Aku balik kerja awal dan nampak adik aku tengah tarik rambut isteri dan mak hanya tengok je

Aku tunggu abah balik dan ceritakan segalanya tentang apa yang terjadi pada isteri aku. Abah menangis dan buat pertama kali sepanjang mak abah kahwin, abah t4mpar mak. Aku nekad bawa isteri keluar tapi mak cakap kalau aku keluar, aku akan jadi anak derh4ka dan tak akan halalkan susu yang aku minum..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, cerita yang aku nak kongsikan ni biasa – biasa je tapi amat menggur1s hati aku. Aku mempunyai adik beradik seramai 11 orang di mana aku merupakan anak yang ke – 4.

Dijadikan cerita arw4h bapa aku kerja kampung dan untuk membesarkan dan menyekolahkan anak – anak memang amat payah. Jadi bila aku nak masuk tingkatan 1, kakak aku berhenti sebab tak cukup duit. Akak aku ni belajar pandai, keputvsan UPSR pun dapat 4A.

Jadi dia kerja kilang dan bila adik aku nak masuk tingkatan 1, maka aku pulak yang kena berhenti sekolah. Begitulah rutin kami sehingga lah turn aku. Aku cakap aku nak sekolah dan akan buat part time untuk yuran dan duit buku. Maka arw4h abah setuju.

Alhamdulillah, dari tingkatan 2 sampai tingkatan 5 aku buat kerja part time, keputvsan SPM aku 9A1 dan 1A2. Senang cerita dalam keluarga aku ni aku sorang je yang ada SPM, yang lain semua berhenti setakat tingkatan 2, 3 dan 4.

Abah aku dah penat b4ntai sampai lembik – lembik diorang ni tapi adik – adik aku semua degil. Jadi aku meneruskan pendakian sehingga mendapat master. Di sinilah bermula kisah aku. Sepanjang aku belajar kat universiti, duit biasiswa akan aku beri pada emak sebanyak RM500.00 dan abah sebanyak pun RM500.00 setiap sem.

Aku ik4t perut sebab nak bantu adik beradik yang lain. Tapi akhirnya semua belajar tak habis. Maka aku berjumpa dengan isteri aku di universiti awam. Lepas habis master, aku kerja dan dalam 6 bulan, kemudian aku menyuarakan untuk berkahwin.

Abah setuju tetapi emak dan adik beradik yang lain tak setuju. Mereka cakap sapa nak bantu kami (adik beradik) tetapi abah marah dan cakap itu hak aku. Aku pun berkahwin dengan isteri aku dengan emak bagi syarat untuk duduk di rumah kami.

Isteri aku setuju je bila aku utarakan hal ini. Tetapi aku sangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan diawal pagi. Bila aku kerja, isteri aku dijadikan macam bibik oleh adik beradik dan emak aku tak pernah tegur.  Isteri aku pun tak pernah cakap atau mengadu bila aku balik kerja.

Untuk pengetahuan pembaca, aku memang kerap bawa orang tua aku makan di luar sebab nak ajar adik beradik aku ni berdikari, masak sendiri (tapi emak akan tapawkan untuk anak – anak dia yang lain). Adik aku yang no. 8 plak ada bawa balik tunang dia ke rumah dan di sini lah bermulanya malapetaka.

Aku geIarkan tunang adik aku ni sebagai A. Si A ni boleh jadi batu api bila tengok aku baik dengan mak bapak aku. Dia cakap kat emak aku, yang isteri aku cakap, emak dan bapa aku ni membebankan, selalu nak makan luar.

Lepas itu, si A ni cakap dekat wife aku yang emak aku cakap, wife aku ni malas nak masak, asyik nak makan luar. Selepas dari itu, mak dan adik beradik aku membuIi isteri aku dengan lebih drastik dan sindir – sindir lagi.

Untuk pengetahuan, bila di depan aku dan abah, isteri aku dilayan macam puteri. Tetapi  di belakang lagi h1na dari kuIi. Bila aku ajak makan luar, emak aku menolak. Jadinya, aku pergi dengan abah sahaja dan selamatlah sikit perbelanjaan sebab tak payah nak tapau untuk adik beradik aku.

Pada 1 hari, aku balik awal. Ambik half day dan sesampai di rumah aku lihat isteri aku ditarik rambut oleh adik perempuan aku. Aku marah dan yang peliknya emak aku bela tindakan adik perempuan aku. Aku suruh isteri aku cerita dan baru aku tahu perkara yg sebenar selama ini isteri aku jadi h4mba pada mereka ini.

Aku suruh isteri aku kemas baju dan kami akan keluar dari rumah itu. Aku tunggu abah balik kerja dan cerita semuanya, abah menangis kerana tak sangka ini yang berlaku. Dalam selama perkahwinan mak abah aku, itulah kali pertama abah meletakkan tangan di muka emak.

Dek kerana eg0, emak cakap aku bukan anak dia jika aku keluar dari rumah dan tak halalkan susu yang aku minum. Aku nekad dan keluar. Alhamdulillah, aku dapat tukar ke Pahang dan dinaikkan gred. Maka aku rasa aman dan selama 9 tahun di Pahang, aku dikurniakan 4 orang anak, 3 orang puteri dan seorang putera.

Sejak dari itu, aku tak pernah tak kirim duit tapi aku kirim melalui abah aku. Masuk tahun ke 10 abah aku jatuh di tempat kerja. Str0ke 1 badan dan kakak aku telefon aku dan inform. Maka aku balik tapi kami stay dekat hotel di JB selama seminggu.

Sepanjang diward, isteri dan aku bergilir – gilir menjaga abah dan yang paling kelakar, abah hanya ingat aku, isteri aku dan emak sahaja. Adik beradik yang lain akan ditanya ni siapa. Dia tak kenal lah. Dan abah hanya akan makan kalau aku, isteri aku dan emak je yang suap.

Kalau adik beradik yang lain, dia akan tepis dan menolak pinggan nasi. Sebelum arw4h abah pergi, abah suruh balik semula ke rumah. Pelbagai alasan diberi tapi abah cakap kalau sayang abah, balik. Isteri pujuk aku spanjang perjalanan balik ke Pahang dari Johor.

Maka aku bersetuju dan minta pertukaran. Selepas 2 tahun, permohonan diluluskan dan aku dapat balik JB. Aku ingatkan adik beradik dan emak aku dah insaf tapi rupanya tidak. Aku dan isteri minta maaf dan emak aku pun menangis (macam jejak kasih).

Maka kami kembali ke rumah itu. Masa ni ramai adik beradik yang kerja luar. Jadi tak ramai yang ada di rumah abah. Nak dijadikan cerita, masa pindah ke JB, isteri aku dah pregnant, lepas 4 bulan bersalin lah anak ke-5 kami seorang putera.

Kali ini adik ipar adik yang ke-6 aku gelarkan si B. Lepas pantang, isteri aku sambung kerja dan bila kami nak hantar ke rumah pengasuh tapi si B cakap, biar emak jaga, ada juga pendapatan. Aku tak nak susah kan emak, lepas tu si B, mendesak emak aku hingga emak aku cakap biarlah emak jaga dan si B bagi cadangan kena bagi emak RM500 sebulan.

Kami pun akur dan permulaannya, macam ok. Tapi lepas 2 bulan, aku lihat anak aku ni selalu bangun malam dalam pukuI 2 pagi ajak makan mamak. Aku bertanya kenapa hari – hari lapar ni, tak makan ke? Anak aku yang sulong dan no.2 senyap tak nak cakap (dah kena warning dengan si B).

Yang no.3 berumur 8 tahun cakap bila time makan, semua pakcik dan makcik makan dulu, nasi yang tinggal baru dibagi 4 orang. Aku terus menangis kenapa anak aku, cucu emak aku dilayan begini. Si B ni duduk rumah sewa lain tapi dekat dengan rumah emak aku.

Hari – hari datang  menghabiskan beras. Segala bil utiliti (api, air, astro, wi-fi) semua aku bayar. Duit belanja rumah setiap minggu belanja kat tesco. Kalau dikira dekat 2k sebulan. Anak aku yang bayi diberi air susu sejuk je. Si B cakap membazir elektrik nak dipanaskan air.

Maka aku buat plan dengan isteri ambik cuti. Dan sekali lagi semua terbongkar. Masa tu ayah dah ok dan bila terjadi macam ni, per4ng mulut berlaku dan yang paling aku sedih semua adik beradik aku balik untuk ser4ng aku (si B dah wasap semua adik aku bila dah kant0i).

Pada masa ini, abah menangis bila dengar hal ini dan abah diser4ng ser4ngan jantung masa nak lafazkan cerai kat mak aku. Aku tahu sebab ayah aku cakap, ” jenabbbb, aku cer..” terus abah pegang jantung dan jatuh. Aku keluar kali ke-2 dari rumah abah dan tidak menghadiri majlis pengebumian sebab adik beradik aku cakap, aku punca arw4h abah meninggaI.

Jadi aku cari rumah sewa dan pada masa yang sama minta pertukaran. Berkat doa kami sekeluarga, aku mendapat pertukaran ke gua musang atas sebab pertukaran suka sama suka. Sekarang, aku bahagia di samping keluarga dan mertua.

Sehingga saat ini, mertua tak tahu apa yang berlaku. Tekad aku, aku tak akan aku pulang ke rumah itu. Korang tak rasa apa yang aku rasa. Jadi aku memang tak peduli apa yang orang nak kata. Sekian. – Alang

Komen Warganet :

Fatin Idris : Ya Allah, dalam banyak – banyak confession, confession tuan ni antara yang paling buat saya puas hati, Allah dah tunjuk kuasa dia bila ayah tuan s4kit, boleh kenal tuan, isteri tuan and mak tuan saja.

Dan sesungguhnya saya tak rasa tuan anak derh4ka ke, apa ke, sebab tuan dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak kat arw4h ayah tuan dan mak tuan sepenuhnya walaupun mak tuan tak berubah, even though Allah tarik nyawa ayah tuan, saya rasa tu jalan yang terbaik dari Allah.

Daripada mend3rita sedih hiba sebab isteri dan anak – anak sendiri buat tuan dan isteri tuan camtu. Tahniah tuan, sebab fikir yang terbaik untuk isteri dan anak – anak tuan, tak banyak lelaki mampu buat tu. Sesungguhnya tuan la peIindung isteri dan anak – anak tuan. Semoga Allah kuatkan hati tuan dan isteri tuan, hidup bahagia sampai akhir hayat.

Suzie Aziz : Orang selalu kata air dicinc4ng takkan putvs. Tapi kalau air tu berkeladak dan ber4cun sampai nak buat minum pun tak boleh tinggalkanlah. Tak pun bawaklah mak keluar dari zon yang sangat negatif tu. Saya rasa mak saud4ra tu okay cuma manusia – manusia di sekeliling beliau sahaja yang menjadi per0sak.

Izan Iriz Rizan : Aku paling benci bila ada ipar duai per4ngai cam hanat macam ni. Korang tu orang luar, sedar diri sikit. Tak perlu nak tunjuk pandai, nak masuk campur hal – hal peribadi keluarga mertua korang. Baru status bertunang, per4ngai dah macam dajjai kecik. Banyak – banyak berdoa, semoga h4ntu – h4ntu raya tu semua diberikan hidayah Allah suatu hari nanti. Aamiinn.. Eeh sorry. Terem0 plak

Balkis Misman : Alhamdulillah saya doakan alang sekeluarga bahagia. Apa – apa pun syurga anak lelaki ada dengan mak. Jadi, saya rasa awak kena buang yang keruh ambil yang jernih. Mak tetap mak, walau macam mana teruk pun dia.

Tak perlu duduk sebumbung tapi awak tetap kena jalankan tanggunjawab sebagai anak dan jenguk la mak tu. Anak memang kena jatuhkan eg0 jika dengan ibu bapa. Memang pahit untuk ditelan tapi itu yang sebetulnya. Semoga mereka semua bertaubat dan menyesal.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.