Memang nasib aku bila suami buat rumah dekat dengan rumah mak mertua. Adik beradik suami kuat meminjam kata nak bayar tapi tak bayar. Kalau sekali dua tak apa. Bayangkan nak beli kereta buat loan pendahuluan minta tolong dekat suami, alih – alih kena guna duit aku juga sekali. Lepas tu tiap bulan pun tak cukup duit nak bayar bulan pun mintak tolong kami suami isteri…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin, tolong hide fb ni ye..
Okay, aku kahwin dengan suami aku dan sebelum kahwin memang dia siap – siap cakap kena ada kereta dan rumah baru boleh kahwin aku pun ok jelah kan.. Aku pun fikir ok la sebab nanti dah tak kena susah nanti nak kena sewa ke apa kan?
Jadi bila dah ada semua, aku berkahwin dengan suami aku dan suami aku buat rumah sebeIah rumah mak mertua aku sebab dia beli tanah dekat situ. Suami aku ni ramai adik beradik tau, dia ni anak ke 5 dari 12 adik beradik. Hidup kitorang tak ada lah kaya raya tapi boleh dik4takan senang itu ajee. Suami aku ni ada bengkel kereta sendiri dan aku pula ada buat bisnes kecil kecilan je..
Apa yang menjadi masalah sekarang dan aku nak kongsikan adalah adik beradik suami aku ni suka sangat pinjam duit tapi bayarnya tak pun. Kalau sekali dua tak apa lah, ini berkali kali tau. Bayangkan sampai diorang nak buat loan kereta pinjam duit dengan kami. Ok, tak apa lagi kami bagi je ni tapi bila masuk bab nak bayar bulanan pun pinjam lagi dengan kami.
Dar4h aku tengah menyirap ni sambil taip sebab baru lepas g4duh dengan laki aku sebab Iembik sangat. Tadi adik dia datang pinjam duit sebab nak beli cincin merisik. Ya Allah ape kejadah nak beli cincin untuk bakal bini pun pinjam dekat abang. Aku memang s4kit hati betul tau tak. Kalau aku bersuara mula la mak mertua aku datang rumah marah – marah cakap aku halang laki aku tolong adik beradik dia. Dia tak tahu yang anak dia pinjam duit nak buat loan kereta tu kena kongsi duit aku dengan laki aku. Sebab apa sebab aku kesian dia naik moto ke hulu ke hilir bawak anak ke klinik naik moto.
Aku ni mudah kesian dekat orang tapi mudah jugak naik angin bila asyik terbakar je hati ni. 2 minggu lepas adik suami yang perempuan plak datang rumah minta pinjam kereta sebab nak gi Cameron aku dengan laki aku bagi jelah. Korang tau tak seminggu pinjam kereta tak hantar – hantar, pergi Cameron 2 hari je. MasyaAllah sungguh menyirap hati aku ni, nak je aku angkat rumah letak jauh – jauh dari sini. Kalau aku bersuara mula la mak mertua marah – marahkan aku cakap aku ni dengki sebab laki aku tolong adik beradik. Oh ya, bukan tak ada ye adik beradik yang lain yang senang, ada tapi duduk jauh mana maunya yang lain membantu memang dah tahu bantu sekali nak lagi. Memang nasib ler suami aku buat rumah dekat sini.
Komen Warganet :
Shamsiah Shazahomebakery : Nak bantu tu tak salah malahan menjadi kewajipan sebagai adik beradik tolong menolong jika betul – betul susah. Nie nak merisik org pun nak pinjam duit abang, apa kejadah baik suh suami tt je gi merisik untuk isteri kedua. Jangan marah gurau jer. Kalau nak bantu mak mertua tu memang patutlah, tapi kalau adik beradik kena tapislah jugak sebab semua dah besar, panjang. Lainlah jika,adik tu 0ku. Ni nak gi bercuti duk meroyan pinjam kereta orang dah tu tak tahu pulang, ntah – ntah minyak pun kering.
TT kena main perananlah kawal duit suami yang pastinya bulanan untuk mak mertua tetap ada. Selebihnya gunakan kewangan untuk buat insuran setiap anak. Sebab nmpaknya suami tt kerja sendiri jadi baik laburkan kewangan untuk masa depan yang lebih berfaedah. Sediakan plan insuran seisi keluarga puan dan jadi rutin setiap bulan masukkan duit dalam setiap akaun anak – anak. Sebab nampaknya klu tt dalam kesesakkan susah juga nak dapat bantuan daripada adik beradik suami. Kalau mak mertua masuk campur buat macam angin lalu jer, cakap tanggungjawab suami hanya pada mak mertua saja sebab adik beradik dah besar panjang.
Puan L’yana : Ini bukan susah, amik kesempatan atas kemudahan. Kesian abangnya. Kalau aku memang takkan tolong kecuali betul susah. Tu jek. Kita mmg patut tolong adik beradik dulu daripada orang len cuma kalau meIampau sangat amik kesempatan memang lah.
T-Qaiyum Mohamad : Sebaik – baik sedekah adalah pada adik beradik dan keluarga dekat dan seterusnya keluarga jauh.. Semoga Allah limpahkan rezeki sis n suami sis agar dapat terus menolong adik beradik yang susah. Dalam menolong tu, suami kena gak nasihat adik – adik tu, supaya lebih berusaha sendiri dari terus meminta – minta dan meminjam.. Semoga ada jalan penyelesaian yang baik buat sis dan suami sis sekeluarga.
Rosma Emma : “Jangan berkira dengan adik beradik!” menyampah aku dengar.. Daripada cerita ni, nampak sangat betul – betul ambik kesempatan! Sikit – sikit mintak duit, nama ja pinjam, jadahnya pinjam kalau tak bayar balik? Bila dah selalu sangat ditolong, sampai naik kepala jadinya! Nak merisik patutnya usaha la cari duit, ni mintak jugak buat beli cincin! Tu baru hal kecik, dah tak reti bertanggungjawab. Esok dah nikah, silap – silap nak beli spender bini mai cari abang pinjam duit! Bagi betis, nak paha. Dekat bau t4hi, jauh bau bunga! Macam ni la… Tolong dah berkali – kali, tapi bila sekali kita tegur terus meIenting macam selama ni kita tak pernah buat baik langsung. Duduk dekat – dekat ni masalah jugak… Sikit – sikit mintak tolong… Cuba la usaha buat sendiri, cari sendiri!
Hasfarinie Haron : Bantu tu tak salah dah nama pun adik beradik tap si adik beradik ni jangan la pulak ambik kesempatan. Masing – masing dah berkeluarga dan ada komitmen masing – masing kenalah faham. Suami kena la tegas, awak pun satu tt, duit awak simpan la kat bank. Nak pakai buat apa-apa minta la duit suami, baru dia pandai bahagi sama rata nanti.
Kisah 2, Salam min.
Aku surirumah. Suami bekerja dengan gaji selepas bayar itu ini adalah dalam Rm500 – RM600 tapi belum kira untuk barang dapur dan barang harian. Kami ada anak seorang. Kami tinggal di utara. Kampung suami di selatan. Aku cuma nak meluah perasaan tidak puas hati mengenai duit. Ye.. duit yang suami keluarkan umtuk belanja harian di kampungnya.
Ceritanya macam ni, ada masa kami juga akan balik kampung dengan berbekalkan baki gaji suami. Kami akan duduk kat sana dalam 6 hari. Bila sampai sana, suami bagi duit ntah berapa Rm dekat mak dia. Selain itu, suami juga akan keluarkan duit untuk belanja barang dapur. Tak kisah sebenarnya. Yelah, datang rumah orang jangan sedap – sedap nak makan free. Ye dak? Hulur – hulurlah jugakan. Tapii, kalau dah tiap – tiap hari suami yang kena tanggung makan minum lebih kurang 10 orang dalam rumah tu koyalah. Mertua aku jenis tiap hari akan ke pasaraya beli barang – barang untuk masak hari tu. Fresh. Paling sikit habis RM80. Kalau yang lebih seratus sekali pergi?
Aku ada ajak suami aku pergi rumah family aku kejap dah alang – alang dekat. Masa tu dua hari sebelum balik utara duit pun cukup – cukup untuk dalam perjalan balik dan sikit untuk barang basah bila sampai utara nanti. Dipendekkan cerita.. Lepas balik dari rumah family aku, mak mertua ajak suami pergi pasar pagi, sampai pasar macam – macam mak mertua beli, makanan, stock keropok lekor, termasuklah baju and stokin kerja untuk ipar aku. Dalam hati macam nak cakap je asal lak kena belikan dia semua tu. Gaji dia lagi banyak.. Dia boleh berdikari. Dia boleh bagi duit dekat bini dia pegi beli baju untuk dia. Speechlesssss!
So.. suami pun bayarlah guna baki duit yang terakhir. Sampai rumah pulak, terdegarlah yang ipar aku ni mintak baju stokin dia tu tanpa hulur duit ganti. Masa ni memang aku rasa nak berkira. Lepastu sebelum mak mertua nak masak tengahari, ajak lagi suami pergi pasaraya beli barang – barang dapur buat masak. Dan apa yang buat aku m4kin terkecil hati. Suami terp4ksa guna duit anak kami, yang adik beradik aku bagi masa pergi rumah family aku tu. Anak aku dapat Rm300.
Esok harinya sebelum gerak pulang.. Aku tak dapat tolong – tolong siapkan sekali sarapan sebab tengah menyusukn anak dan siap – siap packing barang. Mak mertua buat nasi goreng sikit dan jemput – jemput kot masa tu. So, suami datang ajak sarapan kat luar sebab makanan tu mungkin tak cukup. Aku cakap kejap nak mandikan anak. Suami pulak tengah siap – siap. Masa suami tengah bersiap mak mertua tanya nak pergi mana dan nak ikut. Aku tak jadi nak pergi mintak bungkus je sebab mak mertua dah nak gerak. Laju jee. Sekali diorang balik dari sarapan tuu diaaa banyak lagi beli makanan untuk semua orang dekat rumah ni. Eh biar betul!! So siapa yang dah sarapan tadi makan lagi. Nasi goreng dengan jemput – jemput tu buangggg.
Aku dah habis sarapan tu terus ajak suami gerak pulang. Kang tunggu sikit lagi kena pegi beli barang masak tengahari pulak. Baki duit anak masa tu ada Rm100. Tu je yang ada terp4ksa guna dalam perjalan balik utara. Dah smpai kat rumah sendri terp4ksa pegi tabung haji keluarkan untuk belanja dapur sndri.
Untuk pengetahuan tiap kali balik rumah mak mertua memang suami yang banyak habiskan duit belanja dekat situ. Ntah kenapa susah sangat nak tolak. Tak kira lagi kalau beradik dia mintak belanja makan luar. Memang tak! Apa bod0h masing – masing dah bekerja. Dan sampai sekarang aku tak suka nak balik sana. Dan sekarang aku surirumah yang belajar niaga online bantu pendapatan suami.
*luah perasaan yang terlalu panjang. Maaf kalau tak faham.
Komen Warganet :
Azira Azman Muhd Nasri : Cuma boleh cadangkan, lepasni balik kampung suami, bagi siap – siap duit belanja terus sekali gus. Kata la stay 6 hari, Nahh mak ni RM300 duit belanja lauk untuk 6 hari saya duduk sini ye, pandai – pandai mak la berbahagi belanja. Saya memang tak ada keping lagi dah, ni penghabisan. Mintak suami buat macam tu. Kalau tak, memang m4kin lama m4kin teruk laa awak laki bini kena. Sebab dah terbiasa. Dorang pon jadi sedap je tunggu awak balik kampung boleh h3mpuk semua belanja atas kepala laki awak tu.
Zarina Zahid : Suami tak nak berterus terang tentang kewangan dengan family dia. Semua benda nak ikut masalah besar lah. Mertua ngan ipar pun ambil kesempatan. Susah isteri juga yang tanggung. Saya paham.
Jamal Muhafiz : Suami lepas bayar itu dan ini tinggal RM500/600. Itu mungkin duit untuk makan dan belanja dapur. Kalau sebulan belanja. Sehari jatuh kurang rm19. Kalau lebih dari rm19 sehari belanja. Dah lepas dari had sehari. Kalau suami nak belanja mak sendiri lebih berkat. Nanti rezeki akan lebih berkat. Dan kena dapat keredhaan mak. Kalau dalam 12 bulan. Hanya sebulan balik. Apa salahnya belanja. Duit boleh dicari. Kalau mak dah tak ada, nanti nyesal pulak si suami.
Marini Hazlina : Nak pesan 1 je pasal duit anak. Jangan suka – suka belanja nanti lama – lama dah biasa, anak tak ada savings pulak. Semua duit anak, sis bagi cash kat sorang adik, adik tu transfer online terus masuk bank (tukar – tukar). Pastu, rahsiakan. Kalau nak pandai lagi, pakat dengan keluarga, duit transfer online jek. Nak bagi cash – cash ni takat RM1 dahla. Untuk adat ke untuk selfie kat fb ke (duit dalam sampul kan). Susah nak ubah sifat pemurah orang lain. Youla kena jadi bijak, panjang akal lagi kedekut. Jangan pegang cash. Pastu jangan lupa tipu. Jangan jujur sangat kat orang kalau bab duit ni.