Lepas terawih saya ‘lepak’ dengar tazkirah, bila balik isteri marah kata saya bagi alasan taknak jaga anak dekat rumah

Malam tadi, setelah pulang daripada berterawih, isteri meluahkan rasa tidak puas hatinya. Katanya, saya pentingkan diri duduk lama dekat masjid. Katanya, dia hanya benarkan saya berterawih sahaja dan terus pulang.. Saya tak nak dicop sombong oleh jiran – jiran..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Salam Ramadan buat semua pembaca. Merujuk pada tajuk, mungkin ramai yang curiuos ibadah apa yang tergendala. Lagi – lagi pada bulan Ramadan ini, harusnya kita lipat gandakan ibadah, bukan?

Sedikit tentang saya, saya seorang suami yang mempunyai isteri yang bekerjaya dan seorang anak yang berusia 3 tahun. Saya menulis luahan ini kerana benar – benar mengalami situasi tersepit antara niat mahu meraikan Ramadan dan juga menyantuni keluarga.

Saya pernah baca beberapa confession di sini yang diceritakan isteri masing – masing bahasawanya suami mereka jenis tidak memberi komitmen penuh terhadap pengurusan keluarga. Selain faktor suami ada hobi tersendiri, bersosiaI dengan rakan – rakan, cari side income dan sebagainya, ada juga keadaan di mana suami kaki masjid.

Bagi suami kaki masjid, apabila tidak menunaikan tanggungjawab dalam mengurus keluarga, harus sangatlah kecaman diberikan. Ini bukan sunnah rasul yang mengabaikan keluarga walaupun ahli ibadah dan sentiasa aktif dengan aktiviti masjid dan dakwah.

Saya pula begini. Dari kecil saya dilatih untuk ke masjid dan surau. Sem4kin dewasa, saya mendengar ceramah selain jika pada bulan puasa Terawih dan tadarus bersama – sama ahli kariah. Namun apabila bekerja, jadual m4kin padat dan aktiviti – aktiviti di masjid surau sudah jarang saya ikuti.

Malah terawih pun kadang – kadang hanya di rumah, tadarus pun dah jarang khatam pada penghujung Ramadan. Kala ini, saya memang rasa kosong sangat – sangat dalam hati. tetapi, kerana kerja, saya tidak mampu mengubah apa – apa.

Namun, selepas berkahwin, saya mendapat kerja yang lebih fleksible masanya berbanding kerja sebelum ini yang memerIukan komitmen masa yang lebih di tempat kerja. Memang matlamat saya untuk lebih banyak masa bersama – sama keluarga.

Namun, isteri saya pula jenis kerjanya memang sibuk sentiasa. Jadi, saya mula kembali mengikuti program masjid. Isteri saya yang sibuk dengan kerjayanya tidak saya kisahkan. Dia pun tak kisah dengan perkara yang saya buat lantaran hampir setiap hari dia pulang ke rumah menjelang senja.

Dengan kerja yang fleksible masanya (saya kerja dalam sektor pengurusan di pejabat), urusan – urusan rumah banyak saya uruskan. Menguruskan pakaian kotor dan memasak serta menyediakan juadah malam adalah peranan saya.

Isteri hanya pesan tinggalkan sinki yang penuh untuk dia uruskan kemudian selain mengemas rumah disifatkan sebagai tanggungjawab dia. Lagipun, dia memang cerewet hal – hal kemas rumah berbanding saya yang cincai.

Cuma bab melipat baju kalau dia tidak sempat, saya yang akan lipat ikut gaya saya biar pun selepas itu jika dia rajin, dia akan melipat semula. Rutin ke majid saya mula berubah sedikit setelah dikurniakan anak. Bukan kerana anak hubungan saya dengan Allah kembali jauh.

Tidak, saya hanya kurangkan masa berlama – lamaan di masjid. Jika ada ceramah yang panjang merentasi waktu Isyak, saya memang tidak akan pergi. Jika ada aktiviti komuniti gotong royong masjid contohnya, saya memang jarang terlibat.

Tak mengapa, saya ada tanggungjawab utama mana yang perlu diuruskan tatkala anak masih bayi. Memang tidak mudah menguruskan keluarga kecil ini di mana isteri saya sendiri seorang wanita bekerjaya yang komited dengan kerjanya.

Jadi, saya yang hantar anak ke pengasuh setiap pagi dan ambil semula anak pada petang hari. Jadi, pada waktu Maghrib jika dia pulang awal sedikit sempatlah saya ke masjid sehingga Isyak. Jika sebaliknya, Isyak sahaja. Subuh, alhamdulillah, selalu diberi kesempatan berjema’ah di masjid.

Ada kala dia perlu outstation keluar awal pagi sesudah subuh, memang saya solat subuh di rumah sahaja. Cuma, sekarang sesuatu yang saya mula tidak senang dengan isteri apabila malam tadi, setelah pulang daripada berterawih, isteri meluahkan rasa tidak puas hatinya.

Katanya, saya pentingkan diri berlama – lamaan di masjid. Ya, saya mendengar tazkirah dan ikuti tadarus sehingga jam 10:30 malam. Katanya, dia hanya benarkan saya berterawih sahaja dan terus pulang lepas witir.

Astaghfirullah… Saya faham dia penat urus anak yang sem4kin lasak sendirian di rumah. Tetapi, dia hanya urus anak sahaja. Bab makan minum telah saya sediakan yang kebetulan semalamnya saya belikan saja makanan di kedai.

Anak telah saya makan dan mandikan sebelum dia pulang menjelang senja. Ya, dia kata dia penat. Kalau dapat dia nak berehat dan tidur sahaja terus tetapi anak tidak mahu tidur. Mendengarkan kata – katanya, saya jadi ralat.

Tidak cukupkah komitmen saya beri kepada keluarga sebagai ketua keluarga? Jika ada yang sarankan isteri berhenti kerja gara – gara dia penat bekerja selain travel berpagi – pagian dan pulang Maghrib, saya pernah suarakannya ketika anak kami masih bayi.

Masa itu saya tidak betah menguruskan bayi seorang diri sejurus dia keluar awal pagi. Tapi saya belajar juga urus bayi sebaik – baiknya. Alhamdulillah, sesukar mana pun, rasa bahagia itu datang bila anak saya dah wangi dan smart sebelum dihantar ke pengasuh.

Cadangan saya untuk dia berhenti kerja membuatkan kami tidak bertegur sapa beberapa hari. Dia merajuk. Memang soal kerja ini sensitif baginya. Malah bila minta bertukar kerja pun dia akan marah katanya saya tidak menghorm4ti privasi dirinya yang mahu mencari duit sendiri.

Saya faham, dia mahu bantu saya menyumbang untuk perbelanjaan rumah, tetapi saya tidak pernah minta, Hanya saya minta dia uruskan anak sahaja termasuk bayaran pengasuh. Itu memang tangungjawab dia. Hal – hal lain, itu saya uruskan.

Jika dia berhenti kerja pun, saya mampu menafkahi keluarga dengan pendapatan bulanan 7k. Tapi dia tidak mahu. Dia memiliki kelayakan masters yang tidak mahu disia – siakannya. Jika dia berhenti kerja dan cari kerja lain, dengan umurnya dah pertengahan 30-an, memang sukar mendapat kerja yang setara yang ada sekarang dalam sektor media.

Saya rasa ralat sangat – sangat sekarang. Keinginan saya untuk aktif dalam kominiti masjid surau benar – benar tergendala. Saya tidak mahu menyalahkan anak kami yang hadir dalam lingkungan keluarga kecil kami. Saya dah jalankan tanggungjawab dan mengurus keluarga dengan baik, insya-Allah.

Tetapi situasi isteri yang membuatkan dia terkekang. Dia mengaku rasa berd0sa kerana menghalang niat saya untuk mengikuti aktiviti masjid surau sebab saya bukan melepak dan bersosiaI dengan kawan – kawan. Tentang itu dia bersyukur.

Tapi dia terp4ksa meluahkan kata – kata begitu terhadap saya seakan – akan fikir saya pentingkan diri dan tidak memikirkan tentang situasinya itu. Saya buntu bagaimana mahu membantunya. Dan, untuk meninggaIkan terus aktiviti – aktiviti di masjid seusai terawih dan pulang sahaja, saya ok sahaja.

Ada cara lain untuk buat inadah seperti dengan ceramah di youtube dan tv, baca al-Quran sendiri selain ada kesempatan isteri, kami berjema’ah bersama – sama. Untuk tadarus memang tiadalah. Tak mengapa. Cuma kedudukan kami sebagai ahli masyarakat dalam kejiranan kami ni sedikit terjejas.

Jiran – jiran perempuan ada yang saya dengar kata isteri sombong. Nanti tak pasal – pasal pula bila saya jauh daripada komuniti, saya dicop sombong juga. Terima kasih pada semua pembaca hingga ke akhir ayat pada perenggan ini.

Doakan kebahagian keluarga kecil saya ini. Boleh saya katakan, situasi ini boleh jadi tr1gger kepada hubungan yang tiada persefahaman. Saya takut untuk fikir lebih jauh. Hanya harap ada win – win situation yang dapat diambil kelak. – Ahsan (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Arya Hana : Untuk lelaki yang auto ingat jaga anak tu tanggungjawab isteri, sila hadamkan. Senang je kau nak free labour eh. ‘Syeikh al-Maraghi di dalam tafsirnya menyatakan, tanggungjawab isteri adalah mengandung dan melahirkan serta menyusukan anak.

Manakala tanggungjawab suami adalah menyediakan kelengkapan dari segi makanan, minuman dan pakaian untuk melaksanakan tugas sebagai isteri. Begitu juga menjaga keselamatan dan segala urusannya. Nafkah yang diberikan berdasarkan kiraan mengikut kebiasaan masyarakat setempat seseorang perempuan itu (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/187)’

Ezd Airaniez : Minta maaf encik. Saya sebagai isteri pun nak luah juga. Situasi saya sama macam encik. Sebelum kahwin bebas nak beribadah, pergi masjid, etc. Tapi since ada anak, kenalah berk0rban beribadah kat rumah je.

Itupun baru nak solat tarawih dua rakaat anak – anak masa kecil dah meraung nak susu dan berg4duh. Alhamdulillah suami bagi kerjasama. Lepas witir balik rumah cepat – cepat. Sama – sama uruskan anak. Dia nak beribadah lama – lama boleh je.

Pergi masjid waktu Subuh atau waktu anak – anak behave. Sekarang alhamdulillah anak – anak dah besar ni baru sama – sama boleh relaks sikit. Kesimpulannya jangan ingat orang lelaki je nak beribadah. Orang perempuan pun nak pahala beribadah juga tak kira di rumah atau masjid. Sama – sama give and take ya. Insya-Allah sama – sama dapat pahala.

Lily Johnson : Bila dah ada anak, terutama semasa anak masih kecil, memang susah untuk ambil masa untuk diri sendiri. Sabar sikit lagi. Nanti anak dah besar sikit, dah senang sikit nak bawak ke masjid ke, nak tinggal ke.

Takde la letih sangat isteri nak jaga sorang – sorang lepas balik kerja. Kalau dua – dua tak boleh bertolak ansur, susah. Alhamdulillah suami saya jenis boleh bertolak ansur. Boleh bela anak 2 orang sendiri. Kalau dia tau haritu memang saya letih, dia akan bawak anak – anak ke masjid.

Tambah pulak bulan Ramadan, memang saya letih seharian berpuasa. Anak – anak seawal umur 2 tahun dia bawak ke masjid. Alhamdulillah Allah permudahkan. Masa anak – anak masih kecil, dia memang tak banyak join aktiviti masjid.

Tapi sembahyang jemaah mana yang sempat, dan kenal imam, penjaga masjid serta jemaah yang lain; itu memang dia okay la. Sekarang anak – anak pun dah besar panjang, dia memang aktif balik tolong apa yang patut.

TT jangan peduli apa orang kata. Kalau pun isteri TT tak nak campur orang, takde masalah pun, unless TT yang jadikan tu satu masalah. InsyaAllah doa yang baik – baik. Semoga Allah permudahkan urusan TT sekeluarga.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?