Siang hari mereka berseronok, sebab malam hari kena duduk rumah kita. Suami balik rumah, kita sediakan makanan, air mandi, layan macam raja dengan harapan dia lupakan yang di sana. Tolong berhenti buat semua benda b0doh ni, berhentilah memenatkan badan sendiri…
#Foto sekadar hiasan. Kepada mereka Si Isteri Pertama yang dimadukan “secara meng3jut, terk3jut, p4ksa rela” dan yang sewaktu dengannya. Kepada mereka Si Wanita hebat yang sedang mem3ndam rasa, memujuk hati sendiri dan memilih untuk bertahan dalam rumah tangga yang dibina sekian lama. Post ini untuk anda…
Saya masih sangat baru berpoIigami, permulaan yang sangat meny4kitkan, tapi saya punya alasan untuk pert4hankan rumah tangga saya ini. Walaupun diakui memang payah, jatuh tersungkur, tersembam kemudian cuba bangun sendiri.
Saya bukan nak kongsi tentang bagaimana kisah poIigami saya ini bermula, tidak perlulah saya membuka a1b suami, saya mahupun madu. Tapi saya ingin berkongsi pendapat tentang GILIRAN, dengan giliranlah saya percaya anda wanita hebat dapat merawat hati yang s4kit itu…
Sewaktu mula berpoIigami, saya banyak mencari ilmu dari golongan mereka yang sudah berpoIigami. Tak kira lah isteri keberapa pun. Saya join berbagai kumpulan sokongan terlalu banyak cerita, sedangkan kisah mon0gami pun bermacam ragam apatah lagi poIigami. PoIigami isu yang sangat tab0o dalam masyarakat kita dan saya pun tak pernah terbayang inilah takdir saya!
Di beberapa group, saya selalu terbaca post tentang isteri muda yang mengadu tentang kakak madu yang tak bagi suami buat giliran dengan adil. KEBANYAKAN kes begini, sebab mereka dimadukan dengan meng3jut, bukan dengan prosedur sebenar, yang jenis kahwin terus berbulan madu di negara jiran…
Jadi, orang akan layan kita macam mana kita layan mereka. Selalunya, ini tindak baIas isteri pertama untuk lepas geram. Nak salahkan isteri pertama semata? Siapa suruh pergi vacation kat negara gajah putih tu tak ajak dia? hihi.
Saya bukan nak komen tentang bagaimana seorang suami tu sepatutnya memulakan poIigami atau bagaimana isteri muda seharusnya berper4ngai seperti isteri baru, saya bukan isteri kedua, kasut kita berbeza. Hanya sendiri faham keselesaan kasut masing – masing. Jadi, fokus saya hanyalah untuk si ISTERI PERTAMA yang terIuka…
Wahai isteri pertama, Kita senasib, jadi izinkan saya meluah pendapat. Baca dan hadamlah wahai isteri yang seangkatan dengan saya. Tak perlu halang suami balik rumah isteri muda dia, risau mereka beramah mesra? Memang lebih dari tu mereka dah buat, tak luak apa pun. Tak biasa suami tiada? 1 hari suami memang akan tinggalkan kita bila j0doh dah sampai penghujung, cerai atau m4ti, baik kita bersedia dari sekarang…
Kerana tidak mahu suami balik rumah sana, kita p4ksa beliau duduk rumah sini. Badan suami ada dengan kita tapi hatinya berada di tempat lain. 24 jam feeling ins3cure risau sangat suami berhubung isteri baru, hakik4tnya memang beliau akan buat begitu sebab itu memang isteri dia pun. Bahagiakah isteri yang depan mata suami tu?
Rasa kalah kalau suami asyik bersama isteri baru? Kita memang dah “kalah” waktu suami berjabat tangan tok kadi, terima akad isteri baru. Tiada siapa yang acu sen4pang, letak p4rang di leher suami ugvt beliau untuk bernikah. Memang beliau sendiri yang nak sangat, it takes 2 to tango, tepuk sebeIah tangan tak kan berbunyi.
Pedih sebab cinta suami bukan hanya untuk kita, perlu ingat cinta suami pun bukan hanya untuk madu. Jika isteri baru seorang sudah cukup sebagai isteri suami, beliau boleh lepaskan kita jadi kita boleh move on dengan bergaya tapi hingga ketahap ini, kita masih isteri suami. Berbuih mulut minta cerai tapi kita masih isteri beliau, sebab apa ye???
Jika suami masih gigih ke sana ke sini melengkapkan giliran, bersyukurlah. Sekurang – kurangnya dia berusaha memenuhi tanggungjawab dia. Kalau dia mengeluh, biarkanlah sebab dia yang pilih kehidupan itu. Great power come with great responsibilities, kan?
Jika suami sejenis yang dah ke rumah isteri baru kemudian hilang ingatan tentang kewujudan isteri lama, bila sudah cukup masa, buatlah pilihan. Jika mampu sabar, sabar, jika dah tak tahan MOVE ON! itulah gunanya mahkamah syariah. Hidup ni penuh dengan pilihan sis, semua orang layak untuk bahagia!
Rasa “tertipu” sebab selama ni bersusah payah untuk suami akhirnya dibaIas macam ni? Jadi, nak “kacau” giliran mereka.
Jom kita tukar niat kita, kita buat untuk dapatkan pahala dari Allah kerja kita dah sem4kin ringan. Dulu balik kerja terus ke dapur, maghrib pun pukuI 8, anak tak sempat diajar mengaji, harapkan ustazah KAFA je sebab dok fokus sangat pada suami. Sekarang suami tiada di rumah, goreng ayam makan dengan kicap pun dah sedap sangat untuk si anak.
Tentang suami, biarlah isteri baru yang jaga. BagiIah peluang isteri baru pula jalankan tanggungjawab dia. Kahwin bukan untuk sedap semata, realiti perkahwinan sangat berbeza dengan bercinta. Jadi, tak perlu sibuk nak jaga “suami orang” masa bukan giliran kita….
Tanya balik diri, adakah kita akan betul – betul bahagia jika suami ceraikan isteri baru demi kita?? H4ncurkan masjid lain demi masjid kita berdiri gah kononnya? Lepas tu suami kahwin lagi dengan wanita lain, s4kit hati lagi dan berulanglah cerita yang sama. Tarik nafas, relax, berilah “tugas” menjaga suami ini pada adik madu pula.. kurang dah 1 tugas kita nak staIk suami selalu, huhu.
Lagi pun, kaca yang dah pecah tak akan boleh bercantum seperti asal. Baik kita cari bahagia cara kita, suami bukanlah asbab utama untuk bahagia.
Sewaktu suami saya bercerai dengan isteri baru entah sebab apa, suami berada dengan saya dan tak balik ke sana, adakah saya happy mereka bercerai? Saya tersedar yang saya tidak happy langsung! Saya terdiam. Saya jadi cuak, otak ligat berfikir, “aku tak mahu jadi satu – satunya isteri suami, setelah bermacam yang terjadi, setelah bermacam yang dirancang untuk upgrade skill diri, aku tak mahu kembali ke kehidupan dulu.” Alhamdulillah, j0doh mereka masih panjang…
Jadi, berhentilah berebut suami masa bukan giliran kita. Kita sebagai isteri ada maru4h, apa nak direbut tubuh yang 1 tu?? Kadang – kadang, tak mengapa kalau kita gunakan eg0 untuk sesetengah situasi.
Pegang prinsip ni, mereka dah kahwin, kena buat cara dah kahwin, bukan jumpa sorok – sorok buat macam skandaI. Siang hari mereka berseronok, sebab malam hari kena duduk rumah kita. Dia balik kita sediakan makanan, air mandi, layan macam raja dengan harapan dia lupakan yang di sana…
Tolong berhenti buat semua benda b0doh ni, berhentilah memenatkan badan sendiri. Berhentilah meny4kitkan hati sendiri sebab kita pun tau hakik4t yang mereka sebenarnya bebas berjumpa. Tolong sayangi diri sendiri dulu. Allah dah bagi “rehat”, layanlah anak – anak jika selama ni mereka kurang perhatian kita. Manjakan diri dan tenang dengan aktiviti – aktiviti sendiri yang tak dapat buat jika suami ada…
Saya post ni sebab saya tak suka, saya rasa sedih marah bila isteri pertama disalahkan sebab suami culas bab giliran tapi kalau suami tu sendiri yang culas dia pun tau apa yang ditanggung “di sana” nanti. Takkan kita pun nak ambil share tu sekali kat “sana”. Sama – sama jalan senget bahu nak teman dia, sehidup sem4ti kononnya!
“Tapi yang sana pun mer0yan, asyik call suami time di sini.” Dah tu kita pun kena ikut rentak yang di sana? Takde kelas langsung! Pandang suami masa dia jawab panggiIan, senyum dan bIah. Suami yang memang niat nak adil akan letak handphone, fokus pada kita, apa nak kisah sebab esok dia balik sana. Pepandailah dia pujuk isteri baru yang terlupa suami ada isteri lain tu. Allah sentiasa tau niat seseorang…
Jom rawat hati kita, hidup masih panjang untuk dibazirkan pada manusia… Maaf kalau post ni macam kasar, bajet bagus, macam eg0 dan sebagainya. Terpulanglah, saya tak bagus, selalu kecundang tapi bab giliran, saya tegas dengan diri saya. Kita ada maru4h nak dijaga, tak perlu rendahkan diri untuk berebut – rebut suami. Mudahkan urusan suami bab giliran ni, Allah mudahkan urusan kita…
Mudah sangat bercakap tapi payah nak buat, saya paham sangat sis. Orang boleh suruh redha, tapi realitinya redha itu tidak semudah ABC. Jika belum mampu redha, buat semua ni untuk diri sendiri, BUKAN UNTUK SUAMI, buat semua ni demi hati sendiri! Demi dapat ketenangan, aIah bisa tegal biasa, mula – mula p4ksa diri tapi lama – lama terbiasa.
Satu yang saya tersedar dengan selalu yang terjadi pada saya, usah terlalu bersandar pada suami, suami bukan hak milik. Suami hanya jambatan untuk buat banyak pahala, lepaskanlah dia pada tadbir Allah. Jika dia masih berusaha untuk pert4hankan kita bersyukurlah, jika sebaliknya. Tolong ingat, lelaki yang tidak berju4ng untuk kita tak layak untuk kita.. – E.Eman (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Rusma Isa : Saya setujui semua luahan ni, pernah mengh4rungi sebelum ini. Tapi j0doh tak berkekalan sebab yang baru tidak mahu bermadu jadi dia minta bekas suami ceraikan isteri pertama. Tapi saya syukur pernah berju4ng selamatkan perkahwinan saya. Tapi takdir Allah tiada siapa mampu meIawan.
Natasha Hanna : Sebenarnya saya rasa TT dah tawar hati. Perempuan bila dah tawar hati dah masuk fasa lantaklah suami nak buat apa, nak balik ke tak nak balik, isteri tak peduli dah. Rasa tawar hati ni sebenarnya lagi bah4ya dari isteri yang dok pert4hankan suami sampai g4duh – g4duh dengan madu tu. Lama – lama suami TT akan sedar masa tu hidup dia dah kosong tapi dah terlambat.
Noriah Mat Noor : Saya ada seorang kawan yang dimadukan tanpa pengetahuan selama tiga tahun. Dia amat terIuka kerana suami berbohong dan tidak beri nafkah secukupnya dengan anak – anak yang masih kecil. Minta cerai tapi suami tak nak cerai. Dia mengadu kepada Allah, jika perkahwinan ni mendatangkan keburukan kepada mereka sekeluarga, lepaskan ik4tan poIigami ini. Dalam masa yang sama dia berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan menerima poIigami sebagai takdir untuknya.
Setelah hampir 12 tahun, disaat hatinya sudah redha dengan keadaan yang berlaku, madunya dijemput Allah. Sekarang dia rasa bersalah, adakah hal ini berlaku kerana doanya. Walaupun tidak lagi bersaing dengan madu, dia rasa kehidupan dia sama saja. Saya beritahu dia, jangan ada rasa bersalah, ini adalah kehidupan yang kena kita lalui selagi kita bernyawa. Kongsi cerita sahabat yang kuat dan tabah.
Mimi Na Betengi : I feel u sis. Dulu hampir 2 bulan aku depr3si, rasa nak bvnuh diri, rasa nak bvnuh anak, rasa nak bvnuh suami, rasa nak bvnuh madu bila tahu yang dorang nikah senyap – senyap kat sempadan. Rasa dunia ni dah gelap sangat. Aku cuba tarik perhatian suami balik, macam – macam cara aku buat, tapi biasa lah orang tengah kemaruk bini muda, tak boleh nak kata apa. Satu hari, arw4h mak aku call, dan dia dapat hidu yang aku ada masalah, akhirnya aku mengaku yang laki aku nikah lain. Ye, rasa lega lepas meluahkan. Soalan pertama mak aku tanya, “Na macam mana? Ok atau tak ok?” Aku jawab, “tak.” Mak aku jawap, pegang prinsip ni untuk hadapi poIigami.
Jangan ced3rakan diri sendiri kerana orang lain lebih – lebih lagi kerana lelaki. 3 hari kemudian abah aku call, mungkin sebab mak bagitau masalah aku. Abah tanya, “kamu boleh terima ikhlas hati kah suami kamu nikah baru?” Aku jawap, “tak.” Simpan nasihat ayah ni untuk kehidupan poIigami kamu. Maafkan suami dan madu kamu seikhlas hati kamu, tak perlu berfikir negatif tentang mereka, abaikan segala tentang mereka, lalui kehidupan ni dengan gembira walaupun tanpa suami kamu. Jangan berg4duh dengan dorang, mak dan abah sentiasa ada. Pulanglah bila kamu nak pulang, abah tunggu bila – bila masa.
Mula dari saat tu, aku ubat hati aku yang hampir giIa dengan anak perempuan aku yang masa tu baru 9 bulan, aku happykan hati aku dengan menyibukkan diri dengan memasak dan lain – lain tugas rumah. Walaupun masa tu suami jarang balik, s4kit pening dan demam anak aku yang berpenat leIah jaga. Sehinggalah tahun ke-2 bermadu, aku dah sampai LIMIT KEMARAHAN TAK BOLEH NAK BENDUNG bila madu datang rumah ser4ng aku kata aku kawal suami tak bagi balik giliran.
Hello, laki aku yang tak nak balik sana sebab rimas dengan sikap kau, tapi aku plak yang dipersalahkan. Masa kami bertik4m lidah, madu aku tolak aku, aku terkena bucu meja kopi, aku pun t4mpar dia. Kebetulan laki aku baru balik dari rumah mak dia, nampak aku t4mpar bini dia. Dia kata, aku jahat, “per4ngai macam orang hutan, pergiIah balik ke tempat asal kau, tak jaga adab langsung.” Wow, aku tuan umah yang diser4ng tapi aku pulak yang tak jaga adab, hebat bukan? Jadi, aku kemas – kemas aku bawa anak aku naik teksi pergi terminal bas, aku pulang ke pangkuan mak abah aku di perkampungan orang asli di kaki Gunung Tahan. 16 jam perjalanan hari tu, sikit pun aku tak menitik air mata, malah aku rase happy dan bebas.
Sampai di rumah, bapak aku bagi aku makan. 5 hari kemudian baru dia tanya apakah keputvsan aku, adakah masih ingin bersama suami dan menunggu suami datang jemput atau hendak pergi berguru. Aku jawap, tunggulah hati ni terubat sendiri, baru beri keputvsan. 1 tahun aku tunggu dia call aku atau datang cari aku, har4m, langsung tak dengar khabar berita. Jadi aku buat keputvsan pergi berguru. 5 tahun aku berguru, bila aku balik, keputvsannya dia langsung tak cari aku dan anak dia. Jadi aku bulatkan tekad, dan pujuk hati ni kata seri0usly dia memang tak nak aku lagi dah. Jadi, aku ikut bapak aku pergi buat tender balak dan projek perumahan. Rasa sangat happy walaupun penat dengan ragam pekerja dan dato’ – dato’. 2 tahun kemudian, dia muncul setelah bercerai dengan madu aku. Tapi maIangnya hati aku dah tertutup beb. Datang jumpa aku sebab bini yang sana dah curang, lepas tu hidup dia huru hara..
Maka berpisahlah kami secara rasminya setelah sekian lama aku jadi isteri dia. Seriuslah cakapkan, hidup solo ni jauh lebih happy dan tenteram. Tak sunyi pun sebab aku boleh bercakap dengan pekerja, bercakap dengan sayur bercakap dengan ternakan. Rasa lapang sangat d4da ni bila tak ada yang negatif dalam hidup ni. Sekarang umur aku 43 tahun dan aku rasa hidup aku lebih baik tanpa suami.
Anna Rassea : Kali ke-2 saya terima pandangan dan nasihat seperti confession ni, tapi maaflah saya tak sekuat dan setabah puan. Jika saya, pastinya saya memilih untuk jadi janda bergaya, hidup bahagia dengan anak – anak dan saya lepaskan dia untuk terus bersama yang muda tanpa perlu berbagi kasih. Kalau betul – betul dia sayangkan saya, dia tak akan buat macam tu. Jadi, saya pilih untuk enjoy dengan kehidupan saya, kerja, ada duit boleh beli apa yang saya mahu dan pergi bercuti.