Mak aku datang rumah, habis semua dia merungut pasal bini aku

Aku ni dah 10 tahun kahwin, tapi mak masih lagi tak suka dekat bini aku. Baru ni mak datang rumah, aku macam biasa sebelum bini balik akan keluarkan bahan mentah dari freezer dan masak nasi. Mak aku kata dah macam orang gaji. Aku terus menjawab, maafkan man, mak..

#Foto sekadar hiasan. Aku ada nak cerita pasal mak mertua bini aku. Ya, mak aku sendiri. Aku ni dah 10 tahun kahwin. Sepanjang 10 tahun ni ada saja benda yang mak aku tak suka kat bini aku ni. Tak tau lah pasal apa.

Mak aku ni dah tua. Ibu tunggal sejak 15 tahun dulu. Bini aku ni memang bukan pilihan dia. Pilihan aku sendiri. Aku kenal bini aku masa kat U dulu. Tapi tak kan sebab tu mak aku ni tak suka bini aku sampai la. Perempuan pilihan mak aku dulu tu pun dah lagi awal kawin dari aku.

Banyak perkara yang mak aku buat kat bini aku. Nak tulis pun tak larat. Tapi yang paling aku geram hat yang baru – baru ni jadi kat rumah aku. Dia mai rumah akusebab nak pergi rumah adik beradik dia yang lain. Saja mai jalan – jalan la.

Duk rumah aku seminggu. Sepanjang seminggu ni habis dia complain itu ini. Kebanyakannya pasal masakan bini aku. Pasal penjagaan rumah. Bini aku ni pembersih. Barang – barang semua ada tempatnya. Ada label. Semua kat tempat bertutup supaya tak kena habuk.

Tapi mak aku tak suka. Dia kata susah dia nak cari. Aku cakap tak susah pun mak, semua ada label. Kalau mak tak jumpa jugak, mak tanya la Ayu (bini aku). Dia tak boleh terima. Masih nak cakap Ayu ni kedekut nak bagi dia guna barang – barang.

Bila aku balik keja, ada saja benda tak kena. Ada saja dia nak complain kat telinga aku ni. Kebanyakan masa aku terangkan balik apa yang dia tak puas hati sangat tu. Bini aku ni keja 20km dari rumah. Jadi memang setiap hari dia balik lewat dari aku.

Aku akan ambil anak – anak, keluarkan makanan mentah dari freezer siap – siap dan tolong masak nasi. Ini pun mak aku tak suka. Dia kata Ayu buat anak dia macam orang gaji. Aku cakap kat mak aku, patutnya mak bangga dengan anak mak ni.

Anak lelaki yang ringan tuIang tolong isteri dan rumahtangga, bukan tau jadi raja berhari – hari. Dulu arw4h abah pun rajin tolong mak kat dapur. Bukan duk saja tengok tv. Lagipun Ayu kerja. Bukan duk rumah. Kalau pun Ayu duk rumah, tak kan la aku tak tolong dia langsung.

Bila aku jawab macam tu, mak aku kata aku ni manjakan sangat bini. Last – last aku jawab tak pa lah manjakan bini sendiri, dapat pahala. Malas aku nak Iawan cakap lagi banyak pasal ni. Sebab dah banyak kali cakap. Nanti bila bini aku dah balik, dia masuk dapur masak, lagi satu dia complain.

Dia kata goreng ikan tak cukup garing la, masak sayur sekejap sangat la, potong sawi tak betoi la, siang ikan tak betoi la, masak sup tak letak kentang la. Semua serba tak kena. Semua yang salah. Dia tak complain direct kat bini aku.

Dia pi jugak kat telinga aku ni complain. Aku ni simple. Orang dah masak, kita makan, ucap terima kasih. Tak perku komen panjang – panjang. Lagipun pada aku tak ada yang tak kena dengan masakan Ayu. Semua serba lengkap, sedap.

Yang paling penting aku bersyukur, walaupun Ayu sama – sama kerja, dia masih tekad nak memasak untuk family. Tapi mak aku tak fikir macam aku. Pada dia, kalau tak sama dengan cara dia, maksudnya salah. Kalau kami balik kampung, lagi banyak yang tak kena kat mata mak aku ni.

Umpama setiap perlakuan Ayu tu salah semuanya. Ya Allah. Kadang – kadang aku tak sanggup nak bawa Ayu balik kampung disebabkan per4ngai mak aku tu. Aku kesian kat Ayu. Aku suami. Aku patut Iindungi dia.

Aku dah banyak kali tegur mak aku, dah – dah la nak cari salah Ayu. Ayu tu terima aku yang muka pecah rumah ni pun dah baik sangat dah. Ayu selalu mengalah dan diam sahaja kalau dia terdengar apa yang mak aku complain.

Aku selalu minta maaf kat Ayu sebab per4ngai mak aku macam tu. Tapi Ayu selalu cakap tak pa. Aku tau Ayu kecil hati dengan mak aku selama ni tapi dia tak pernah cakap kat aku. Aku pernah tanya mak aku. Apa yang tak suka sangat dengan Ayu tu?

Atau mak ada tak puas hati apa kat Man sampai cari salah Ayu sentiasa. Dia jawab tak ada apa. Aku ni tiap – tiap bulan bagi duit belanja kat mak. Bukan setakat cukup buat belanja dapur, cukup jugak untuk mak aku pi jalan – jalan.

Aku upahkan orang bersihkan rumah mak aku luar dalam setiap hujung minggu. Barang – barang masak aku belikan tiap – tiap bulan. Sungguh aku buntu. Tak faham. Sebolehnya aku nak bahagiakan mak dan isteri aku. – Man (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Hazwani Mohd Dah : Man. Saya tak nak komen pasal mak. Tapi saya nak bagitau satu je. Ayu stay dan bertahan, malah dia rasa benda ni kecil je sebab bila Man sungguh – sungguh Iindungi dia. Perempuan ni, bila dia kahwin, dia dedikasikan ketaatan dan kasih sayang pada suami dan anak – anak je.

Jadi, betullah apa yang Man buat tu. Iindungi dia dengan sungguh – sungguh. Itu dah cukup bahagiakan dia. Sebab dia tahu, apapun yang orang lain buat, dia tetap ada suami yang meIindungi. Itu dah terlalu cukup untuk dia.

Well done, Man. Apapun, tak mudah nak uruskan perasaan Mak yang melahirkan juga. Mintalah pada Allah kekuatan tu. Dengan ini, Saya lantik Man jadi Pengerusi Kelab Iindungi Isteri Masing – Masing. Haaa gitu!

Ratnaz Kasro : Tahniah tuan, sebab berjaya menjadi suami yang Adil. Adil kepada kesejahteraan mentaI isteri, walaupun mentaI tuan sedikit terganggu. Alhamdulillah, tahniah juga sebab berjaya mendidik isteri sebab ternyata isteri tuan juga sangat menghorm4ti bonda tuan dengan menyantuni bonda tuan selayaknya.

Bonda, buruk baik itulah bonda Kita. Memang kadang – kadang ada perlakuan bonda yang tidak berketepatan dengan Kita, tapi santunilah ibu dengan sebaiknya. Selagi tuan berlaku Adil pada isteri dan bonda, Insyaallah satu hari nanti Tak must4hil bonda tuan akan sedar akan kebaikan isteri tuan.

Doalah, kerana hati Kita Allah pemiliknya. Semoga semua baik – baik buat keluarga tuan. Teruslah berbuat baik pada ibu dan isteri, kerana contoh tauladan yg baik sedang tuan tunjukkan pada anak – anak tuan. Kami doakan yang baik.

Demonize Alia : Kadang – kadang mak – mak ni bila dia komplen bukan sebab dia tak suka, dia rasa kehilangan sebab anak dia dah tak harapkan dia. Ada isteri yang perfect serba serbi. Macam kita dengan anak – anak, bayangkan jaga berpuluh tahun, tiba – tiba anak – anak kahwin, tinggalkan kita, sayangkan orang lain lebih dari kita.

Sikit sebanyak mesti ada rasa sedih. Saya ada sorabg kawan, bagi saya sangat perfect. Tapi satu hari dia cakap mak dia nak mai.. Dia cakap mak dia walau sehebat mana pun dia kemas, mesti mak dia nampak kekurangan sebab mak dia nak dia rasa dia masih perlukan mak dia.

Bukan senang, bela anak dari kecil pastu hilang, tunggu laa time tiba nanti kita plak rasa. Jadi, bawa – bawa laa bersabar dan berlebih kurang dengan mak supaya bila tiba masa kita nanti Allah lembutkan hati anak – anak kita terima ragam kita.

Syahirah Mohamad : Walaupun mak h4ng macam tu, aku percaya Ayu memang tak ambik hati. Sebab dia bangga dan bahagia ada suami macam h4ng. Yang berani pert4hankan isteri di saat mak h4ng komplen macam – macam.

Yang sentiasa hargai dan bantu isteri bab – bab kerja rumah. Percayalah, kami para isteri langsung tak kisah pasal apa – apa ujian dari luar selagi suami ada di sisi dan hargai kami selayaknya. Kami kuat ada suami yang meIindungi kami.

Apa – apa pun, Isteri h4ng pun bagus. Pembersih, rajin masak, hormat orang tua, rajin bekerja dan tak banyak songeh. Tolonglah pert4hankan rumahtangga h4ng tu sampai akhir hayat. Jangan lupa hibahkan untuk isteri ya.

Kita taktau apa jadi kalau h4ng pergi dulu. Aku doakan h4ng dan Ayu bahagia sampai akhir hayat. Pasai mak h4ng tu, buat tak tahu jela. Dia singgah pun seminggu je kan. Selagi h4ng jalankan tanggungjawab sebagai anak, tak payah fikir sangat. Maybe sebab mak h4ng bosan, jadi saja la dia cari modal nak berborak.

Ameeraa Al Husnaa : Allahu syukur Man. Awak seorang lelaki yang Allah kurniakan sedar untuk mempert4hankan isteri. Sebenarnye ramai dan banyak yang berlaku macam ni tapi tak banyak lelaki yang akan pert4hankan isterinya.

Dan saya pon salah seorang yang sama keadaan macam ayu tapi suami saya seorang yang pemdiam dan tak pandai nak meIawan bila adik bradik dan maknya tak suka dekat isterinya. Cara terbaik suami saya buat, dia tak balik kampung maknya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.