Masa aku mengandung, tiba2 makcik dtg nak pinang suami aku untuk anak dia

Keluarga makcik berkeras tak bagi aku kahwin, sebab aku kena baIas jasa dan jaga mereka. Aku tetap berkeras dan mereka langsung tak ambil tahu urusan kahwin aku. Sehinggalah masa majlis kahwin aku, mereka datang. Mak cik menghampiri aku dan memeIuk tubuh aku. Dia menangis dan meminta maaf. Aku ingat mereka dah insaf..

#Foto sekadar hiasan. Nama aku Suhana (nama samaran) berumur 24 tahun dan sudah berkahwin dengan seorang anggota tentera. Aku kehilangan kedua ibubapa aku ketika aku berumur 11 tahun akibat kemaIangan jalan raya.

Dan setelah itu aku dibesarkan dan dijaga oleh Pak Cik dan Mak Cik aku. Sepanjang tempoh aku tinggal bersama mereka hanya air mata yang menemani aku. Aku dilayan seperti anak tiri dan pendek kata aku dibesarkan seperti seorang h4mba abdi.

Aku dibenarkan bersekolah itupun jika aku mencari duit sendiri. Maka setelah tinggal bersama mereka aku bekerja di sebuah kedai runcit di dalam kampung ku. Bukan aku tidak mendapat duit bantuan dari jabatan – jabatan tertentu, aku dapat tetapi semuanya masuk ke dalam poket pakcik dan makcik aku.

Sehinggalah aku melangkah ke aIam sekolah menengah aku mula belajar menjahit di rumah ketua kampung. Dengan hasil duit menjahit baju aku dapat menampung perbelanjaan sekolah aku. Mak cik dak pakcik tak pernah belikan aku baju atau kelengkapan sekolah.

Semua aku usahakan sendiri. Pak cik dan makcik mempunyai dua orang anak. Seorang berumur 20 tahun dan seorang lagi sebaya dengan aku, Nina nama dia. Mereka selalu mengejek aku di sekolah. Mereka kata aku anak yatim yang menumpang kasih ibu bapa mereka, tetapi hakik4tnya aku tak pernah merasakan kasih sayang dari mereka.

Sehinggalah aku dip4ksa berhenti sekolah oleh mak cik aku kerana ketika aku di tingkatan tiga, pak cik diser4ng s4kit k3ncing manis dan terp4ksa dip0tong kaki. Bermulalah episod d3rita aku yang seterusnya, sejak menjaga pak cik aku sudah tak boleh menjahit.

Hasil pencarian aku terbantut. Makan minum aku terabai. Bukan mak cik tidak beli lauk, dia beli tetapi mereka sorokkan dari aku. Kadang – kadang kalau aku lapar aku pergi ke rumah sahabat baik aku dan menceritakan padanya jadi dapat lah aku sedikit makanan.

Pak cik juga sebenarnya berper4ngai miang keladi. Dia selalu bercakap kotor dengan aku ketiak makcik tiada di rumah. Sungguh aku takut. Akhirnya ketika aku berumur 18 tahun aku berhijrah ke Langkawi untuk mencari kerja dan di sanalah aku bertemu dengan suami aku sekarang.

Selepas dua tahun di sana aku pulang semua ke kampung. Pak cik dan mak cik seperti biasa melayan aku acuh tak acuh. Sehinggalah aku memberitahu mereka yang aku ingin berkahwin. Mereka meIarang sekeras – kerasnya.

Mereka kata aku tak boleh berkahwin kerana aku perlu menjaga mereka. Anak mereka yang sulung sudah belajar di Johor. Jadi tiada siapa yang boleh menjaga mereka. Tetapi aku berkeras. Aku tak mahu mend3rita lagi.

Anak mereka yang bongsu menarik rambut aku dan makcik melempang muka aku. “Itulah degil aku cakap tak payah jadi tak payah lah! ” jerit mak cik. Aku menangis. Aku menelefon suami aku ketika itu dan dia datang ke rumah makcik.

Suami bercakap baik – baik dan mak cik mula memburukkan aku. Aku hanya mampu menangis dan mak cik kata aku perlu jaga pakcik yang s4kit sebagai baIasan mereka menjaga aku dulu. Tetapi suami aku berkeras. Dia bawa aku keluar dari rumah itu.

Semua urusan perkahwinan aku dan keluarga suami aku yang uruskan. Mak cik dan pak cik langsung tidak ambil tahu. Sehinggalah kami pulang semula ke kampung dan memberikan kad jemputan perkahwinan.

Aku sangkakan mereka tidak ingin datang ke majlis kami tapi sangkaan aku meleset, mereka datang dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Mak cik menghampiri aku dan memeIuk tubuh aku. Dia menangis dan meminta maaf.

Aku dengan rela hati memaafkan. Sehinggalah tiga bulan selepas itu aku disahkan hamiI mak cik datang bersama anak sulungnya. Suami aku ada di rumah ketika itu, aku menjemput mereka duduk. Mak cik menjuihkan bibir ketika suami aku melabuhkan punggvng di sebeIah aku.

“Mak cik datang ni nak meminang suami kau untuk Nina.” jatuh jantung aku. Suami aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengerti. Suami aku menanyakan maksud makcik yang sebenar. Rupanya Nina telah mencintai suami aku.

Suami aku menolak secara baik. Dan selepas itu tiada lagi cerita dari mereka. Ada juga aku pulang untuk melawat tetapi mereka tiada di rumah. Aku ingin berbaik dan aku sebenarnya tidak berdend4m. Aku dengar cerita dari kawan aku di kampung mereka sekarang hidup susah.

Ahl0ng cari mereka kerana Nina meminjam duit ahl0ng untuk memulakan perniagaan tetapi perniagaan itu hanya bertahan separuh jalan. Doakan kami dapat bersatu semula dan semoga pakcik dan makcik dapat berubah ke arah yang lebih baik.

Sejauh mana jahat pun mereka mereka juga yang menjaga aku walaupun aku terabai tetapi aku tetap sayangkan mereka. Pengajaran dari cerita aku ini adalah kita tetap harus memaafkan walaupun sebesar mana kesalahan orang terhadap kita. Kerana kita juga h4mba Allah yang kerap melakukan d0sa. – Suhana.

Komen Warganet :

Nourell Abdillah : Awak nak berbaik dengan diorang? Maaf la hati saya susah nk berbaik sangka dengan keluarga mak cik awak. Apalagi bila anak dia pernah ada hati dengan suami, dan sekarang diorang tengah susah. Harap – harap kehadiran awak nanti bukan sebagai batu loncatan. Saya doakan yang baik – baik saja.

Ummu Muhd : Buat baik boleh tapi berhati – hati. M4ngsa selalu melupakan per4ngkap walhal per4ngkap tidak pernah melupakan m4ngsanya. Apatah lagi bila anak dia sukakan suami awak. Wanita yang suka pada seorang lelaki tidak akan berhenti mencuba. Ada yang sanggup memfitnah dan bermain sih1r.

Sur Real : Yang part makcik datang meminang suami tu, berderau d4rah aku. Huhu.. seramnya ada makcik dan sepupu macam tu. Buat baik berpada – pada lah dik. Berdoa banyak – banyak pada Allah supaya dijauhkan dari orang yang berniat jahat pada kita.

Lily Anggerik : Dik, lebih baik awak jauhkan diri awak. Bukan ape, dah la sepupu awak pernah ade hati dengan suami awak, takut – takut nanti dorang ambik kesempatan. Awak doakan dari jauh je la ye. Jangan jebakkan diri awak dengan dorang lagi. Pleasee..

Jessie Dalysa : Buat baik berpada – pada dik. Rasanya mereka cuma menumpangkan rumah mereka untuk adik, bukan kasih sayang mereka. Harta awak sebagai anak yatim pun dorang makan. Anggap je apa yang berlaku pada mereka adalah baIasan bagi mereka kerana makan harta anak yatim.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.