Kakak aku kata membazir beli perabot, beli TV besar – besar. Tapi dia seronok buat rumah aku macam rumah dia. Dia, abg ipar dan anak dia hanya akan balik rumah mereka untuk tidur je. Aku dah mula pandai perli sindir, tapi aku terk3jut dengan respond ibu aku..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua, ini adalah kali pertama aku menulis confessions kerana sebelum ini aku lebih suka membaca. Terdetik sedikit rasa untuk aku kongsikan sedikit sebanyak keluhan hati aku yang tidak seberapa ini
Nama aku Sakinah, berumur 30 tahun dan masih belum berkahwin. Ibubapa aku tidak menekan sangat mengenai soal jodoh, namun itu bukanlah cerita aku pada kali ini. Cerita ini lebih kepada kakak dan abang ipar aku.
Aku bersekolah hingga tingkatan 5, cuma punya SPM dan sekarang berkerja di sektor swasta. Rezeki aku dikira murah kerna mendapat pekerjaan pada umur 19 tahun. Pada umur aku 22 tahun aku sudah mampu membeli rumah dan kereta.
Aku tinggal bersama – sama kedua orang tuaku. Adik beradik aku ramai, tetapi mereka semuanya tinggal bersama keluarga masing – masing. Dilanjutkan cerita, kakak aku dan suaminya menyewa rumah bersebeIahan dengan rumah aku.
Pada awalnya semua aku rasakan ok sahaja, iyalah.. bila duduk berjiran dengan keluarga sendirikan lebih seronok. Tapi lama kelamaan aku mula rasa rimas. Mana taknya, dapur aku ibarat macam dapur mereka juga. Rumah mereka hanya untuk tidur sahaja.
Mereka akan makan tengahari, minum petang dan makan malam di rumah aku. Memandangkan mereka bukanlah jenis yang suka bangun pagi. Maka terlepaslah hidangan sarapan di rumah aku. Aku lah yang akan masakkan untuk ibubapa aku dan juga abg ipar.
Mereka akan datang ke rumah bila masa makan menjelang. Selepas makan mereka akan duduk – duduk menonton TV hingga larut malam. Oh ya.. kakak aku ini sudah punya anak dan mereka suami isteri kerja kerajaan dan berpangkat. Almaklum lah.. lepasan ijazah.
Aku sangat sukakan keselesaan di rumah, maka aku cukupkan rumah aku dengan TV yang besar lengkap dengan home theater dan rangkaian Internet untuk kegunaan seisi rumah. Kakak aku tidak bersetuju kerana baginya bukan kepentingan dan hanya membazir.
Mana tidak, mereka hanya mengunakan semua kemudahan tu di rumah aku saja. Aku pula yang terp4ksa mencuri – curi masa untuk “me time” menonton movie di tengah malam selepas mereka pulang. Kadang – kadang sehingga mereka tertidur di ruang tamu pun masih tidak mahu pulang ke rumah sendiri.
Oleh kerana mereka tinggal berjiran dengan aku, mereka menjadi anak dan cucu kesayangan kedua orang tua. Apa saja harus disediakan. Apa sahaja mereka diutamakan. Makan minum di hidang, dipelawa, malah orang tua aku pernah mencuci kereta mereka.
Barang – barang dapur semuanya kami beli. Suaminya langsung tidak terfikir untuk membeli beras atau ikan sedikit pun. Kalau si anak teringin KFC, yang di beli hanya untuk si anak. Anak – anak buah aku yang lain hanya melihat saja jika mereka singgah ke rumah.
Ketika dunia diuji dengan wabak c19 yang lepas, pekerjaan aku sedikit terkesan. Tiada bayaran kerja lebih masa, elaun malah syarik4t tempat aku bekerja sudah mula mengurangkan pekerja. Gaji pekerja juga dikurangkan.
Kakak dan suami yang bekerja kerajaan dan tidak terkesan sedikit pun tapi langsung tidak tolong mengeluarkan belanja. Tanpa segan silu dengan setiap harinya akan berbuka puasa di rumah aku. Dari sekecil – kecil buah kurma sehingga sebesar – besar lauk pauk semua dibeli menggunakan duit aku dan kedua orang tua.
Kerja – kerja rumah langsung tidak membantu. Mereka cuma duduk goyang kaki ketika orang lain sibuk memasak dan mengemas. Bila aku merungut mereka buat – buat tak faham. Lama kelamaan aku jadi benci dan sudah pandai menyindir perilaku mereka.
Apa yang aku geram, ibu dan bapa marah aku plak, “suaminya orang luar, kita harus layan seperti tetamu”. “Ah… bentakku, sudah empat tahun mereka berjiran, sampai bila aku harus berk0rban, kita harus tegur agar mereka berdikari!” kata – kata aku dibiar berlalu begitu saja.
Ibu aku tetap memanjakan, memandikan anak, memasak dan membersihkan rumah mereka tatkala mereka bercuti. Benci sungguh aku melihatnya, bagi aku tiada kesed4ran dan tanggungjawab langsung dalam rumahtangga.
Kalau dilihat kehidupan mereka sekeluarga cukup mewah, ada dua kereta dan percutian tiap – tiap tahun. Handphone, handbag dan pakaian boleh tahan jenamanya. Mana tidak, segala keperluan semuanya orang lain yang tanggung.
Aku hanya membayar bil – bil dan keperluan mereka. Acap kali keadaan rumah semak dan tidak dikemas, ibu aku mesti bising dan marah – marah. Tapi tidak pula pernah dimarahnya kakak aku, padahal rumah semak oleh anak – anaknya.
Terkadang aku berfikir, mungkin aku tak pernah penting baginya. Mana tidak, tiap kali aku punya urusan di luar dan minta ibu teman, dia pasti memberi macam – macam alasan. Bila urusan kakak aku, ibu akan atur masa aku agar aku dapat teman kakak aku mengurus urusannya.
Ibu lupa ke, hanya aku anaknya yang sanggup mengambil cuti untuk teman dia ke hospitaI tiap – tiap temujanji doktor. Hanya aku yang masuk ke bilik dia untuk mencuci tandas, hanya aku yang suka membawa dia keluar membeli itu ini.
Tapi bila tiba hal aku, aku disuruh berdikari buat semua sendiri. Ketika kalian semua membaca confession ini, rutin harian kami masih sama. Aku lebih banyak menghabiskan masa di bilik aku dan mereka menghabiskan masa di rumah aku sesuka hati.
Anak – anak berlari bermain berteriak tanpa larangan. Apa saja milik aku adalah milik mereka. Sekian coretan aku buat kali ini. Terima kasih kerana kalian sudi membacanya. Aku doakan agar kita semua diberikan kesed4ran dalam berkeluarga, bersikap matang dan hormat menghorm4ti serta bertolak ansur dalam menjalani kehidupan. – Sakinah (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Roziey Sabry : Minimakan barang dalam freezer, kelengkapan seperti astro, WiFi, semua cut off, kau sendiri, pakai data tone wow, 89gb sebulan. Banyak kot, pastu barang – barang umah, jangan beli banyak – banyak, kau lagi senang, sebab masih tak punya sesiapa.
Kalau mak bapak tanya, cakap duit tak berapa nak cukup. Kita tengok macamana perginya nanti. Cubalah.. jangan dok mengeluh dan bagi orang pijak kepala sendiri ok. Walaupun kakak sendiri.. good luck!!!
Aishah Jaffri : Nak pindah rumah sayang sebab rumah hasil duit sendiri. Lagi – lagi musim sekarang ni. Yang boleh buat cuma macam cadangan – cadangan kat atas tu:
1) Cut off semua yang bayar bulanan macam astro, wifi semua tu. Ambik siaran njoi. Senang. Wifi pulak pakai mobile data je. Dah ambik data max tu jangan bunyi sepatah pun. Nanti beratur pulak mintak hotspot
2) Beli makanan bungkus je 3 pax siap – siap. Bagi alasan duit gaji banyak komitmen nak kena bayar or gaji kena p0tong. Kalau beli barang dapur sikit – sikit pun habis jugak. Depa confirm buat tak tau je
3) Kalau sayang set home theater tu, bawak masuk bilik je. Kat luar pasang tv siaran biasa je.
Orang bangsa ni, kau tegur laa 100x pun, memang telinga kuali masing – masing. Lagi maIang dia akan mengungkit zaman pak kaduk punya kebaikan yang tah ciput je. Lagi – lagi bila parents jadi backup besar. Bunyi macam kasar tapi memang kenyataan.
Aku sendiri pun merasa duk hadap menda ni. But bukan dengan adik beradik laa. Yang penting kau kena keras sikit hati. Kalau tak, tak memasal kau str3ss sendiri makan hati. Takut – takut nanti terkurang ajar pulak dengan parents.
Norziah Othman : Adik tukar pada siaran enjoy jer. Internet guna data phone, terminate wifi. Kalau ditanya, bagitau nak cut cos. Makan beli cukup – cukup, takyah yang sedap – sedap. Bila ditanya, ni jer yang mampu. Kalau nak belikan. Kalau mak bebel, cakap dengan mak. Mohon anak kesayangan mak beli barang dapur. Boleh tak sesekali keras dan tegas sikit.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.