Petang tu, suami yang ambil anak di taska dan suami bagitahu anak menangis kuat bila nampak dia di pintu. Kalau ikutkan anak saya selalunya happy bila pergi dan balik masa di taska lama. Saya nekad untuk ambil sendiri anak pada hari kedua. HP dah ada di tangan untuk saya rekod..
Bismillahirrahmanirrahim. Selepas 3 bulan kumpul kekuatan dan selepas dah cuba macam – macam cara, saya rasa dah tiba masanya untuk saya luahkan di sini apa yang terjadi kepada Maryam. Semoga menjadi pengajaran bagi semua pihak dan semoga Maryam mendapat pembelaan sewajarnya.
Insiden ini berlaku pada awal Januari 2023. Iaitu pada hari ketiga Maryam di taska baru. Dan Maryam masa tu baru berusia 1 tahun 1 bulan. Pada hari pertama Maryam dihantar, dia sangat gembira. Dia jalan sendiri masuk ke pintu entrance.
She looked so excited sampai lupa nak babai ummi dan abah. Petang tu, abah yang ambil Maryam di taska dan abah bagitahu ummi yang Maryam menangis kuat bila nampak abah di pintu. Ummi mula rasa tak sedap hati.
Sebab semasa di taska lama, Maryam selalunya happy je sewaktu pergi dan balik. Jarang Maryam menangis ataupun nampak str3ss. Saya rasa ramai pengikut dan rakan – rakan pun pernah tengok gelagat Maryam di story ummi terutamanya bila sampai taska dan sewaktu nak balik.
Di taska lama, Maryam memang rapat dengan teacher dan mudah je bila nak hantar pagi – pagi. Jadi di taska baru ni, bila Maryam cranky balik pada hari pertama tu, ummi mula – mula cuba nak bersangka baik. Mungkin Maryam ambil masa nak serasi tempat baru atau mungkin terlalu penat berjalan dan bermain.
Tambah pula, taska baru ni besar dan fasilitinya memang jauh lagi baik dari taska sebelum ni. Siap ada mini gym, indoor playground dan sebagainya. Pada hari kedua, ummi tak bagi abah ambil Maryam. Ummi buat keputvsan nak ambil Maryam dekat taska dan nak tengok sendiri.
Ummi berdiri kat entrance dengan HP di tangan untuk record Maryam punya reaksi. Memang jelas sangat Maryam nampak sedih. Ummi hantar video tu kepada nenek. Nenek replied “Muka Yam tak ceria”. Nenek cakap “mungkin Yam ngantuk school pagi sampai petang”.
Nenek nak sedapkan hati ummi. Tak mau ummi fikir buruk – buruk. Sampai rumah, abah tengok ada kesan merah kat pergelangan tangan. Walaupun kesan tu kecik setompok je, ummi dan abah boleh rasa ada sesuatu yang tak kena. Red flag sign.
Hari ketiga, ummi hantar Maryam macam biasa dan bagitahu teacher pasal kesan kat pergelangan tangan. Tiba – tiba petang tu, teacher kelas Maryam whatsapp gambar tangan Maryam ada kesan Iebam dan Iuka – Iuka.
Teacher cakap “kawan gigit Maryam masa teacher keluar ambik minyak rambut”. Ya Allah. Kaki rasa lemah masa tu. Ummi dan abah terus drive ke taska nak ambil Maryam. Masa tu jantung rasa nak pecah. Terbayang keadaan Maryam yang tengah kes4kitan.
Ummi diam je dalam kereta sebab dalam kepala macam – macam benda fikir. Sampai je di taska, Maryam nampak lemah sangat. Ummi dan abah terk3jut bila tengok rupa – rupanya bukan tangan kiri je ada Iuka dan Iebam.
Bawah telinga ada kesan. Dekat pipi pun ada kesan. Belakang tapak tangan ada kesan. Tengan kanan ada kesan gigitan. Kesan gigit, kesan cakar, kesan cubit. Ya Allah. Kesian sangat tengok Maryam masa tu. Abah ambik Maryam and bawa ke kereta.
Ummi masa tu tak tahu nak fikir apa dah. Rasa macam gelap sekejap dunia. Ummi cakap kat teacher ummi nak tengok tempat kejadian dan apa sebenarnya yang jadi. Teacher bawa ummi masuk dalam. Masa tu ummi ingatkan teacher akan bawa ummi ke classroom Maryam (kelas toddler 1- 2 tahun).
Tapi bila sampai classroom Maryam, teacher cakap kejadian tu berlaku di bilik lain. Teacher jalan terus lagi ke dalam menuju ke sebuah bilik kecil yang terletak di bahagian belakang. Masa teacher bukak pintu, ummi nampak ada empat lagi budak – budak dalam bilik tu.
Terk3jut sangat ummi tengok keadaan bilik tu. Bilik kecil yang KOSONG TAK ADA APA – APA. Tak ada floor mat, tak ada toto ke apa ke, tak ada mainan, tak ada buku, tak ada hiasan dinding, tak ada cot. Literally kosong! Is this a classroom for kids??
Sedangkan ummi dah bagi blanket. Masa datang untuk survey tahun lepas, teacher siap cakap ada cot lah apa lah bagai. Dan classroom kanak – kanak sepatutnya bukan bilik kecik tu! Ummi pijak lantai tu rasa sejuk sangat sebab taska tu beraircond. Memang sejuk.
Teacher pun pakai selipar. Tapi budak – budak dalam tu baring dan duduk atas lantai sejuk! Ya Allah. Sampainya hati. Dan dalam bilik tu jugak ada empat air purifier dengan wayar atas lantai. Satu darinya memang dah tumbang atas lantai.
Kalau lah budak – budak tarik wayar, terhempap ke apa ke, ya Allah. Tak terbayang. Ummi terk3jut sangat kenapa budak – budak ini diletakkan dalam bilik kosong?!! Ummi tanya teacher, ni bilik apa? Untuk apa bilik ni?
Kenapa letak Maryam dengan budak – budak tu dalam bilik ni? Dah berapa jam budak – budak ni kena duduk dalam bilik ni? Teacher cakap tu bilik isolasi. Ya Allah masa tu rasa macam nak menjerit pun ada. Kenapa letak dalam bilik isolasi sedangkan Maryam sihat walafiat pagi tu.
Teacher pun dah check temperature and other common SOP. Teacher simply jawab yang toddler (budak 1 – 2 tahun) diletakkan sementara dalam bilik isolasi pada waktu petang sebab tak nak ganggu baby lain yang tidur because area baby bersebeIahan dengan area toddler.
Ummi rasa nak meIetup dah waktu tu. Kenapa teacher bagi keutamaan kepada baby sampai tergamak asingkan budak – budak toddler dalam bilik isolasi?? Sedangkan kelas lain – lain. Teacher yang incharge pun lain – lain. Ada teacher yang memang urus baby. Ada teacher yang memang urus toddler. Masing – masing boleh kawal and jaga kelas masing – masing.
Kenapa tiba – tiba ada isu ganggu baby tidur? And at the first place, ITU TASKA. Where on earth ada taska senyapppppp macam perpustakaan?!! Especially pada waktu petang where all kids are getting excited too go home!
Baby tak salah. Toddler pun tak salah. Masing – masing perIukan perhatian. Tapi kenapa ada diskriminasi?? Teacher cakap toddler duduk dalam bilik isolasi sekejap je sementara tunggu parents sampai waktu petang. SEKEJAP JE KATA TEACHER.
Bila ummi tengok cctv, rupa – rupanya Maryam dan 4 toddler lain memang diletakkan dalam bilik kosong tu SEJAK PAGI. Astaghfirullah. Remuk hati ummi. Dalam cctv tu, ummi tengok budak – budak dibiar menyusu atas lantai! Tak ada alas. Tak ada bantal!
Ya Allah. Anak orang kan tu. Anak kucing pun orang letak alas. Why teacher whyyy?? Kenapa tergamak?? Menurut siasatan polis, teacher tinggalkan budak – budak dalam bilik kosong tu tanpa pengawasan beberapa kali! Dan tak ada teacher lain ganti untuk tengokkan budak – budak dalam bilik tu.
Malah ada satu ketika tu teacher tinggalkan toddler dengan handphone yang diletakkan atas air purifier. Polis maklumkan masa teacher tinggalkan budak – budak dalam bilik tu, ada budak lain yang gigit dan cubit Maryam. Masa ni, Maryam kena att4ck 3 – 4 kali.
Tak lama lepas tu, teacher SEKALI LAGI KELUAR DARI BILIK ISOLASI DAN TINGGALKAN BUDAK – BUDAK TANPA PENGAWASAN! So what do you expect? HABIS MARYAM KENA ATT4CK LAGI DENGAN BUDAK TADI!! This time sampai 6 kali ser4ngan gigit and cubit!
Dalam cctv, Maryam masa tu dah terbaring lemah atas lantai. Mungkin Maryam dah terlalu penat menangis and menjerit tapi tak ada sesiapa datang tolong. Mana teacher waktu ni!!!??? Pergi ambik minyak rambut?!!!
DAN KENAPA TINGGALKAN BUDAK BANYAK – BANYAK KALI!!!! Sampai sekrang ummi dan abah masih tertanya – tanya berapa kali sebenarnya teacher tinggalkan budak – budak. Dan berapa lama masanya setiap kali teacher tinggalkan.
TANPA PENGAWASAN. Sampai Maryam ced3ra macam tu sekali. Dan paling kecewa sekali, rakaman cctv antara 11am – 3.45pm tak diserahkan pada ummi dan abah. Apa yang berlaku dalam tempoh hampir 4 jam ini, apa yang Maryam lalui, kat mana Maryam tido, macam mana Maryam makan, macam mana layanan teacher, hanya Allah je yang tahu.
Malam tu Maryam menangis – nangis. Mungkin s4kit. Mungkin tr4uma. Pipi Maryam merah tak surut – surut. Entah. Ummi dan abah masa tu rasa bersalah. Rasa marah. Rasa kecewa. Semua ada. Atok nenek, grandpa grandma semua sedih tengok keadaan Maryam.
Nenek terus datang malam tu nak tengok Maryam. Grandma sampai tak lalu makan. Semua orang str3ss and sedih. Tiba – tiba malam tu, bila dah selesai buat report di balai polis, sampai je kat rumah, hidung Maryam berd4rah.
Ummi dan abah cepat – cepat bawa Maryam ke hospital. Buat x-ray skull and nasal bone. Pada hari berikutnya, Maryam dibawa ke ENT untuk dilihat dengan lebih lanjut. Maryam juga dibawa untuk berjumpa dengan to child psychi4try sebab Maryam jadi susah nak tidur, senang terjaga malam, menangis high pitch dan ada beberapa kali cuba nak gigit abang – abang dia.
Dan sehingga May nanti masih ada follow-up dengan pakar. Kesian sangat kat anak ummi. Dalam sehari je berlaku semua ni. Taska yang kononnya gah, menang anugerah itu ini, pengalaman berpuluh tahun. Iklan bukan main hebat lagi. Tunjuk yang cantik – cantik. Cawangan pun belambak – lambak.
Bulan Okt tahun lepas dah kena daftar siap – siap untuk kemasukan 2023. Untuk daftar kena bayar seribu lebih. Tapi anak – anak duduk dalam bilik kosong! Classroom cantik – cantik untuk apa? Semuanya untuk wayang semata!
Siasatan polis pun dah selesai. Jadi dah tiba masa ummi dan abah usahakan cara lain untuk f1ght for Maryam. Ummi dan abah percaya ada banyak lagi kebenaran yang belum tersingkap. Bila ummi dan abah jumpa pelbagai pihak, mereka nasihatkan untuk ummi dan abah ambil legal action ke atas taska tetapi ia akan menelan kos yang tinggi.
Baru lah ummi dan abah faham kenapa ramai ibubapa yang pernah lalui benda sama macam ni, akhirnya senyap dan redha. Ummi dan abah tahu perjuaangan ini tak mudah dan tak murah. Tetapi ummi dan abah akan usaha sedaya mungkin supaya Maryam mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga pihak yang zaIim mendapat baIasan setimpal.
Yes, I know ramai parents di luar sana yang senasib dengan dengan kami. Tolong doakan kami kuat sehingga ke garisan akhir. We believe that the truth will ultimately prevails. InsyaAllah. Maryam surely akan sembuh dari semua ni insyaAllah.
Tetapi Iuka di hati ummi dan abah tak akan terubat selamanya. Maafkan ummi dan abah kerana tak dapat bersama Maryam ketika Maryam sangat – sangat perIukan pertolongan. Hanya Allah yang dapat menjaga Maryam dan Allah lah sebaik – baik penjaga.
Ummi dan abah sayang Maryam. Sangat sayangkan Maryam. Lillah. To all parents and everyone out there, we welcome your continuous support and du’a. May Allah protect our kids’ bodies, minds, and souls from any kind of evil and harm.Amin.
Edited: Terima kasih atas doa – doa dan sokongan. Buat masa ini saya dinasihatkan untuk tak reveal nama dan lokasi taska. Namun, bila dah dibawa ke mahkamah nanti, tiada apa lagi yang boleh disorok dari pengetahuan umum.
Saya dan suami dah cuba pelbagai usaha dan ini ikhtiar kami yang terakhir supaya kami tak give up di pertengahan jalan. Perjuaangan ini baru sahaja bermula. Dan ia tak mudah. Dari awal ia tak mudah. Dengan rendah hati, kami mohon sokongan dan doa yang berterusan.
Saya dan suami bukanlah orang yang bijak pandai dalam hal undang – undang. Jadi dengan rendah hati kami mohon sekiranya kalian ada apa – apa cadangan atau bantuan, boleh DM saya untuk kita brainstorm sama – sama. Jazakallah khayr. – Mawar Berduri (bukan nama sebenar)
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.