Mak ayah pilih kasih siap tukar nama rumah pada abang. Sekarang mak ayah terp4ksa sewa rumah 1800 sebulan

Mak ayah yang pilih kasih hinggakan ayah sanggup tukarkan nama satu – satunya rumah yang mereka ada kepada abang. Bila ayah disahkan s4kit, abang tiba – tiba sibuk tak boleh teman ayah ke hospitaI. Sekarang ayah yang s4kit kena tanggung sewa rumah RM1800. Dengan hanya satu kereta buruk yang uzur..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni. Bila aku baca komen – komen dari pembaca tentang kisah ibubapa yang pilih kasih, memang ramai alami nasib yang sama. Tapi aku pelik, kenapa anak yang ditatang, yang disayang tak hargai pun kasih sayang yang mak ayah dorang bagi.

Dorang tak tahu ke, anak – anak yang lain begitu dambakan kasih sayang dari mak ayah. Kasih sayang yang adil. Aku mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan. Dari kecil dahulu, abang sangat dimanjakan. Tidak pernah dimarahi apalagi dir0tan.

Tidak pernah membuat sebarang kerja rumah. Berbeza dengan layanan mak ayah terhadap aku dan adik perempuan aku. Sewaktu sekolah rendah lagi, tugas membasuh baju, menyidai baju, mencuci pinggan, mengemas dapur dan rumah adalah tugas kami dua beradik perempuan.

Aku pernah dipukuI sehingga berbirat, Iebam malah berd4rah. Begitu juga dengan adik aku. Dicili mulut, dimaIukan di khalayak perkara biasa walaupun ketika menginjak usia remaja. Tapi bukan abang, dia umpama permata hati mak dan ayah, tidak pernah dijentik walaupun bersalah.

Sungguhpun begitu, abang memang budak yang baik. Tiada masalah dan sangat pandai di sekolah. Aku dan adik walaupun dilayan sebegitu dengan mak ayah, kami sangat sayang dan kasihkan abang. Abang merupakan anak yang baik dan soleh ketika kecilnya.

Namun Allah Maha Penyayang lagi Maha Pemurah, aku dan adik perempuan aku berjaya dalam pelajaran dan kini menjawat jawatan tinggi di sektor kerajaan. Kami sudah berumah tangga dan punya anak masing – masing dan suami yang memahami. Alhamdulillah

Berlainan dengan abang, sering bertukar universiti dan masih tidak mendapat pekerjaan tetap hingga kini. Dia sudah berkahwin hampir 15 tahun, tetapi belum ada rezeki anak. Mungkin itu rezeki abang buat masa ini. Sikap mak ayah yang pilih kasih, memanjakan abang hinggakan ayah sanggup tukarkan nama satu – satunya rumah yang mereka ada kepada abang.

Aku boleh menelan dan terima lagi, mungkin rezeki abang, tidak mengapa. Aku cuma berharap janganlah abang menjual rumah tersebut selagi mak ayah masih hidup. Baru – baru ini, ayah disahkan ada masalah kegagalan jantung.

Aku sangat sedih dengan perkara ini sebab doktor menjangkakan, mungkin ayah boleh hidup dalam 5 ke 10 tahun. Aku terlampau sedih. Pada hari ayah disahkan oleh doktor itu, abang dan aku yang sepatutnya menemani ayah ke hospitaI, namun secara tiba – tiba abang membatalkannya dengan alasan kekurangan duit.

Dan seterusnya begitulah, temujanji – temujanji yang seterusnya, jarang abang datang untuk teman ayah, alasan kekangan masa dan duit meskipun banyak masa dan tiada anak untuk diuruskan. Malah, ayah juga sering melarang abang menemankannya ke hospitaI, kerana tak mahu susahkan abang.

Berlainan dengan aku, ayah akan menelefon bertalu – talu supaya aku menemankannya ketika temujanji, walaupun ketika aku sangat sibuk dengan tugas dan tanggungjawab kepada anak – anak. Setelah ayah menukarkan nama satu – satunya rumah ayah kepada nama abang, kini ayah menumpang di salah sebuah rumah adik perempuan aku, dengan membayar sewa RM1800 sebulan.

Ya, adik perempuan aku punya empat buah rumah, salah satunya rumah ini, dan ayah yang membayar ansuran rumah tersebut saban bulan selama bertahun – tahun. Aku sedih dengan keadaan ini, sudahlah ayah tiada rumah, kini menyewa pula dengan anak sendiri.

Aku harap adik punya hati perut untuk mengurangkan ansuran rumah itu. Kereta ayah sangat uzur, biarlah mak ayah hidup senang di hujung usia mereka, jangan menyusahkan hidup mereka. Bantulah ringankan beban mak ayah, dengan RM1800 itu, jika dipulangkan ke ayah RM800, dapatlah ayah lebihan RM800 untuk membeli kereta baru yang selesa.

Mak ayah kadangkala mengeluh kepada aku, abang dan adik tidak menghulur duit belanja, walau satu sen pun. Mak ayah sedih bila mendengar anak jiran tetangga menghulur wang setiap bulan kepada ibu bapa, tapi tiada daripada abang dan adik.

Sedangkan boleh pula abang dan adik berjalan – jalan sana sini, membeli barang itu ini untuk keperluan diri, tetapi jarang belikan apa – apa untuk mak ayah, apalagi duit bulanan. Aku tiada apa – apa yang diberi oleh mak ayah, tiada wang jauh sekali rumah atau apa – apa harta.

Namun, aku telan semua itu, walau hati aku terIuka, Iuka dalam membengk4k tiada siapa yang tahu. Tidak mengapalah, Allah berikan aku rezeki yang melimpah. Seperti biasa aku akan menghulur duit secara tunai kepada mak dan ayah, hampir RM1000 sebulan kepada mereka berdua.

Walaupun kadangkala perlu menahan diri membeli itu dan ini, malah membuat 4 kerja tambahan untuk menampung duit poket, walaupun ada ketika tidak tidur semalaman untuk membuat kerja tambahan tersebut. Tapi aku tetap memberi saban bulan, walau terp4ksa mencatu perbelanjaan sendiri dan walau hati kadangkala terIuka.

Aku menulis ini bukanlah niat aku untuk mengaibkan atau mengungkit pemberian aku, pembaca pun bukan kenal aku, malah aku bukan siapa – siapa. Aku tahu abang dan adik orang baik, cuma lebihkanlah sedikit belanja untuk mak ayah.

Aku cuma berharap abang dan adik membaca luahan hati, bukan aku berasa iri atau berd3ndam, aku cuma merayu abang dan adik punya sifat baIas ihsan yang tinggi pada mak ayah. Janganlah bebani mereka lagi, kurangkan menyusahkan mereka, beri mereka wang belanja setiap bulan, walaupun sedikit dan jagalah kebajikan mereka setiap kali dapat rawatan.

Nescaya Allah akan beri rezeki yang melimpah ruah untuk kamu berdua. Buat ibu bapa di luar sana, berlaku adillah pada anak – anak, sebagaimana yang diajar Nabi kita, supaya kita tidak disoal Allah akhir4t kelak. Jangan dilebihkan sebahagian anak dan dibiarkan anak yang lain.

Janganlah ditabur duit untuk sebahagian anak, anak yang lain hanya sayu melihat dari jauh. Takutlah pada Allah dan berlaku adillah! Dan pesan untuk diri aku, maafkanlah mak ayah, maafkanlah adik beradik, meskipun diri ini terIuka.

Moga Allah tetapkan diri aku terus bersedekah kepada mak ayah dan keluarga. Kerana Allah akan memberi sebaik – baik baIasan kepada aku dan anak – anak. Bersabarlah hati yang terIuka, Allah akan memberi rezeki yang mencurah – curah lagi selepas ini di samping keberkatan hidup yang berganda – ganda. – Anak Yang TerIuka (Bukan nama sebenar).

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.