Mak aku call suruh aku putvs tunang sebab adik kemaIangan sebab s4ka dari bakal mak mertua

Ada sorang ustaz ni datang rumah. Dia cakap bilik aku tu ada gangguan kuat, sebab ada baju yang bakal mak mertua bagi masa tunang. Kata dia mak mertua aku ada letak sesuatu. ustaz tu mintak gambar mak mertua aku, dan dia “scan” kekonon mak mertua aku ni ada s4ka penunduk..

#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin kalau siarkan tulisan ni. Nama aku Lili, bakal berkahwin lagi beberapa bulan, tapi tiba – tiba mak ayah aku buat keputvsan nak batalkan perkahwinan aku, sebab katanya mak mertua aku ada s4ka.

Jadi tulisan ni lebih kepada nak mintak pendapat korang pasal s4ka. Aku baca ramai yang komen dalam confession sebelum ni macam mana dia boleh tahu siapa yang sih1rkan dia sebab adab perubatan islam memang tak akan bagitahu siapa yang buat dan jangan percaya nama – nama yang disebut.

Aku terpanggil untuk tulis sebab bah4yanya petik – petik nama orang ni, dan benda ni dah terjadi pada aku pun. Jadi berbalik kepada kisah aku, aku dah bertunang tahun lepas, tapi baru – baru ni mak ayah aku baru pertama kali pergi rumah bakal mak mertua aku (lepas dah diajak banyak kali), dekat sinilah semuanya bermula.

Mak mertua aku bukan jenis tipikal mak melayu yang layan sinetron, dia rugged dan simple. Berbanding mak aku yang beradat, jadi ada la benda yg mak mertua aku cakap tu dia tak berkenan. Masa kat rumah tu mak ayah aku rasa tak sedap hati lah kot.

Keluarga aku ni memang dari dulu dah biasa pasal sih1r – sih1r ni. Nak dijadikan cerita, satu hari tu ada sorang ustaz ni datang dekat rumah, dia tanya bilik tu bilik siapa (bilik aku). Dia cakap bilik tu ada gangguan kuat, merujuk kepada kain baju nikah yang bakal mak mertua aku bagi masa tunang.

Kata dia mak mertua aku ada letak sesuatu. Untuk info korang mak aku dah kenal dan berubat dengan ustaz ni lama. Jadi dipendekkan cerita, ustaz tu mintak gambar mak mertua aku, dan dia “scan” kekonon mak mertua aku ni ada s4ka penunduk.

Mak mertua aku ni akan control aku lepas kahwin supaya aku dah tak akan balik rumah mak aku apa semua. Jadi dia sarankan mak aku untuk halang perkahwinan ni. Apa lagi, mak ayah aku pun jadi tak tentu arah, terus buat keputvsan nak putvskan lah. Serious sedih giIa.

Macam – macam la yang mak ayah aku kata kat tunang aku, bakal mak mertua aku. Katanya dorang mandrem aku, sebab tu tunang aku ni suka hadiahkan aku macam – macam. Dorang kata tunang aku tu bukannya taste aku pun, dia pelik kenapa aku nak dengan tunang aku tu masa awal – awal.

Lepas tu ada beberapa company trip aku last minute cancelled (sebab company nak cut cost), mak aku cakap sebab s4ka penunduk dia tu la panas, menghalang rezeki aku. Power giIa s4ka bakal mak mertua aku ni sampai CEO aku dekat negara lain pun dia boleh pengaruh.

Sedih sebab aku percaya Allah tu dah tentukan rezeki setiap satunya, aku tak kisah pun. Kemudian, mak ayah aku plan nak pegi putvskan weekend tu. Lepas tu nak menambah perisa cerita ni, tetiba pulak adik aku eksiden teruk, meraung – raung mak aku call aku dia cakap “tengok ni apa kau dah buat? Kau jangan berbaik dah dengan keluarga orang tu, s4ka dia dah meng4muk”.

Point mak aku s4ka tu nak halang mak aku datang putvskan sebab tu dia buat adik aku camtu. Sedih giIa waktu ni. Minggu tu aku balik la nak tengok adik aku, masuk bilik je aku tengok barang hantaran pemberian keluarga tunang aku kena selongkar, kain kena rendam dengan air ustaz.

Bila aku cakap dengan mak aku, aku cuba terangkan dan tenangkan. Dia boleh cakap kat aku, “takpelah, mak tahu bukan kau yang bercakap ni, “benda” tu yang cakap. Mak kena bersabar je lah”. Kau rasa? Dah la tak dapat kahwin, kena kata dir4suk pulak.

Adik beradik lain? Hmm semua percaya je kat ustaz tu, aku sorang – sorang je hadap benda ni. Jadi tindakan aku lepas tu, aku teruskan berdoa, mintak pendapat ustaz – ustaz lain. Aku ada baca kalau nak tau ada gangguan ke tak, cuba pasang ruqyah and tengok ada tindak baIas tak, kalau ada terus jumpa perawat islam.

Aku pun dengarlah ruqyah setiap masa tapi takde apa pun yang berlaku. Ni aku dah syak something pelik. Aku takde pulak s4kit – s4kit ke apa ke, kemaruk nak kahwin jugak ke sebab aku rasa mesti ada hikmah kalau tak dapat kahwin sekarang, aku dah terima je.

Cuma aku panas sebab aku ni kena tuduh sebagai bukan aku, tapi s4ka. Keluarga aku tak hiraukan apa yang aku cakap sebab bagi dorg tu bukan ‘aku’. Pastu berterusan tuduh family bakal mertua tu hantar benda, aku risau je kalau terfitnah, berd0sa!

Ustaz lain – lain cakap, kes aku ni pelik sebab mana ada rawatan yang boleh tengok melalui gambar je untuk tahu seseorang tu ada s4ka, itu dah dikira menilik and syirik. Lepas tu, sepatutnya tak boleh sebut nama, ni memecah beIahkan orang.

Aku rujuk pada Darusyifa melalui fon, dia cakap dorang hanya rawat kalau s4kit, kalau nak semak – semak orang ni dorang tak buat. Sekarang aku risau dengan akidah family aku lebih daripada perkahwinan aku sendiri.

Minggu kemudiannya aku balik, aku pergi berdepan dengan ustaz tu. Aku tanya dia, apa yang dia dah cakap kat mak aku, sampai mak aku macam tak boleh terima qada dan qadar apa yang jadi kat adik aku, lepas tu salahkan orang lain.

Dia cakap dia tak pernah sebut nama, tapi bila dia tengok gambar mak mertua aku tu, ada aura – aura negatif yang lebih kepada s4ka ilmu, untuk control aku. Kemudian, dia kata kalau ada gangguan dia tak bagitahu pun siapa buat, cuma, dia suruh mak aku berdoa, kalau dia mimpi tu alamat Allah untuk dia, mak aku kena tafsir sendiri.

Tapi bukan ke mimpi tu ada dari sy4itan jugak? Terutamanya bila bercampur em0si? Pastu aku cakap la, aku pun berdoa dari awal aku kenal tunang aku ni, tapi takkan la aku tak dapat apa – apa petunjuk, dia cakap, oh ya alamat ni memang orang tertentu je dapat, tak semua. K.

Aku tanya la apa yang ada pada kain yang bakal mak mertua aku bagi tu, dia cakap, setiap sentuhan bakal mak mertua aku yang bers4ka ni akan hasilkan aura negative yang akan menghasilkan gangguan. Masa ni aku dah pelik.

Dah berapa banyak la aura negative mak mertua aku dah tersebar kat dunia ni? Aku cakap la, daripada memecah beIahkan macam ni, kenapa ustaz tak cadangkan untuk berubat je? Perlu ke pecah beIahkan. Dia jammed dah, dia cakap “saya takda apa – apa kepentingan pun, saya cuma nak tolong. Orang melayu ni memang selalunya ada s4ka, ada yang tahu ada yang tak tahu, macam saya sendiri (beIah dia ke wife dia tah) ada s4ka tapi saya takpa saya boleh control”.

Masa ni serious aku nak cekik je ustaz ni. Dia boleh pulak kahwin yang ada s4ka. I rest my case and aku blah je. Nak balik tu mak aku suruh ustaz checkkan kereta aku kalau ada apa – apa gangguan sebab ada satu barang mak mertua aku bagi dalam carboot aku.

Aku saja perati, DIA CAKAP CLEAN PULAKKKK KATA SETIAP SENTUHAN BOLEH JADI GANGGUAN! Balik tu aku cakap kat mak aku semua point yang aku rasa pelik tu, mak aku cakap ni bukan menilik ni kelebihan Allah bagi dia, ustaz ni dah banyak tolong orang kampung kita.

Ustaz yang kau tanya tu ustaz mana? Betul ke dia tu? Aku nak berhujah pun tak guna, akhirnya dia guna la ayat kata bukan aku yang bercakap tapi s4ka. Tunang aku? Aku cerita terus terang semua kat dia, dia cakap dia ok je sebab dia tak buat, nak jumpa ustaz ke jom la pergi, dua tiga ustaz pun boleh sebab dia dapatkan aku dengan usaha dia, cara baik.

Keluarga dia pun dah tahu cerita sebenar, aku beranikan diri jumpa sendiri sebab sampai sekarang mak aku belum pegi putvskan. Mak mertua aku masa tu excited prepare dan booked macam – macam. Aku rasa bertanggungjawab dari dorang tahu last minute.

Dorang terk3jut dan tergelak tapi dorang kesian sangat dekat aku. Dorang pun takde motif nak buat aku macam tu, mak mertua aku siap peIuk civm aku cakap, “its okay, mungkin tahun ni yang batal, tahun lain ada lagi. Ada hikmahnya semua ni. Enjoy your life, pursue your career.”

Sampai sekarang bakal mak mertua aku selalu tanya aku ok ke tak, pujuk aku suruh balik jumpa family sebab lagi aku jauhkan diri lagi la aku ni macam kena s4ka dia. Dia suruh bagi masa kat mak aku. Dia nak cakapkan pun tak boleh nanti lagi teruk aku kena sebab mengadu kat dia.

Serious weh lagi aku sedih tak dapat kahwin dengan tunang aku, selepas apa yang jadi dorang masih dapat terima aku, layan aku dengan baik. Aku harap yang aku boleh buka mata family aku, tengok hal yang sebenarnya. Bagi aku kalau betul memang family dia buat itu antara dia dengan Allah, ini ujian untuk family aku, aku yakin satu hari kebenaran akan tertunjuk. Ada idea tak camne nak selesaikan hal family aku ni? – Lili

Komen Warganet :

Jashira Binti Jamin : Istighfar banyak – banyak. Mengaji. Spend time dengan mak ayah. Biar sampai dorang pelik takkan s4ka boleh mengaji. Adoiii la. kenapa la sampai macam ni dik. Urmmm. Mungkin boleh pergi azan dekat telinga so called ustaz.

Percaya selain dari Allah ni takut terpesong akidah. Tau tak rukun Iman? Salah satunya Beriman pada Qada’ dan Qadar? Apa yang jadi atau berlaku semua dengan izin Allah. Semoga terus kuat ya. Yakin Allah bantu. Awak istigfar la banyak – banyak mengadu kat Allah. Nanti didorongkan jalan terbaik.

Zieyla Aida : Apa kata kau pulak yang bawak ustaz balik rumah kau and minta ustaz tarbiahkan family kau. Diorang selalu dengar dari sorang ustaz tu je so apa yg keluar dari mulut ustaz tu semuanya betul. Mungkin dengan cara macam tu dapat buka mata dan hati family kau.

Atau kau boleh je berlakon kononnya kau kena s4ka tu betul – betul dan ajak diorang pergi jumpa ustaz – ustaz lain untuk ubatkan. Bila jumpa ustaz nanti mesti diorang akan cakap takde apa – apa yang jadi kat kau.

Rad Bilayati : Ko punya story ni 100% sama macam aku kena dulu. Tapi sebenarnya bila melibatkan family ni, payah ko nak f1ght. Aku nasihatkan ko kena terima takdir je la memang bukan jodoh ko. Kalau proceed pun, for sure at the end ko akan makan hati sangat – sangat sebab tu family ko sendiri.

Cuba ko bayangkan kalau ko proceed, macam – macam masalah lagi akan timbul. Ko just busykan diri. Pegi travel ke, pegi join aktiviti – aktiviti riadah macam hiking semua tu. Dan dalam masa yang sama ko join benda – benda tu for sure ko punya circle of frens akan m4kin luas. Sambil – sambil tu bley la cari jodoh. InsyaAllah akan jumpa yang berkenan dih ati family ko nanti.. amin.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.