MaIangnya saya dua kali kena sc4m, sudahlah ayah s4kit jantung, ibu ada k4nser. Saya takut..

Indah khabar dari rupa. Hakik4tnya 1 sen pun saya tidak dapat. Habuk pun tiada. Saya baru nak plan belikan laptop untuk adik, bayar yuran dia masuk universiti nanti bulan 9 ini tapi impian saya tidak kesampaian oleh sc4mmer ini. 

#Foto sekadar hiasan. Hi, semua. Cukupla gelar diri saya “SI MALANG”. Ya hidup saya memang maIang tapi dalam banyak – banyak ujian saya yang hadapi. Saya rasa kena sc4m adalah yang paling teruk sekali yang pernah saya rasa.

Ketika ini saya menaip dalam keadaan airmata bercucuran. Kilat sabung – menyabung seakan – akan memahami kepedihan hati saya. Mana tidaknya ini kali kedua saya kena sc4m. Kejadian yang sama berlaku lagi hari ini.

Saya tidak tahu kenapa saya b0doh sangat percaya bulat – bulat business JUTAWAN APPS sebanyak RM390 dan Promosi Baju Kurung Berjenama RM100 3 pasang dan free postage. Dua – dua sc4mmer ini saya jumpa di Instagram.

Kali pertama di sc4m pada awal bulan 3 baru – baru ini. Kononnya bila dah bayar modal RM390 saya akan dapat gaji dibayar 3 kali seminggu secara autom4tic melalui aplikasi JUTAWAN Apss. Hakik4tnya 1 sen pun saya tidak dapat.

Habuk pun tiada. Saya tunggu sebulan andai kata ada masuk duit walau seratus dua dalam akaun bank saya tapi tetap tiada. Saya dah minta balik duit saya tapi perempuan tu kata saya pemalas tak usaha promote aplikasi pada orang lain sebab katanya business ni apabila kita dapat menarik customer untuk ikut serta kita akan dibayar komisen RM250.

Bunyi kedengaran lumayan tapi semuanya dusta. Indah khabar dari rupa. Saya dah merayu kembalikan duit itu semula. Sebab kononnya apabila saya dah dapat komisen yang banyak dari customer, saya dah tak perlu berg4ntung dengan duit ayah saya.

Ayah saya s4kit jantung berlubang dan perIukan biaya yang banyak untuk kos pembedahan. Manakala ibu saya cyst br3ast tahap 2. Saya baru nak plan belikan laptop untuk adik saya dan bayar yuran adik saya masuk universiti nanti bulan 9 ini tapi impian saya tidak kesampaian oleh sc4mmer ini.

Dia berpurdah dan dia cemarkan kemuliaan purdah pakaian Fatimah Az Zahra dengan sifatnya yang pembohong itu. Dia berulang kali tekankan bahawa dia bukan sc4mmer. Kalau benar dia bukan sc4mmer kenapa tak pulangkan semula sahaja duit RM390 ke dalam akaun bank saya?

Kenapa susah sangat nak pulangkan duit tu kembali. Saya tidak tahu kenapa saya b0doh mudah percaya kata orang. Adakah sebab saya terlalu naif atau saya terlalu beranggapan bahawa semua orang adalah baik – baik dan tidak akan berniat buruk terhadap saya?

Kerana saya percaya Allah Maha Melihat apa yang kita semua lakukan. Kerana saya terlalu berpegang konsep kifarah dan beranggapan orang lain juga berpegang teguh dengan konsep yang sama? Saya lupa tidak semua orang baik.

Saya lupa dalam dunia ini ada orang yang jahat dan mengambil kesempatan terhadap ketulusan dan kepercayaan yang kita berikan kepada mereka. Kenapa orang seperti ini tidak menghargai kepercayaan yang kita berikan?

Saya sedih sangat. Sebab hari ini saya kena sc4m lagi buat kali kedua. Kali ni promosi baju kurung RM100 3 pasang dan free postage. Saya ugvt orang tu untuk bayar semula kalau tidak saya akan viralkan. Tak lama kemudian saya disekat dari akaun Telegram beliau.

Kecewa saya dibuatnya. Dalam tempoh bulan 3 hingga penghujung bulan 5 ini dah kali kedua saya kena sc4m. Apalah nasib saya, ibu saya mesti kecewa. Saya dah kecewakan dia. Dan saya kecewakan dia lagi hari ini. Saya tidak tahu macam mana nak dapatkan duit itu semula.

Dan saya juga tidak berani beritahu ayah saya sebab ayah saya menghidap jantung berlubang dan d4rah tinggi. Saya risau kalau ayah saya terk3jut dan mengalami ser4ngan jantung seperti sebelum ini kerana hospitaI ibarat rumah kedua ayah saya.

Saya tak sanggup melihat ayah saya mend3rita atas keb0dohan diri saya ini. Mereka lupa kifarah itu wujud, Allah Maha Melihat. Mereka lupa doa orang yang dikhi4nati itu makbul. Sanggup mereka tipu saya, saya dahlah orang susah.

Ujian kali ini benar – benar menginsafkan saya untuk tidak mudah percaya orang lain. Saya harap ada sesiapa yang sudi bantu saya. Total saya di sc4m RM490. Saya tahu mesti ramai yang senasib dengan saya, sedihkan dengan nasib ummah kita.

Tidak takut d0sa dan api ner4ka. Seolah – olah hari ki4mat itu tidak wujud. Dunia sudah nazak, patutnya sibuk mengumpul pahala bukannya topup d0sa. Seagama tetapi sanggup berlaku khi4nat. Allahurabbi.

Sekarang saya risau kalau ibu saya tanya tentang baju tu bila sampai. Sebab biasanya hanya perIukan waktu 1 minggu untuk sampai ke tempat saya atau dalam erti kata lain baju tu patutnya sampai minggu depan tapi macam mana nak jelaskan duit pun dah hilang.

Satu untung pun tiada. Saya harap ada yang sudi bantu saya. Saya tahu saya terdesak dan tidak tahu malu. Tapi keadaan saya betul – betul tak tahu nak cakap apalagi. Sebagai seorang pelajar uni, saya cuma makan kais pagi makan pagi. Duit ptptn pun sekadar cukup – cukup makan. Sekian dari, – Yang MaIang (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Bbm Tadika Cikgu Aah : Boleh buat bisnes kat u. Masa saya kat u, sesen pun saya tak mintak duit dari bapa dah adik beradik malah sempat saya kirim lagi kat mereka. Antara bisz saya kat u, ambik upah menaip assigment, komisen promote ambik lesen kereta, komisen jual t shirt, buat t shirt dan upah student lain jual, jual jajan. Saya duk u 4 tahun. UUM. Moga dipermudah semua urusan dunia dan akhir4t tt.

Perry Perry : Confessor ni mungkin jenis terlalu bersangka baik dengan orang. Lepas ni kene jadi skeptikal. Bukan nak suruh buruk sangka, cuma jangan 100% percaya. Soal duit ni, kalau boleh jangan cerita kat orang, tak kira la duit banyak ke duit takde ke, sebab ada je yang niat buruk. Saya doakan urusan confessor dimudahkan lepas ni.

Norhuda Rahmattullah : Next time mohon berhati – hati ye, kene ingat tiada jalan mudah untuk dapatkan duit, jangan percaya dengan easy money macam tu, kurang – kurangkan layan social media ni sebab akak rasa adik ni mudah terpesona dan mudah percaya dengan perkara – perkara tidak realisitik ni,

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.