Masa aku kerja pensyarah, keluarga rai siap buat pulut kuning. Bila aku menganggur, aku jadi anak paling h1na

Satu hari aku pergi kedai ibu, makan nasi goreng biasa tapi kebetulan aku tak bawa beg duit dan suami pun tak datang. Tiba – tiba ibu bapa aku sound aku, katanya tak boleh macam ni. Makan kena bayar. Niaga tak kenal family. Mereka sound depan pelanggan yang tengah ramai…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Perkenalkan nama aku Lia, berumur awal 30an dan mempunyai sepasang cahaya mata. Hidup aku biasa saja, tak seindah yang aku selalu impikan. Kerana apa? Kerana expectation yang terlalu tinggi buat aku.

Aku inginkan kehidupan yang mewah, ada pangkat, kewangan yang stabil, yang Allah tidak takdirkan untuk aku buat masa sekarang. Zaman kanak – kanak aku pun biasa saja, tiada bonding yang terlalu kuat dengan ibu bapa kerana ibu bapa sibuk berniaga.

Walaupun pendapatan tak seberapa, tapi aku tahu, mereka lakukan untuk aku dan adik – adik yang seramai 4 orang semuanya. Aku bukanlah terlalu pandai seperti orang lain, tapi alhamduliilah Allah kurniakan aku sedikit kepandaian berbanding adik beradik yang lain.

Tapi kepandaian itulah membuat aku “hilang” diri aku sendiri. Bila habis degree, aku menganggur selama 6 bulan dan sepanjang itu macam – macam kerja aku minta. Akhirnya, aku dapat temuduga di satu ipts, sebagai pensyarah kontrak.

Aku dipanggil temuduga dan berjaya dalam temuduga tersebut. Ibu bapa dan adik – adik gembira sangat, ditempah pulut kuning dan dibahagi kepada jiran setempat. Aku rasa hidup aku paling bahagia waktu itu. Disayangi. Bila dah bekerja beberapa bulan, aku mendapat tawaran kerja bank secara tetap di kampung.

Setelah timbang tara, aku pilih untuk berhenti mengajar dan memilih kerja di bank. Aku harapkan kerja ini dapat bantu keluarga ke arah satu kehidupan yang lebih senang. Lagipun dekat dengan ibu bapa. Mengajar tu pun kontrak je.

Tapi, nasib aku tak baik. Aku menghadapi konflik di tempat kerja. Aku tidak menerima sebarang training tapi terus diserap masuk. Supervisor aku cakap yang aku boleh bertanya jika tidak tahu. MaIangnya, itu sekadar kata – kata.

Aku dikehendaki belajar semuanya sendiri dan cash out tunai yang banyak walaupun itu tak sepatutnya kerana aku masih under probation period. Bila tanya senior, senior – senior akan buat muka dan tak layan aku kerana katanya aku kan pandai.

Bayangkan, aku kena tahu sendiri segala sistem dan prosedur tanpa sebarang tunjuk ajar. Aku cash out duit 50 – 70k sehari, kalau ikutkan aku tak boleh cash out lebih RM500 kerana masih dalam pemerhatian. Tiap kali bekerja, hati aku berdebar – debar, tak selera makan bila waktu rehat, dan menangis selalu sebelum tidur kerana memikirkan kena pergi kerja esok.

Aku murung, str3ss. F0bia melanda diri aku. Aku pernah mengadu pada supervisor yang aku diberikan tugas yang tak sepatutnya aku buat. Jawapan supervisor, “awak kan pandai, lagipun staff tak cukup nak ajar.” Sungguh.

Kepandaian yang aku ada seolah – olah sump4han buat aku. Bila dah kerja beberapa bulan, aku tak tahan. Aku tidak dibantu, bila bertanya dimarahi. Aku pun berhenti. Semenjak itulah, layanan keluarga terhadap aku berubah.

Dipendekkan cerita, aku berkahwin 2 tahun lepas itu. Kehidupan aku bukanlah susah cuma biasalah di awal perkahwinan, banyak yang tak lengkap. Lepas kejadian kerja bank tu, aku cuba cari kerja lain. Tapi, belum ada rezeki ikut kelayakan yang aku ada.

Aku bukan tidak mahu mohon kerja biasa – biasa tapi keluarga aku tak benarkan. Suami aku tak pernah kisah aku kerja atau tak, katanya menjana pendapatan itu tugas dia. Keluarga aku banyak sisihkan aku, ke mana – mana tak beritahu aku.

Yelah. Mungkin aku tak berduit, seperti yang mereka mahukan. Suami aku nampak bagaimana layanan mereka terhadap aku. Tapi dia suruh aku sabar je. Tiap kali jumpa, pasti tanya, “taknak cari kerja ke? Nanti suami lari macam mana? Dahlah selekeh, make up la sikit.”

Ye. Aku sedar, aku memang tak secantik 2 orang adik perempuan aku. Rupa aku biasa – biasa je, dibandingkan dengan adik aku. Putih melepak, pandai bergaya dan bermake up. Sedangkan aku lebih suka kepada kesederhanaan.

Aku selalu diperli. Aku cepat sensitif jika berkaitan keluarga, sering kali aku menangis kerana dibandingkan. Kerana apa? Boyfriend (sekarang suami) adik – adik aku sering memberi itu ini kepada adik – adik aku. Aku tak punya apa.

Ada satu peristiwa yang amat menggur1s hati aku. Aku kadang – kadang ke kedai ibu bapa aku (kedai makan). Ada sekali aku kedai mereka, aku makan nasi goreng biasa, tapi belum bayar lagi kerana waktu itu suami aku keluar jumpa kawannya.

Cash tiada dengan aku, kerana aku lupa bawa purse. Tiba – tiba ibu bapa aku sound aku, katanya tak boleh macam ni. Makan kena bayar. Niaga tak kenal family. Bila makan kena bayar. Lain kali datang bawa duit. Tak boleh makan free je.

Time tu jugaklah air mata aku mengalir, sambil pandang ke arah customer yang ramai ketika itu. Aku tak dapat tahan. Biasanya aku nangis depan suami aku je. H1nakah jika hidup aku biasa saja? Jika telah berusaha sebaik mungkin, tapi rezeki setakat itu saja, apa daya aku?

Benarkah aku dan suami tak kuat usaha kerana taraf hidup kami tak sekaya yang mereka diinginkan? Aku banyak sangat makan hati. Lagi satu yang paling aku ingat, ketika aku mengandung 5 bulan. Masa tu aku ada hal kena keluar, aku call adik aku untuk ambil aku.

Aku dan suami masih tak punya kend3raan waktu tu, cuma family aku ada kereta secondhand, yang aku belikan untuk mereka sebelum aku kahwin. Aku dan suami menunggu 2 jam, namun tak muncul tiba. Akhirnya, aku dan suami berjalan sejauh 5 km, dengan keadaan aku mengandung.

Bila sampai ke kedai, aku tanya kenapa tak datang ambik, tiada respon dari mereka. Namun begitu, mereka tetap ibu bapa aku. Aku sayang mereka selamanya, walaupun aku banyak sangat terIuka. Adik – adik tak menjaga adab dan hormat aku sebagai kakak, tapi tak mengapalah.

Aku tak harap banyak, moga Allah kurniakan aku rezeki seperti yang mereka inginkan, supaya aku dapat memberi seperti yang diingini. TerIuka rasanya bila orang yang kita sayang tidak menghargai apa yang kita beri, hanya kerana tidak memenuhi standard yang mereka mahukan.

Banyak kali aku tengok keluarga aku buang makanan yang aku masak untuk mereka, sedangkan roti yang dibeli oleh adik – adik aku dipuji melambung. Walaupun hubungan kami alhamdulillah bertambah baik, tapi Iuka yang aku alami payah untuk hilangkannya. Semuanya kerana duit..

Jika berkelapangan, aku menulis lagi.. terima kasih untuk semua. Mohon doakan aku dimurahkan rezeki, supaya dapat lebih bahagiakan keluarga aku. Walaupun keadaan hidup aku lebih baik, namun begitulah, masih belum mencapai piawaian yang diinginkan. Doakan aku, kerana syurga aku, masih pada mereka, selain suami aku.. terima kasih pembaca semua.

Komen Warganet :

Ezra Liman : Sorry to say keluarga you keluarga t0xic. Adik – adik tak hormat sebab mereka tengok cara ibu bapa layan you. Walaupun kita sayang keluarga, diri sendiri dan perasaan sendiri kena jaga juga.

Siti Khalidah : Salam sis. Saya pernah ada dalam situasi sis. Tapi tidaklah seteruk ini. Cuma dapat rasa perbezaan bila kita ada duit dengan tidak. Apa kata sis tak payah fikir lagi cara nak bahagiakan mereka, bahagiakan diri sendiri dahulu. Jika lihat pada cerita pun nampak mereka utamakan harta benda dari nilai kasih sayang.

Anida Ahmad : Jangan mengharap dunia dik. Tawakal dunia kejar akhir4t. Cubalah insyaallah dan satu lagi.. “selekeh suami lari” no no no. Awak bersiap mekap bagai hanya kerana takut suami lari. Lepas ni ubah cara pemikiran dan andaian. KITA HANYA ADA ALLAH. Apa yang terjadi perjalanan hidup kita dah tertulis. Kuatkan semangat cari ALLAH.

Azura Ammir Adam : Cuba jarakkan diri dari mereka jangan kerap berjumpa orang kata jauh bau bunga, dekat bau busuk, doa banyak – banyak semoga diberikan rezeki yang tak disangka – sangka, doa diberikan ketenangan, moga Allah lembutkan hati mereka untuk terima keadaan awak.

WRajah kena solek bagi nampak comei mata memandang biar pun dengan kosmetik murah ya, jangan cerita buruk pasai perkahwinan / aib suami awak kat family, belajar senyum, semoga urusan awak dimudahkan selalu. Amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.