Aku kena buang kerja sebab alahan teruk dan dah sarat sangat. Mak mertua tak puas hati, dia suruh aku berniaga pasar malam sedangkan masih dalam pantang. Satu hari aku g4duh dengan suami, tak sangka suami luahkan segalanya yang buat aku nekad nak cerai. Dia layak jadi anak mak celah ketiak mak.
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih jika siarkan confession. Aku betul – betul tengah str3ss hingga rasa nak bercerai. Aku terasa sangat – sangat. Sebelum kahwin dulu aku kerja swasta. Gaji mencecah 4k. Kerja aku ni memerIukan pergerakan fizikaI yang lasak.
Badan aku kecik molek saja macam Hannah Delisha tapi aku seorang yang penuh bersemangat. Selalu dipuji bos dan kakitangan. Tapi lepas kahwin, aku mengandung dengan alahan yang teruk, selalu cuti. Hinggakan bila dah nak bersalin, aku diberhentikan kerja.
Company swastakan, mereka pun perlu jaga periuk nasi mereka, so aku tak salahkan mereka berhentikan aku. Aku anggap saja la takde rezeki aku. Suami aku kakitangan kerajaan tapi gred rendah saja. Masa aku kerja dulu, mewah la jugak kehidupan kitorang.
So bila aku dah berhenti kerja, kewangan jadi kurang stabil. Tapi suami aku masih sabar. Masa tu aku dah 8 bulan pregnant, mertua aku selalu desak aku suruh cari kerja cepat – cepat. Aku kata nanti la lepas bersalin sebab aku dah sarat sangat ni.
Mertua aku tak puas hati, dia suruh aku berniaga di pasar malam suruh cari duit poket. Dengan keadaan aku macam ni, tak kesian ke. Lagipun simpanan aku masih ada, aku tak kebulur lah duit anak dia tu. Hampir tiap kali jumpa dia desak aku suruh kerja.
Suami aku yang jenis anak mak tu diam saja mak dia suruh aku macam – macam. Akhirnya aku dah stop pergi rumah mak dia, aku rehat saja kat rumah hinggalah bersalin. Masa dalam pantang, masih mak dia desak aku suruh cari kerja cepat – cepat.
Ingat aku malas sangat. Padahal mertua aku sendiri pun suri rumah. Aku iyakan aja. Habis berpantang rezeki aku, aku dapat kerja area berdekatan. Dan yes masih kerja lasak seperti dulu. Tu saja bidang aku kan. Kadang – kadang terp4ksa tinggal anak sampai malam kat rumah pengasuh.
Suami aku balik kerja pukuI 5, tapi dia malas nak jaga anak. Aku geram. Nak suruh aku kerja, tapi jaga anak malas. Kami selalu g4duh hal ni, at last aku berhenti kerja, cari kerja lain. Aku sayang anak aku, aku rindu anak aku.
Aku tak nak anak aku terabai sebab mak ayah masing – masing sibuk. Bila start jadi suri rumah, aku buat online dropship. Tak banyak pun dapat tapi lepas la untuk aku dan anak aku serta bantu suami aku sikit. Tapi mertua aku masih tak puas hati, suruh aku duduk dengan dia sebab membazir saja menyewa.
Dia kata lainlah kalau aku kerja. Oo aku baru tahu, jadi suri rumah tak layak nak duduk selesa. Suri rumah ni taraf menumpang saja. Suami aku si anak emak tu seolah – olah bersetuju. Its a big no for me. Aku kata takpe biar aku menyewa bilik saja dengan anak aku, ko pergi lah duduk dengan mak ko. Langsung tak tanya pendapat isteri.
Mak ko saja selalu betul. Ends up kami g4duh lagi, tapi tak jadi pindah pun. Rumah mak dia dah ada 3 orang biras aku duduk serumah. Tak serabuk ke weh duduk ramai – ramai macam tu. Geram aku. Start pada tu, aku dah mula tawar hati kat suami aku.
Sebab pendapat mak dia yang utama. Aku ada kereta sendiri yang dah habis bayar, kereta Alza. Suami aku pakai myvi. Mak dia suruh aku jual kereta aku. Aku kata jual la kereta suami aku, tu kereta aku kan. Mak dia desak kata nanti anak dia takde kereta, jual kereta Wani (aku) tak pelah sebab Wani tak kerja.
Aku dah macam apakah semua ni. Nak mengajar aku apa ni. Jadi nanti kalau jadi apa – apa antara aku dan suami aku, aku takde pape la kan? Time ni g4duh lagi la aku laki bini. Dia sayang kereta myvi dia, aku pun sayang kereta aku.
Dah tu tak payah jual lah kan. Takde masalah pun kalau tak jual. Aku tak tahu kenapa mertua aku suka campur tangan. 2 tahun kemudian, aku mengandung anak kedua. Aku masa ni dah start jadi ejen barang jualan. Semuanya berjalan dengan lancar.
Hubungan aku suami isteri pun m4kin baik walaupun mak dia selalu ada saja idea yang nak merugikan aku. Dah la suruh aku jual burger malam – malam sebab tak cukup setakat jadi ejen katanya. Entahlah mak cik. Aku suruh suami aku yang jual burger sebab tu idea mak dia jugak kan, pandai plak anak dia tak nak, malu.
Aku sampai konfius, memang tanggungjawab aku ke cari duit untuk anak dia? Aku hingga tahap tak redha tak ikhlas cari duit. Sebab mak dia tak pernah bersyukur. Mak dia selalu masuk campur urusan kami. Suruh aku buat macam – macam.
Padahal masa tu beribu – ribu jugak income aku tapi dia ingat aku menipu. Ye lah berniaga dari rumah saja kan. Mungkin sebab aku dah tahap merungut, tak ikhlas, tiba – tiba produk yang aku jadi ejen tu ada masalah. Viral jugak produk tu masa tu. Pengguna takut nak beli.
Stok yang aku pegang banyak tak habis. Beribu jugak rugi. Aku jadi putvs asa, plus masa tu dah nak sampai masa bersalin. So suami aku suruh rehat saja lah dulu. Masa bersalin anak kedua, MCO 1.0 baru start. Semua orang bekerja dari rumah.
Masa tu aku macam hilang arah. Tak tahu nak berniaga apa. Aku tak nak kerja ofis dah sebab aku syang nak tinggal anak aku kat pengasuh, lebih – lebih lagi musim c0vid macam ni. Macam – macam jugak aku jadi dropship tudung, baju.
Tapi tu la lambakan produk di Sh0pee, persaingan sengit, jadi untung aku biasa – biasa saja. Tak laku sangat. Kadang – kadang untung RM300 saja sebulan, tu pun yang paling banyak. Aku masa tu belum ada keberanian nak keluarkan modal berniaga, sebab masih tr4uma dengan kerugian sebelum ni.
Bila income tak banyak. Aku dah rasa macam useless, putvs asa. Aku stop berniaga, aku fokus kat anak – anak dan rumah tangga semata – mata. Mula – mula aku ingatkan suami aku tak kisah. Baru – baru ni kami berg4duh besar, suami aku luah semua. Dia ungkit semua.
Dia kata dia penat cari duit sorang. Selalu tak cukup. Dia ajak duduk rumah mak dia dan suruh aku cari kerja. Hantar anak kat pengasuh. Ya Allah, aku kecewa. Rupa – rupanya selama ni aku beban pada suami aku. Aku terasa.
Banyak lagi yang dia hambur kat aku. Kenapa aku rasa dia tak sayang aku sebenarnya. Dia lagi suka dengar pendapat mak dia. Dia kata hidup m4ti dia bukan sebab nak tanggung aku dan anak semata – mata. Aku rasa tak berguna.
Macam ni rupanya bila kita takde apa – apa. Bukan orang luar saja yang pandang rendah, suami sendiri pun akan h1na kita. Kawan – kawan aku yang jadi suri rumah tapi nampak bahagia sebab suami dia pentingkan dia. Wallahi aku terasa sangat.
Aku rasa nak bercerai. Sungguh aku nak bercerai. Aku nekad nanti kalau dah dapat kerja bagus, aku akan tinggalkan dia. Dia tak layak jadi suami dan bapa. Dia layak jadi anak mak celah ketiak mak. Aku sangat terasa.
Dah sebulan berlalu, aku pun dah tidur asing, aku tak bercakap. Aku dah tawar hati. Aku dah tak cintakan dia. Aku harap nanti hak penjagaan anak – anak dapat kat aku. – Useless (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zuriyanti Sanusi : Bukan kita yang useless tapi suami tu yang useless sebenarnya. Jenis mak dan anak sama – sama tak faham ajaran Islam. Tak tahu ke dia segala nafkah isteri dia yang kena tanggung termasuk tempat tinggal yang selesa.
Bukan share rumah dengan mak. Bukan tugas isteri nak cari duit cukupkan nafkah suami. Please tinggalkan cepat – cepat family t0ksik macam tu. Mak dengan anak sama tak betul. Kami doakan sis dapat kerja bagus, gaji tinggi dan dapat masa yang secukupnya dengan anak – anak.
Lepas dapat kerja bagus dan kalau mak dengan anak mak (suami) tu nak semula kat sis, tolong jangan maafkn dorang ya. Sebab orang jenis macam ni memang suka bila kita berduit je. Bila kita takde duit, dia anggap kita tak berguna.
AR Kurobe : Mentua hang ni, aku tak tahu la. Agaknya spesis bela anak supaya kahwin dengan orang yang boleh senangkan hidup dia kot. Aku macam ni memang tak hormat lagi dah. Alang – alang nak cerai, biar g4duh kaw – kaw sampai sembelit laki kau.
Kalau kau tak biasa g4duh meh aku ajar, listkan semua benda yang kau nak marah, sebut kuat – kuat depan cermin. Ulang – ulang sampai kau boleh terus masuk rapping contest. Sekali lagi kau g4duh, kau go down ala – ala soyeon dalam unpretty.
Rambut ik4t, jangan pakai kain batik, baju pun biar senang kepak. Ingat kalo dia t4mpar kau, jangan nangis, cepat – cepat kau bangun balik, ingat 4 tempat nak aim ni hidung, bawah dagu, tengah solar plexus, angry bird, jangan pakai penumbvk, tak lut.
Pakai lutut, siku atau kepala. No going back bebeh. Make sure g4duh time anak takdak kat rumah dan jiran tetangga dah balik keje. Good luck, I’m rooting for you.
Novaria Hj Anwar : Puan, first at all, jangan rendahkan diri kita untuk orang tak menghargai kita. Puan sangat struggIe dah tu tolong pendapat rumahtangga kalian. Nasib baik dah habis bayar kereta sendiri. Geram pula akak baca makcik tu suka hati nak suruh jual harta kita. Amboi – amboi dia.
Semoga Allah kuatkan semangat Puan dengan pimpinanNya dan dipermudahkan segala urusan – urusan yang ada. Walaupun rasa kesian baca tapi yang menjalani ujian itu adalah Puan.. Maka, mulakan dengan solat taubat dan istikharah.
Buat resume cantik – cantik dan apply kerja, pastikan akaun bank aktif. Untuk mendapatkan hak jagaan anak – anak. Lepas tu buat perancangan apa yang patut. Bergerak dalam diam lebih baik. Tak payah nak g4duh dan habiskan tenaga m4ki – m4ki orang t0ksik ni.
Nanti kita dapat d4rah tinggi pun rugi juga. Lebih baik kita cool je, yang pasti itu pun nanti dorang s4kit hati juga. Kalau betul mertua set0ksik itu, suami pun tak meIindungi kita, seumur hidup terlalu lama untuk bersama dengan orang yang tak menghargai.
Kalau betul suami pun nanti tak berusaha nak selamatkan lagi rumahtangga Puan ni, semoga Allah kurniakan ganti kebahagiaan yang lebih baik untuk puan dan anak – anak. Take care dan stay safe.. ok..
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.