Dari lahir mak tatang adik. Bila mak lumpuh, nak tukar pampers pun dia geli. Dekat dunia terus adik dapat baIasan

Oleh sebab adik bongsu lahir czer dekat hospitaI swasta, dia terus dimanjakan. Hasil keringat abang dan kakak kerja basuh pinggan lepas sekolah, kena beli KFC, Pizza kegemaran adik. Tiba – tiba mak lumpuh tak boleh bangun, adik geli nak tukar pampers. Waktu tu lah kak Ngah sumpah adik tak akan bahagia..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Aku cuma nak kongsi pengalaman, perempuan yang maksum aku maksudkan tu ialah adik perempuan sendiri. Bukan nak burukkan d4rah daging sendiri. Bagi aku pembaca tak kenal pun siapa. Jadi harap ambil pengajaran.

Aku dan adik bongsu (Lyla – bukan nama sebenar) beza usia 11 tahun. Seorang yang manja sangat, dia sentiasa rasa diri tak pernah salah. Terlalu dimanjakan sebab sejak lahir dia sorang sahaja yang dilahirkan czer dan terp4ksa buat di swasta.

Padahal 6 beradik lain semua lahir normal di hospitaI kerajaan je. Ayah kami berniaga sendiri dan mempunyai tangunggan yang ramai. Lahir pulak adik bongsu yang dapat perhatian lebih dari mak. Habis 6 yang lain disisih, tak boleh nak tegur, tak boleh nak betulkan.

Tapi mak tetap sayangkan semua anak semampunya mak boleh beri. Kalau dari kecil bab makan minum kena catu sebab nak pastikan adil dan cukup semua tapi bila datang kau je Lyla, Mak akan utamakan permintaan kau.

Cakap je nak KFC, nak Pizza semuanya duit atas pemberian akak abang kau yang bersusah payah cuci pinggan malam – malam kat restaurant atau pasar malam masa kitorang sekolah menengah. Dan sebab kau manja sangatlah, kau dapat tuition masuk sekolah mahal masuk asrama.

Bila dekat asrama baru kau tau langit tu tinggi ke rendah. Senang je kau cakap sekolah asrama takda kebebasan nak susun masa sendiri lah, takda ruang untuk buat apa – apalah, ada jelah alasan kau. Dah habis nak dekat RM2000 masa pendaftaran senang – senang je kau keluar cakap system sekolah terlalu taksub mem4ksa student takut demerit.

Dah kalau kau yang buat salah memang patutlah kena, tapi nak buat macam mana kau kan maksum. 2 minggu je kau keluar. Dasar penakut lari dari masalah. Pastu bila kau tingkatan 2 mak start s4kit. Mak kena s4wan b4bi terus lumpuh badan.

Mak harapkan anak – anak untuk jaga tapi kau tak payah jaga sebab kau kecil lagi. Excuse me kau masa tu dah anak d4ra 14 tahun. Aku dengan kakak abang lain masa umur kau elok je cari kerja upah sana sini. Kau je yang hidup senang.

Mak s4kit agak teruk lumpuh tak boleh buat apa. Bukan sekejap mak s4kit, 4 tahun. Sampai kau tingkatan 5 mak specialkan kau sebab nak kena belajar betul – betul, eleh SPM kau pun 4A je. Yang lain tak tuition pun boleh 5/6A.

Kak Ngah paling hebat 11A. Kau tu tau nak complain je. Itu ini semua yang berlaku menyusahkan dunia kau. Konon hidup kau jelah yang penat, kau jelah yang susah. Tolonglah, kau bab pampers mak pun kau geli. Akak – akak kau yang berkejar buat semua.

Aku ke hulur sana sini sebab kolej jauh terp4ksa balik hari Melaka – KL nak pastikan mak dijaga rapi, Kak Ngah yang dah kahwin siap ada tanggungjawab anak kecil masa tu pun datang selang hari jaga mak. Abang kau yang atas kau tiga – tiga lelaki.

Walaupun semua duduk rumah bersama tapi nak tolong bab bersihkan mak tu tak boleh. Lelaki kan. Abang Long sorang je yang lelaki dalam adik beradik yang sanggup pakai tukarkan pampers mak dan mandikan mak kalau terp4ksa sebab abang paling rapat dengan mak, rapat yang sihat.

Tak macam kau rapat dan manja tak bertempat. Kak Ngah sampai sumpah kau tak akan bahagia sebab kau tahu bukak mulut sahaja, tangan tak pernah buat kerja. Kak Ngah sampai str3ss duduk rumah awal – awal mak s4kit, dia pernah lari tidur kampung suami dia (masa tu belum kawin) sebab bersuara pasal kewangan dan tanggungjawab bersama kat kau.

Kak Ngah balik rumah, sedap mulut kau je tuduh cakap kakngah lari dengan boyfriend sebab gatal, takda maru4h, eh kau baru sekolah menengah duit pun kami yang beri. Makan minum kongsi semua kami kumpul sama – sama.

Kau tu banyak pengaruh movie blue matsaleh. Acah – acah geli. Kau je yang suci. Sejak tu Kak Ngah terus mintak kahwin g4ntung, ayah okay je sebab dah g4duh dengan kaulah punca. Suami dia pun nasib baik orangnya boleh diharap.

Lepas Kak Ngah kahwin, kau burukkan Kak Ngah dekat saud4ra mara yang Kak Ngah tidur di kampung suaminya sebelum kahwin. Aku tak nak komen banyak sangat pasal kak ngah sebab aku nampak kak ngah memang str3ss teruk masa mak s4kit.

Dia yang masak untuk 8 perut (tak termasuk aku kat kolej) setiap hari tak putus asa walau penat macam mana sekalipun. Kak Ngah yang banyak jaga mak terutamanya bersihkan mak dan layan kerenah orang s4kit macam mana, nak diurut, nak didengar, nak disuap, nak dibersihkan, nak ditolong ambil wuduk, sampaikan gosok gigi pun aku dengan kak ngah hampir setiap hari buat.

Mak dah meninggaI pun kau acah – acah paling sedih, kau kononnya yang duduk rumah jaga mak, mulut kau bising cakap kakngah selfish nak kawin waktu mak s4kit. Aku pulak sibuk sambung degree tinggalkan mak takda orang nak jaga.

Padahal kitorang lebih banyak bantu mak dari kau. Kau bagitahu kat ayah dengan adik beradik lelaki, kau tak puas hati dengan kakak – kakak kau (aku dengan Kak Ngah). Padahal mata melihat lebih dipercayai daripada mulut kau bila berbicara. Semua tahu yang cerita setiap pihak macam mana.

Itu cerita lama zaman kau sekolah. Sebabkan mulut kau jugak bila kau habis sekolah kakak – kakak kau tak nak bantu dari segi kewangan, ayah dengan abang long je yang bantu. Itu pun kau merungut tak cukup. Bodek abang – abang atas kau, mintak nak ipad lah nak phone kena pakai yang baru lah.

Siap masa kau masuk universiti kau nak duit lebih semata – mata ikut kawan – kawan pergi jalan hujung minggu. Ada aje lah setiap minggu pergi merata. Pergi pantai lah pergi mall lah, padahal benda tu bukan keperluan. Kau je yang sibuk nak perhatian, sebab apa?

Sebab mak dah takda dah nak layan kerenah kau. Mulut kau t0ksik masa kak ngah kahwin, tengok – tengok kau pulak sem 3 sibuk nak guna alasan Kak Ngah boleh kau pun nak ikut kahwin g4ntung. Abah larang sebab abah tahu Kak Ngah dengan laki dia macam mana, kau tak sama.

Tapi menangis – nangis nak juga. Konon takda orang yang faham hidup kau. Laki muka jambu pilihan kau aje lah yang kau percaya faham jiwa dan raga kau. Masa ni adik beradik gelak je. Lantak kaulah itu pilihan kau. Ayah mintak jumpa, tanya macam mana nak tanggung padahal dua – dua sem 3.

Dia pun tebalkan muka terp4ksa sebab kau dah menangis – nangis nak sangat keluar rumah. Kau cakap kat mamat jambu tu kami ni family t0xic. Lelaki muka jambu tu memang nampak innocent macam jatuh cinta kat kau ntah apa sumpahan kau beri kat dia, nampak macam korang cinta pertama dan akhir.

Gunakan alasan nikah PKP jimat tak perlu belanja banyak – banyak. Dah kahwin siap letak caption acah celebrity islamic, “yang halal itu lebih baik, lebih murah lebih diberkati”. Habis PKP dua tahun cerai sebab suami kau ada scandal dari tempat kerja practical, start lah pulak episode – episode depr3si kau.

Sebelum cerai kat mahkamah, dapat kaunseling rupanya kau tolak ajakan bersama, alasan kau seolah kau perempuan maksum. Lelaki kau je yang giIa s3ks. Kau suci bak malaik4t. Tak suka hubungan suami isteri, macam – macam alasan kata nak puas banyak cara tak semestinya atas katil je.

Well kau yang nak sangat kahwin. Aku yang dah 30 lebih pun boleh je nak fikir financial dulu baru relationship. Tapi sekarang satu persatu benda kau buat kau dapat balik. Family mertua kau kutuk kau giIa – giIa sebab kau punca dia cari lain sampai korang bercerai.

Kau mula lah post – post story, status pasal orang depr3ssion lah bagai. Dulu kau tuduh orang lain gatal sekarang kau tak bahagia berpasangan sebab kau langsung takda nikmat walaupun halal. Dulu kau kutuk dan bawak mulut pasal orang, sekarang kau acah m4ngsa kena kutuk dengan family mertua baru nak sedar.

Dulu kau sibuk nak huuhaa seronok sana sini, sekarang kau sengkek duit ntah ke mana sesen pun tak cukup. Kau kena hospitaIized sebab depr3ssion, sampai meraung – raung kat psychi4tric cIinic seolah kau sorang je yang m4ngsa keadaan dicurangi suami.

Nampak macam apa yang kak ngah sumpah dulu dah mula terjadi. Kau tak akan bahagia sampai bila – bila sebab kau terlalu rasa kau perempuan maksum tak ada salah langsung. Padahal kami keluarga yang memerhati nampak je silap kau taknak humble dari dulu, sekarang bila the world humbles you back baru kau nak s4kit meraung nya. Bulan february 2022, tanggal 27.

Tarikh hitam family, kau cuba tarik nyawa sendiri sampai alas katil penuh d4rah kau. Sebab apa? Kau cakap kau depr3ssion. Walaupun abang – abang kau ada rasa kasihan tapi aku dan Kak Ngah lebih terasa macam nak cakap padan muka.

Ayah sorang je yang ambil kisah kau kat hospitaI dah dekat sebulan kena tahan dan sampai sekarang kena pergi jumpa doktor setiap bulan. Baru sekarang mulut kau pandai tutup. Itu pun tak boleh nak sentuh benda lama yang kau kutuk.

Hanya sebab kau kata s4kit semua orang rasa lain – lain. Well u get back what u deserve i guess. Benci – benci aku dengan per4ngai kau yang bertahun – tahun manja tak bertempat, sekarang baru setahun kau nak belajar balik nak rendahkan diri.

Kau tetap d4rah daging kita semua adik beradik. Aku hanya nak yang terbaik. Kau kutuklah lagi keluarga sendiri, tengok sekarang siapa juga yang tolong melainkan keluarga yang kau kutuk juga kan? Aku hanya harap fasa hitam penceraian kau ni jadi pengajaran.

Dunia tak selamanya indah seperti yang kau selalu nakkan. Tapi aku harap dan doa kau baik – baik dan berubahlah per4ngai tu jangan nak menang je. Kau manusia dan takda manusia maksum dari salah silap. Bila family tegur cakap kami ni family t0xic kau je yang betul, tapi bila kau buat salah besar baru kau sedar tak semua teguran itu t0xic melainkan sebab diri yang tak sedar dah jadi duri.

Aku harap korang yang membaca ni boleh ambil pengajaran terutamanya kalau jenis nak tuding jari je memanjang. Satu hari, cepat atau lambat memang setiap manusia akan diberi ujian berat yang akan menampakkan diri tak sentiasa betul.

Jadi berhenti salahkan orang sekeliling, kadang – kadang benda tu jadi macam tu sebab kau sendiri yang punca. Berhenti juga nak percaya apa yang kita baca kat internet, bila dah ada teguran depan mata tetap nak percaya diri sendiri sahaja. Stop self diagnosing. Stop thinking its always about you. The world doesnt revolve around u. – Kakak Lyla (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Sara Lee : Nak cite pasal adik beradik dari keluarga miskin kan, nak join jugak lah. Well aku anak ke 8 dari 11 family members, ke 4 dari 5 beradik girls, lain 6 semua boys. So ada 3 kakak dan 1 yonger sister. Adik bongsu is girl.

Dia pon satu – satunya czer dari kami 11 semua normal. Tapi terbaliknya dari kecik mama aku memang garang dengan semua anak, mungkin sebab dia letih, urus anak ramai, miskin plak, nak masak pon guna kayu, semua manual.

3 kakak aku yang atas paling banyak berjasa untuk kami semua, dan paling utama kak ngah aku yang dah aku anggap macam mak kedua. Actually semua adik beradik memang anggap macam tu.. Dia tempat kami bermanja, dia yang berk0rban tak habis study demi adik – adik sambung belajar.

Dia berk0rban kahwin dengan pilihan orang tua dan bercerai pon sebab orang tua, zaman gelap kami banyak yang sedih dari suka, tapi kak aku selalu bergurau dulu bawak aku naik dukung, pakaikan baju cantik – cantik untuk aku dan main makeup – makeup.

Dulu bila aku ade, masa tu family dah start dimurahkan rezeki sikit, ayah da bole beli enjin air, umah dah ada letrik, ayah bole beli kereta, boleh beli tv, banyak yang berubah. Jadi aku dapat banyak kelebihan dalam kata lain dimanjakan lebih.

Aku nak kasut dapat, nak gown cantik – cantik dapat tapi sebab aku dengan kakak – kakak yang paling last 10 tahun beza dengan kak ngah hampir 20 tahun beza, isu pasal dengki memang takde. Lepas tu walaupon adik bongsu aku ade, aku masih anak manja lagi dengan semua orang.

Sekarang adik bongsu aku orang cakap kakak kalau kami pergi mana – mana walaupon beza kami 8 tahun. Sekarang aku dah kahwin, tinggal yang bongsu saja belom sebab baru habis study, bab susah belajar, aku memang tak susah, masa study dalam akaun aku ade 10k, rezeki duit aku takde masalah.

Aku jenis tak boros, kakak – kakak plak sangat supportive masa aku belajar sampai kadang – kadang duit aku tak terguna. Selalu dorang bagi duit walau tak mintak. Mungkin betol orang cakap nasib dan rezeki semua tak sama.

Adik aku walau bongsu tapi dia lagi susah dari aku, duit tak cukup dan lain – lain tapi alhamdulillah semua dah boleh bantu sikit – sikit sebab adik beradik ramai dan ayah pon dah tak kerja tapi Allah murahkn rezeki dalam macam – macam hal lagi.

Untuk tt ni ujian dia besar, Allah bagi adik macam tu untuk dia bersebab untuk family dia. Semoga dipermudahkan urusan dan cepat – cepat berbaik dengan adik bongsunya. Hidup di dunia adalah bekal untuk ke sana. Ingat Allah ada untuk sapa – sapa yang bersama dengan-Nya.

Windy Wind : Bila parents tak adil dalam menjaga anak – anak, jadi begitulah. Nak buat macam mana, parents pun orang biasa, tak lepas dari buat kesilapan. Kita anak ni tau makpak sayang anak yang mana, tapi abaikan sajalah.

Selagi boleh elak dari bertengkar adik beradik, buat. Sebab makpak je yang rasa guilt tu. Walaupun tak penah ngaku sayang anak yang mana. Dorang cakap semua anak bagi layanan sama. Heehee.. tentulah yang ditatang tu berpangkat dan bergaji besor, serba serbinya besor.. huhu.. Harap kubor pun besor gak nanti.

Faten Munirah : Manja tu aku boleh tahan lagi la. Tapi yang badmouth dan fitnah kat family sendiri, memang anat la per4ngai adik ko ni kak. Kak Ngah sampai sumpah dia tu, so aku leh faham ah s4kit hati tahap mana. Memang tahap per4ngai ceIakak punya ni. Memang pelik per4ngai adik ko ni kak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.