Ambil makan senyap-senyap macam pencuri, aku terdengar perbualan mak mertua dalam bilik

Setiap hari dia call saud4ra mara bagitahu “tengah tolong jaga menantu sementara nak tunggu kuat”. Satu hari, Allah nak tunjuk aku curi dengar dia cakap dalam fon. Bila dia perasan aku lalu cepat-cepat dia m4tikan panggiIan buat-buat bukak youtube ceramah agama..

#Foto sekadar hiasan. Salam pembaca sekalian.. Terima kasih jika luahan ini disiarkan. Harap sangat dapat nasihat dan kata – kata bernas dari kalian. Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang dah lama pendam and simpan aib mak mertua tapi kali ni cukup mengecewakan..!!

Maaf jika luahan terlampau panjang.. Aku cuba ringkaskan cerita sepanjang 3 tahun aku berkahwin. Dulu masa tunang dengan suami kami ada g4duh besar kebetulan, mak mertua masuk campur buatkan hubungan lagi teruk.

Aku jenis suka berbincang lepas keadaan tenang, cungkil punya cungkil suami kata mak dia ada petik nama aku dan psyc0 suami buatkan jadi keruh. Akhirnya kami buat keputvsan, apa – apa hal rumahtangga lepas ni tolong jangan libatkan mak mertua.

Masa awal perkahwinan mak mertua dah mula cari silap aku sampai aku senyum tunjuk gigi semasa bergambar pon ditegur depan orang ramai suruh tutup sedangkan gigi aku putih dan teratur kot. Bukan sekali malah masa tunang, masa akad dan majlis sanding pon dia kerap tegur jangan senyum tunjuk gigi depan orang ramai.

Sampai suami dan adik – adik dia tegur mak mertua sendiri. Rumah mak mertua aku ni besar tapi bilik penuh dengan barang – barang yang tak sepatutnya. Ruang tamu penuh dengan kutu dan n4jis kucing. Bila aku datang tidur di sana, aku diberi bilik solat yang hanya muat – muat untuk letak tilam bujang sahaja.

Tilam pon tak bagi hanya sediakan bantal dan tikar, aku masih mampu senyum dan hormat mak mertua sebab aku dah diajar jangan cari buruk orang lain. Dapur mak mertua lantai berlendir ada pakej n4jis kering dan baru dekat carpet yang dah berhari – hari.

Pinggan mangkuk juga dalam sinki pakej berulat aku siap kemas dan cuci tanpa segan tapi cuma sekali je sebab esoknya jadi lagi. Rezeki aku disahkan mengandung seawal perkahwinan. Tapi mereka masih lagi suruh aku tidur bilik surau beralaskan tikar walaupon aku sudah berbadan dua.

Kami akan singgah tidur rumah mak mertua bila hujung minggu sahaja sebab duduk jauh di perantauan. Depan suami, mak mertua akan tunjuk dia ambil berat tentang saya tapi bila suami tiada macam – macam mulut dia bercerita.

Siap  mengumpat pasal arw4h ayah dan sed4ra mara yang lain. Aku jenis tak suka dengar akan terus bangun bagi alasan dan berehat dalam bilik. Masa aku mengandung, mak mertua pernah panggil aku PELAHAP.. Apa salah aku??

Hanya sebab masa mengandung aku habiskan 2 keping tosai terus dia kata aku pelahap!!! Aku suka makan kaki ayam terus dia kutuk kata nanti anak aku suka mencakar. Semua ni aku diam dan pendam tanpa bagi tahu suami.

Suami banyak turut kehendak aku dan situ mak mertua kerap puji anak dia tak macam arw4h ayah mertua. Nak jadikan cerita mak mertua plan nak jaga aku masa pantang, aku suka dan terima sebab masih bersangka baik dekat mak mertua.

Suami akan masak sebelum pergi kerja, mak mertua hanya keluar bilik tanya suami masak apa lepas tu masuk perap dalam bilik semula. Sampai la setengah jam sebelum suami balik baru dia keluar duduk depan dan minta aku bukakan siaran drama tv dia.

Pegang baby pon tak, sekadar keluar bilik untuk k3ncing dan makan. Ambil makan pon senyap – senyap macam pencuri tak nak aku tahu, bila petang nampak aku tengah angkat periuk air panas dia cuma tanya, “nak mandikan anak ke?” lepas tu masuk dalam bilik semula.

Aku makan ke tak dia tak ambil peduli tapi tiap – tiap hari call sed4ra mara kata ada di rumah menantu, “TOLONG JAGA MENANTU SEMENTARA TUNGGU DIA KUAT.” Ayat ni sump4h aku tak boleh lupakan!! Tuhan nak tunjuk lagi semasa dia dalam bilik asyik mengumpat pasal aku dekat phone aku dengar dengan jelas sepatah – sepatah tapi aku diam dan pasang telinga.

Hanya Allah je tahu betapa kecewanyaa aku. Seronok dia cari buruk menantu, jaja kat orang lain. Bila dia perasan aku lalu cepat – cepat dia m4tikan panggiIan buat – buat bukak youtube ceramah agama. Memang jadi b4rah, aku terus tak bertegur dengan mak mertua dan dia buat drama nak balik awal siap ugvt suami,

“Kalau rindu mak dan adik – adik baliklah rumah tapi jangan bawa isteri kamu,” siap tuduh kata aku sembunyikan baby letak dalam bilik sahaja, sedangkan pintu bilik sentiasa terbuka. Allah luluh hati aku baca terus aku menangis luah semuanya dekat suami.

Sejak dari tu suami lebih percayakan aku dan dia sendiri mengaku mak dia memang suka mengumpat hal orang keliling dan juga pernah g4duh besar dengan adik arw4h ayah sebab mereka cerita. Sejak beranak aku tak pernah jejak kaki kat rumah mak mertua yang kotor tu sebab tak nak risik0kan anak aku.

Mak mertua sampai sekarang tak boleh terima anak kami ikut iras aku. Sungguh dia cari pelusuk fizikaI anak aku nak samakan kat anak dia. Nak dipendekkan cerita aku mengandung anak ke-2 masa balik kampung beIah aku, aku demam selsema dan ada g4duh besar dengan suami gara – gara aku suruh dia balik awal untuk tengokkan anak sebab aku tak sihat.

Suami bagaikan dir4suk, meng4muk tiba – tiba hempap, cekik dan hampir nak tumbvk aku tapi aku meIawan, akhirnya suami t4mpar dan tolak aku nasib baik aku terduduk atas kerusi. Mak aku masuk bilik tenangkan kami berdua sebab aku dah menjerit macam orang giIa panggil suami dayus sebab pukuI isteri yang demam tambah lagi mengandung kot.

Suami seorang yang baran tapi selama ni g4duh kami banyak bertekak dalam phone sahaja tak pernah depan – depan sebab ada anak. Lagipun jika berbalah akan elok dalam masa sehari, esoknya salah seorang mengalah untuk berbincang baru sama – sama minta maaf.

Sepanjang kahwin aib suami dan keluarganya aku simpan erat sangat tak mengadu dekat sesiapa mahupon mak aku sendiri. Bila jadi kes suami naik tangan, aku terfikir nak call mak mertua. Aku fikir mungkin dia mampu nasihat anak dia tapi aku silap.

Masa aku cakap anak dia t4mpar aku tengah tak sihat gara – gara  suruh balik cepat, mak mertua salahkan aku, dia kata aku meIawan. Mak mertua banding – bandingkan dia dulu dengan arw4h ayah tak pernah kasar. Dia salahkan aku.

Allah aku tergamam. Apakah tindakan anak dia naik tangan tu tak salah? Adakah permintaan jaga anak sebab aku tak sihat tuu salah??? Aku tak sanggup cakap lama dengan mak mertua, dia terus call anak lelaki dia acah – acah dengar pihak anak dia mana yang betul.

Tiba – tiba lepas suami cakap dengan mak mertua, dia keluar rumah bawa bag semua tinggalkan aku yang s4kit ni dengan anak di rumah mak aku. Perrghhh.. Terus suruh anak dia abaikan tanggungjawab sebagai suami demi eg0…!!!

Aku mesej mak mertua untuk minta dia nasihatkan anak lelaki dia, aku ugvt nak buat report polis dan cerai tapi mak mertua cuma jawab, “terserah laa pada kamu. Macam ni la, mak dah dengar cerita kamu mak dah dengar cerita anak mak dan mak dah nasihat kau orang berdua. Lepas ni mak tak akan masuk campur. Kau orang selesaikan sendiri. Mak tetap doakan anak menantu dan cucu mak. Pikir elok – elok.”

Senangnya berkata – kata wahai mak mertua yang s4kitnya aku, yang kena pukuInyaa aku bukan kau bukan anak kau!!! Mak mertua kata tak nak masuk campur tapi mak mertua suruh suami tinggalkan kami anak beranak tanpa selesaikan masalah.

Bukan suruh sabar ke apa. Esoknya anak aku berjangkit demam selsema, malam – malam budak tuu sesak nafas batuk – batuk. Esoknya hujan aku terkial sorang – sorang meredah bawa anak aku pergi kIinik. Suami? Entah aku memang tak ambil peduli gara – gara dia lepas tangan macam tu terhasut dek kata – kata mak mertua.

Mak aku call suami tak angkat. Aku mesej mak mertua luah rasa kecewa dan marah kerana kata – kata munafik yang acah – acah tak nak masuk campur. Yang pasti mertua menidakkan dan aku siap cakap moga – moga anak mak mertua yang lain tak merasa apa aku rasa..!!

Mungkin sebab ayat tu juga adik suami ser4ng aku dan pert4hankan mak dia. Dia suruh aku stop mesej mak mertua siap block aku. Suami tiba – tiba sampai malam tu kami masih tak bertegur. Hati aku terdetik nak baca whatsap mak mertua dekat phone suami.

Allah, Allah, Allah mak mertua cukup batu api. Dia kata kat suami, jangan buat report polis sebab malu saja hal kecil nak diperbesarkan. Dia tuduh aku, kata aku berpura – pura baik dekat mereka selama ni. Dia tuduh lagi kata aku kuat cemburu halang suami jumpa kawan!!

Adik dia siap kata aku kaki putar pasal suami tak nak pergi kaunseling, siap plan nak bersihkan rumah mak mertua supaya nanti boleh bawa anak aku duduk sana.. Tiada langsung mesej untuk suruh suami aku mengalah, tiada langsung nasihat yang baik – baik tentang isteri mengandung lagi demam.

Selepas aku meng4muk hantar mesej dekat mak mertua sebelum kena block tu la baru aku perasan dia ada mesej acah – acah prihatin kat suami. Tapi sikit pon tak ambil tahu aku ni macam mana, ok ke tak, alah teruk ke tak!!!

Esoknya kami berdua berbincang dan pergi kaunseling dan sama – sama minta maaf. Laki aku kata dia tak sedar perbuatan dia masa hempap dan nak tumbvk aku semua tu. Dia hanya sedar bila lepas dah naik tangan. Aku memang tak boleh lupakan.

Untuk mak mertua pula aku sudah bersump4h aku tak nak dan tak akan jumpa dia dah. Aku tak izinkan suami aku hantar gambar anak – anak aku dekat mak mertua lagi. Masa anak – anak aku s4kit, anak aku membesar mak mertua tak pernah ada.

Dia datang pon sekadar pegang anak aku untuk bergambar lepas tu tiada peIuk – peIuk, terus hadap phone sebab nak tunjuk gambar dekat sed4ra mara. Kononnya dia rapat dengan cucu..!! Aku tetap nasihatkan suami untuk tunaikan tanggungjawab sebagai anak tapi jangan libatkan aku dan anak aku.

Sebelum ni ko suruh anak ko bercerai, balik rumah tanpa anak bini kan. Sekarang Allah dah makbulkan doa mak mertua, aku pon tak payah susah – susah nak jaga hati sesiapa dah. Buat baik tapi tetap nampak buruk. Kalau dari dulu tak suka kenapa setuju, semata – mata nak jaga hati anak sendiri tapi ani4ya anak orang lain.

Aku ni cuma bernasib baik suami sendiri sedar dan dia nampak mak mertua berd3ndam dengan aku. Dan aku menyesal sungguh mengadu dekat dia masa kami g4duh hari tu. Tapi tu la nama pon takdir. Kalau tak sampai sekarang aku masih bersangka baik dekat mak mertua.

Dari sini aku dah nampak jika apa – apa jadi pada kami, mak mertua laa orang pertama yang akan ambil kesempatan!! Tolong doakan aku kuat sahabat sekalian. – Fafa (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Ruzanna Kamarulzaman : Menantu tetap menantu tak akan jadi anak. Buat baik berpada – pada kalau dia meIampau cakap je terus terang dalam nada tegas supaya dia tak berani nak masuk campur dalam rumah tangga kita. Mertue takde hak dalam urusan rumah tangga anak.

Chik Pah MeeSee : Awak masa pantang anak 1st dah tau mak mertua awak tu ngek. Lepas tu, bila suami awak meng4muk, awak pegi wasap minta emak dia yang ngek tu nasihatkan pulak. Cai baIa la dik wehhh..

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.