Mentua punca saya bercerai. Mentua dapat baIasan ‘cash’, bekas suami meninggaI satu sen harta dia tak dapat

Lepas dah ada anak dua pun mak mentua masih tak suka saya. Dalam diam dia suruh suami kahwin dengan perempuan pilihan yang sekufu, kerja kerajaan. Tak sangka mak mentua dapat bayaran cash, dia terp4ksa jaga bekas suami saya sebab lumpuh. Mana pergi menantu kesayangan?

#Foto sekadar hiasan. Assaamualaikum puan dan para pembaca. Nama saya Puan Sullimah. Apa yang ingin saya ceritakan kepada pembaca minggu ini bukan hendak menakutkan gadis – gadis yang hendak berkahwin, tetapi sekadar ingat mengingatkan supaya kita tidak melakukan kesalahan yang sama setelah kita tahu masalah yang bakal kita tempohi.

Kerana biasanya kebanyakan gadis termasuk diri saya sendiri, ketika nak berkahwin kita tak peduli perasaan orang lain. Selagi kita yakin jejaka yang kita cintai itu mencintai kita, maka kita buat keputuusan terus terima lamarannya tanpa mengambil kira pandangan ataupun bantahan daripada keluarganya.

Betul yang nak kahwin kita, rumahtangga kita orang luar tak boleh campur tetapi kita tak boleh buang amalan pilihan orang tua terutama ibu dan keluarga bakal suami. Jika mereka tak suka kita kahwin dengan anak mereka, lebih baik lupakan sahaja hasrat berkahwin dan masuk dalam keluarganya.

Kerana pasti hidup kita tidak akan tenteram, apa lagi bahagia. Bukan saya nak takut – takutkan gadis – gadis yang nak kahwin, tetapi tolong ambil kira pilihan keluarga terutama ibu bapa bakal pasangan kita. Saya bercakap dari pengalaman sendiri, memang tak patut saya ceritakan dalam ruangan ini, tetapi niat saya untuk ingatkan anda semua supaya jangan ikut jejak langkah saya yang kurang matang ini.

Tujuan saya bercerita bukan nak burukkan bekas mertua dan bekas suami, biarlah apa yang terjadi berlalu menjadi ingatan terutama kepada bakal mertua supaya jangan menganiaaya menantu anda. Sebaliknya terimalah menantu dengan baik, agar anda juga dilayan dengan sebaik mungkin.

Saya orang Selangar, bekas suami dari negeri lain. Namun keluarga mereka sudah lama menetap di negeri ini, tetapi mereka masih berkiblatkan negeri asal mereka, kalau boleh mahukan menantu sama negeri. Masa bercinta, Jamal, bekas suami tak pernah bercerita tentang calon pilihan ibunya. Katanya ibunya tak memilih menantu.

Oleh sebab itu setelah setahun berkawan, Jamal beritahu keluarganya ingin meminang. Sukanya hati tak terkira. Peliknya masa datang meminang keluarga Jamal banyak mendiamkan diri. Yang bercakap hanya keluarga dan jiran – iran mereka.

Saya pernah sekali diajak datang ke rumah ibu Jamal, saya dapati ibunya memang tak bercakap dengan saya. Jadi bila keluarga saya tanya mengapa ibu Jamal diam, saya kata dia pendiam. Rupa – rupanya tekaan saya salah, diam – diam ibu Jamal penuh bermakna.

Masalah pertama timbul bila janji kami bertunang selama enam bulan sahaja, tetapi berubah hingga setahun. Perubahan dibuat dalam masa sebulan. Ketika itu semua persediaan sudah dibuat. Tentu kelurga saya kecewa, nasib kad kahwin belum diedarkan lagi.

Saya tanya Jamal mengapa ibunya minta tangguh, alasannya ada keluarga sepupu mereka baru meninggaI dunia. Walaupun alasan tak munasabah, tetapi kami terima. Namun kerana desakan saya mungkin, kami kahwin selepas sembilan bulan bertunang.

Akibatnya, kenduri kahwin hanya dibuat sebeIah saya sahaja, tidak ada sebeIah lelaki. Saya tak kisah. Tetapi kehadiran saya ke rumah ibu Jamal langsung tidak disukai, waktu itu baru saya nampak jelas saya tidak disukai.

Jamal menafikan, dia beri banyak alasan. Oleh kerana kita sedar kita tidak disukai, tentulah saya jarang datang ke rumah ibu Jamal. Tapi saya tak larang atau tegah kalau Jamal hendak ke rumah ibunya. Peristiwa saya terasa tidak disukai, setiap kali saya datang bawa juadah untuk makan malam atau minum petang tak pernah di jamah oleh keluarganya.

Pernah saya bawa rendang daging untuk jamuan raya, rendang itu tidak dihidangkan kepada tetamu atau hidangan keluarga, sebaliknya diletakkan di sudut meja, langsung tidak makan. Bukan sekali, malah beberapa kali makanan yang saya bawa akhirnya duduk dalam tong sampah.

Bukan sahaja makanan masakan saya sendiri, makanan yang saya beli pun menerima nasib yang sama semuanya hilang dalam tong sampah. Akhirnya saya faham, bukan saya sahaja tidak disukai, makanan yang saya bawa juga tak dijamah.

Tetapi Jamal tetap menafikan dan beri pelagai alasan menutup perbuatan keluarganya. Dalam pada dibenci itu saya sempat lahirkan sepasang anak perempuan dan lelaki. Sepanjang 6 tahun berkahwin, ada sekali mertua saya datang ke rumah sewa kami.

Itu pun kerana Jamal buat minum petang meraikan majlis kesyukuran kenaikan pangkatnya. Jamal pegawai kerajaan, tetapi saya seorang pendidik. Ibu Jamal datang bersama adik beradiknya tiga orang dan anak – anaknya.

Mereka duduk di khemah sahaja, kecuali ketika ingin ke tandas. Saya tak panggil keluarga saya sebab saya dah lama terasa saya tidak disukai. Jadi tak perlulah keluarga saya datang akan mengeruhkan suasana. Kita pandai – pandailah bawa diri jika tidak di sukai.

Kalau orang lain, anak menantu sudah beranak pinak tentulah disukai tetapi bukan mertua saya, sebaliknya saya sem4kin dibenci. Saya tidak tahu sebabnya sebab Jamal sendiri tidak pernah beritahu. Alasannya ibunya pendiam tak suka berbual.

Tetapi saya memang terasa amat perit hidup jadi kebencian ibu mertua. Apa yang saya buat serba tak kena, nak pergi bercuti, suami mengelak dengan pelbagai alasan. Beraya rumah mertua kita terasa diri dibenci hinggakan anak – anak kita pun dipulaukan.

Sedangkan cucu – cucu dari anak perempuan yang lain ditimang dan dipeIuk dengan kasih sayang. Puas saya fikirkan apa sebabnya saya dibenci, sebab Jamal tak pernah beritahu. Saya pernah belikan hadiah beg tangan, kain batik, kain ela untuk ibu Jamal.

Tetapi dia berikan kepada orang lain. Begitu juga kalau saya bawa kuih raya dan kek, semuanya diberikan kepada sed4ranya yang duduk berdekatan. Kerana terlalu lama dibenci, akhirnya ada juga orang yang simpati dengan saya.

Dialah yang beritahu bahawa saya tidak disukai kerana mertua saya suka kalau Jamal berkahwin dengan pegawai kerajaan juga supaya hidup Jamal akan lebih senang. Bagi ibu Jamal, sebagai seorang pendidik, pendapatan saya tak banyak dan kedudukan saya tak sama taraf dengan pegawai kerajaan.

Mungkin beliau tidak tahu saya juga memiliki ijazah. Kerana Jamal anak yang mengikut cakap, dia terp4ksa ikut kehendak ibunya. Sebab itu apa juga kehendak ibunya dipenuhi. Bab hantar ibunya ke Mekah, melancong semua Jamal penuhi, hingga rancangan kami untuk beli rumah sendiri belum tercapai lagi, kami masih menyewa.

Kata Jamal, dia akan usahakan beli rumah satu hari nanti dan minta saya bersabar. Akhirnya pecah rahsia Jamal akan berkahwin seorang pegawai kerajaan pilihan ibunya, sebaya saya dan bekerja dengan sebuah kementerian.

Berita yang mengejutkan, kecewa dan amat menyedihkan. Apa salah saya dibenci begini, saya lebih sedih kerana Jamal tidak mahu berterus terang. Dan syarat yang diberikan oleh wanita tersebut, dia tak mahu bermadu.

Bermakna saya akan diceraikan. Ini membuatkan saya lebih kecewa lagi. Berita yang menyedihkan ini membuatkan saya mengadu kepada emak. Nasihat emak saya adakah saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sekarang.

Memanglah tidak sebab Jamal terlalu dikawal oleh ibuya. Jadi kata emak, saya tidak ada pilihan. Daripada berper4ng dengan suami dan mertua, lebih baik hidup sendirian. Mungkin ada kebahagiannya nanti. Saya tak dapat terima nasihat emak saya sebab saya amat mencintai Jamal.

Saya akan pert4hankan hak saya daripada dir4mpas orang lain walaupun oleh mertua sendiri. Bila saya tanya, Jamal dia tetap nafikan. Katanya jangan percaya khabar angin. Tetapi selepas itu saya perhatikan Jamal sem4kin jarang balik ke rumah, alasannya tidur di rumah emaknya. Pelik.

Awalnya memang saya tak mahu bercerai sebab antara kami jarang ‘berper4ng.’ Tetapi apa pilihan saya? TaIak di tangan suami. Akhirnya saya diceraikan, Jamal berjanji akan beri nafkah anak – anak. Alasan Jamal ceraikan saya, dia terp4ksa ikut pemintaan ibunya sebab dia telah Ianggar perintah kerana kahwin dengan saya.

Saya cukup kecewa kerana adik beradik perempuan Jamal tidak pula berkahwin dengan orang senegerinya. Kenapa Jamal diwajibkan? Beberapa bulan saya hidup tidak tentu arah, nasib emak datang menemani saya dan nasihatkan supaya bersabar.

Kata emak jangan fikir pasal Jamal, fikirkan anak yang masih kecil ini. Jika saya hidup tak tentu hala, tentu anak – anak mend3rita. Setelah dua tahun menderita akhirnya saya tersedar, saya harus baiki diri dan masa depan saya. Dengan pertolongan adik, saya sambung belajar.

Kini saya bersyukur dengan nikmat Allah. Saya gembira hidup saya bertambah baik, sedangkan hidup Jamal tidak seharmoni seperti janji ibunya. Sebaliknya ibunya menyesal apabila Jamal diser4ng lumpuh dan ibunya terp4ksa menjaganya kerana isteri Jamal sibuk bekerja.

Lebih menyedihkan setahun kemudian Jamal meninggaI dunia. Dan semua harta miliknya, kereta dan rumah yang dibelinya telah diubah kepada nama isteri Jamal. Keadaan ibu Jamal menjadi lebih haru bila saya dapat tahu dia tidak mendapat sedikitpun harta milik Jamal, sebaliknya menjadi milik isterinya. Keadaan ibu Jamal sama seperti pepatah orang tua – tua ‘yang dikejar tak dapat dan yang dikendong bertaburan’.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.