Kami suami isteri kerja siang malam tapi ipar – ipar ambil kesempatan. Roadtax m4ti, minta saja pada suami saya. Handphone rosak, hantar kedai, tapi suami yang kena ambil dan bayarkan. Rok0k topup, belanja awek, hinggalah suami sanggup gadai barang kemas saya..
#Foto sekadar hiasan. Salam sejahtera. Saya telah berkahwin dan masih belum punya anak. Apa yang saya ingin luahkan disini mengenai keluarga pihak suami.
Suami mempunyai seorang abang yang berumur 38 tahun dan seorang adik lelaki berumur 30 tahun. Ya.. kedua – duanya lelaki yang cukup sifat dan sihat tubuh badan, tapi memilih untuk mengganggur.
Selesa dan seronok jadi penggangur yang ditanggung semua perbelanjaan. Mereka berdua tidak bekerja dan malas cari kerja. Ada kerja pun, tak bertahan lama kemudian berhenti atas pelbagai sebab yang entah apa – apa.
Keadaan jadi lebih teruk selepas kem4tian ayah mertua. Abang dan adiknya sem4kin naik lemak, hanya hidup mengharapkan duit pencen arw4h ayah.
Alasan yang diberi ialah untuk menjaga ibu yang sudah tua. Padahal salah seorang boleh saja pergi bekerja. Tapi kalau dah malas, apa pun tak boleh buat. Alasan demi alasan dicipta untuk melepaskan diri.
Hal ini yang menimbulkan masalah kepada saya dan suami. Duit belanja sering tidak cukup. Padahal duit pencen arw4h ayah kalau setakat nak tanggung ibu mertua seorang lebih dari cukup. Sebab tiada hutang – hutang lain yang perlu dibayar setiap bulan selain bil air dan letrik sahaja.
Abang dan adik suami menggunakan wang pencen sesuka hati. Bila tak cukup untuk makan (sejak ibu mertua uzur, makanan hanya dibeli setiap hari) suami saya yang menjadi m4ngsa.
Abang dan adiknya bijak menggunakan ibu mereka untuk meminta apa – apa saja dari suami. Suami jadi tak sampai hati untuk menolak permintaan ibunya.
Pada saya mereka hanya ambil kesempatan saja. Roadtax m4ti, minta saja pada suami saya. Handphone rosak, hantar kedai, tapi suami yang kena ambil dan bayarkan, segala – galanya mengharapkan suami.
Untuk pengetahuan, semua bil – bil rumah mereka, suami yang jelaskan bayaran setiap bulan ditampung dengan sedikit duit pencen arw4h ayah. Abang dan adik suami seronok belanja dengan bor0s untuk rok0k, topup, belanja awek dan lain – lain perkara yang tak berfaedah.
Kerja malas, belanja nak mewah. Semasa arw4h ayah mertua masih hidup pun, banyak kali dia mengadu duit belanja yang kami bagi telah dicuri oleh abang dan adiknya tapi tak ada siapa mengaku. Sedih dan panas hati rasa dengar keluhan ayah pada masa itu.
Saya masih bersabar. Saya anggap ini ujian rumah tangga. Apabila berkahwin kena terima keluarga suami seadanya.
Tapi saya juga manusia biasa, saya kesian dengan suami. Pada masa yang sama, saya juga rasa marah sebab suami terlalu berlembut dengan abang dan adiknya.
Hal ini yang menyebabkan kami sering berg4duh dan berbaIah. Saya jadi str3ss dan tertekan sebab masalah ini. Bagi saya, masalah ini tak patut wujud kalau abang dan adiknya usaha cari pendapatan sendiri.
Ibu mertua pula asyik menangkan mereka, lagi tertekan suami saya. Saya nampak sifat ibu mertua yang terlalu manjakan abang dan adik suami sampai langsung tak pandai nak berdikari. Langsung tak ada usaha nak cari rezeki untuk sama – sama tanggung keluarga.
Sampai pernah ibu mertua cakap, eloklah kamu berdua tiada anak lagi sebab nak tanggung mereka. Ya Allah, rasa meluap – luap marah dalam dad4. Tetapi memikirkan ibu mertua yang sudah tua dan uzur, saya diamkan saja.
Namun, lama – kelamaan saya jadi menyampah dan meluat nak balik rumah ibu mertua. Sebab bila balik, tengok abang dan adiknya hanya melepak tak pun tidur memanjang.
Bila lapar, bangun nak rok0k, duit makan, minta pada ibu mertua. Perkara ni dah berlarutan bertahun – tahun macam tu.
Saya sedih, kami suami isteri ni kerja siang malam. Pergi balik kerja pun naik motor saja sebab nak berjimat. Punya catu dan kawal perbelanjaan bulanan. Tapi mereka boleh bermalas – malasan sebab tahu, tak kerja pun duit tetap ada. Nak apa, semua dapat.
Iyalah dapat duit pencen ditambah dengan duit gaji suami saya, lagi seronok mereka habiskan. Duit gaji suami banyak habis pada keluarganya saja. Bila masa suami nak menyimpan untuk sendiri, untuk rumah impian kami? Sedih saya memikirkan hal ini.
Saya pernah terus terang pada ibu mertua, namun apa yang saya sampaikan ibarat angin lalu. Tiada kesan, tiada tindakan. Saya terkilan.
Puncak kemarahan saya, apabila suami sanggup nak gadai barang kemas saya, apabila saya tak izinkan, suami tekad nak keluarkan wang simpanan tabung haji untuk menampung perbelanjaan mereka.
Terkini nak keluarkan Isinar pula sebab tak cukup belanja. Ya Allah, saya rasa geram dan marah sangat. Perkara ini pada saya sudah melampau.
Kenapa suami sampai nak bergolok – gadai untuk orang pemalas macam tu? Kami suami isteri sampai buat 2 kerja untuk menampung perbelanjaan, saya tidak reda bila hasil duit penat titik peluh kami dihabiskan untuk biawak hidup.
Saya sayangkan suami saya, saya tak sanggup tengok suami diperbod0hkan oleh keluarganya. Mohon pandangan semua, apa yang patut saya lakukan? – Miza Shuhada (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zulhilmi Jol Hassan : Bila tengok tajuk saya dah boleh nampak kesannya setelah baca dan terbukti berjaya meningkatkan tahap str3ss dan geram saya. Pada saya puan, berilah kata dua pada suami sebab dia sepatutnya kena tegas dengan adik beradik dia. Dah cakap baik – baik dengan mentua, dengan suami tapi tak jalan. Jadi samada puan tahan sabar selama mana yang kita sendiri tak tahu atau ambil jalan untuk cari kebahagian sendiri. Moga dipermudahkan.
Shida Samsudin : Caranya jangan topup langsung perbelanjaan rumah. Tinggalkan untuk diri sendiri je, duit belanja awak, duit tol pergi balik keje duit minyak awak, duit belanja mak abah awak, savings awak dan rasa – rasa nak beli apa – apa untuk diri sendiri boleh beli. Belilah kalau boleh yang datangkan hasil macam emas dan sebagainya. Emas tu buka savings box ek kat bank tu. Jangan bagi husband tau. Jangan tolong sesen je pon, biarkan husband tu tau tanggungjawab dia.
Athein Lyaa : Mak mertua menangkan sebab tak ade dah orang sudi nak jaga dia kalau 2 biawak hidup tu tak di tatangi. Selagi dua biawak hidup tu jaga mak mertua, selagi tu berbagai alasan minta duit. Tapi, kalau tt ambil keputvsan nak jaga mak mertua tu pun, belum tentu dia nak. Sebab, mungkin dia pun sedar kalau tt dan suami jaga, kebulur la 2 ekor anak biawak hidup tu. Jadi, macam kej4m pulak nak sambung.
Khalila Ishak : Eeeeeeee geramnya saya bacaaaaaa. Sampai nak gadai barang kemas isteri. Ya betul, kalau nak sedekah, utamakan keluarga dahulu baru org lain. Tapi ni dah kategori meIampau. Jauh lebih teruk daripada “meIampau”. Kalau dah usaha bekerja cari pendapatan, tapi masih susah, itu patut dibantu. Tapi ni memang tak ade usaha apa – apa. Hanya mengharap orang lain. Ya Allah sis.
Saya faham suami sis pun mesti serba salah. Tak ada cara lain selain bertegas. Suami sis perlu main peranan. Nak bantu, bantu semampunya saja. Kalau mampu hulur RM100 tiap bulan, cukup RM100 saja, jangan lebih. Stop tampung belanja mengarut macam roadtax apa semua tu. Saya doakan sis cepat – cepat ada zuriat. Moga kurang sikit pe’el diorang tu. Eiiii… Geramnyaaaa!
Mohd Shainol Azmar Kassim : Mintak cerai, tiada gunanya bertahan dalam perkahwinan sebegini. Awak layak untuk dapat lelaki yang lebih baik. Bayangkan kalau puan jumpa calon suami baharu yang lebih penyayang puan akan lebih bahagia. Kalau tak jumpa calon suami pon, puan akan masih lebih bahagia berbanding sekarang. Walau macam mana pun awak berhak untuk hidup bahagia. Kumbang bukan seekor, online dating app bercambah – cambah di internet.
Set saja kriteria suami idaman, ada saja profil – profil lelaki akan disenarai pendek secara autom4tik untuk puan pilih untuk berkenalan lanjut. Ada apps yang islamik ada yang tak. Semuanya pilihan di tangan puan. Tapi kalaulah cinta dan sayang amat mendalam pada suami dan kalau rasa teramat cinta, rindu, sayang pada suami puan tu sukar dibuang sehingga lautan api puan sanggup renangi, puan perlu kuat dan terima suami puan seadanya. Telanlah sepahit mana pun bahkan bantulah suami puan untuk menyara keluarga no matter how p4inful it going to be..