Saya anak luar nikah yang berbinkan dengan nama Abah. Malah saya kahwin pun berwalikan abah. Disaat mak dan abah nak pergi haji, waktu tu mungkin mereka sedar dan takut kalau dapat baIasan cash dekat sana. Mak abah terus terang yang saya anak tak sah taraf. Tapi masalahnya, saya dah ada 3 orang anak perempuan!
#Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin sebab siarkan kisah saya. Saya bahasakan diri sebagai kakak ye. Kakak ingin kongsikan pengalaman kakak, nama kakak Fitrah, berusia 35 tahun. Status, sangat complicated.
Kakak adalah seorang anak luar nikah. Sekarang tengah hot tentang fatwa berkenaan ini kan. Kena tempias jugalah bab – bab ini, mana yang tahu status kakak tu. Mak Abah kakak buat silap dan kakaklah hasilnya, seorang anak luar nikah yang di-binkan dengan Abah.
Hal ini disembunyikan bertahun – tahun lamanya, tiada yang pernah katakan tentang perkara ini. Mak, Abah, Atok, Nenek, Mak Long, Pak Long semua tak pernah langsung cakap tentang ini. Kakak bernikah ketika berumur 22 tahun.
Nikah yang diwalikan oleh Abah dan berbintikan Abah. Tahun 2015, Mak Abah kakak dapat pergi haji (alhamdulillah dah Haji dan Hajjah Mak Abah kakak). Ketika itulah Mak Abah kakak baru ingat Tuhan kerana Nenek kata, di Tanah Haram, Allah akan baIas, tak ade tangguh.
Bayangkan, di umur 33 tahun, dengan dah ada anak seramai 3 orang, kakak dapat tahu tentang perkara ini. Dunia kakak masa itu, Allah sahaja yang tahu. Pada kakak, nikah itu tidak sah, dan anak – anak hasil kakak bersama ‘suami’ juga adalah anak luar nikah, astaghfirullah al azim.
Berat sangat masalah ini. Hidup kakak dan ‘suami’ masa tu sangat menguji. Beberapa minggu sebelum Mak Abah pergi haji, baru dapat tahu, baru ‘suami’ dapat tahu. Kami seperti, sangat sangat kecewa. Air mata adalah teman hidup kami.
Mak Abah berkali kali meminta maaf, kakak tak boleh terima, kakak tak boleh! Hidup kakak h4ncur, bergelumang d0sa sepanjang hayat astagfirullah al azim ampunkan d0sa kami semua ya Allah! Kakak kata pada Mak kakak, kakak kata kat Abah akak, kenapa tak cakap awal – awal, benda ni terang – terang d0sa.
Hidup kakak jadi t4ruhan, mungkin kalau dapat tahu awal pun kakak memang akan kecewa, ye la siapa yang nak jadi anak luar nikah kan? Memang kakak akan kecewa, marah tapi itu adalah lebih baik daripada keadaan dah jadi sem4kin teruk seperti ini!
Malu memang malu. Tapi nak ke tanggung d0sa ni sepanjang hayat? Sukar betul kakak nak maafkan Mak Abah kakak. Adik – adik kakak pujuk minta lembutkan hati maafkan Mak Abah nak pergi haji ni.
Beberapa hari nak flight baru kakak jumpa Mak Abah, kakak masih ingat bahawa kakak ini anak Mak Abah kakak, kakak minta maaf kat Mak Abah, kakak minta Mak Abah doakan kakak banyak – banyak depan Kaabah nanti macam mana nak selesai masalah ini.
Kakak ok. ‘Suami’ kakak pun ok. Alhamdulillah kami sama – sama kuat untuk masing – masing. Kakak syukur sangat Allah beri kakak pasangan yang masih boleh terima kakak seadanya, jadi suami yang baik, dan masih boleh jadi bapa yang baik untuk anak – anak, kakak cukup bersyukur.
Kesan daripada ini yang kekal ialah, anak – anak kami. Kesian anak – anak kami jadi m4ngsa. Naik turun mahkamah da jadi rutin sampai ada mulut penyibuk yang kata kami dalam proses cerai ke astaghfirullah al azim mulut manusia makcik – makcik kepoh zaman sekarang memang takde insuran kan?
Bukannya nak didoakannya baik – baik lagi diperkatakannya macam – macam. Kadang – kadang kakak boleh faham perasaan adik – adik kakak (kakak ada 7 beradik, yang bongsu baru habis SPM) yang orang dok sibuk tanya bila nak kahwin la bila nak ada baby la semua itu, kesian anak muda zaman sekarang, kakak pun tak terlepas melaluinya, adik – adik.
Sekarang dah beberapa tahun kakak tahu perihal kakak ni, perkara antara kakak dan suami dah selesai tapi perkara anak – anak kami belum selesai lagi. Anak – anak kakak pun masih budak, tak boleh nak faham lagi hal yang sangat rumit ini.
Kakak dan suami cuba selesaikan urusan berkaitan anak – anak tanpa melibatkan mereka. Tunggulah beberapa tahun nanti masing – masing dah dewasa sikit, kakak dan suami akan beritahu mereka ber-3, sampai masa nanti.
Kalau kami m4ti dulu, kakak dah amanahkan kepada keluarga kakak untuk hal ini. Akan datang nanti, masa depan anak – anak kakak dan suami yang paling kakak risaukan. 3 anak kakak ni semuanya perempuan.
Boleh bayangkan tak urusan kahwin mereka akan datang nanti complicated? Kena hadap pasangan, keluarga pasangan lagi. Ya Allah, doakanlah kakak dan suami tabah dan kuat untuk hadapi ujian ini. Buat mak bapak di luar sana yang mempunyai anak luar nikah, hentikanlah d0sa itu setakat itu sahaja, tolong.
Malu memang malu tetapi siapa kita untuk nak hidup sewenangnya mengikut peraturan kita sendiri di muka bumi milik Allah ini? Tolong wahai mak bapak. Hentikan. Sampai sekarang, kesannya masih ada pada kakak dan suami.
Ada masanya kami mengalami satu fasa yang sampai rasa nak membvnvh anak sendiri, biar mereka tak mend3rita seperti kakak dan suami, sampai pernah fikir kenapalah Mak Abah tak gugurkan je kakak tak payahlah kakak lahir kat dunia ini.
Macam – macam lagiIah kakak fikir dan aIami. Tapi harapan kakak dan suami pada Allah, kami berserah kepada Allah. Mak bapak, sekali lagi, tolong hentikanlah wahai mak bapak sekalian.. tolong… Doakan kakak dan suami. – Ibu yang risaukan anak gadis 3 orang
Komen Warganet :
Fatimah Umr : Ya Allah, kesiannya. D3rita atas sebab kesalahan orang lain. Kenapalah mak ayah akak tak terus terang je dari dulu. Tak kan tak tahu d0sa pahala kot. Dah terIanjur dulu pun dah d0sa, ni nak suruh anak sambung lagi d0sa mereka, biar terus mengalir.
Apa – apa pun saya doakan akak dan suami terus kuat dan anak – anak akak dapat terima apa yang berlaku. Terus didik mereka jadi seorang anak yang bijak dan solehah, insyaAllah nanti lebih mudah untuk mereka faham apa yang berlaku.
Siti Zabedah : Simpati dengan nasib TT. Dia plak yang kena tanggung kesalahan dari mak bapak yang tak bertanggungjawab. Maaf kalau apa yang saya cakap tu kasar. Kesannya sampai ke anak cucu. Nak plak anak confessor semuanya perempuan.
Nasib baiklah dapat suami yang sabar, rasanya kalau lelaki yang baran mahu berg4duh antara mertua dan menantu. Tapi sekarang perkara pun dah lepas, confessor hanya boleh berdoa dan dari masa ke semasa terangkan apa yang sebenarnya pada anak – anak. InsyaAllah mereka faham.
Bake with Hani : Nak rasa marah pun dah tak de guna, sebab tu TT kena redha dengan apa yang berlaku. Maafkanlah mak ayah TT sebab mereka pun dah sedar. Harap mak ayah TT sedar dan mereka juga kena bertanggungjawab bila nak jelaskan atau terus terang dengan cucu – cucu nanti. Saya doakan agar dipermudahkan urusan TT sekeluarga.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.