Emak lebih suka duduk rumah anak yang kaya. Tapi abang dan isterinya tak berapa suka mak. Mak cakap dia terkurung dalam bilik, mereka tak bagi mak duduk atas sofa mahal takut hancing. Malah ada sekali mak duduk masa mereka ada di ruang tamu, kak ipar panggil pembantu rumah suruh cuci tempat duduk. Hinggalah diakhir usia emak perkara yang menyedihkan ini berlaku..
#Foto sekadar hiasan. Bila anak – anak kata kasih sayang emak ayah berat sebeIah, ada ustaz marah. Kata ustaz sebagai anak kita mesti bersangka baik. Jangan tuduh bukan – bukan, emak ayah semua sayangkan anak – anak.
Anak yang dikandung dan dilahirkan. Nyawa hampir melayang untuk lahirkan anak, dan mereka berk0rban apa saja untuk membesarkan anak – anak. Benar, saya tak nafikan, tetapi bila kita sem4kin dewasa, kita dapat merasakan sedikit sebanyak kelebihan dan kekurangan yang kita dapat daripada emak ayah kita.
Kalaulah kasih sayang boleh ditimbang tentu kita dapat lihat di mana berat atau ringannya timbangan tersebut. Nama saya Manisah, saya tak pernah kecil hati apa yang emak dan ayah lakukan terhadap saya, mungkin kerana kami ramai, 6 orang adik beradik semuanya, 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan.
Pendapatan ayah tak seberapa, jadi ikut pandangan mereka lah sama ada saya boleh sambung belajar atau tidak. Kakak dan 2 orang abang masuk sekolah berasrama, saya yang no 4 ini kenalah berk0rban, kata emak, sekolah kat kampung sudah, walaupun saya dapat tawaran masuk asrama.
Sebab ada 2 lagi nak sekolah, kalau kakak masuk asrama, siapa lagi yang nak tolong emak di rumah. Jadi saya diberi tugas itu. Nak jadikan cerita, 2 orang adik tak dapat masuk asrama, tapi emak suruh belajar sampai tingkatan enam, kemudian seorang masuk university dan seorang lagi gagal.
Bila dah bekerja masing – masing bawa haluan mereka. Tinggal adik lelaki kerja di kampung. Saya setelah bekerja, saya tetap berusaha tambah ilmu, belajar ilmu kemahiran hidup. Di pendekkan cerita kakak dan adik perempuan kerja di KL bila berkahwin sama – sama naik pangkat dan bergaji besar.
2 orang abang pun bernasib baik berpangkat dan isteri juga anak orang senang. Kejayaan mereka pasti membanggakan emak ayah. Tapi saya walaupun ada kerja tapi tak berpangkat, samalah dengan suami. Jadi harapan emak terletak pada 2 orang anak lelakinya yang berpangkat, terutama abang sulung.
Situlah harapan emak tertumpah. Tapi peliknya isteri mereka, tak berapa sukakan emak. Kalau balik kampung tak sampai 2 jam ajak suami balik. Lebih teruk lagi kakak dan adik perempuan saya pun jarang balik kampung apa lagi suami mereka, sibuk memanjang.
Tapi kata emak tak mengapa mereka cari rezeki. Yang selalu balik kampung sayalah, tapi kehadiran saya biasa – biasa aja. Sebab bukan orang kaya. Dipendekkan cerita masa berlalu begitu pantas, emak hidup aman bahagia kerana ayah masih di sisi.
Bila ayah meninggaI emak tinggal sendirian dengan adik lelaki di kampung, masa emak sihat dia boleh urus diri sendiri, tetapi setelah emak sem4kin uzur dan sering s4kit. Adik lelaki hantar emak ke rumah abang dan kakak yang kaya untuk jaga.
Emak suka duduk rumah anak – anak yang kaya. Rumah saya emak tak berapa suka. Sebab saya tak bekerja kerana suami suruh berhenti, jaga anak – anak. Tentulah rumah saya tak semewah rumah adik beradik lain.
Saya tak duduk rumah banglo berkatil cantik bertilam empok, bersofa mewah dan ada set tv besarnya macam panggung wayang. Tapi emak akhirnya kecewa tak selesa duduk lama, sebab emak duduk berdua dengan orang gaji.
Bila anak menantu dan cucu balik rumah, mereka terus masuk bilik, makan pun tak bersama emak. Menantu suruh orang gaji bagi emak makan dulu sebelum mereka balik. Emak tak dapat makan bersama anak menantu, malah nak berbual pun tak dapat, sebab mereka sibuk.
Paling lama emak duduk rumah mereka seminggu, lepas tu hantar pulak ke rumah anak lain. Begitulah kehidupan emak, minggu berganti bulan, dan bulan berganti tahun. Rumah saya memang emak tak berapa suka, sebab kerusi kayu, tilam tak empok, jadi paling lama emak datang sehari dua.
Tapi emak ceria berbual dengan saya dan ikut saya naik kereta bila ambil hantar dan ambil anak – anak ke sekolah. Itulah waktunya emak dapat ketenangan dan dapat lihat dunia luar selain melihat jalan dan kereta bersimpang siur.
Kata emak kalau duduk rumah anak – anak lain, kehidupan emak cuma dalam bilik, dapur. Dan kalau nak tengok pokok bunga kena keluar ikut pintu dapur. Emak tak berani duduk di ruangan tamu, sebab orang gaji tak benarkan, katanya, anak – anak emak tak suka emak duduk di sofa mewah mereka nanti bau hancing.
Kata emak dia pernah degil duduk juga di sofa bila menantu perempuan balik, dia panggil orang gaji cuci tempat emak duduk, sembur pewangi. Itu yang buat emak terasa hati. Abang anak kesayangan pengarang jantung emak pun tak benarkan emak duduk di ruang tamu kalau mereka anak beranak berbual, sebab isterinya tak suka, badan emak berbau dan takut emak batuk – batuk dan terkencing pulak.
Emak boleh tengok tv dalam bilik sahaja. Sebenarnya saya tak tahu per4ngai adik beradik saya kalau emak tak cerita. Di rumah saya emak bebas duduk dan buka peti sejuk serta makan apa aja yang emak suka.
Tapi di rumah anak menantu yang have – have tu, emak tak dibenarkan buka peti sejuk apa lagi ambil makanan sebab takut tangan emak tersentuh makanan lain nanti contaminated (tercemar) pulak.
Nak jadikan cerita setelah beberapa tahun emak buat beberapa kali pusingan duduk rumah anak – anak, akhirnya emak s4kit. Bila umur meningkat ingatan emak berkurangan, sem4kin menantu tak suka kalau emak datang duduk rumah mereka walaupun duduk dalam bilik kecil di belakang.
Di situlah emak duduk, tidur baring dilayan oleh orang gaji. Bila bosan melayan emak, abang hantar pulak ke rumah anak yang lain. Akhirnya emak bersuara nak duduk dengan saya. Sebenarnya saya pun tak berani datang bertamu ke rumah adik beradik apa lagi nak tengok emak.
Sebab adik beradik pun tak suka berbual dengan saya, ipar duai sementelah lagi. Bila saya datang mereka suruh orang gaji layan saya, mereka terus naik ke ruang tamu di atas. Jadi lebih baik jangan datang. Kalau ada benda penting baru saya telefon mereka.
Maklum mereka orang have – have. Mereka lebih suka emak duduk dengan saya. Saya beli katil dan letak emak di ruang tamu. Sebab emak suka berbual selain menonton TV dan dengar ceramah agama. Kadang – kadang emak nak solat bila dengar azan, saya bagi dia telekong, dan emak solat atas katil.
Saya tahu emak memang dah nyanyok, tapi saya ikut kehendaknya. Tetapi kakak dan adik saya tak bagi emak telekong, kalau emak nak solat, kata mereka emak nyanyok entah apa yang dia baca, buat d0sa aja. Mungkin benar, tapi saya kesian tengak emak betul – betul nak solat dan minta telekong.
Dan emak solat tanpa wuduk. Bila saya nak ambilkan emak wuduk, emak kata masih ada wuduk. Biarlah hanya Allah lebih tau. Lebih setahun emak duduk dengan saya. Saya ajar emak berjalan. Saya bawa emak naik kereta ambil ud4ra segar.
Memang emak suka dan nampak cergas. Tapi nak jadikan cerita saya dapat tiket kapal terbang murah melancong ke Jakarta Bandung selama seminggu. Saya tambah seminggu lagi kerana ada kawan ajak saya duduk rumah dia di sana.
Takkan saya nak lepaskan peluang, dapat naik kapal terbang dan tengok negara orang. Jadi saya hantar emak ke rumah adik, saya ambil emak semula selepas 2 minggu. Tetapi bila balik saya nak ambil emak semula, adik kata abang hantar emak ke rumah orang tua.
Terkedu saya. Sampai hati abang anak kesayangan emak dan adik buah hati emak sangguh hantar emak ke rumah orang tua. Saya cari, saya telefon sana sini. Akhirnya bertemu. Saya pergi ambil emak, tapi penjaga tak izinkan, katanya amanah abang saya tak izinkan emak keluar.
Namun emak tetap saya bawa balik. Tetapi tak sampai seminggu di rumah saya abang datang ambil emak katanya dia nak hantar emak balik kampung. Abang kata akan carikan orang jaga emak. Katanya biar emak duduk rumah sendiri.
Saya terp4ksa lepaskan. Setiap minggu saya balik kampung lawat emak, bawakan makanan kesukaannya. Tetapi sedihnya adik tak benarkan saya datang atas perintah abang. Sebab emak dah ada orang jaga, datang setiap pagi mandikan emak dan bagi makan.
Habis tu makan tengah hari dan malam macam mana, kata adik itu urusan dia. Saya tanya kenapa tak benarkan saya lawat dan jaga emak seminggu sekali, akhirnya terkeluarlah perkataan menyayat hati, rupanya mereka semua takut saya jumpa emak selalu.
Mereka kata saya nak curi duit dan barang kemas emak. Sebab itu saya nak jaga emak sangat. Sedihnya hanya Allah yang tahu, betapa r3muknya hati ini. Namun saya tetap datang tengok emak 2 minggu sekali. Lepas suapkan makanan dekat emak, saya balik.
Saya sedih tengok keadaan emak tak dibersihkan waktu petang dan malam. Pembantu pula hanya datang waktu pagi. Adik tak jaga emak sebab sibuk dengan urusannya. Setelah emak meninggaI dunia. Hubungan saya dengan adik beradik turut terputvs, sebab saya tak berani ke rumah mereka takut dituduh mencuri pulak.
Mereka pun tak bertanya tentang saya kerana saya tak kaya macam mereka. Saya dik0rbankan tak masuk sekolah berasrama kerana nak bagi peluang adik beradik lain dapat belajar. Kalau saya berpeluang belajar tentu saya boleh jadi macam mereka.
Tetapi inilah dik4takan suratan takdir saya. Kini, saya bukan sahaja anak yatim piatu, tetapi anak tunggal tak ada saud4ra mara. Semuanya kerana saya tak berpelajaran tinggi
Komen Warganet :
Ida Ahmad : Kesiannya dengan arw4h emak TT. Mungkin di akhir hayat dia, dia dah sedar mana anak yang mampu jaga dia. Kekayaan tak menjamin apa – apa, tak dapat berikan kebahagiaan dan ketenangan pun pada ibu bapa yang dah tua.
Kerana mereka perIukan perhatian macam mana kita perIukan perhatian dari ibu bapa masa kita kecil. Semoga TT terus kuat dan sentiasa sedekahkan amalan buat ibu di sana.
Wati Tamarind : Memang derh4ka sangat ye abang – abang dan ipar awak. Tunggulah nasib bila diorang dah tua nanti. Apa yang diorang dah buat pada arw4h emak awak, dipertontonkan depan anak – anak mereka.
Semoga kitaran tu akan kena pada mereka balik. Ingat mereka akan selamanya kaya dan muda ke? Aku tak boleh betul kalau orang kurang ajar dengan mak ayah ni. Tambah lagi anak kesayangan plak tu.
Yang adik terp4ksa berk0rban bagi laluan dekat abang, kakak belajar sampai berjaya, lepas tu dih1na lagi. Korang yang lebih h1na sebenarnya!
Motor Kawasaki Merah : Aku paham sangat perasaan TT ni, kita yang miskin ni selalu dipandang rendah. Kita macam tak mampu nak buat apa – apa bila diIarang macam tu. Sebab mereka ada duit, ada kuasa mampu buat apa je.
Emak plak mungkin dah tak mampu nak bersuara, nak marah. Tapi aku yakin, mesti waktu malam, arw4h emak TT akan sedih kenangkan sikap sorang – sorang anak kesayangan yang ditatang dan diberi pelajaran yang penuh hingga berjaya.
Semoga arwah emak TT terus tenang di sana, dia masih ada seorang anak yang berguna yang boleh doakan dia siang dan malam.
Faridah Din : Sedihnya kisah TT ni, mengalir airmata. Tapi kita berpegang pada kata – kata apa yang kita beri kita akan dapat. Semoga kita beri yang terbaik untuk dapat yang terbaik.
Perlulah jujur dan menjaga silaturahim. Allahu Ya Basheer Ya Malik. Allah jua yang memberikan perhitunganNya yang Adil. Semoga tabah.. Dapatkan tiket ke syurga!! Dunia ini ner4ka kepada orang yang Bertaqwa!!!
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.