perlu ke aku halau abang dan kakak ipar time – time macam ni?
Seperti k3jam nampaknya kerana aku tahu duit abang tidak pernah cukup. Apa perlu aku buat. Atau aku dan suami yang perlu pulang ke utara? Tapi masalahnya hujung tahun macam ni memang susah nak dapat cuti memandangkan annual leave suami pun sudah kosong. Tolong aku.. – Anis (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet ;
Izzati Zaiton : Tolong halau, ni dah bukan tetamu lagi dah kalau dah lebih dari seminggu. Ingat, awak berhak minta duit sewa dari dia sebab dah lebih sebulan dia menumpang, jadi dia bukan dikira tetamu lagi dah. Cakap kat kakak ipar awak tu, konon tak nak bagi naik lemak duduk rumah mertua, abis tu tak naik lemak plak duduk rumah adik sendiri?
Tak malu ke menyusahkan keluarga adik sendiri? Buat baik berpada – pada, jangan sampai orang pijak kepala. Belajar untuk menolak, jika tidak awak akan sentiasa diambil kesempatan. Bagi notis kat dia dalam masa seminggu ni sebelum ibubapa mertua awak datang, kalau dia tak pindah jugak, ugvt dia yang awak akan ambil tindakan polis atau maIukan dia depan mertua awak.
Pilihan di tangan anda. Tolong jangan jadi kurang bijak seperti apa yang awak dah buat selama ni. Alasan je abang awak tu, dia saje je tak nak cari rumah baru sebab dia dah selesa jadi parasit dekat rumah awak. Jaditak payah nak kesian sangat dengan orang macam ni.
Berani kahwin, pandai – pandailah dia fikir sendiri camne nak tanggung keluarga dia, awak tak payah pandai – pandai nak tolong dia lagi. Suruh abang dan kakak ipar awak tu dua – dua pergi kerja, dasar pemalas. Kalau dia berdegil taknak keluar jugak, awak kemas barang – barang dia, letak kat luar rumah, dan halau dia balik ke kampung.
Memang k3jam, tapi ini untuk kebaikan semua sebab dia dah ambil kesempatan atas kebaikan suami awak. Kakak ipar tu, aur4t dia macam mana? Kesian suami awak kalau dia jenis yang tak menjaga aur4t depan suami. Jadi kalau awak sayangkan suami, tolonglah halau abang tu keluar. Nanti jangan pulak suami cari lain sebab dah muak menumpang di rumah sendiri, awak plak yang menyesal tak berlagu. All the best!
Nor Hidayah Yusof : Aku cannot brain dengan jantan yang dah keje elok – elok, gaji bagus pas tu berhenti dengn alasan nak spent time dengn anak bini. The end ko sendiri menyusahkan hidup orang lain. Buat anak bini mengemis menumpang rumah orang.
Ape punya manusia ni. Masa muda la kita nak keje keras. Cari duit sedia kan tempat tinggal yang selesa untuk anak bini kita. Patut lagi lama kawin lagi baik taraf hidup keluarga. Ni lagi lame tagi teruk. Better ko suh abang ko cari rumah. Cakap baik – baik tak jalan, ko cakap kasar skit. Aku memang geram dengan manusia macam ni.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.